Sunday, October 20, 2013

Home progress : Lampu dan kipas

Sebenarnya Ros tak tahu sangat bab lampu-lampu yang asben beli. Nak update ni pun duk tanya dia benda ape n harga :)  Cuma dia ajak Ros teman gi beli lampu untuk letak kat ruang makan , porch and ruang tangga.. Bercerita tentang lampu ni, memang semua cantik sangat. Ada yang dah kami berkenan tapi takda stock. Kadang tu ada yang berkenan tapi harga lebih rm1k++ lak.. Asben cakap dia bajet dalam rm3-4ratus untuk lampu ruang makan. See bajet memng tak banyak. So dah kna pesan, jangan nak over2 nk lampu cantik :p



Bila buat plaster ceiling, memang kena pasang lampu downlight. Downlight ni pulak buat Ros pening, ada LED ada ENERGY SAVING. LED ni mahai banyak dari ENERGY SAVING ni :) so, asben decide bahagian bawah semua LED. Harga dalam rm28/perset :) Bahagian atas, semua energy saving je. Harga dalam rm8/perset. Kat bawah tu ada bermacam jenis lampu downlight. Total guna lampu downlight ni kat rumah Ros 40biji.. Giler kentang punya banyak.. Harap cahaya lampu itu turut disertai cahaya nur... Ahhhhh melalut sudah.. Ampunnn yer...


Untuk lampu porch pulak, kitaorang pilih yang simple jer.. Iaitu yang ade cermin kat tengah. Leh tgk gambar kat bawah tu :)
            
Lampu dekat meja makan ni memang teringin candelier, tapi sebab bajet ciput buh la lampu philip ni.. Lampu philip kat bawah tu harga dia dalam rm5++.. Kitaorg mmg xbeli lg, masih lg survey2.. Tetiba ada jumpa lampu yang sama di kedai yg lebih murah iaitu harga rm3++ so terusla rembat.. Tak dapat nak bayangkan bila pasang nnt mcm mana.. Mungkin ade sedikit kelainan..wakakkaka.

Lampu philip ni la yangmenjadi pilihan kami. Nak simple sangat kan?? :p

Ok.. Settle bab lampu, kali ni kisah kipas pulak. Tentang kipas ni, Ros cadangkan brand panasonic or KDK :) Rumah yang sekarang ni Ros duk pakai brand alpha. Memang cantik design dia tapi kualiti dia pun suam2 jer.. Tapi sekarang ni dah maju, if rosak ia dah ada warranty and boleh service. Lain orang lain citarasa yer.. Takmo kutuk Ros plak pasal brand kipas ni. Rumah baru memang asben beli brand panasonic. Kat ruang tamu atas dan bawah amek yang ada remote 5bilah rm270. Bahagian bilik semua buh kipas biasa jer iaitu panasonic 3bilah rm125. 


Kat bawah ni ada contoh kipas, asben pilih warna putih sebab tak nak bagi 'berat' sangat deco nanti.. Sebab langsir, tv mesti dah warna gelap. So belah atas mesti nak nampak 'ringan' kan.. :) lagipun putih itu bersih :) heheheh


Semalam dah pergi tengok rumah, lampu downlight bawah semua dah pasang, cuma tinggal belah atas and lampu yang besar tak pasang lagi :) alhamdulillah.. Semoga semua dipermudahkan :) nampak beza kan atas dengan bawah? Bawah tu effect gambar instagram je... Wakakakka :p



16 comments:

Rizziela said...

bestnya nak duduk rumah baru

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

40 biji down light to sket jer... rumah teman atas bawah tak termasuk poarch 75 biji down light... kat master bed room je ada 9 biji down light... huhuhuhuh...

Nurzakiah Hanum said...

bestnya dapat umah sendiri

SweetLikeWhat said...

wahhhh..tak sabar tunggu progress seterusnyeeee

Qhaifa Nur said...

seronok masuk kedai lampu...pelbagai jenis ada...nak hujung tahun lagi banyak sale kan...

Mimy Hamid said...

masuk kedai lampu rambang...semua nak..kalah la masuk kedai lampu tak reti pilih

e.t.t.y said...

ros, kt melaka panasonic 5 bilah rm180 jew uols...sila jelesss...

♥ ROS ♥ said...

Rizziela : best tp nak renovate tu aduhaiiiii :p

Izni : rumah awak besar,,, ni rumah kecik ade 40biji pun dah rasa banyakkkk :p

Anum : alhamdulilkah

Anez : alololo...ape yg seterusnya..biasa jekkk.,, xleh lawan nana..opssss :p

Qhaifa : tau xpe,,, hujung2 ni jalau masuk kedi semua ade offer :0

Mimy : haa tau xpe kakmi.. Ros asben pilih.. Dia tanya ros , ros ckp ikut bajet dia... Rasa ok leh amek :)

etty : alamak murahnya... Kalau duk melaka, semua kawasan buh kipas tu..wakakkaka

Umi Qi said...

Hebat betul ros....suka tgk satu persatu ros detailkan pembelian lampu downlight dan kipas...syok yer...nyata tampak jelas sgt kecantikan umah ros....bertuah sgt2 :)

Nasuha said...

cantik rumah..

Khai♥Rin : anies said...

kalu g kedai lampu ni...sejam mmg x ckp ekekeke

Mama Idlan Irsyad said...

cantiknya...

Juliya Ayob said...
This comment has been removed by the author.
Juliya Ayob said...

Salam. Nak tanya yg kipas panasonic rm180 tu boleh beli kat mana? Saya tgh nak cari kipas untuk rumah kt melaka. Thanks

♥ ROS ♥ said...

Juliya : kna tanya owner blog etty tu.. Hehhehe.., roa xtau dia beli kat mana :)

mohd khairol said...

seronok masuk rumah baru kan.. meriah..
btw,sebutharga untuk kos pedawaian elektrik 2016 blh refer disini ye. tq :)