Thursday, July 18, 2013

Inilah yang lagi satu tu!!

Sejak buat status 'alhamdulillah..another one' ramai yang wat kontroversi.hahaha. Yang pm fb ramai, yg watsapp pun ramai :-) sorry ye, mak nak bajet retis jap jd ramai penanya :-P
'another one' tu bukannya baby ke-3. Humaira belum ready nak jadi kakak. Ekekeke.. Sebenarnya ialah RUMAH KEDUA. Syukur dapat jugak nak duk bwah. Takut la bla duk umah tinggi2, nak blk umah pun takut :-)

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah...another one... :)

Syukur kehadrat illahi dengan rezeki ini...taksabar dah rasanya.. Kikiki. Eh makin ramai tertanya2 apakah.. Apa2 nnt ros confirm minggu depan yer.. Happiness berganda bila seronok menyambut ramadhan dan berita 'itu'..



Monday, July 01, 2013

Ayam percik pemanggang ajaib

Ros duk kat umah mil selama seminggu minggu lepas. So macam2 jugak la masak kat sana. Kakak ipar memang suka memasak.. Jd boleh la cuba mencuba resepi baru :-)
Ayam percik ni versi mak ros :-) kalau dia buat memang rasa sdap sangat. Yang ros buat ni tak la sesedap mana tp boleh jugak dihabiskan.hahaha.. Ayam dia lembut sangat.. Tak sabar nak ada Pemanggang ajaib sendiri. Hehehe
bahan-bahan
1)Ayam seekor wajib tau..hahaha
2)Bawang besar 2biji *
3)Bawang putih 3ulas *
4)Halia sbesar ibu jari *
5)Serai 2batang *
6)Rempah biji 1sudu besar *
7)Lengkuas sikit *
8)5-10tangkai cabai kering * nk pedas sila lebihkan
9)Gula melaka
10)Asam jawa/asam keping #ros guna asam keping ja
11)santan agak2 untuk bagi pekat
12)Garam secukup rasa
Cara-caranya
¤Blend bahan yang bertanda *
¤Perap ayam dengan bahan blend dalam 30min
¤Kemudian panaskan kuali, masukkan ayam dan kuah perapan..
¤kacau dan masukkan dsantan.
¤masak ayam separuh masak dan angkat.
¤biarkan kuah pekat dan rasa biar cukup lemak
¤masukkan garam secukup rasa
¤sediakan pemanggang ajaib, kemudian masukkan ayam bersama kuah perapan selama sejam
¤biar betul-betul masak dan siap dihidang :-)<