Saturday, December 11, 2010

Saat melahirkan NUR AUNI..

AsSalam kawan-kawan...

Alhamdulillah dapat melahirkan puteri sulung ni dengan mudah walaupun diinduce. Waktu yang dinyatakan bukan lah tepat sangat tapi lebih kurang ja kerana tak sempat nak catat waktu sebenarnya.

29 November 2010
2130 - Serah diri untuk masuk wad. Al-maklumlah akan dipaksa bersalin kerana tak boleh lebih due date. Masa ni smua kesihatan saya diperiksa termasuk tekanan darah, ujian air kencing. CTG jantung baby pun kena jugak check untuk pastikan denyutan jantung baby stabil. Alhamdulillah semuanya ok cuma tak tahan kena seluk ja dengan doktor.. Fuh!!!
**Actually kena serah diri awal pagi, tapi ros tak dapat nak lakukan sebab hubby keje.. So mlm baru dapat pergi hospital. Memang kena bebel habis dengan nurse :P

30 November 2010
0330 - Nurse check tekanan darah dan CTG jantung baby lagi. Dalam masa tu, saya diberi ubat membuang najis kerana tak nak najis keluar bersama baby ketika melahirkan. Beberapa minit kemudian, berjaya membuang kesemuanya. hehehe.... Sory..bab sensiviti :P

0730 - Doktor memasukkan ubat dalam tuttt... Masa ni memang takut sebab risau jalan tak akan bukak atau berlaku masalah. Semuanya serah kepada Allah kerana Dia yang menentukan segalanya.

0830 - Doktor pesan setelah sejam baru boleh bangun. Lepastu, Ros bangun untuk mandi dan makan. Oleh sebab banyak masa lapang, Ros ambil peluang untuk baca yasin bagi menenangkan diri dari perasaan takut. Selepas itu, banyakkan berjalan untuk cepatkan kontraksi. Nasib kerana diberi bilik dan katil berasingan kerana tiada kekosongan katil di wad. Masa ni memang nak cepat ja suruh sakit nak bersalin kerana masih tak tahu rasa sakit yang macam mana. Hihik :p

1115 - Sakit mula terasa di bahagian tutt.. tapi tak konsisten. Kejap ada, kejap hilang. Masih terus berjalan dan bila letih tidur untuk rehatkan diri. Akhirnya doktor syorkan rehat terus kerana tekanan darah saya dah start naik jadi 140/80. Sebelum ni memang tahap tu jugak, almaklumlah bila preggie ni macam-macam penyakit kena. Huhu..

1300 - Waktu melawat. My hubby datang bawa bekalan makanan yang my mum masak. Masih lapar walaupun dah makan makanan hospital sebelum tu. My mum cakap kalau dah dekat bersalin memang kerap lapar. So dengan banyak sungguh makan. Ibarat kata untuk tenaga push baby nanti sebab di dalam labour room langsung tak boleh makan dan minum. Sedih2.. Selepas makan, nurse suruh Ros ke bilik rawatan untuk check jalan. Pengalaman kena seluk ni memang tak dibayangkan rasanya. Menitis airmata dibuatnya. Disaat ini saya menangis kat suami kerana terlalu sakit tapi alhamdulillah dah terbuka 4cm. Seronok pun ada...

1425 - Terus ditolak ke labour room. Memang gabra jugak sebab tetiba je rasa dah nak bersalin. Cuak tu tak usah kata. Actually tak nak naik wheelchair tapi nurse paksa.. Hehehe.. Nurse suruh tukar baju dan buang air kecil sebelum diorg pecahkan air ketuban.

1505 - Dipecahkan air ketuban, maklumlah dipaksa bersalin. Habis badan dibasahi air ketuban so terpaksalah tukar baju again.. :)

1600 - Sakit mula rasa. Masih tertanya-tanya adakah ini kontraksi?? Jadi sempatla doktor ckp tentang sakit tu, doktor bgtau itu adalah kontraksi yang pertama dan tak perlu risau kerana ia tak konsisten waktunya. Masa ni memang nak baby kuar cepat-cepat kerana terlalu sakit. Setiap kali sakit datang Ros bertemankan zikir selusuh kak nad dan selawat banyak2. :)

1745 - Mula rasa nak membuang air kecil dan air besar tapi doktor tak bagi bangun dari katil. Katanya buang aje atas katil tu, nanti ada nurse salin cadar. Buang air kecil terpaksa menggunakan tiub untuk mempercepatkan jalan terbuka. Tunggu punya tunggu sakit makin kerap dan Ros rasa ini konsisten dan sakit yang sama datang. Doktor check CTG jantung baby lagi dan dapati tekanan jantung baby jap berhenti, jap laju dan perlahan. Doktor suruh saya pusing ke kiri kanan untuk dapat result yang baik tapi masa ni memang tak dapat nak buat semua tu kerana sakit teramat sangat. Jadi terpaksa guna gas oksigen kerana baby dalam kandungan kekurangan oksigen.

1815 - Masa untuk menyeluk. Ya Allah tuhanku saja yang tahu betapa sakitnya. Jalan baru terbuka 4cm, tangan doktor masih di dalam dan tetiba dia cakap dah terbuka 10cm. Doktor menjerit ''full labour...full labour...husband...husband...''. Masa ni meneran pertama kalinya tapi tak lepas, try kali kedua selepas tengok muka suami yang sudah berada disamping.

1845- Alhamdulillah lahirlah puteri sulung kami yang seberat 3.23kg. Lega hati, doktor tunjukkan jantina pada Ros dan terus katakan LELAKI kerana bengkak pada kemaluannya. Akhirnya suami saya yang beritahu anak kita PEREMPUAN. Hehehe.. Doktor letakkan baby diatas dada Ros walaupun lemah tapi gembira dengan kehadiran puteri tercinta ni. :) Syukur kerana DR.Hasmah yang sambut bayi Ros. Di hospital Sultan Abdul Halim, Sg.petani ni selalunya lelaki yang sambut..

1900 - Masa untuk menjahit. DR.Komadhi yang jahitkan. Banyak yang dia cakapkan tentang luka ni.



Friday, January 01, 2010

First Time.... :)

tunggu yer...untuk first update.. baru nak belajar :)