Tuesday, December 31, 2013

Rainbow Birthday Party Geng Blogger :)

Alhamdulillah selamat pergi selamat pulang. Memula plan memang tak pergi birthday ni. Tp tetiba mak ayah ajak jalan time cuti krismas ke KL. Apa lagi terus la nak ikut. Sbb pertama nak bday tu lah. sbb kdua adalah IKEA. Mcm mcm nak beli, tapi sampai sana sayang duit. Cucimata je la. Hahaha. Ada la grab frame untuk rumah skit :-)

Kisah bday party memang best sgt. Dapat jugak Ros join gathering korang. Dapat mengeratkan lagi kenalan. Wah gittewww :-) suma geng blogger. Super cantik la semua2. Daku tak terhandle dgn dua orang anak ni. Ramai yang tak sempat nak bergambar... Dengan mak2 bday girl&boy pun tak sempat nak bergambar. Thanks jugak pada yang tegur Ros masa tu.. Ada yang kenal Ros laksa, ada yang cam Humaira :-) 
Tggu bday lain, memang nak angkut suami. Hahaha. Apa pun tak puas jmpa korang. Hrap 1 hari nanti dpt kita borak2 n jumpa lagi. Tq korang sudi jemput. Sanggup ku redah dari Penang Demi mu anak2 comel Ammar, Syasya, Sofiyya, Zain, Rayyan dan Iman :-) :-) Goodies korang memang terbaik.. Tak sempat nak snap, sampai umah mak sedara anak Ros dah sepahkan :p
                              
                              
                              
    
        
      

Monday, December 30, 2013

UMIE SUE 1st Giveaway

Teringin nak join giveaway ni sebab ade gambar.. Sejak pindah rumah baru ni, memang tak sempat nak join mana2 giveaway..sedihh :(

InshaaAllah ade rezeki mana tau leh menang.. Tak menang pun xpe, suka dpt tambah2 kenalan n merapatkan lagi hubungan kan..wah gittewww.. Eh dh melalut.. :p

Bercerita tentang anak mengemas rumah ni memang selalu baya baya ni memang akan sibuk kan nak menolong. Dulu memang Auni takut dengan vacuum tapi setelah dipujuk adik tak takut, mama tak takut. Akhirnya dah berani pegang  :) bila dah pegang harusla posing dulu kan mama nak amek gambar. Hahhaha.. Sekarang ni kalau ade sampah ke plastik, memang dia akan pergi buang dalam tong sampah. Pantang nampak kotor amek kain lap tempat tu :) Alhamdulillah semoga menjadi anak yang pembersih.. Rumah bersih kita pun sehattt :)

                       Aci tak kita vacuum sambil posing dulu??? Hehehe..

Monday, December 23, 2013

Resepi cupcake vanilla oreo birthday Auni :)

Memula Ros memang nak order je cupcake. Sebab masak kat rumah baru ni suma duk kat bawah. Nampak sedikit leceh di situ kan. Tp disebabkan kecian kat kakak yang buat tu, Ros gigih la buat sendiri.. Hehhehe.. Duk harap sgt jadi sebab selama ni duk wat kek tak penah sempurna. Resepi amek kat blog mat saleh.. Xingat dah la.. Cari2 tak jumpa. Tp Ros ada copy kat notes dalam ipad :)

Ni resepi dia untuk cupcake vanilla saja. Tapi Ros tmbah oreo. Sebab sebelum ni order memang sedap  cupcake oreo tu.. Hehehhe... Nanti housewarming nak try buat lagi. Berlagak kata ko :p

Bahan-bahan:- (dapat 40biji cupcake)

1)170g butter.. (Kt kertas buttercup ada ukuran siap2 dlm grm, so potong jerla agak2) 
2) 3 biji telur 
3) 2 1/2 cawan tepung gandum
4) 1/2 sudu kecil garam
5) 1 cawan gula kaster (resepi asal 1 1/2 cawan)
6) 3tudung esen vanilla 
7) 1 cawan susu pekat (ros guna susu pekat, sebab susu fresh xde :p)
8) 2 1/2 sudu kecil baking powder
9) 1 1/2paket oreo ( satu buh dalam acuan cupcake, satu lg untuk tabur) (krim tengah dibuang yer)

Cara-cara:-

1)Mula dengan panaskan oven suhu 170c.
2)Ayak tepung, garam dan baking powder.
3)Putar butter, msukkan gula and telor satu persatu dan esen vanilla
4)Masukkan tepung dan susu selang seli.
5)Dah nampak sebati, masukkan dlm cup (buh half je tau sebab nanti dia naik penuh)
6)Bakar dalam 20minit.. Ni oven ros yer.. :)

Untuk buttercream plak Ros derhaka sikit. Hehhehe.. Saje tambah creamcheese untuk bg lemak :)

1) 80g butter
2) 250g krimwell
3) 250g creamcheese
4)1/4cawan gula icing ( ros kurangkan lagi)
5) 1tudung esen vanilla

Cara-cara :-
1) potong butter kecik2
2) ayak gula icing
3) putarkan semua bahan diatas sehingga kembang
4) kemudian masukkan dalam piping bag and designkan atas cupcake.

Lastly korang tabur la oreo yang dihancurkan atas cupcake tu :)


Sunday, December 22, 2013

Kisah MRI SCAN Humaira

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sekali scan je doc cakap sebab Humaira xde pergerakan langsung. Sebelum buat scan ni, Humaira kena start puasa pukul 5pg. So mlm tu Ros gigih masak moi untuk dia untuk sekali makan. Lebih kurang dalam pukul 4pg mcm tu, Humaira jaga and Ros paksa dia makan.. Dekat semangkuk jgak dia makan and lpas tu bg susu.

Sampai kat hospital memang dia tak tak tido lagi. Dalam pukul 9pg mcm tu dia dah start nak tido. Dalam tido tu doc suh bg makan ubat tido. Lagi lama la dia tido. Time nak scan tu tetiba ada problem, elektrik takde kat hospital tu. So kitaorang dah gelabah takut kena bagi 2nd dose kat dia. Asben dah mula nak marah, tadi paksa2 budak tu makan ubat tido, sekarang ade problem lak.. Memangs ebelum tu dah nampak kelam kabut.. Tapi diorang paksa jugk suh bg ubat tido.. Alhamdulillah sekali je bagi tido sampai 3jam :) 

Untuk keputusannya, semuanya NORMAL. Sampai doc ckap taktahu punca dia lambat. Oleh sebab Humaira dah pandai duduk sendiri and bangun berdiri, doc cakap mungkin tulang dia jer yang lambat nak keras. Pergi homopati pun doc cakap mcm tu.. Kalsium dia lambat serap. InshaAllah harap sangat Humaira dapat berjalan satu hari nanti. Kita hanya berdoa, yang merancang semuanya Allah :) mungkin ada hikmah di sebaliknya..


P/s : lama tak update blog, lama jugak tak terjah blog kawan.. Busy apa pun tak tau. Minggu ni semuanya tak sehat. Bergilir-gilir sebelum ni, semalam semua skali tak sehat. :(


Friday, December 06, 2013

Apa ada di Malaysia?? Lawak petang :) :)

Untuk hilangkan sedih2 ros jom layan gambar ni.. Hehhehe... :) 
Tq korang bagi semangat kat Ros.. In shaa Allah akan cuba tabah dan kuat...
Ros tetp akan datang blog korang if Ros memang free n tenet ok.. 
Kalau taknampak Ros tu, tenet memang slow sgt... :) 

MRI SCAN HUMAIRA

Rasa luluh sangat hati bila tau Humaira nak kena wat scan MRI ni. Rasa mcm tak nak pergi , sebab tak nak tau result. Ahad ni 8/12 jam 8pg, Humaira kena wat ujian tu. Jam 5.30pg dah tak blh mkn apa2, bmkna Humaira kena puasa dan akan dberi ubat tdo :-( Seberat2 dugaan Ros, ada lg yg berat. Ros terima dugaan Allah jika ia dah beri. :-) Korang doakan jugak smua dipermudahkan dan result brain Humaira normal.
Alhamdulillah result darah Humaira Ahad lepas smuanya normal. Doc ckp kalau keputusan MRI normal, diorang nk test kromosom and genetic. Selagi xjumpa knapa, akan terus diuji :-(
Semoga kita semua kuat mghadapi segala ujian. Dalam kesedihan, Allah takkan lupa untuk selitkan secebis KEGEMBIRAAN untuk kita. Mungkin nak hapuskan dosa2 lampau. Mana tahu kan RAHSIA ALLAH :-)

Thursday, December 05, 2013

Pray 4 KUANTAN!

Ya Allah sdih bila pikir nasib kekawan yang di Kuantan. M0ga diorang tabah menghadapi dugaan yang sebesar ini. Ada yang byk brang tak diselamatkan :-( Mudahan diganti dgn rezeki yang lebih baik. Mungkin ada hkmah di sebalik semua ini.

Teringn nk bersama korang semua untuk k0ngsi ksedihan. Harap korang semua selamat dan dilindungi. ITU YANG PENTING :'(

Monday, December 02, 2013

Selamat hari Lahir Nur Auni & asben :)

Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur diberi pinjaman Allah ini sudah berumur 3tahun :) Semoga Nur Auni menjadi anak yang baik, bijak dan solehah yer.. :)

Selamat hari lahir jugak untuk asben :) Semoga dimurahkan reZeki, dirahmati Allah.. Jadi suami yang baik dan bapa yang cemerlang untuk anak2 yer... Hehhehe...


Birthday Nur Auni ni selang sehari dengan papanya. So mama sambut sekali la :p Memula ingat nak buat NASI AYAM jer. Buat untuk makan 2beranak. Tetiba MIL cakap nak datang, so memula memang panik jugak.. Lastly Ros goreng bihun singapore takut tak cukup lak Nasi ayam tu. Bila mil datang, bawak ayam mcd lg untuk tambahan.. Tq sgt untuk kakak ipar, adik ipar n anak sedara yang datang meriahkan lagi. :)


Untuk birthday kek plak, Ros cadang nak order jer. Tapi sebab kesian kan kak anne tu yg terpaksa buat sendiri.. Memang takut tak jadi ja sebab xpernah jadi tau wat kek sebelum ni. alhamdulillah kali ni cupcake jadi. Boleh la nak buat lagi :) untuk resepi Ros amek kat google jer. Nanti Ros paste kan resepi untuk entry seterusnya.. Memang superb and gebu la cupcake ni :)



Friday, November 29, 2013

No more ipad :)


Dua-dua ipad dah selamat dijual. Ros tengok Auni pun dah kurang nak main jadi decide jual terus. Duit tu bolehla asben backup barang2 lain untuk rumah kan. Esok birthday Kakak Auni, kitaorang cadang nak beli papan gelongsor yang mainan tu kat dia. Guna duit yang jual ipad tu katakan. Nampak jugak la hasil sikit kan.

Ada jugak yang kata tak baik biar anak main ipad lama2.. Tp bg Ros atas masing2 kan. Kekadang nak masak apa senang bila anak ngadap ipad ni. Kekeke.. Banyak jugak kemudahan bila ada ipad. Bila tak de ipad ni, suma dia nak ikut bontot je walau kita ke mana :) 





Thursday, November 28, 2013

Cara betul kedudukan kaki ketika sujud :)

Part ni memang kena amek tahu untuk sahkan solat kita.. Sama2 kita berubah untuk kebaikan :) 




Hasil sofaku dibalut :)

Ni adalah hasilnya sofa dibalut selepas hampir disisihkan dulu. Memula memang cadang tak nak bawak sofa ni ke rumah baru, tapi lepas dibalut nampak cantik plak sofa ni.. Harga balut sofa ni RM1100 termasuk tambah span and kos hantar :)

Untuk yang berminat nak balut area KEDAH DAN PENANG, boleh klik kat SINI :)

                                                         BEFORE

                                                           AFTER......!!!!





Home idea : warna cat inspirasi

Lama tak bersiaran.. Sibuk la nak mengemas segala.. Tambah pulak Auni dan Humaira demam berganti. Mungkin suasana rumah baru kot. :) alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan untuk segalanya. Syukurrr :) kali ni Ros cerita pasal cat yang menjadi idea kami. Jadi tak jadi tu taktau la..hhahah.. Semua kena tunggu hasil kan.. Pelan2 kayuh.. Inshaa Allah...

LIVING DAN DINING ROOM
Ni semua warna last minute. Asalnya asben nak grey2 hitam je kat rumh. Tapi tetiba jadi warn purple lak. Wakakka.. Dan hasilnya setakat ni alhamdulillah menjadi.. Tunggu rak tv je last sekali. :)

KITCHEN
Kitchen memang kitaorng decide nak putih and grey sebab nak suasana luas. Maklumlah dapur sempit kan.. :) rumah dah masuk tp kitchen kabinet belum ada.. So asben beli dapur gas yang kecik2 aje untuk masak ala kadar :)

GUEST ROOM
Bilik ni kena warna garang2 skit sebab family ros yang stay kat situ. So kna la ade warna ceria sikit kan :)

MASTER BEDROOM
Ros teringin sangat bilik ala-ala hotel. So decide nak buat warna koko krim je dalam bilik tu. Hmm jadi or tak jadi tu xtula.. Idea saja ok. Tapi langsir dah pasng warna krim terang skit mcm dlm gmbr kat bwah. Almari & katil pasang yang sebelum ni jer. Warn koko gelap :)


AUNI HUMAIRA BEDROOM
Bilik gegirl katakan, so kna ada pink2 gitu. Tapi masih belum cat lagi. Sebab aaben nak fokus bawah dulu. Tak nak fokus pink sangat, sebab dalam bilik anak kena ada wrna ceria kan :)

LAUNDRY
Ni warna cat bilik guest room. Disebabkan asben beli cat 5liter, so kitorng cadang nk cat je dalam bilik laundry. Laundry kitorng kat atas, senang tak perlu angkut2 bakul turun bawh. Lagi satu bilik tu tingkap banyak so suma kna cahaya matahari. Jemur 3jam dah kering. Best2 :) yang paling tak best bila dah pasang langsir.. Tak matching sungguh :( sebab memula xcadang nak buat laundr kat bilik.. 


PLAYAREA
Playarea ni kitaorng buat kat bawah. Senang if trun bawah ade jugak mainan aunihumaira nak main kan :) 

Thursday, November 21, 2013

Pindah rumah baru

Alhamdulillah setelah bertungkuslumus dapat jugak Ros pindah ke rumah baru.. Barang banyak tak usah kata la.. Sedih nengok. Taktau nak kemas macam mana nanti.. Bab basuh rumah semua mak ayah Ros yang uruskan. Diorang juga datang tolong kemas sikit2. Tq ma abah bersusah payah untuk berkemas.

Bila rumah 2tingkat ni, yang paling lemah bila nak angkut brg2 berat ke atas. Memang berpeluh jugak la. Semalam dah start sakit2 belakang betis. Maklumlah xpernah exercise trun tangga.. Wakakka... Dah 3malam tido di rumah baru. Rasa tenang bila ada jiran dan sentiasa dengar azan depan rumah :)


Asben booking lori 3tan untuk pindah tapi orang tu datang dengan lori 5tan.. Tu pun penuh sangat dah. Ada terpaksa angkut sendiri. Haishhh.. Letih sangat bab pindah and pening nak berkemas..hahhaa.. 


Semalam asben dah cat untuk feature wall kat ruang tamu. Nak pasang wallpaper memang barpinar jugak la kan :p Rak tv tu dari rumah lama, tunggu rak tv baru sampai baru tolak yang tu ke atas :) abaikan la penutup2 pintu yang tak bertauliah tu.hahhaha. Xsempat siap langsir, katanya 3-4hari siap. Sebab Isnin baru ni baru pasang rail :) 


Lemah semangat bila tengok rumah sepah... Bangkitla semangat :) 

Friday, November 15, 2013

Esok hari busy :)

Alhamdulillah di beri peluang untuk bersam anak2 dan suami :) Hari isnin memang nak angkut semua barang masuk umah baru.. So ada masa esok dan lusa untuk kemas.. Hari ni masih bersiaran di rumah mak. Moga semua dipermudahkan.. 

Minggu lepas kami ke kedai elektrik.. Bg Ros kedai ni besar jugak la. Boleh tengok gambar kat bawah. Kedai terletak di pekan kepala batas jugak. Kat kedai ni Ros beli aircond dan microwave rubine :) harga dia boleh la berpatutan :p

No. 27, 29, 31 & 33, Lorong Aman Putera 1, Taman Aman Putera, 13200, Kepala Batas, Pulau Pinang
Tel : 04- 5783 398

 



Thursday, November 14, 2013

Details tentang penapis air coway :)

Ramai plak duk watsapp Ros tanya pasal detail macam mana leh dapat harga murah. Sebenarnya asben buat ansurans selama 3tahun.. Kiranya penapis air ni asben beli. Kalau sewa, dalam rm110/permonth dan servis percuma dlm tempoh 5tahun.. Tak silap la.. Kalau salah ampun...hahhaha... Untuk yang macam ros rm75/permonth tu sebab ansurans yer.. Servis percuma selama setahun :)

Lagi satu, masa Ros beli ni ada diskaun 20% dari harga asal. Sekarang tak taulah ada lagi ke tak promosi tu. Leh try tanya kak sarah nanti. Alhamdulillah mudah urusan dengan dia, dengan lemah lembutnya, kira best la urusan dengan dia. Walaupun duk jauh tapi dia still akan pantau customer dia. In shaa Allah moga semua dipermudahkan :)

Untuk mengetahui lebih lanjut leh terjah/pm/call kak sarah


Ada jugak yang bertnya pasal water quality semalam. Kat bawah ni terbukti coway pun ada :) 

Wednesday, November 13, 2013

Keperluan rumah : Penapis air

Bagi Ros, penapis air ni memang penting untuk kita semua kan. Taksanggup rasa nya nak minum air yang tak bertapis. Serius sebelum ni bagi bebudak minum air tapis je tanpa masak. Tetiba bulan lepas ada kawan gtau tak sanggup nak bg anak minum air tapis. Macam jugak buat susu.. Ros memang guna air tapis je.. Tapi lepas tahu, memang Ros dah masak air tu. Syukur jugak anak2 tak de masalah.. Risau,,, :p

Tapi kali nih, memang Ros pilih yang terbaik la untuk fmily katakan. Ros buat survey antara elken dan coway. Memang tak dinafikan, elken yang terbaik. Tapi harga pun baik kan. So kitorang decide untuk amek Coway jer.. Boleh sewa / ansurans.. Asben buat ansurans harga dalam rm75/permonth. Urusan untuk jumpa Kak Sarah alhamdulillah dipermudahkan walaupun dia stay kat KL.. 

Dah ada rumah baru, memang kena pikir ruang nak letak air penapis, periuk nasi dan segalanya.. So kitaorang mmg dah buat ruang itu untuk semua. In shaa Allah sama-sama kita sharing untuk kebaikan :) 


Tuesday, November 12, 2013

Home progress : mencari langsir

Kalau cerita bab rumah ni memang penat kan.. Tetiap minggu je nak gi check rumah segala.. Tetiap minggu je orang nak mai pasng/ukur segala.. Minggu lepas kitaorg pergi ke Kedai Langsir. Kedai ni jiran dalam group watsapp yang cadangkan. Bila pergi memang terbaikk arr kedai dia. Ini pandangan mata Ros.. :) orang lain tak tau :0 UNTUK PENGETAHUAN JUGAK, KEDAI DI TERLETAK DI SUNGAI DUA.. Bukan area kepala batas yer.. :) 

Tauke cina yang buat langsir ni semua boleh buat. Wiyering, kitchen cabinet, wardrobe semua sekali lah termasuk nak deco rumah pun dia tau. Dalam rumah Ros pun ada jugak mintak idea dia.. So bab langsir pun dia yang banyak bagi idea semua :) ada rumah area lain dia cakap, dalaman semua dia deco.. Hehhehe.. Kitaorang panggil dia Eric Leong ... Percakapan suma nak sama :p

Pelbagai jenis kain langsir ada kat kedai dia :)

                        Pelbagai jenis langsir yang boleh ditempah :)

               Blind pun ade.. Boleh pilih corak berkenan :) 

      Karpet pun ade. Yang ni dia bg free kalau tempah langsir dengan dia.. :)
        
    Wallpaper pun ade.. Stencil / sticker pun ada di kedai dia.. Macam2 ada :)
 

     Boleh contact no tu yer...if area sekitarnya :)
Total untuk buat langsir semua harga rm4k termasuk atas bawah.. Dia ada bagi percuma karpet moden katakan :p kalau wallpaper ade jugak promosi untuk yang wat langsir dengan dia 3roll rm1500 :) so kitaorg pilih karpet je lah sbb wallpaper masih tak fikir lagi..ingat main peranan dengan cat jer :)

Wahai lelaki :-)

Friday, November 08, 2013

Selamat berhujung minggu!!!

Hari jumaat hari yang dinantikan.. Semua mood weekend nak cuti :) 
Weekend ni Ros sibuk sikit, sabtu nak gi check umah sebab ada pemasangan aircond dengan ukur langsir. Ahad pulak ada fisioterapi Humaira. And terus stay kat umah mak. :p

Kat bawah pulak perkembangan Humaira yang lucu sikit.. Bila kita cakap wat mulut dia akan wat muncung gitu.. Ala2 duck face. :p ari2 mesti nak buat :)