Thursday, June 27, 2013

Muffin nutella vs muffin coklat

Muffin nutella
Resepi muffin nutella (Hanya 3 barang tapi nutella MAHAL) :p

Bahan-bahan
1) 2biji telur
2) 10sudu besar tepung gandum
3) 1cawan nutella

Cara-cara
1) Pukul telur hingga kembang
2) Masukkan 1cawan nutella
3) kemudian masukkan tepung gandum
4) Isi dalam acuan muffin
5) kemudian bakar suhu 160celcius dalam masa 10-15min :) tgk keadaan oven jugak yer..

Muffin coklat


Resepi muffin coklat..

Bahan-bahan:
1) gula halus (3/4 cawan)
2) tepung gandum (1 cawan)
3) tepung campuran muffin (3 sudu besar )
4) telur ayam gred A (1 biji)
5) soda bikabornat (1 sudu teh)
6) baking powder (1 sudu teh)
7) garam halus (1 sudu teh )
8) cip coklat (sedikit)
9) minyak jagung (3/4 cawan )
10) air (3/4 cawan)
11) * sukatan minyak dan air boleh ditambah sekiranya adunan terlalu pekat

Cara Memasak:
1. Campurkan gula, tepung gandum, tepung campuran muffin, soda bikabornat, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung, dan gaul rata lagi.
3. Akhir sekali, Masukkan telur dan air. Gaul sebati.
4. Boleh juga masukkan cip coklat ke dalam adunan jika suka.
5. Seterusnya, Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan tersebut.
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, selama lebih kurang 20 minit.
8. Chocolate chip Muffin siap untuk dihidang.

P/s: Muffin nutella sangat berlemak dan manis lor..hahhaa :) tq @anezamri and @batik_pink untuk resepi... Sayanggg korang :)

Wednesday, June 19, 2013

Park View Tower : Home kitchen

Dah 4tahun tinggal kat sini, harini bru nak tunjuk gambar dapur.. Apa kes?? Hehehe.. Kitchen kabinet kat rumah ros ni pilihan my asben. Sebab buat sebelum kahwin. So byk ikut citarasa dia. Ros masuk umah ni tgk suma dah siap. Alhamdulillah.. :-)

Berdasarkan pengalaman dapur mcm ni, byk yg harus diperbaiki lg. Kalau2 ada rezeki duk umah bwah plak, memang design mcm ni BUKAN pilihan kami lg.. Hehehe..

Ramai kata dapur mcm ni tuan rajin masak..oh no! Little big NO!! hahaha. Time malas memang beli jgak. And satu lg, hujung minggu tak pernah masak sbb pergi umah mak n mil je. Kehkeh :-)
Bab susunan brg tu slalu kena tegur dgn mak. Sebab ros xda seni nk mengemas. Sory mak, bakat mak tak menurun kat ank dia.haha. Apa pun yg penting kita selesa nk msak kat dapur tu. :-)

Wednesday, June 05, 2013

Humaira 8bulan

Alhamdulillah si kecik ros ni dah 8bulan. Perkembangan dia ni lambat skit. Kalau baby lain dah bdiri and merangkak dah. Hehe. Humaira masih lg meniarap. Bab golek tak usah kata.. Ke sana sini hanya bergolek :-)

Badan dah tegap, duduk dah blh sikit2. Bab makan, masih lg makan buah-buahan. Mama blum introduce bubur nasi lg, takut sembelit. Haishh :-P

Mudah tersenyum and dah bunyi bising2 dah mulut nk sembang. Moga anak ini diberi kesihatan yang baik dan membesar dgn sempurna. Amin :-)

Tuesday, June 04, 2013

Mee udang pulau sayak

Ros bukanla peminat tegar mee, tapi kalau dengan mee udang memang alah.. Suka sangat. Banyak tempat rasanya yang sedap. Di sini adalah tempat kesukaan family ros.hehe