Wednesday, June 20, 2012

Pasembur Cucur Udang Penang

Oleh sebab ramai yang duk post entry about MALAYSIA tuh, Ros pun nak wat entry baru lah. KIhkih.. Ros nak ceritakan tentang Pasembur cucur Udang di Penang nih.. Memang sedap sgt, mulanya Ros tengok jer sebab nampak macam tu jer. Sekali try masyaAllah sedap jugak. Siap tapau wat balik.. :) Tapi lain tekak lain rasanya :P Pasembur cucur udang ni terletak di Persiaran Gurney(gurney drive hawker centre 6pm-11pm).

Bak kata astro.. Macam-macam ada. Antaranya macam laksa asam, nasi lemak kukus, abc dll. Apapun jom enjoy gambar makan time :P

hasilnya selepas memilih.. dlm rm40+ xsilap :)

air batu campur..slurppp :P
laksa penang :)
nak juga menyelit..kihkih :P

Monday, June 18, 2012

result minum air gula (MGTT)

Hmm kalau korang biasa kena tahulah apa minum air gula tu ek.. hihihi.. Masa pregnant 1st, awal2 dh kena kencing manis semasa mengandung. Mungkin sebab pertambahan berat yang banyak kot serta tak kontrol makan. Bila yang 2nd ni, alhamdulillah Ros bebas dari kencing manis mungkin sebab alah dan berjaga-jaga untuk makan. :) tapi Ros kena repeat bila kandungan nak masuk 7bulan nanti :( Harap time tu pun takde jugak..takuttt and tak sanggup nak ulang alik klinik sebanyak 4kali :P

PEngalaman minum tu memag tak da masalah sebab set mind air gula tu SEDAP.. hahahha.. Kalau korang tengok result tu mesti pelik kan.. :P Mungkin sebab masa tu Ros breastfed my Auni kot..ekekeke

SEBELUM: 5.0 mmol
SELEPAS: 4.3mmol


p/s: Akan tetapi, bila korang terkena kencing manis semasa hamil nih korang lebih berjaga2 berbanding yang takde. Makan mesti tak kontrol kan.. Ros dah biasa kena yang 1st, jadi Ros lebih berjaga-jaga untuk makan bila pregnant yang 2nd ni. Insyallah moga kita dilindungi oleh Allah SWT :)

JANGAN SEDIH KALAU LEPAS MINUM AIR GULA RESULT KORANG TINGGI. TAK BERMAKNA ADA KENCING MANIS, MUNGKIN LANGKAH BERJAGA-JAGA TU ADA UNTUK MAKAN.. DISAMPING DAPAT MENGAWAL PEMAKANAN KITA YANG BERLEBIHAN..

Friday, June 15, 2012

Selsema dan batuk ketika mengandung

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua.. Nak ceritakan pasal pregnancy kali nih.. Boleh dikatakan bulan lepas Ros dah selsema, kemudian lega and bulan ni kena selsema+batuk lagi :( Batuk pulak boleh dikatakan teruk jugak la. Tapi kata nurse selagi hingus atau kahak berwarna putih alhamdulillah ok.. Semasa pregnant kalau demam, selsema atau batuk, DR memang tak suggest makan apa-apa jenis ubat melainkan ia disahkan selamat dan low dose :)

Bila selsema+batuk nih nak makan apa pun susah. Suma nak ikut tekak je. Huhuhu.. Risau dengan berat tak naik lagi, dah bermacam usaha nak bagi berat naik tapi lain je jadi.. Alhamdulillah perkembangan baby sehat semasa scan bulan lepas. Bulan ni next week baru scan :)

Boleh dikatakan Ros kna scan monthly sebab ada risiko kencing manis masa pregnant Auni. Alhamdulillah kali ni terselamat, tapi terpaksa minum lagi pada 7bulan sebab faktor badan melebihi 80kg..kahkah... :)

CARA NAK HILANGKAN BATUK SEMASA MENGANDUNG:-

**ROS AMALKAN MAKAN ASAM JAWA ADABI YANG DLM BEKAS TU.
 **MAKAN 1/2SUDU KECIK JER KALAU MAKAN TERUS 3KALI SEHARI
**KALAU NAK BANCUH DENGAN AIR KENA SATU SUDU KECIK+AIRSUAM SECAWAN.  KALAU MINUM BERSAMA AIR KENA 4KALI SEHARI YER :) 
~~> INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH DALAM 2HARI BATUK LEH BERKURANGAN.

Yang ni je lah yang mampu hari-hari nak masuk tekak pun :p

moi shupp.. en.asben pun terpaksa makan :P

P/s: semoga dikurniakan kesihatan yang baik demi suami dan my NUR AUNI :)

Thursday, June 14, 2012

Agar-agar milo lapis oreo


Alhamdulillah menjadi jugak Ros buat agar-agar nih. So Ros tempek resepi kat sini supaya senang Ros nak ulang buat :P kihkih.. Seperti biasa Ros ade jugak DERHAKA pada RESEPI ASAL sebab takut manis sangat :P ekekek.. Ros amek resepi ni kat blog http://decochoco.blogspot.com/2012/06/agar-agar-milo-lapis-oreo.html

Agar-agar Milo Lapis Oreo

Saiz: 8" persegi

BAHAN2:
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) -ros guna yang agar2 bungkus 170g
  • 750ml Air -ros guna 1200ml air asal guna 1000ml je kalu 170g agar-agar
  • 160g Gula  -ros hanya guna setengah cawan gula
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati. (Ros guna 3cawan sebab masa mendidih tu dia akan kering sikit)
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi(baki lagi 2cawan yang ros buat tu tuang untuk atas sekali)
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:

a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


p/s: bak kata empunya blog, tak rugi kalau cuba buat. Memang sedap ( mood:perasan :P)