Thursday, January 31, 2013

Roti canai TRANSFER ROAD, PENANG

Memang famous jugakla tentang ROTI CANAI nih.. BAK kata KALAU MAI PENANG, TAK KENA TAK SAH LA SBB ROTI CANAI KAT TRANSFER ROAD NI ANTARA MAKANAN MENARIK DI PENANG :) hihihi...

Bagi Ros, kalau makan situ memang lagi sedap dari TAPAU wat balik, sebab asben pernah wat balik tapi rasa tak mengancam..kahkah... Makan kat situ memang lagi power, meleleh.. walaupun comot2 kuah dia kat pinggan tu RASA ITU PENTING..

Sesiapa yang suka pedas memang sedap roti nih.. sesape yang alah pedas memang tak leh makan sebab kuah ayam pedas sangat.. and AYAM dia makan sebelah tangan pun bolehh sebab LEMBUTTTT sangat :P

hanya di tepi jalan...berhadapan dengan nasi padang...
mak over lebihhhh... hahahah :P

Wednesday, January 30, 2013

4bulan sudahhh..SYUKURR...

Alhamdulillah sudah 4bulan pinjaman ini. Syukuurrr YA ALLAH :)
Semoga diberi kesihatan yang baik.. Humaira baru meniarap masa MAULiDUR RASUL bebaru nih..
Sekarang kalau letak je, mesti nak bergolek.. :P Susah nak tido siang, kalau tidur elok pun malam jer.. Siang banyak nak main and bertegur sapa..hahhaaha...

humaira with auni :)

Friday, January 11, 2013

Nur Auni vs Humaira

Assalamualaikum semua...

Salam jumaat.. Hepi sangat bila tiba jumaat, sebab masa untuk keluarga..haahh.. Walaupun Ros ni surirumah jer tapi rasa lagi lengkap bila en.asben pun ade kat rumah.. Ekekke :p

Hmm banyak perbezaan kakak n adik ni.. Apapun semoga mereka lebih sehat...Insyaallah :) doakan ye kekawan..



Monday, January 07, 2013

birthday party ASBEN&AUNI

Sorry yer entri tertangguh..bak kata dah basi.. tapi nak cerita jugak sebab last year memang tak sempat nak story mory sebab sibuk sangat..hehhehe..

Kali ni, Ros sambut simple jer..Hanya sambut berempat. Nak wat besar-besaran kena tunggu Ros bergaji besar,..ekekeke... :P Maklumla suri rumah ni tak bergaji sgt, hanya cukup makan :) Tahun ni memang order jer ke sebab baru je lepas abis pantang :)..Tahun depan inshaallah nak cuba buat sendiri.. kikiki :P

oreo vanilla cupcake :)




Wednesday, January 02, 2013

3bulan sudahhh...syukur :)


Alhamdulillah SYUkur atas kurniaan mu ini :)Humaira 3bulan sudah 28.12 ari tu.. Semalam Ros ade checkup Humaira di hospital untuk scan brain dan hati dia. Semoga ini ujian yang terakhir bagi Ros dan sekeluarga :) Keputusannya alhamdulillah semua NORMAL. Syukurrr....!!!! Punca doc nak scan tu sebab Humaira ada tanda merah kat hidung(dikenali sebagai capillary hemangioma). Tapi selepas scan doc cakap just tanda biasa(dikenali salmon patch) :)

KUNING
Bercerita pasal kuning dia ari tu, Ros kerap jugak kena ulang alik hospital.. Firstly doc amek darah untuk check tiroid, memang luluh hati je rasa. Nak update blog masa ni memang sedih+down sangat.. Rasa macam nak kena pulih semangat balik. Huhuhu...

Second pergi, doc ckp tiroid tak de and nak amek darah lagi untuk check kuning kat hati sebab masih tinggi..Aduhai...

third pergi, doc cakap kuning kat hati dah semakin berkurang.. And bagi appointment untuk scan brain and hati dia plak untuk tanda lahir di hidung dia..Rasa macam tak nak pergi jer..Nak suh asben jer pergi..takut nak dengar result doc :P
insyaallah demi mu anak, mama sanggup hadapi segalanya...

BERAT
Pasal berat pulak, HUMAIRA dilahirkan berat 3.6kg.. Lepas bersalin terus dimasukkan NICU akibat gula rendah. So terpaksa berpuasa untuk check kadar gula. Tak silap ros hari ketiga baru dapat BF :( Masa nak keluar wad tu, berat HUMAIRA hanya 3.2kg jer..huhuhu..

Bila checkup sebulan, berat humaira hanya 3.6kg jgak, sama berat masa lahir. Doc dah suh campur susu sebab dia kata berat tak naik. tapi diorg tak tahu yang berat anak Ros dah turun banyak masa puasa dalam NICU ari tu.. Bila bgtau dia ckp kena naik sekilo sebulan.. Fuhh jenuhla mcm tu.. TEtap jugak Ros bagi susu badan. Alhamdulillah kini 3bulan dah 5.5kg :)




















P/s untuk diri bangkit lebih tabah: KEKADANG ALLAH MENGUJI KERANA AMAT SAYANG PADA HAMBANYA. ALLAH MENGUJI APA YANG HANYA KITA MAMPU LALUI. Semoga ujian membawa kebahagian untuk diri Ros sekeluarga :) amin.....