Monday, December 31, 2012

Entri terakhir 2012

Assalamualaikum semua...

fuh!!! Dah lama xmengupdate nih.. Ade sesape rindu tak?? wah perasan blog fofular..hahahah :P
Apapun, Ros memang banyak nak share dengan korang tapi masa tak mengizinkan :P

Bangun jer pagi tugas sudah bermula.. Nak mengadap komputer lelama jadi susah sikit sebab si KAKAK AUNI sekarang dah pandai kacau. Yang si ADIK HUMAIRA plak dah pandai takmau duk bawah. Asyik nak beriba jer.. HAishhh... KALAU KEJE LAINLAH, BOLEH UPDATE BLOG KAT OFIS...opsss!!! :P Alhamdulillah setakat ini, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik untuk Ros sekeluarga.. :)

 SELAMAT TAHUN BARU 2013, SEMOGA TAHUN ITU MENJADI TAHUN YANG PALING GEMBIRA UNTUK KITA SEMUA DISAMPING DAPAT MENINGKATKAN IBADAT KITA PADA ALLAH SWT :)

Kat bawah ni BUNGA API tahun 2012 keliling umah ros :)

bunga api area PADANG KOTA, PENANG
BUNGA API area SUNWAY SEBERANG JAYA :)

Mood: tak sabar nak tengok bunga api keliling rumah malam ni :)




Wednesday, December 12, 2012

BIG sister Humaira DEMAM !!!!

Doakan ye kekawan untuk BIG SISTER HUMAIRA nih.. Demam mendadak pagi selasa. Suhu mencecah 40.5 jugak :( terpaksa jugakla ros balikrumah my mum untuk settle kan. Semalam pergiklinik masuk ubat kat montot dah trun 38.2.. Malam tadi naik pulak, jadi terpaksa lah buh ubat makan dalam susu dia. My auni nih susah nak mkn ubat, klu makan mesti muntah :(

Maaf yer, Ros belum sempat nak blogwalking..Masih sibuk mengurus umah ni.

gambar ni masa celebrate bday dia :)
 p/s : SEDIH JUGAK, KEKAWAN YANG SELALU KOMEN PUN DAH TAK KOMEN.. AGAK2 KORANG JENGUK TAK BLOG NI??? hihihi :P

Tuesday, December 04, 2012

Mom & baby expo in PENANG

Jom kekawan yang stay area PENANG, serbuuuu ;p Inshaallah ade kelapangan memang nak pergi sana :)

What : Mom & Baby Expo 2012
Where : Penang International Sports Arena (PISA), Penang
When : 7th December 2012 - 9th December 2012
Time : 11:00 am to 9:00 pm
Admission : FREE

Saturday, December 01, 2012

birthday suamiku :)

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik.. :) SeLAMAT HARI LAHIR SUAMIKU TERCINTA.
Moga jadi suami yang baik, sihat serta memahami.



Friday, November 30, 2012

Selamat hari lahir anakku...

Alhamdulillah syukur Nur Auni genap 2tahun hari ni. Semoga menjadi anak yang solehah, sihat dan bijak :)

P/s: sorry kekawan semua, Ros masih belum sempat nak melawat blog korang... Tq sgt sebab sudi dtg sini tau :)

Thursday, November 29, 2012

Tidur yang berkualiti

INFO TIDUR
Bismillah..
Tahukah anda kita semua sebenarnya tidak mendapat tidur yang berkualiti?
Semuanya habis terbalik, siang hari nak tidur tetapi malam menjadi "keluangman" yakni melawan fitrah alam dan keseimbangan tubuh badan.

Berapa jam kena tidur?
Jawapan nya mudah kembali pada sunnah. Apabila kita kuat berkerja di siang hari maka tidurlah awal bermula 10 mlm-3pagi zon ultraviolet iaitu zon recharge tenaga, baik pulih sel dan sistem hormon.

Ini bermakna dalam tempoh 5 jam sahaja anda sudah mendapat kualiti tidur yang sangat berkualiti. Di siang hari pula, jam 12 tgh-1 ptg pula pada puncak panas terik dan emosi tegang masa ini sesuai untuk berehat utk tidur sekejap utk reset hal ketegangan minda dan hati. Ianya berfungsi sebagai reset alarm memory utk sedar secara automatik pada puncak 3.00 pg (zon tahajud) utk beribadah di kala manusia diuji dengan kain selimut dan dengkuran hebat.

Maka ikut cara tidur sunnah kerana disebalik tidur tadi ianya menyusun kualiti hidup manusia sebaiknya. In shaa Allah.

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Doakan sahabat TTC

TTC ialah trying to conceive baby... Sebenarnya Ros pernah merasa perasaan itu. Sebab tu Ros terasa sangat kalau ade mulut2 yang masih tidak memahami..

Sahabat TTC yang Ros maksudkan ialah SITI NURSYUHADA :) Dia terpaksa tinggal di wad hospital sehingga bersalin. Apa masalahnya biarlah tuan empunya blog yang gtau sendiri.

Walaupun kenal hanya di alam maya, rasa macam dah lama kenal bila berjumpa :) Apapun sama-sama kita doakan sue and baby semuanya sehat belaka..

Ni blog siti nursyuhada :-

Monday, November 19, 2012

Thursday, November 15, 2012

Salam maal hijrah

Salam maal hijrah Untuk kekawan semua :)
1 MUHARRAM 1434H... Syukur alhamdulillah....

***ari ni Ros nak melawat seorang geng TTC yang berjaya pregnant tapi ade masalah kesihatan sikit. Harap korang doakan untuk dia yer... Nnt Ros gtau siapa yerk :)

Wednesday, November 14, 2012

Selesai berpantang..syukurr....

Alhamdulillah kelmarin genap 45hari Ros berpantang. Hmm ros tak pantang makan sebab my mom tak bagi ikut tradisonal sangat. Semua dia suruh try asalkan jaga barut dan bertungku. Ubat jangan lupa makan juga.

Sebenarnya dalam my mom suruh makan semua pun, ada jugak yang my mom tak bagi makan seperti laksa, mee, cendawan and macam-macam lagi. Kalau boleh benda-benda ni kena cukup 100hari atau umur anak 6bulan baru boleh menikmati semua makanan ni. Tapi masa Auni, lepas je 60hari ros dah makan suma.. Hahhaha.. Alhamdulillah tak sakit urat, nnt tua xtau lah..harap diberi kesihatan yang baik...

Di samping tu, mandi bunga adalah pelengkap untuk yang habis berpantang nih. Sekadar untuk buatkan diri kita fresh dan ceria selepas pantang :) Jangan terlalu taksub dengan mandi bunga ni dah lah sebab ada sesetengah mempercayai yang benda ni dapat cari jodoh, seri muka and macam-macamlah..
7jenis bunga+beluru(belah utara panggil sintok)+limau purut
Bunga yang dicampur dalam air.. Dimandi oleh mak sedara :)

Petua hati tenang :)

Thursday, November 08, 2012

Perkara Penting ketika berpantang

Alhamdulillah hari ni genap 40hari Ros berpantang. Next week leh la enjoy.. Tapi masih ade yang belum diselesaikan lagi. Insyaallah pelan2 merangkak :)

Kalau ikutkan pantang style Ros, memang semua makan.. Mak ros cakap jangan pantang makan, yang penting jaga ubat and bertungku banyak. Hmm air sejuk pun Ros kebas.. Air sejuk tau bukan air berais :p Tak tahan panas, rasa pening sgt bila panas dalam..Ekekek :p tengok mak Ros xde sakit2 urat pun... Alhamdulillah :)
Perkara penting ketika berpantang
Stokin : Memang patut kena pakai sebab takut angin sejuk masuk dalam badan. Orang dalam pantang takleh sejuk katanya... Huhuhu...

Bengkung : Kena pakai sebelum makan. Boleh kecutkan rahim dan kempiskan perut...hmmm :p bahan yang diperlukan untuk sapu diperut ade gambar dibawah untuk detail :)
**Minggu ke-1: limau nipis+kapur..(guna yang ni mmg gatai sikit)
 **Minggu ke-2: daun kapal terbang+kapur..(korang sapu sikit kapur di daun tu dan gosok hingga berbuih dan kuarkan air hijau daun kemudian sapu di perut buih tu)
**Minggu seterusnya : cuka nipah+kapur (ambil bekas yang xdiguna, buh sedikit ragi and cuka nipah kemudian gaul sekata..ubat paling mujarab, boleh ilangkan stretchmark and ilangkan lemak di perut.. Bau dia memang fuhhh busuk sungguh)
Bahan untuk dipakai bersama bengkung(sapu diperut)
Air rebusan mandian : Kalau boleh biarlah yang daun2 original sebab fresh jer. Ros mandi air ni selama 45hari. Boleh gunakan dengan gel mandian serai set bersalin afiat.
Daun yang digunakan untuk direbus ialah : 
1)daun serai wangi
2)daun pandan
3)daun kunyit
4)daun limau purut
5)daun inai
6)daun lengkuas

Tungku: gunakan batu yg leper sebab senang nak cungkil bawah perut... :) jangan letak tungku ata perut masa memula sebab takut peranakan mendap ke tulang punggung.. 

Pilis : sapu di dahi untuk hilangkan pening kepala

Minyak urut: untuk sesi berurut wif bidan :)

Bab makan ni, my mum cakap makan je semua sebab nanti senang masa depan kita. Sebab tak semestinya kita akan berpantang dengan bantuan orang jer.. :) so, yang preggy tu sila amalkan pemakanan yang sehat semasa anak sulung yer.. Macam AIS, LAKSA, MEE, CENDAWAN, CENDOL kalau boleh elakkan dulu.. :p SAYUR DAN BUAH JANGAN LAK KORANG PANTANG, KANG TAK PASAL SUSU BADAN BOLEH DOWN... :) AIR JANGAN LUPA MINUM BANYAK UNTUK HASILKAN SUSU :p 
Pelbagai jenis lauk pauk dalam pantang..yummy.. Makan je semua... :) 
Kat bawah ni pulak gambar si 'JUNIOR' diurut oleh mak sedara(tukang ngurut).. Macam mana mama diurut, mcm tu lah dia nak.. Yang hairannya, nak guna minyak panas tuh.. Fuhhh!!!
Aksi my 'auni' ketika diurut... Heheheh

Wednesday, November 07, 2012

Demi CUCU :)

Alahai tokwan... Sanggup la di'buli' oleh cucu.. Rasanya suma tok macam ni kan bila bermain wif cucu.. :)

Tuesday, November 06, 2012

Bayi demam dan naik ruam dalam pantang


Alhamdulillah Ros dapat lalui semua ini dengan sempurna :) Siapa tak panik kan bila anak kita yang masih dalam pantang DEMAM? Sebenarnya doktor ade cakap yang DEMAM semasa berpantang ni normal tapi dengan syarat sebelum ni dia penah stay seminggu lebih di hospital. Badan bayi baru nak survive suasana luar tu yang boleh menyebabkan dia demam. Sebab DEMAM ni selalunya dia nak panaskan badan untuk matikan kuman dalam badannya. :)

Ros alaminya ketika 2minggu berpantang apabila HUMAIRA tetiba demam. Suhu pulak mencanak naik sehingga 38celcius. Memang cuak habis and cepat refer doktor kat bhgian emergency. Lastly doctor cakap ia normal and suhu badan 39-40celcius baru bahaya serta ade tanda taknak menyusu, naik ruam seluruh badan.

Doctor ada bagi ubat demam untuk HUMAIRA and Ros takbagi langsung ubat tu sebab baby masih kecik nak makan ubat. So balik rumah, Ros jelum kepala baby dengan AIR ASAM JAWA. Alhamdulillah petang esok tu dah turun ke suhu normal. Katakan air asam jawa tu tak berkesan nampaknya terpaksalah Ros bagi ubat tu. Alhamdulillah Allah cepat legakan demam Humaira :) And lastly, jangan pakaikan baby baju yang tebal kalau diorang DEMAM yer..

PENYELESAIAN RUAM BAGI ROS : 
***JANGAN PAKAI BABY BAJU YANG TEBAL, BERPELUH ITU MENYEBABKAN RUAM
***PAKAIKAN TEPUNG UBI PADA BAYI ( nak senang beli je bedak AGNESIA BOTOL MERAH kat farmasi)
***LAST CHOICE, BIARKAN KEADAAN SEKELILING BABY SEJUK ( nak senang pasang econ je, jgn risau sejuk sebab kat hospital pun econ je 24jam.. Bila duk dalam econ, jgn lupa pakaikan baju pada baby yer, kang takpasal demam pulak

Budak ada ruam tido :)


P/s: SEHARUSNYA LEBIH BAIK KORANG REFER DOKTOR UNTUK HAL INI JIKA IA BERLANJUTAN :)

Monday, November 05, 2012

good luck adikku for SPM :)

Semoga berjaya adikku untuk SPM tahun ni :) Walaupun kita tak pernah bersama, kakakmu sentiasa mendoakan kejayaanmu di sini.. Banyakkan berdoa and berselawat yer sebelum menjawab soalan.. :) 

And Hari ni juga la BIRTHDAY adikku.. SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI AND DIRAHMATI ALLAH :)

my adik yang bongsu :P

Tuesday, October 30, 2012

Kisah berpantang :)

Assalamualaikum... Firstly Ros nak minta maaf sgt2 sebab tak dapat nak blogwalking blog korang.. Sibuk berpantang katakan. Hahahha. Skema la sgt :p Kisah berpantang Ros ni biasa2 jer :) Banyak dugaan pantang kali ni..

MINGGU PERTAMA
Sibuk dengan kuar masuk wad. Terpaksa stay di wad untuk teman Humaira. Masa ni bawah perut memang senak sangat+luka jahit yg belum sembuh. Jalan memang banyak sebab bilik ibu di NICU memang tak sekali dengan baby.

MINGGU KEDUA
Dah boleh discaj wad and balik umah start bertungku, berbengkung and mandi air rebusan... Jamu2 and ubat suma tak makan lagi sebab anak Ros masih kuning :( Mak sedara Ros banyak bertungku and berurut ja masa ni.

Dugaan datang masa ni apabila Humaira demam and naik ruam satu badan. Memang tak senang duduk sebab asyik nangis ja. Ros and asben pergi hospital bhgian emergency sebab baby jarang demam dalam pantang :( alhamdulillah doktor cakap its NORMAL. Nanti Ros story detail apa yang doc gtau supaya bakal ibu tak panik sangat if baby demam.

MINGGU KETIGA
Masih lagi berurut dan bertungku, masa ni ingat dah kembali normal duk dalam pantang. Boleh la rest banyak sebab suma masalah settle sikit2 rupanya masa check up Humaira and doc amek darah untuk check tiroid sebab berat tak naik. Minggu ni jugak asben Ros terpaksa ulang alik PENANG ke SUNGAI PETANI hari-hari sebab stress sangat rasa. Syukurr sebab dapat asben yang kuat semangat and memahami.. :)

Masa ni memang risau la sebab takut baby kecik ni ada tiroid. Result kena tunggu 12.11 ni :( harap si kecik Humaira ni bebas segala penyakit.

MINGGU KEEMPAT
Alhamdulillah cuma tinggal sikit2 ja masalah lagi.Harap Ros dan asben dapat laluinya dengan tabah. Dah start bertungku and berurut dengan lasaknya. Hahahha.. Siap panaskan tungku sendiri lagi.

My NUR AUNI genap setahun bulan depan..syukurr :)
Humaira dah botak and alhamdulillah dah genap sebulan
P/s: lagi 2minggu nak habis pantang. Yeayyy!!!

Saturday, October 27, 2012

Jom SHOPPING dengan HARGA BORONG :)

KORANG BOLEH PERGI KE BLOG YANG KAT BAWAH TU YER...

http://sweetlikekisses.blogspot.com/2012/10/share-please-pre-order-barang-baby_16.html?m=1

Order telah dibukak,membeli dengan harga borong.harga rompers diturunkan sebab permintaan tinggi.so order sekarang sebelum ditutup.

Romper 5in1 shortsleeve RM24/pack

Rompers 5in1 longsleeve RM31/pack
Romper 4in1 RM30/pack
Jumper 3in1 CK RM55/pack
4in1 cloth soft book RM37/box(ada 4buah buku)
Mothercare carrier 4position RM62/pcs
Carter's diapers bag 5in1 RM60/pcs
ELC sofa with hanging toys RM100/box
Jumperoo fishes price RM330/box
Tight 4in1 100%cotton RM25/pack
Baby bath tub carter's RM44/pcs
Rocker fishesprice RM185/box

Harga yang di offer adalah harga borong.

Min 1barang untuk dapat harga borong ye.

Semua barang adalah new item dan pre-order.

Payment boleh start buat pada 25.10.2012-30.10.2012.

Barang akan di pos pada 5.11.2012.

Boleh mula order sekarang.







Thursday, October 18, 2012

Makan sampai muntah...

Hmm sebenarnya sebelum Ros bersalin, selalu order cheese tart ni. Boleh dikatakan ni dah kali ke-3 Eos order. Dalam pantang pun order, my Auni ni suka sangat. Tapi bila 3rd order dia dah jemu agaknyer sampai takmau langsung mkn.. Hahaha..

Yang si mamanya pulak mula rasa nak termuntah sebab sebelum ni duk makan berpuluh2 keping.. Ekekek.. Tak sabar rasa nak masak2 untuk family lepas pantang ni :) harap Ros diberi kekuatan dan kesabaran la untuk handle 2org si kecik ni kat rumah nanti....

Sorry la nampak retak sebab duk dalam peti ais... :p

Tuesday, October 16, 2012

Kurang gula dalam darah (hypoglycemia)

Hmm dah byk Ros cari info tentang hypo ni.. Masa lepas Humaira lahir, terus google punca baby hypo tu.. Kebanyakkan yang Ros jumpa in ENGLISH.. Memang merangkak jugak la baca.. Hahhah.. 

Hypoglycemia ni katanya berpunca dari ibu yang mengidap diabetes yang menggunakan insulin. Tapi yang hairan nya masa pregnant Ros xder kencing manis. Minum air gula pun selalu result rendah. Nak kata Ros terlalu diet pun xjugak.. Tp memang xusik langsung minuman manis.. Hanya air masak jer..fuhhh... Cubaan :p


Hypoglycemia neonatal (gula dalam darah rendah) - Bayi akan terus menghasilkan insulin dalam jumlah yang banyak untuk jangka masa tertentu selepas dilahirkan. Memandangkan tiada lagi sumber gula dari ibu, insulin yang berlebihan akan bertindak ke atas simpanan gula dalam darah bayi tersebut dan mengakibatkan hipoglisemia dalam bayi yang baru lahir. Bayi akan menggigil atau mungkin mengalami masalah pernafasan, namun keadaan ini boleh dipulihkan dengan segera apabila bayi diberi susu ibu atau air gula.


Hypoglycemia bererti kekurangan gula di dalam darah. Ia salah satu komplikasi yang kerap berlaku pada bayi yang mana ibu mereka menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung. Apabila seseorang ibu mengandung mengalami penyakit kencing manis, paras gula di dalam darah tinggi. Secara tidak langsung ini juga akan menyebabkan paras gula di dalam darah bayi yang dikandungkan itu tinggi. Ini akan menyebabkan paras insulin dalam bayi tinggi.


Apabila dilahirkan, paras gula dalam bayi serta merta turun tetapi paras insulin mengambil masa untuk turun. Insulin ini akan merendahkan paras gula ke bawah paras normal.
Keadaan ini selalunya tidak berlarutan dan paras gula dalam bayi selalunya akan kembali normal selepas satu atau dua hari.


Hypoglycemia kadang-kadang tidak ada tanda-tanda tetapi salah satu tanda ialah bayi tidak mahu menyusu dan anggota badan bergetar (jittery)(ni yang terjadi pada anak ros awal hari tu). Namun hypoglycemia yang di luar kawalan selalunya memerlukan pemeriksaan lanjut. 



Kat bawah ni pulak in english :) 


What is hypoglycaemia? 

Hypoglycaemia means low blood sugar. If your baby's blood sugar is low, and it is not treated, it could put his health at serious risk. If it stays low for a long time, it even could cause brain damage. However, if your baby is not premature, and otherwise healthy, he is unlikely to have low blood sugar. 

Don't worry if he is at risk of having low blood sugar. A host of medical professionals will be on hand to make sure that your baby's health is safeguarded. After he's born, your paediatrician and other staff will make sure that he is feeding well. They will check your baby's glucose level with a blood test if they are worried. In some hospitals, these blood tests are routinely offered to babies who are thought to be at high risk.  

What causes hypoglycaemia in newborns? 
Every cell in the body needs a supply of sugar, or glucose, to function well. We get glucose from the foods we eat and newborn babies get it from milk. Keeping the right level of sugar in the blood is a delicate balancing act. 

After we eat a meal, or when babies have just had a feed, sugar levels go up. When it is time for the next feed, levels start to dip. Sugar levels are regulated our hormones, particularly insulin, which helps certain cells take up glucose for storage. When everything is working well, the hormones keep the blood sugar levels within an even range. When the balance is out, hypoglycaemia can happen. 
However, some babies are at risk, including babies born to mothers who have diabetes. They may produce too much insulin when they are born, making them prone to lower blood sugar levels. 
Your baby's blood sugar levels go down in the first few hours after birth and this is normal. Most healthy babies can cope easily with normal dips in blood sugar level. If they're given breastfeeds whenever they want, they will take the milk they need to ensure their sugar levels remain healthy. 

Babies are also susceptible to hypoglycaemia if they:
1)  were born prematurely or very small;
2) had breathing difficulties at birth;
3) have suffered excessive coldness, or hypothermia;
4) have an infection.
5)Hypoglycemia in newborns can usually be reversed quickly. If it persists, your baby will need tests to find out what the underlying problem is. 



How can I tell if my baby has hypoglycaemia? 

Often, you can't tell just by watching your baby. But sometimes, if your baby's blood sugar is too low you may notice some subtle signs. He could be jittery or irritable – or very sleepy and floppy. When you are first getting to know your baby it's hard to know what is normal, so don't hesitate to ask your paediatrician to check him. Even if it is not hypoglycaemia, your baby could be ill for some other reason. 



If your baby's blood sugar is very low, he could start fitting, or going into convulsions. These are signs that something very serious is happening and you'll need to get him to the hospital right away. Call an ambulance if you can't drive or there's no-one to drive you.. A blood test is the only way to find out for sure what your baby's sugar levels are. The usual way of testing is to take a pinprick of blood from the foot, and to test it either on the ward or in the hospital laboratory. 


Each hospital has its own policy on testing. Doctors do not always agree on a safe level of blood glucose in a newborn baby. Too many tests may cause you needless worry. It could also make it harder to get breastfeeding started. Staff have to weigh this knowledge against the risk of missing a problem if they do not test your baby's blood. 

What is the treatment? 
You can encourage your newborn baby to feed frequently, especially if he is sleepy or not keen. This is easier to do if you are breastfeeding. 

Sometimes it's difficult to get your baby to feed. At that point, the staff may say your baby needs expressed milk, which may be from a bottle, a cup or through a tube that goes down your baby's nose into his stomach. Expressed breastmilk is best, but if you can't express milk, don't worry, your baby will be given something else to keep up his sugar levels, probably formula milk. 
Keep your baby near to you, preferably with skin-to-skin contact. This encourages breastfeeding. It also keeps your baby warm, which lowers the risk of hypoglycaemia. If the nursing or medical staff are worried about your baby's blood sugar level, the first thing they will ask you to do is try a feed. Breastmilk is best, if this is possible. 

If your baby is breastfeeding, but his sugar levels are still a bit low, it can be difficult to decide if he should have a top-up of formula. The staff should talk this through with you. Get all the help you can to express your milk and get a supply going in the meantime, and to get your baby back on the breast as soon as possible. You may find some of the advice in our article on breastfeeding premature babies helpful. 

If your baby's blood sugar level is quite low he will be seen by a paediatrician and will be given a sugar solution, or glucose, through a drip. Once your baby has stabilised, he can start taking feeds again and gradually come off the sugar drip. If your baby does not respond well to this treatment or if the hypoglycemia keeps happening, he will need tests to find out if a medical condition is causing it. 

If my baby has hypoglycemia, can I still breastfeed? 
If your baby is not feeding for a while because he is on a drip, it's important to keep your milk flow stimulated. You can do this by expressing milk frequently. Holding your baby close, with skin-to-skin contact, also helps. Most of the time, there is no reason why you can't eventually get your baby back on the breast, with a little help and advice.
Yes. When your baby gets hypoglycemia, it does not mean there is anything wrong with your breastmilk. 

P/s: MOGA ALLAH MELINDUNGI SI KECIL INI DARI PELBAGAI PENYAKIT.. KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK KEPADA KAMI SEKELUARGA.. AMIN :) 

Monday, October 15, 2012

Kisah sedih selepas melahirkan :(

Kisah sedih ni mungkin hanya bagi Ros. Apapun Ros nak share kat sini pengalaman sedih tu... Maafla banyak kisah humaira ja... Geng TTC jgn sedih yer baca kisah baby di blog Ros.. Insyaallah akan ade rezeki kamu semua... Moga dikurniakan baby yang comel dan sehat... Aminn...

Ros just nak share dengan korang semua kisah selepas Ros melahirkan baby Humaira. Dia terpaksa admit NICU kerana kurang gula dalam darah(hypoglycemia). Memang sedih sangat time tu.. Nanti Ros share tentang penyakit tu.. 

Selepas di lahirkan, semua ibu mesti nak bersama anak yang dilahir. Nak bagi susu dan nak pelukcium si dia. Selepas nurse datang bagi baby, Ros bersyukur sangat kerana baby tiada masalah.. Selalunya if baby bersama kita,  insyaallah tiada masalah di hadapi olehnya.. Ros hanya sempat bersama baby 5minit sebab tetiba badan dan mulut baby terketar2.. 

Sedang Ros lali dalam labour room tu, tetiba nurse kat luar jerit kata 'baby hypo, baby hypo'.. Tiada baby di lahirkan waktu tu, hanya baby Ros.. So memang Ros dah jangka anak Ros yang hypo tu tapi sebelum tu memang tak tahu maksud hypo. Nurse and doctor dah takut nak terang kat Ros, tapi diorg macam dah susun ayat untuk bagitahu yang anak Ros terpaksa admit NICU sebab hypo tu.. :(

28hb september (4.30ptg)
Ros ditolak masuk wad tanpa baby.. Bila tiba waktu melawat memang tak sabar nak pergi jumpa baby. Ros pergi bersama asben, doctor cuba bagi glucose untuk naik kan gula, tapi still turun.. Kalau ikutkan normal tahap gula 2.5mmol ke atas.. Tapi Humaira hanya 1.7mmol.. Doctor try bagi glucose pun tak jadi, naik tinggi pastu turun balik... 

29hb september (12.00tghmlm)
Doctor try telefon suami Ros tapi Tak dapat. Diorang just nak inform nak tukar darah atau tambah air dalam darah. Darah humaira terlalu pekat dan doctor just nak kacau and cairkan sedikit. Pukul 7pagi doctor telefon and dah bagitau dah buat semua tu takut lambat nak tunggu jawapan dari en.asben.. 

2.30ptg 
Ros dah boleh discaj wad tapi tanpa humaira. Luluh sangat hati bila balik rumah tanpa baby. Sebelum balik Ros pergi jumpa Humaira, tengok dia tak berbaju and darah disalurkan melalui pusat. Wayar bergelimpangan atas dada. MasyaAllah rasa lemah hati sgt. Tambah pula masa Ros bisik kat telinga dia nak balik umah, dia terus rengek2 nangis.. Selepas Ros pegang dia, dia senyap... Ros and asben balik senyap2 sebab tak nak dia nangis :(

Ros takut nak pegang dia. Takut andai Allah menyayangi dia lebih. Andai Ros dah menyusu dia and dah peluk dia, lagi bertambah sedih kalau Allah ambil dia.. Tak sanggup duk kat situ lama2, terus ajak asben kluar dari NICU.

30hb september (2.30ptg) 
Ros datang lagi untuk jenguk Humaira tapi syukur alhamdulillah dia dah stabil and dah duk dalam inkubator.. Wayar kat dada dah tiada cuma air still dimasukkan melalui tangan and pusat. Doctor dah benarkan menyusu dan suruh still sana. Ros dah packing barang so terus stay sana. Bilik ibu disediakan.. 

9.30mlm
Malam tu Ros suruh asben datang ambil balik sebab tak sanggup duk situ, sedih tengok Humaira, tak kuat hati Ros nak duk situ. Nurse nampak Ros nangis dekat inkubator Humaira. Diorg ramai2 datang bgtau andai Ros balik nnt tetiba Allah sayangkan Humaira mcm mana? Mungkin saat tu Ros yang paling menyesal sebab tinggalkan Humaira.. PERNAH ADE KES SEORANG IBU PULANG AND ANAKNYA MENINGGAL AND TERPAKSA DATANG BALIK, TERUS NANGIS NYESAL.. Masa tu memang tetiba Ros rasa sayang nak tinggalkan Humaira terus stay situ sehingga hari ke-5 :) Asben Ros dah nak sampai masa tu, Ros telefon gtau xjadi balik.. Terus die berpatah balik. Dia pun kalau boleh taknak bagi Ros tinggalkan Humaira... Suruh tabah katanya... Meleleh airmata masa tu... :(

Susu Ros belum ada, so gigih duk pam sebab nak bagi susu ada. Alhamdulillah dapat juga Ros menyusu walaupun susu baru ada sikit.. Bila lepas menyusu, nurse suruh kita pergi berehat.. Masa tu rasa macam taknak je tinggal Humaira selepas menyusu.. Nak je duk sebelah teman dia tapi apakan daya mak juga perlu berehat..

31hb september
Dah nampak pergerakan positif dari Humaira, dia pun dah start menangis and nak susu setiap 2jam. Sebelum ni, doctor hanya bagi glucose ja and menangis pun dia kurang. Lesu semacam jer.. :(

1hb oktober 
Doctor still nak pantau Humaira, so mama still berada wad.. Hanya berdoa dan iringan air mata yang duk teman Ros.. Setiap kali pergi nak menyusu mesti nak nangis... Tapi semangat dorongan asben Ros, kembali kuat demi Humaira... Kekadang terpikir macam mana ibu2 lain tabah menghadapi keadaan anak sakit?? Huhuhu

2hb oktober
Gula dalam darah dah normal, Kuning pula dah start naik jadi doctor tak bagi keluar wad. Diorang letakkan baby bawah lampu biru and sambil pantau gula. Alhamdulillah selepas tambah air dalam darah, gula Humaira maintain (3.4mmol-4.5mmol)..

3hb oktober
Dah kluar wad NICU tapi dimasukkan pula ke wad kuning. Kali nih Humaira berada di sebelah Ros. Seronok sangat, rasa lega sebab dapat tengok anak sendiri bernafas, bergerak dan sebagainya depan mata.. Bila berada di NICU, setiap kali langkah masuk bilik tu untuk menyusu, Ros mesti berdebar2.. Takut sangat andai ade perkara yang tak dapat di lalui..

4hb oktober
2hari berada di wad kuning, alhamdulillah kuning Humaira dari 329 turun ke 247.. So hari tu Ros dah boleh discharge with baby. Memang seronok sangat sebab dah boleh kluar. Asben Ros sendiri datang nak ambil sebab dia langsung tak pegang Humaira sejak lahir. Tengok pun takpuas... :p alhamdulillah ari tu dapatla Ros berkumpul 4beranak..


Ada lagi dugaan yang berat mummy semua lalui... Semoga diorg tabah dan kuat untuk menghadapi dugaanNya..Tapi ini dah cukup besar bagi Ros dan asben.. Moga ini yang terakhir kalinya dugaan sakit untuk HUMAIRA.. Amin... 

P/s: selalu Ros berdoa... Moga Allah pinjamkan SUAMI, NUR AUNI DAN HUMAIRA lama untuk Ros. Tak sanggup nak hadapi dugaanNya yang terlalu berat.. Syukur alhamdulillah HUMAIRA masih bersama ROS sehingga hari ni.. 

Thursday, October 11, 2012

Petua rumahtangga bahagia



1)Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2)Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3)Jaga kebersihan mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri 

4) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5)Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6 ) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 ) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu

8)Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10)Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11)Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)

12)Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga

14)Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15)Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16)Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17)Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19)Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20 ) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!

21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22 ) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23 ) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.