Thursday, November 28, 2013

Hasil sofaku dibalut :)

Ni adalah hasilnya sofa dibalut selepas hampir disisihkan dulu. Memula memang cadang tak nak bawak sofa ni ke rumah baru, tapi lepas dibalut nampak cantik plak sofa ni.. Harga balut sofa ni RM1100 termasuk tambah span and kos hantar :)

Untuk yang berminat nak balut area KEDAH DAN PENANG, boleh klik kat SINI :)

                                                         BEFORE

                                                           AFTER......!!!!





Home idea : warna cat inspirasi

Lama tak bersiaran.. Sibuk la nak mengemas segala.. Tambah pulak Auni dan Humaira demam berganti. Mungkin suasana rumah baru kot. :) alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan untuk segalanya. Syukurrr :) kali ni Ros cerita pasal cat yang menjadi idea kami. Jadi tak jadi tu taktau la..hhahah.. Semua kena tunggu hasil kan.. Pelan2 kayuh.. Inshaa Allah...

LIVING DAN DINING ROOM
Ni semua warna last minute. Asalnya asben nak grey2 hitam je kat rumh. Tapi tetiba jadi warn purple lak. Wakakka.. Dan hasilnya setakat ni alhamdulillah menjadi.. Tunggu rak tv je last sekali. :)

KITCHEN
Kitchen memang kitaorng decide nak putih and grey sebab nak suasana luas. Maklumlah dapur sempit kan.. :) rumah dah masuk tp kitchen kabinet belum ada.. So asben beli dapur gas yang kecik2 aje untuk masak ala kadar :)

GUEST ROOM
Bilik ni kena warna garang2 skit sebab family ros yang stay kat situ. So kna la ade warna ceria sikit kan :)

MASTER BEDROOM
Ros teringin sangat bilik ala-ala hotel. So decide nak buat warna koko krim je dalam bilik tu. Hmm jadi or tak jadi tu xtula.. Idea saja ok. Tapi langsir dah pasng warna krim terang skit mcm dlm gmbr kat bwah. Almari & katil pasang yang sebelum ni jer. Warn koko gelap :)


AUNI HUMAIRA BEDROOM
Bilik gegirl katakan, so kna ada pink2 gitu. Tapi masih belum cat lagi. Sebab aaben nak fokus bawah dulu. Tak nak fokus pink sangat, sebab dalam bilik anak kena ada wrna ceria kan :)

LAUNDRY
Ni warna cat bilik guest room. Disebabkan asben beli cat 5liter, so kitorng cadang nk cat je dalam bilik laundry. Laundry kitorng kat atas, senang tak perlu angkut2 bakul turun bawh. Lagi satu bilik tu tingkap banyak so suma kna cahaya matahari. Jemur 3jam dah kering. Best2 :) yang paling tak best bila dah pasang langsir.. Tak matching sungguh :( sebab memula xcadang nak buat laundr kat bilik.. 


PLAYAREA
Playarea ni kitaorng buat kat bawah. Senang if trun bawah ade jugak mainan aunihumaira nak main kan :) 

Thursday, November 21, 2013

Pindah rumah baru

Alhamdulillah setelah bertungkuslumus dapat jugak Ros pindah ke rumah baru.. Barang banyak tak usah kata la.. Sedih nengok. Taktau nak kemas macam mana nanti.. Bab basuh rumah semua mak ayah Ros yang uruskan. Diorang juga datang tolong kemas sikit2. Tq ma abah bersusah payah untuk berkemas.

Bila rumah 2tingkat ni, yang paling lemah bila nak angkut brg2 berat ke atas. Memang berpeluh jugak la. Semalam dah start sakit2 belakang betis. Maklumlah xpernah exercise trun tangga.. Wakakka... Dah 3malam tido di rumah baru. Rasa tenang bila ada jiran dan sentiasa dengar azan depan rumah :)


Asben booking lori 3tan untuk pindah tapi orang tu datang dengan lori 5tan.. Tu pun penuh sangat dah. Ada terpaksa angkut sendiri. Haishhh.. Letih sangat bab pindah and pening nak berkemas..hahhaa.. 


Semalam asben dah cat untuk feature wall kat ruang tamu. Nak pasang wallpaper memang barpinar jugak la kan :p Rak tv tu dari rumah lama, tunggu rak tv baru sampai baru tolak yang tu ke atas :) abaikan la penutup2 pintu yang tak bertauliah tu.hahhaha. Xsempat siap langsir, katanya 3-4hari siap. Sebab Isnin baru ni baru pasang rail :) 


Lemah semangat bila tengok rumah sepah... Bangkitla semangat :) 

Tuesday, November 12, 2013

Home progress : mencari langsir

Kalau cerita bab rumah ni memang penat kan.. Tetiap minggu je nak gi check rumah segala.. Tetiap minggu je orang nak mai pasng/ukur segala.. Minggu lepas kitaorg pergi ke Kedai Langsir. Kedai ni jiran dalam group watsapp yang cadangkan. Bila pergi memang terbaikk arr kedai dia. Ini pandangan mata Ros.. :) orang lain tak tau :0 UNTUK PENGETAHUAN JUGAK, KEDAI DI TERLETAK DI SUNGAI DUA.. Bukan area kepala batas yer.. :) 

Tauke cina yang buat langsir ni semua boleh buat. Wiyering, kitchen cabinet, wardrobe semua sekali lah termasuk nak deco rumah pun dia tau. Dalam rumah Ros pun ada jugak mintak idea dia.. So bab langsir pun dia yang banyak bagi idea semua :) ada rumah area lain dia cakap, dalaman semua dia deco.. Hehhehe.. Kitaorang panggil dia Eric Leong ... Percakapan suma nak sama :p

Pelbagai jenis kain langsir ada kat kedai dia :)

                        Pelbagai jenis langsir yang boleh ditempah :)

               Blind pun ade.. Boleh pilih corak berkenan :) 

      Karpet pun ade. Yang ni dia bg free kalau tempah langsir dengan dia.. :)
        
    Wallpaper pun ade.. Stencil / sticker pun ada di kedai dia.. Macam2 ada :)
 

     Boleh contact no tu yer...if area sekitarnya :)
Total untuk buat langsir semua harga rm4k termasuk atas bawah.. Dia ada bagi percuma karpet moden katakan :p kalau wallpaper ade jugak promosi untuk yang wat langsir dengan dia 3roll rm1500 :) so kitaorg pilih karpet je lah sbb wallpaper masih tak fikir lagi..ingat main peranan dengan cat jer :)

Sunday, November 03, 2013

Home idea : kitchen cabinet

COLOUR & DESIGN KITCHEN KABINET
Putih pilihan kami :)

Ni contoh kabinet tanpa pemegang 

Kitchen kabinet untuk rumah baru ni kitaorg nak buat warna putih (glass) tanpa pemegang. Saje taknak bagi anak bukak kabinet.. Rumah sekarang ni sampai patah pemegang diorang duk main. Ni smua yang Ros tulis berkaitan pengalaman dari rumah sekarang. Dulu takde pengetahuan kan, buat je untuk nmpak cantik :p

KEPERLUAN DAPUR
Hood and hob asben beli brand Ariston kerana dapat special price kat opis tempat dia kerja :) Untuk oven & microwave kitaorg pilih BUILT-IN punya. Microwave beli brand RUBINE dan oven brand ELBA. Beli ikut kemampuan :) Peti ais kitaorng guna yang rumah sekarang dulu. Nanti ade duit lebih boleh la beli yang lain. 

TABLE TOP
sebelum ni kitaorang pakai SOLID SURFACE. Memang cantik TAPI manja.ekekek. macam Ros ni kasar, Memang tak sesuai nak pkai solid surface. Bila kena kunyit dah jadi kuning.. Nak ilang take time. :( Untuk rumah kedua ni, memang kitaorang decide nak pkai Quartzstone. Kukuh pun kukuh kan.. Tp sesekali janganla nak berlesung atas kabinet dapur kalau nak tahan lama.. Ni petua mak ros la.. Duduk la bawah kalau nak tumbuk2 .. Tapi kalau malas xper lah, leh jer nak ketuk2 tapi kena betul2 atas tiang hujung :) 
Warna kelabu terang pilihan kami

RAK PINGGAN 
Kalau boleh memang nak rumah nampak kemassss jer kan, xmo nampak pinggan berselerak. Asben buat rak pinggan macam gambar kat bawah tu cuma kali ni lebih kemas sebab ada penutup kat depan rak tu. Macam mana rupa kena tggu la hasilnya nanti.... :)
Ni yang rumah sekarang.. Abaikan la yg semak2 tu yer..kikiki