Saturday, December 11, 2010

Saat melahirkan NUR AUNI..

AsSalam kawan-kawan...

Alhamdulillah dapat melahirkan puteri sulung ni dengan mudah walaupun diinduce. Waktu yang dinyatakan bukan lah tepat sangat tapi lebih kurang ja kerana tak sempat nak catat waktu sebenarnya.

29 November 2010
2130 - Serah diri untuk masuk wad. Al-maklumlah akan dipaksa bersalin kerana tak boleh lebih due date. Masa ni smua kesihatan saya diperiksa termasuk tekanan darah, ujian air kencing. CTG jantung baby pun kena jugak check untuk pastikan denyutan jantung baby stabil. Alhamdulillah semuanya ok cuma tak tahan kena seluk ja dengan doktor.. Fuh!!!
**Actually kena serah diri awal pagi, tapi ros dapat nak lakukan sebab hubby keje.. So mlm baru dapat pergi hospital. Memang kena bebel habis dengan nurse :P

30 November 2010
0330 - Nurse check tekanan darah dan CTG jantung baby lagi. Dalam masa tu, saya diberi ubat membuang najis kerana tak nak najis keluar bersama baby ketika melahirkan. Beberapa minit kemudian, berjaya saya membuang kesemuanya. hehehe.... Sory..bab sensiviti :P

0730 - Doktor memasukkan ubat dalam tuttt... Masa ni memang takut sebab risau jalan tak akan bukak atau berlaku masalah. Semuanya saya serah kepada Allah kerana Dia yang menentukan segalanya.

0830 - Doktor pesan setelah sejam baru saya boleh bangun. Lepastu, saya bangun untuk mandi dan makan. Oleh sebab banyak masa lapang, saya ambil peluang untuk baca yasin bagi menenangkan diri dari perasaan takut. Selepas itu, saya banyakkan berjalan untuk cepatkan kontraksi. Nasib saya kerana diberi bilik dan katil berasingan kerana tiada kekosongan katil di wad. Masa ni memang nak cepat ja suruh sakit nak bersalin kerana masih tak tahu rasa sakit yang macam mana. Hihik :p

1115 - Sakit mula terasa di bahagian tutt.. tapi tak konsisten. Kejap ada, kejap hilang. Saya masih terus berjalan dan bila letih saya tidur untuk rehatkan diri. Akhirnya doktor syorkan saya rehat terus kerana tekanan darah saya dah start naik jadi 140/80. Sebelum ni memang tahap tu jugak, almaklumlah bila preggie ni macam-macam penyakit kena. Huhu..

1300 - Waktu melawat. My hubby datang bawa bekalan makanan yang my mum masak. Masih lapar walaupun dah makan makanan hospital sebelum tu. My mum cakap kalau dah dekat bersalin memang kerap lapar. So dengan banyak sungguh saya makan. Ibarat kata untuk tenaga push baby nanti sebab di dalam labour room langsung tak boleh makan dan minum. Sedih2.. Selepas makan, nurse suruh saya ke bilik rawatan untuk check jalan. Pengalaman kena seluk ni memang tak dibayangkan rasanya. Menitis airmata saya dibuatnya. Disaat ini saya menangis kat suami kerana terlalu sakit tapi alhamdulillah dah terbuka 4cm. Seronok pun ada...

1425 - Terus saya ditolak ke labour room. Memang gabra jugak sebab tetiba je rasa dah nak bersalin. Cuak tu tak usah kata. Actually tak nak naik wheelchair tapi nurse paksa.. Hehehe.. Nurse suruh saya tukar baju dan buang air kecil sebelum diorg pecahkan air ketuban.

1505 - Dipecahkan air ketuban, maklumlah saya dipaksa bersalin. Habis badan saya dibasahi air ketuban so terpaksalah tukar baju again.. :) Pada mulanya doktor perempuan yang nak pecahkan tapi tak dapat cari punca jalan di dalam tutt saya kerana terlalu tinggi, jadi terpaksalah doktor lelaki yang masukkan jari untuk cari semua tu. Memang malu sangat tapi terpaksa ajelah.. huhu. Air ketuban terlalu banyak jadi terpaksa doktor cucuk terlalu dalam untuk kuarkan kesemuanya.

1600 - Sakit mula rasa. Saya masih tertanya-tanya adakah ini kontraksi?? Jadi sempat saya doktor tentang sakit tu, doktor cakap itu adalah kontraksi yang pertama dan tak perlu risau kerana ia tak konsisten waktunya. Masa ni memang nak baby kuar cepat-cepat kerana terlalu sakit. Setiap kali sakit datang saya bertemankan zikir selusuh kak nad dan selawat banyak2. :)

1745 - Mula rasa nak membuang air kecil dan air besar tapi doktor tak benarkan saya bangun dari katil. Katanya buang aje atas katil tu, nanti ada nurse salin cadar. Buang air kecil terpaksa menggunakan tiub untuk mempercepatkan jalan terbuka. Tunggu punya tunggu sakit makin kerap dan saya rasa ini konsisten dan sakit yang sama datang. Doktor check CTG jantung baby lagi dan dapati tekanan jantung baby jap berhenti, jap laju dan perlahan. Doktor suruh saya pusing ke kiri kanan untuk dapat result yang baik tapi masa ni memang tak dapat nak buat semua tu kerana sakit teramat sangat. Jadi terpaksa guna gas oksigen kerana baby dalam kandungan kekurangan oksigen.

1815 - Masa untuk menyeluk. Ya Allah tuhanku saja yang tahu betapa sakitnya. Jalan baru terbuka 4cm, tangan doktor masih di dalam dan tetiba dia cakap dah terbuka 10cm. Doktor menjerit ''full labour...full labour...husband...husband...''. Masa ni meneran pertama kalinya tapi tak lepas, try kali kedua selepas tengok muka suami yang sudah berada disamping.

1845- Alhamdulillah lahirlah puteri sulung kami yang seberat 3.23kg. Lega hati, doktor tunjukkan jantina pada saya dan terus saya katakan LELAKI kerana bengkak pada kemaluannya. Akhirnya suami saya yang beritahu anak kita PEREMPUAN. Hehehe.. Doktor letakkan baby diatas dada saya, walaupun saya lemah tapi gembira dengan kehadiran puteri tercinta ni. :) Syukur kerana DR.Hasmah yang sambut bayi saya. Di hospital Sultan Abdul Halim, Sg.petani ni selalunya lelaki yang sambut..

1900 - Masa untuk menjahit. DR.Komadhi yang jahitkan. Banyak yang dia cakapkan tentang luka saya, alhamdulillah tiada yang terkoyak kerana saya tidak angkat punggung semasa teran. Doktor cuma jahitkan bahagian yang dia gunting ja.

2115 - Keluar dari labour room, ramai family yang datang. Terima kasih banyak2. Muka anakku yang bengkak, biru akibat lemas dan rambut lebat menjadi bualan sanak-saudaraku. hehhee.. :P
My hubby azankan my baby dan terus tinggalkan kami semalaman di hospital..

MasyaAllah indahnya kejadian manusia yang Allah buat. Tak terkata bila menatap wajah anak yang mulus dan bernafas di samping diri saya. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh kepada kedua IBUBAPAnya.. Amin..

20 comments:

farah said...

Alhamdulillah dah selamat semuanya..
pengorbanan seorang ibu saat melahirkan anaknya.. :)

Shah Qurratu 'Aini said...

Alhamdulillah.. tumpang gembira.. :)))
teringat masa aku tolong doktor kat labour room..

puterihannan said...

senangnya bersalin.. sy takde nasib nk bersalin normal walaupun dipaksa bersalin dgn pecahkan air ketuban. bb takmo kuar smpi air ketuban dh kering akhirnya kena czer.. kali kedua ni preggy bb breech plak, tak tau le camne...btw, slmt berpantang...

nieNn_Luv said...

alhamdulillah.. memang perasaan menjadi seorang ibu sangat indah kan untuk dilalui.. semoga auni mebesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa mebahagiakan kedua ibu bapanya, kan ros.. jaga diri baik2 ye masa berpantang nie.. (^_^)

~~with luv -- kak fazrina~~ ;p ;p

Puan nadxoxo said...

pengalaman indah yang tak dapat dilupakan :)

nick nin0s said...

waarghh...takut plak dengar ros.. :(

Achik said...

tahniah ros..lama jugak ya menunggu..macam kite, pas induce at 730am, sejam lepas tu da sakit,n pecah ketuban...hehe congrats again...

Cik Puan Axa said...

selamat berkenalan :).

detik2 cemas tu buat saya rasa takut nak bersalin. walaupun belum ada rezki lagi setakat ini.. :)

rizaros said...

farah: alhamdulillah.. Tu lah semua rasa sakit :)

rizaros said...

alhamdulillah.. ha msa ros bsalin tu pun ada gak pelatih, malulah kat dier..byk songeh msa nk bsalin..hahaha

rizaros said...

puterihannan: xsenang kak.. susah jugak :) insyallah ada hikmah nya tu :P

rizaros said...

niena_luv: alhamdulillah, mmg indah sesagt, xleh nk bygkan.. :)

rizaros said...

nadxoxo: mmg indah sgt, bila sakit rasa mcm xmo dah :P hahah

rizaros said...

nick ninos: xpayah tkut, suma org kna lalui saat nk bsalin :)

rizaros said...

achik: untungla sakit jap... tp alhamdulillah xsakit sgt hgga jam 6.30ptg tu :)

rizaros said...

cikpuanaxa: selamat bknalan :) iinsyaallah da rezeki lagi nnt :)

safiyyah osman said...

erk..takutnyaaaaaaaaaaaa....

fiza damia dahlia said...

ros pengalaman yg sangat bermakna kan.akak dpt rasa pengalaman ni masa anak ke dua.masa anak frist dulu rasa mcm ni...memang masa tu berserah kepada allah...

nurul azida said...

salam akak hospital sultan abdul halim suami bolrh masuk labour room ye?

♥ ROS ♥ said...

Last year sy masuk boleh.. ada dua choice, 1) asben masuk xleh kluar dah smpai isteri bsalin 2)asben masuk ketika wife dh 10cm.. hihi