Wednesday, August 01, 2012

Suntikan Anti Tetanus(ATT) atau kancing gigi

Ok bebaru ni Ros kena cucuk kancing gigi nih. Selalunya bila kandungan masuk 5bulan mesti kena :) Memang kebas habis sebelah tangan kiri ni. Mujur si kecik Auni ni memahami keadaan mama dia. Sebelum pergi tu, Ros masak siap2 untuk dia. Yelah kang lenguh xleh masak, xmakan la jawabnya.. Hahhaa :p

Oleh sebab 2nd pregnancy, so hanya sekali sahaja. Kalau korang 1st pregnancy mesti kena 2kali :) tapi masa Ros dulu hanya kena sekali jer. Mungkin sebab muda kot, baru habis sekolah.. Hahahha :p

Pentingnya cucuk kancing gigi(ros copy paste jer kt blog amal) :-

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

Allahu a'lam

p/s: Insyaallah lebih baik kita mencegahnya sebelum terjadi apa2.. Moga apa yang kita buat diberkati Allah SWT :)

20 comments:

::EIDA:: said...

Auch! Sakitnyer... huuuu ~ Akak takut jarum! =p

Anum said...

takut jarum

Siti Nursyuhada said...

wahh dh 5 bulan dah ek.. alhamdulilah.. semoga selamat sehingga melahirkan

Suraya Baharun said...

auwww!!sakit nye...

izla said...

memang kebas..
doc cucuk belah kiri, so belah kanan buat kerja

Nana Aris said...

sakit kan kena cucuk ni..akak hari tu sampai 2 hari sakit tangan kena cucuk..nanti check up lagi sekali kena lagi..

Ibu Ilyanie(s) said...

as salam.. jemput ke blog saya utk info kesihatan dan kecantikan bagi ibu2 mengandung.. http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/

* FAR * said...

time mengandung memang macam cucuk kena kan.. sabar je la..

:: Mrs.Eady :: said...

paling takut kene injekkkk....

Masya said...

anak pertama dulu 2 kali suntik ... nasib tak demam cuma lengguh jer tgn ..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

insya allah salah satubentuk usaha

Falsya said...

adehhh...paling xsuke kene jep kat tangan..terasa2 jarum kat tulang..ngilu n sakit..

bunga_rose said...

yg 1st kena 2 kali cucuk, yang 2nd kena sekali.. mmg kebas habis la tangan kesan cucuk ni... dah la masa tu drive dr sh alam pegi ofis kt kl, sebbaik takde pepe...

Kakzakie said...

Kakak dah tak ingat tapi memang adalah kena injek. Kakak ni Ros cakap injek pun dan ngilu. Tengok gambar yg Ros tepek pun rasa aduh sakitnyaaa...

Qhaifa Nur said...

kalau injet pejam mata...

KhaiRin : anies said...

5 bln..kejap je kan..

inazamri said...

dah lama tak cucuk2 ni..dah lebih 9 thn...sakitnye.

nik ros said...

dah 5 bulan yea. 4 bulan lagi.dah tak lama dah.bestnya..hehe

Suzaily Iskandar said...

Dekat hospital mana ada injection ni??

SITI SALIZA MOHD SACHARI said...

Bgus entry ni. Saya da hampir terlupa injection y perlu ambil time mengandung