Tuesday, May 13, 2014

Laksa janggus, balik pulau

Mak aihh, punya la nak rasa laksa janggus tu sanggup berpinau mata keliling island.. Sampai sana terus kami releks jap sebelum beli. Nak muntah semua ada..ayoooyo... Pesanan!!! Jangan datang melalui batu feringgi.. Memang boleh pening abes. Nak dtg, dtgla melalui pekan bayan lepas,, hahahaha... Tapi tak tau la kan, lain org lain ragam... Kekekkeke...

Dah sampai sana, boleh la amek order.. Semuanya SELF SERVICE.. Korang kena g kat kedai2 tu untuk beli makanan.. Jangan lak duduk n tunggu diorg datang..wakakaka... Plan asal memang nak amek setiap penjuru kedai tu, tp bila sampai dengan pening segala terpaksa lupakan hasrat.. InshaAllah bila korang ke sana tak susah sgt pun nak beli and sesuaikan diri.. :p 

LAKSA JANGGUS ni rasa bolehla kalau korang yang bukan peminat tegar laksa.. Mungkin very very sedap. Dah abes semangkuk ni, Ros g order laksa yang special pulak kot la rasa lain kan.. Tapi sama jugak, cuma sedap la sikit sbb buh cabai melaka..pedasss berasapp.. Kekekek :p Tapi untuk tekak kami suami isteri ni rasanya laksa rasa mcm ni boleh dapati di tepi2 pantai batu feringgi tu jugak. Eh, jangan marah sy yer... Lain tekak lain citarasa yer... 

 Bukan apa, kecian tau dtg jauh2 nak redah makan sini. Boleh pitam driver.. Hahaha...Tp kalau korang nak mencuba apa salahnya.. Datang tau... Mana tau ini adalah laksa yang sedap bg korang.. Dan jangan taktahu, LAKSA JANGGUS ni dah masuk Jalan-Jalan Cari Makan...bermakna ia sedap la kan.. SELAMAT MENCUBA dan InshaAllah PASTI SEDAP. :) 





Laksa Janggus,
338, MK1, Kampung Perlis,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.
3.30ptg-8mlm (pisang goreng selalunya pukul 6lebih dah abes)




1 comment:

hanansofea aziz said...

btul ros..me too went through d same way, sbb bawa kak ipar jalan2 dr batu feringhi nk g kedai laksa ni..skali kena ayoyo..punya la jauh..pitam n pengsan tera nk smpi laksa janggus ni ..nasib la sedap..