Monday, October 15, 2012

Kisah sedih selepas melahirkan :(

Kisah sedih ni mungkin hanya bagi Ros. Apapun Ros nak share kat sini pengalaman sedih tu... Maafla banyak kisah humaira ja... Geng TTC jgn sedih yer baca kisah baby di blog Ros.. Insyaallah akan ade rezeki kamu semua... Moga dikurniakan baby yang comel dan sehat... Aminn...

Ros just nak share dengan korang semua kisah selepas Ros melahirkan baby Humaira. Dia terpaksa admit NICU kerana kurang gula dalam darah(hypoglycemia). Memang sedih sangat time tu.. Nanti Ros share tentang penyakit tu.. 

Selepas di lahirkan, semua ibu mesti nak bersama anak yang dilahir. Nak bagi susu dan nak pelukcium si dia. Selepas nurse datang bagi baby, Ros bersyukur sangat kerana baby tiada masalah.. Selalunya if baby bersama kita,  insyaallah tiada masalah di hadapi olehnya.. Ros hanya sempat bersama baby 5minit sebab tetiba badan dan mulut baby terketar2.. 


Sedang Ros lali dalam labour room tu, tetiba nurse kat luar jerit kata 'baby hypo, baby hypo'.. Tiada baby di lahirkan waktu tu, hanya baby Ros.. So memang Ros dah jangka anak Ros yang hypo tu tapi sebelum tu memang tak tahu maksud hypo. Nurse and doctor dah takut nak terang kat Ros, tapi diorg macam dah susun ayat untuk bagitahu yang anak Ros terpaksa admit NICU sebab hypo tu.. :(

28hb september (4.30ptg)
Ros ditolak masuk wad tanpa baby.. Bila tiba waktu melawat memang tak sabar nak pergi jumpa baby. Ros pergi bersama asben, doctor cuba bagi glucose untuk naik kan gula, tapi still turun.. Kalau ikutkan normal tahap gula 2.5mmol ke atas.. Tapi Humaira hanya 1.7mmol.. Doctor try bagi glucose pun tak jadi, naik tinggi pastu turun balik... 

29hb september (12.00tghmlm)
Doctor try telefon suami Ros tapi Tak dapat. Diorang just nak inform nak tukar darah atau tambah air dalam darah. Darah humaira terlalu pekat dan doctor just nak kacau and cairkan sedikit. Pukul 7pagi doctor telefon and dah bagitau dah buat semua tu takut lambat nak tunggu jawapan dari en.asben.. 

2.30ptg 
Ros dah boleh discaj wad tapi tanpa humaira. Luluh sangat hati bila balik rumah tanpa baby. Sebelum balik Ros pergi jumpa Humaira, tengok dia tak berbaju and darah disalurkan melalui pusat. Wayar bergelimpangan atas dada. MasyaAllah rasa lemah hati sgt. Tambah pula masa Ros bisik kat telinga dia nak balik umah, dia terus rengek2 nangis.. Selepas Ros pegang dia, dia senyap... Ros and asben balik senyap2 sebab tak nak dia nangis :(

Ros takut nak pegang dia. Takut andai Allah menyayangi dia lebih. Andai Ros dah menyusu dia and dah peluk dia, lagi bertambah sedih kalau Allah ambil dia.. Tak sanggup duk kat situ lama2, terus ajak asben kluar dari NICU.

30hb september (2.30ptg) 
Ros datang lagi untuk jenguk Humaira tapi syukur alhamdulillah dia dah stabil and dah duk dalam inkubator.. Wayar kat dada dah tiada cuma air still dimasukkan melalui tangan and pusat. Doctor dah benarkan menyusu dan suruh still sana. Ros dah packing barang so terus stay sana. Bilik ibu disediakan.. 

9.30mlm
Malam tu Ros suruh asben datang ambil balik sebab tak sanggup duk situ, sedih tengok Humaira, tak kuat hati Ros nak duk situ. Nurse nampak Ros nangis dekat inkubator Humaira. Diorg ramai2 datang bgtau andai Ros balik nnt tetiba Allah sayangkan Humaira mcm mana? Mungkin saat tu Ros yang paling menyesal sebab tinggalkan Humaira.. PERNAH ADE KES SEORANG IBU PULANG AND ANAKNYA MENINGGAL AND TERPAKSA DATANG BALIK, TERUS NANGIS NYESAL.. Masa tu memang tetiba Ros rasa sayang nak tinggalkan Humaira terus stay situ sehingga hari ke-5 :) Asben Ros dah nak sampai masa tu, Ros telefon gtau xjadi balik.. Terus die berpatah balik. Dia pun kalau boleh taknak bagi Ros tinggalkan Humaira... Suruh tabah katanya... Meleleh airmata masa tu... :(

Susu Ros belum ada, so gigih duk pam sebab nak bagi susu ada. Alhamdulillah dapat juga Ros menyusu walaupun susu baru ada sikit.. Bila lepas menyusu, nurse suruh kita pergi berehat.. Masa tu rasa macam taknak je tinggal Humaira selepas menyusu.. Nak je duk sebelah teman dia tapi apakan daya mak juga perlu berehat..

31hb september
Dah nampak pergerakan positif dari Humaira, dia pun dah start menangis and nak susu setiap 2jam. Sebelum ni, doctor hanya bagi glucose ja and menangis pun dia kurang. Lesu semacam jer.. :(

1hb oktober 
Doctor still nak pantau Humaira, so mama still berada wad.. Hanya berdoa dan iringan air mata yang duk teman Ros.. Setiap kali pergi nak menyusu mesti nak nangis... Tapi semangat dorongan asben Ros, kembali kuat demi Humaira... Kekadang terpikir macam mana ibu2 lain tabah menghadapi keadaan anak sakit?? Huhuhu

2hb oktober
Gula dalam darah dah normal, Kuning pula dah start naik jadi doctor tak bagi keluar wad. Diorang letakkan baby bawah lampu biru and sambil pantau gula. Alhamdulillah selepas tambah air dalam darah, gula Humaira maintain (3.4mmol-4.5mmol)..

3hb oktober
Dah kluar wad NICU tapi dimasukkan pula ke wad kuning. Kali nih Humaira berada di sebelah Ros. Seronok sangat, rasa lega sebab dapat tengok anak sendiri bernafas, bergerak dan sebagainya depan mata.. Bila berada di NICU, setiap kali langkah masuk bilik tu untuk menyusu, Ros mesti berdebar2.. Takut sangat andai ade perkara yang tak dapat di lalui..

4hb oktober
2hari berada di wad kuning, alhamdulillah kuning Humaira dari 329 turun ke 247.. So hari tu Ros dah boleh discharge with baby. Memang seronok sangat sebab dah boleh kluar. Asben Ros sendiri datang nak ambil sebab dia langsung tak pegang Humaira sejak lahir. Tengok pun takpuas... :p alhamdulillah ari tu dapatla Ros berkumpul 4beranak..


Ada lagi dugaan yang berat mummy semua lalui... Semoga diorg tabah dan kuat untuk menghadapi dugaanNya..Tapi ini dah cukup besar bagi Ros dan asben.. Moga ini yang terakhir kalinya dugaan sakit untuk HUMAIRA.. Amin... 

P/s: selalu Ros berdoa... Moga Allah pinjamkan SUAMI, NUR AUNI DAN HUMAIRA lama untuk Ros. Tak sanggup nak hadapi dugaanNya yang terlalu berat.. Syukur alhamdulillah HUMAIRA masih bersama ROS sehingga hari ni.. 

42 comments:

Nik said...

Humaira baby kuat. Alhamdullillah, semua dah ok yea.moga baby humaira membesar dgn sihat :)

Falsya said...

Sedihnye falsya baca cite ros nie..alhamdulillah semua okayh..sabar kayh ros...insyaALLAH xde ape tuh..;)

Unknown said...

Alhamdulillah. Sume dah ok kan.

umi's cup cake said...

Alhamdulillah, Ros boleh hadapi dengan tabah dan semangat tu la humaira dapat...

Unknown said...

wahh humaira mmg superb baby... sbb dia ada superb mummy.... ros sgt kuat... Alhamdulilah.. semoga sue n baby boleh sekuat ros n Humaira amin..amin..amin

Unknown said...

harap Ros bersabar dengan ujian Allah yea,saya pun pernah alami situasi dimana satu satunya anak lelaki saya demam kuning yang lama sebulan,duduk atas bawah cahaya lampu dalam keadaan bogel,memang sedih tika tuh hanya tuhan saje yang tahu kan....

faizah said...

Syukur alhamdulillah sgalanya sudah berlalu dgn baek... ros terpilih utk melalui ujian begini...hnya insan2 terpilih shj diberi kesempatan utk diuji begini...sama2 kita doa mg anak2 kita n org2 yg kita sayang senantiasa dilindungi allah swt :) happy breastfeeding ros~!

Ayu Ayunie said...

moga mereka sume dipjgkan umur.. sebak ayu baca kisah ros ni..

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Alhamdulillah..humaira dab sihat..

Nieza faham camane perasaan Ros bila nak pergi kat NICU tu..macam2 ade kan..kalau tak kuat..rasenye terjelepok kat situ sorg2..nieza mcm tu jugak bila Raisya kena admit NICU... kalau time menyusu..memang nieza pegang die lame..bile nak letak balik rasa tak sampai hati.. T-T

Kakzakie Purvit said...

Sungguh tak kakak duga macam itu sekali ujian yg Ros hadapi sebab kakak tak tahu Humiara ada masalah selepas dilahirkan.

Apa-apa pun syukurlah Ros dah selamat dan sihat sekarang dan kalau boleh biarlah terus sihat...

SYANI said...

Alhamdulillah Humaira dah semakin sihat.

Rosmawani♥ said...

Tu lah tgk die kuning pun sedih... Sekarang ni dia kna prolonged jaundice.. Xtenang lg rasa selagi dia turun kuning tu...

Rosmawani♥ said...

Tq kak,,, sedih sgt bila bca kisah org yg baby diorg bersama bila lpas lahir.. Tp ros xdpt rasa masa humaira nih :(

Rosmawani♥ said...

Amin.. Harap baby terus sehat.. Risau kak, kalau nmpakperkara pelik kat dia pun dh jadi risau sedangkan bnda tu normal.. Huhuhu...

Rosmawani♥ said...

Tq all mendoakan baBy ros... :) semoga ros tabah menghadapi dugaan allah :)

Nana Aris said...

sama dgn adam ros, prolonged jugak..sabar jela kan..hopefully cepat la turun kuning anak2 kita ye

Nana Aris said...

sama dgn adam ros, prolonged jugak..sabar jela kan..hopefully cepat la turun kuning anak2 kita ye

Nana Aris said...

sama dgn adam ros, prolonged jugak..sabar jela kan..hopefully cepat la turun kuning anak2 kita ye

Mimy Hamid said...

Ya Allah ros di uji..tak sangka akak baca nak menangis ni...semogababy humaira selamat key.u also take care

Qhaifa Nur said...

kalau kita tgk baby yg masuk sini pelbagai penyakit...
anak2 kalau masuk sini pun sbb mamanya demam efek kat anak pula..mmg sedih
alhamdulillah sekarang Humaira dah makin sihat....

:: Mrs.SyahNia :: said...

moga tabah yea dik ros..
insyallah auni dan humaira terus sihat dan membesar
dgn bahagia bsama ummi dan ayah dia..

Suraya Baharun said...

Alhamdulillah...semoga humaira akan terus sentiasa sihat..

Leen said...

Salam, Rose apa punca baby kene Hypo tu? Doc ade xplain kt Rose kenapa boleh jadi?

Semoga baby Humaira membesar dengan sihat!

Zana Adieyza said...

akk pulak sedih baca entry ni.. mesti sedih kan bila x dapat bersama baby sendiri di awal2 kelahiran..

hope humairah sentiasa sihat hendaknya.. ciumkan baby humaira untuk akk yer ros... mmmuuuaaahhhh

Aty Fared said...

alahai...sayu hati membace nye...alhamdulillah humaira pon dah sihat..aty doakan humaira terus kekal sihat dan membesar dengan cerdas..aminn..:)

Anonymous said...

syukur semuanyer selamat ye, doakan yg terbaik for u & keluarga !

Pokok Manggis Depan Rumah said...
This comment has been removed by the author.
Pokok Manggis Depan Rumah said...

sabar akak yea.. semoga humairah cepat sembuh.

Siti Asiah said...

semoga Humaira sihat hingga ke akhirnya ye ROS

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

take care dear.. semoga allah memudahkan segala urusan baby dan ros.. amin..

Irfa said...

salam kenal Ros
dari blog lienda..

tak tahu nak komen apa.

Unknown said...

alhamdulillah...yer la anak kan, siapa la tak sayangkan...nak2 baru lahir lak tuh...

Anonymous said...

alahai kesianya humaira.sabar yee

puan.mila said...

Humaira sgt kuat!! So ros pun prlu kuat ye..jgn sedih2 lg..moga baby humaira dn ros skluarga dlindungiNya..

Unknown said...

alhamdulillah semuanya dah ok skrg... mengalir juga airmata baca kisah ros ni,ibu mana yg sanggup tgk anaknya di cucuk sana sini.. kene inject yg setiap bulan tu klu blh x sanggup nak tgk inikan bila wayar2 berselirat mcm tu...

apa pun akak doakan yg terbaik utk humaira...mudah2an xder kisah duka lagi slps ni yer...

Mrs Nageb said...

semoga kuat ya dik..insyaallah semuanya ok ;)

Yaya Azura said...

semoga humaira,auni dan ros sekeluarga sentiasa sihat..
aminn...

Bunga Bunga Cinta said...

Nak nangis ain baca cerita ros.... ain doakan semuanya baik2 je ... tc ros

Unknown said...

Alhamdulillah akhirnya baby Humaira baik2 aje.. Ros pun kena kuat semangat sebab baby pun kuat semangat tuh!
Selamat berpantang Ros dan jaga diri baik2...

Nak tanya apa puncanya boleh jadi kurang gula? Nak tahu juga...

TiranaAduka said...

sungguh kental smgt ros.

Masya said...

baru berkesempatan baca, hebat dugaan buat ros yer... tp skrg dah okkan... kuat semangat ros..

MyHeartMySoul's Diary said...

Sedih plak baca kisah ni.. sama mcm kisah saya.. discharge tanpa ank.. ulang alik ke hospital dgn luka operation x lega lg.. chances ank plak 50-50 je doc cakap..air mata x yah cerita lah.. sbb dia prematured bby.. but now alhamdulilah.. berkat doa dan usaha memberi susu sebnyak mungkin my son dh pn besar dan akan dapat adik... :) so pada ibu2 kta kena kuat walaumcmna sekalipun.. doa dan usaha yg penting.. dugaan ros mmg hebat.. sy dh laluinya semangat yg penting..