Friday, March 28, 2014

Big bad wolf book sale PENANG 2014

Yeayyyyy tertunai jugak impian nak pi ke sini. Banyak buku yang menarik tp Ros plak tak reti nak memilih..kehkeh :p sesape yang duk Penang leh la terjah .. :)


Total lost hanya rm46 jer.. Rasa berbaloi sgt. Kalau boleh duk lama, rasanya lagi banyak buku dapat grab... Sobsob... Harap kembali lagi... :) dengar yang Kl lagi berbaloi..beli kotak je isikan penuh..huwaaaaaa nak pergi yang kat KL :p






Tuesday, March 25, 2014

MH370 Ended in the Indian ocean

Ya Allah, rasa sebak di dada dengar PC dr perdana menteri semalam. Bangun pagi nk hepi pun xjadi. Tinggal kenangan sangat. Tapi amat berharap ada keajaiban yang berlaku. Ramai yang nak bukti..
Kotak hitam. Muncul la kamu. Kami semua ingin mengetahui punca kejadian ini. Kënapa, mengapa, bagaimana, apakah? :-( :-( :-( M0ga dapat dijadikan pgjaran dgn kehilangan ini.
Kalau tengok kedalaman Lautan Hindi ni Ya Allah. tak sanggup rasa. Masih lg mengharap untuk MH370. Harap PC hari buat kita lebih tenang skit. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. INnalillah.

Thursday, March 20, 2014

Big bad wolf book sale 2014 Penang

Jom terjah...... :)
Plan minggu lepas memang nak pi sgt tmpat mcm ni. Tapi tapi tapi tiba hari xjadi.. Geram....kikiki..
Terima je lah... Enjoy yer korang yang pergi.. Ade rezeki leh pergi lagi :) 


Wednesday, March 19, 2014

10 makanan membakar lemak


1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .
2. Telur: 
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .
3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.
4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.
5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .
6. Madu: 
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .
7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) : 
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.
9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.
10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.
P/s : hmmm lemak sy masih banyak..oh tidakkkkkkk :p

Baru 5tahun perkahwinan kami :)

Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga


Dengar lagu ni...memang layan perasaan sungguh.. Kahkah :p Alhamdulillah dah masuk 5tahun perkahwinan kami. Memang masa Ros kawen dah cakap setiap 5tahun baru nak celebrate.. Maklumlah cukup setiap 5tahun baru leh nampak kestabilan... Chewaaahhh ayat :) Sebelum ni just cakap haa ari ni genap setahun doh... Kemudian 2tahun doh...

Bebaru ni asben beli kek kat Secret Recipe.. Dapat jugak la merasa redvelvet... Gitu rupanya redvelvet yg femes2 tu..hhehee.



Jom layan gambar lama2.. Kenangan sangat untuk Ros... Lagi satu, nak kurus.... Hahhaha... :p

BERTUNANG... Masa ni memang gemuk terlampau.. Macam sekarang dah berat ni. Susah nau mau turunkan.. Dulu senang je nak turun :p After SPM terus dipinang..kikiki... 

AKADNIKAH

MY RECEPTION

ASBEN's RECEPTION

HONEYMOON LA SANGAT :p
Korang punya tempat punya la grand kan.. Ros pilih bukit merah je.. Kikik.. Boleh main air... Maklumlah dulu kan zaman kanak2 lagi.. :)

SPONSOR UMRAH
Selepas kawen, ayah and mak bagi hadiah kawen yang tak dapat dilupakan. Sponsor pergi umrah. Asben plak sponsor mak dia.. Dapat la kami berkumpul di sana 1keluarga. Alhamdulillah :)


5TAHUN perkahwinan dikurniakan 2orang gegirl yang selalu buat mama papa happy.. Walau sedikit dugaan ada, tapi kami menerimanya dengan redha :)

1ST : NUR AUNI


2ND : HUMAIRA


P/s : SEMOGA PERKAHWINAN kami kekal ke jannah :) Kami terima segala ujian Allah. Kami juga insan biasa, moga diberi rahmat dan murah rezeki olehMu.. Syukur diberi suami yang amat memahami. Tq eh malam2 jaga anak :p 

Amanah Allah... Jangan mengeluh :)

Amanah Allah 

MEMANG...Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama dan sakit :)

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...

****kekadang ade jugak merungut..bukan bermakna tak sayang.. Tapi untuk menjaga dengan lebih baik..gittewwww :p 

Sumber: fb

Monday, March 10, 2014

Kedai jual tinted di Penang

Ok kat sini kedai yang asben Ros belikan tinted. Kalau beli sikit2 memang rugi. Tu yang asben Ros beli 1roll terus untuk rumah baru ni :) ada lagi yang belum setel dalam umah ni.. Selain tinted, korang jugak leh dapatkan pelbagai stiker kat kedai ni. Pernah jugak Ros pergi masuk dalam kedai tu tapi takut nak snap gambar..kikiki..


Syarikat Hong Leong
67 Pengkalan Weld, Georgetown, 10300 Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia

Kat bawah ni antara sticker yang asben beli.. Untuk balut tangga sebab banyak terkopek.. Tapi belum berhasil.. 

Bulan lepas ada lah balut cermin yang sebelum ni warna grey aluminium tu then dah jadi warna koko gelap... Nak tempah cermin baru yang jenis kayu memang harga mahal sgt. So kitaorang beli sticker kayu je balut :)








PrayforMH370

Taktau nak cakap apa.. Doakan semua dipermudahkan dan selamat..
Menangis bila baca n dengar muzik2 throwback dekat awani tuh..sobsob... Gambar semua copy dari ig #prayforMH370


Bca kat bawah ni lagi nangis.....PulangLah.......,,,, :(






Friday, March 07, 2014

Sticker diy murah :)

Bebaru ni kitaorang gi jejalan Mr.diy Tesco seberang Jaya, tempat ni wajib nak pergi tau kalau nampak.. Kononnya nak susunatur rumah sendiri.. Hahhaha.. Susah tau nak pergi yang seberangjaya ni sebab jauhhhhhh... Kerap duk pergi pun yang Tesco Sp.. Belek punya belek terjumpa la sticker yang super murah ni. Tak sampai Rm10. Kalau tengok kat groupon dekat rm25 jugak. Jadi lah kan untuk lekat sonok2... Kualiti Ros xtau.. Tp bila try lekat kat tiles nampak macam ok. :p


Dan hasilnya........,,


Kat bawah ni plak saje Ros beli jugak sebab kononya nak bg ceria la kan bilik air anak :p kikiki...
Sesape datang nak tumpang mandi memang susah la kan sebab banyak benda yang taktahu boleh kena air ke tak... Hahhaha.

Ini lah hasilnya... Wakakkaka.. Kalau ade warna hitam lagi cantik kan... Tapi xpelah oren pun jadilah.. Asalkan nampak ceria :p 

Tuesday, March 04, 2014

Kitchen cabinet Penang :)

Sesape yang stay area Penang boleh la try this contractor... very high recommend sebab kerja kemasan terbaik.. Masalah yang diorang buat kat kabinet Ros tu memang kitaorang pikir sebab kitaorang jugak.. Maklum la design asben terlampau canggih.. Hahaha :p 

Lagi satu kitaorang tempah sekali dengan rak tv.. Kat sini xsilap mungkin boleh buat sekali wardrobe :) ari tu pergi kedai dia, tengok macam2 jugak diorang buat.. 

Ni rak tv yang Ros cakap tu... Asben memang request lekat kat dinding and tak tebal. Tak dapat la nak letak munge2 mcm orang lain.. Berybery simpla la umah Ros :p

Boleh panggil dia datang ukur n talk2. Ada sedara pun buat dengan dia, memang nampak professional.. Tapi itu rezeki masing2 kan.. Kalau apa berlaku, anggapla ujian Allah kan.. Takkan semua nak lancar jer... Hehehhe :)