Thursday, June 27, 2013

Muffin nutella vs muffin coklat

Muffin nutella
Resepi muffin nutella (Hanya 3 barang tapi nutella MAHAL) :p

Bahan-bahan
1) 2biji telur
2) 10sudu besar tepung gandum
3) 1cawan nutella

Cara-cara
1) Pukul telur hingga kembang
2) Masukkan 1cawan nutella
3) kemudian masukkan tepung gandum
4) Isi dalam acuan muffin
5) kemudian bakar suhu 160celcius dalam masa 10-15min :) tgk keadaan oven jugak yer..

Muffin coklat


Resepi muffin coklat..

Bahan-bahan:
1) gula halus (3/4 cawan)
2) tepung gandum (1 cawan)
3) tepung campuran muffin (3 sudu besar )
4) telur ayam gred A (1 biji)
5) soda bikabornat (1 sudu teh)
6) baking powder (1 sudu teh)
7) garam halus (1 sudu teh )
8) cip coklat (sedikit)
9) minyak jagung (3/4 cawan )
10) air (3/4 cawan)
11) * sukatan minyak dan air boleh ditambah sekiranya adunan terlalu pekat

Cara Memasak:
1. Campurkan gula, tepung gandum, tepung campuran muffin, soda bikabornat, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung, dan gaul rata lagi.
3. Akhir sekali, Masukkan telur dan air. Gaul sebati.
4. Boleh juga masukkan cip coklat ke dalam adunan jika suka.
5. Seterusnya, Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan tersebut.
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, selama lebih kurang 20 minit.
8. Chocolate chip Muffin siap untuk dihidang.

P/s: Muffin nutella sangat berlemak dan manis lor..hahhaa :) tq @anezamri and @batik_pink untuk resepi... Sayanggg korang :)

Wednesday, June 26, 2013

Juara masterchef selebriti musim ke-2(SYURA)

Tahniah diucapkan kepada SYURA.. Tumpang sebak semalam bila Syura menang. Hhhaaha.. Walaupun dah tau, tp ternangis jugak.. Dengan hidangan yang disediakan tu akan terhidang atas flight, dapat lagi tiket penerbangan business class ke Paris.. Di samping itu, moga mak syura cepat sembuh yer..

Sumbangan terkumpul oleh syura.. :)
Kat bawah antara hidangan syura..aduhh terliur tgk..bila nak dpt rasa ni?? Ekkek :p







Sumber gambar: google :)

P/s: to kakzakie..roa memang tak dapat email akak.. Ros htr pun akak takterima..sobsob :(

Tuesday, June 25, 2013

Hello kitty eva air

Haishhh...kalau boleh rasa naik hello kitty Eva air kan best.. Tambah pulak bawa anak-anak kecik.. Tapi kalau Ros, mak yang eksaited sangattttt :p hahhah.. :)

Pandangan luar hello kitty air
  ,ii


Jerebu dah sampai penang!!

Monday, June 24, 2013

Buku berkaitan kesihatan Rasulullah

Buku ni alhamdulillah SANGAT BERGUNA untuk semua.. Ada macam2 tips untuk merawat penyakit secara natural. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik :-)

Buku RASULULLAH IS MY DOCTOR tu Ros beli dekat MPH STORE gurney plaza, penang harga rm25. Sebelum ni duk cari kat popular,asyik habis je :-(

Yang satu lg, RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT adalah pemberian dari seseorg rakan fb yang amat menjadi kekuatan untuk Ros lebih berani untk menghadapi cabaran hidup :-)

Wednesday, June 19, 2013

Park View Tower : Home kitchen

Dah 4tahun tinggal kat sini, harini bru nak tunjuk gambar dapur.. Apa kes?? Hehehe.. Kitchen kabinet kat rumah ros ni pilihan my asben. Sebab buat sebelum kahwin. So byk ikut citarasa dia. Ros masuk umah ni tgk suma dah siap. Alhamdulillah.. :-)

Berdasarkan pengalaman dapur mcm ni, byk yg harus diperbaiki lg. Kalau2 ada rezeki duk umah bwah plak, memang design mcm ni BUKAN pilihan kami lg.. Hehehe..

Ramai kata dapur mcm ni tuan rajin masak..oh no! Little big NO!! hahaha. Time malas memang beli jgak. And satu lg, hujung minggu tak pernah masak sbb pergi umah mak n mil je. Kehkeh :-)
Bab susunan brg tu slalu kena tegur dgn mak. Sebab ros xda seni nk mengemas. Sory mak, bakat mak tak menurun kat ank dia.haha. Apa pun yg penting kita selesa nk msak kat dapur tu. :-)

Monday, June 17, 2013

Kisah jeruk pak ali

Kalau sebut pasal jeruk, boleh kata semua pakat kecur air liur.hahaha. Ros plak, kalau tak pregnant memang tak nikmat kalau makan.boleh gitu? :-P
Bebaru ni, ada kawan ros order jeruk. Dapat tahu dia duk sabah, asben kata postage memang mahal berbanding sarawak. Haishh bila check postage saja dah rm41. so total semua rm65 untuk 2kg jeruk :$ Fuh kalau duk Penang memang leh borong sakan dah. Hahaha. Tapi sebab tringin nak makan, harga memang pejam mata :-)
Kat Penang ni ada banyak tempat jual jeruk. Kalau dulu famous jeruk kat pasar chowrasta(eh btul ke ejaan ni.hehe). Kat situ bila Ros pergi cina yang jual. Sekarang ni dah ada jeruk Pak Ali rasa yakin sikit. Hahaha :-P

Friday, June 14, 2013

dulu gempa bumi, semalam ribut :(

Fuh kalau di ingat balik memang takuutttt sangat.. Dulu masa gempa bumi, Ros ada di rumah ni. Masa tu pregnant Humaira 3bulan lebih. Memang panik sangat, masa gempa tu Ros duk baring2. Bila rasa pening tengok barang dalam umah semua bergoyang, dengan tawakal dukung Auni turun tangga dari tingkat 24. Cerita ada kat SINI.

SEMALAM berlaku lagi peristiwa kecut perut, bukan gempa tapi angin ribut. Selalu angin biasa ja+hujan lebat. Angin biasa pun kekadang Ros dah takut turun lif selamba duk bawah rileks jap. Tapi semalam LIF TAK DAPAT BERFUNGSI SEBAB ANGIN TERLAMPAU KUAT. Jadi dengan nekadnya, Ros turun tangga lagi sekali dengan dukung Humaira and Auni. Sibbaik badan besar leh dukung anak berat 13kg and 7kg. hehehe :P

Perasaan dah rasa takutt sangat nak stay lama2 kat rumah ni. Moga hari ini tak berulang lagi :( Syukur juga asben Ros tak sangkut jem teruk kat Penang. Pokok banyak tumbang, dan yang paling menakutkan tiang kat atas menara UMNO runtuh. Dengar kata ada juga kematian.

Ada serba sedikit gambar di sebalik angin ribut semalam .




Wednesday, June 12, 2013

Humaira dah makan pizza, fries dan ayam goreng!!

Betul tau, tak tipu.. ekeke.. Ada gambar kat bawah. Gambar tukang masak pun ada.hahaha :-) lariikkkk :-P

Tuesday, June 11, 2013

1st kenduri kami datang!!!

Hmm rasanya ini kali pertama ros hadir kenduri with anak2. Ramai kawan yang kahwin. Teringin nak pergi tapi kekadang asben keje, ada urusan lain and macam2.. hehe
Memang mencabar jugak pergi berempat ni. Asben handle auni, ros pula humaira. Buat masa ni, diorang memang behave. Kalau kat auni, bg nasi kenduri n lauk skit dia akan duduk sebelah. Cuma bab nak jalan tu susahla sbb dia pnakut skit.
Mak ros memang suruh belajar pegang anak sebelah and makan. Boleh kawal kalau tangan anak nk menggapai pinggan atau kain meja. Hehe. Tapi kalau nak mkn sedap2 memang usung stroller. Kalau kt tempat kenduri xkan nk usung stroller lak kan? Hehe
Best tgk org kawen. Nak kawen lg boleh tak? Nak suami org yg sama.haha. Opss! :-P

Monday, June 10, 2013

Telur ikan

Haishh, tengok berkali memang cantik sgt telur ni. Tapi sayang, ros xreti makan la. Letak gambar kat fb, ramai ckp sedap. Berebut2 nak dapatkan. Sekarang ni makin susah nak dapat katanya.
Ros tengok telur ikan ni pun sebab MIL masak :-) kalau tak duk kenal yang panjang tu ja. Hahaha
Sebelum kawen, memang ros tak makan satay and durian. Dah kawen ni, try makan tapi tak la obses sangat :-P kalau ikutkan banyak benda ros tak makan. Bubur2 kacang pun sama..ekekeke

Friday, June 07, 2013

Tuntutan seorang ISTERI

Pesanan Ustaz Nasir... :)

Tuntutan hati seorang ISTERI daripada SUAMInya yang paling utama sekali BUKANLAH rumah besar, kereta mewah, taburan wang ringgit, keenakan makan minum dan barangan jenama tetapi sebenarnya jauh dilubuk hatinya itu ialah PERHATIAN KASIH SAYANG yang IKHLAS dari seorang yang dipanggil SUAMI ~ Hidup bersederhana lebih bahagia... :)

~ Suami Isteri Bahagia

Thursday, June 06, 2013

Rezeki dari makkah

Syukur alhamdulillah mak&ayah dah selamat pergi dan balik. Ros pun teringin nak pergi lagi. Kali ni, mak&ayah ros pergi dengan mak&ayah sdara. Ni dah kira kali ke-4 mak&ayah ros pergi. Bla dah sampai sana, tempat menarik di negara lain pun dah tak pandang.hahaha :-)

Alhamdulillah kat bwah ni la serba sedikit hadiah untuk ros sekeluarga :-)
Jubah untuk mama :) tq mak&abah

Anbebe seat

Pada mulanya memang rasa taknak Sebab masa auni memang tak perlu. 7bulan dah bleh duduk. Tapi humaira ni 7bulan tak blehduduk. Kepala pun kna tampu lg, so memang decide bli.

Harga dia rm180 termasuk pos tapi tanpa beg :-) kalau yang jenis bumbo seat harga dekat rm250. Ros bli yg lebih kurang je.hehe..

Sebelum beli ros bg dia duk dlm krusi ikea yang tbalik tu.ada gambar kat bwah.haha. Makan still tinggikan bantal :-)

Wednesday, June 05, 2013

Humaira 8bulan

Alhamdulillah si kecik ros ni dah 8bulan. Perkembangan dia ni lambat skit. Kalau baby lain dah bdiri and merangkak dah. Hehe. Humaira masih lg meniarap. Bab golek tak usah kata.. Ke sana sini hanya bergolek :-)

Badan dah tegap, duduk dah blh sikit2. Bab makan, masih lg makan buah-buahan. Mama blum introduce bubur nasi lg, takut sembelit. Haishh :-P

Mudah tersenyum and dah bunyi bising2 dah mulut nk sembang. Moga anak ini diberi kesihatan yang baik dan membesar dgn sempurna. Amin :-)

Tuesday, June 04, 2013

Mee udang pulau sayak

Ros bukanla peminat tegar mee, tapi kalau dengan mee udang memang alah.. Suka sangat. Banyak tempat rasanya yang sedap. Di sini adalah tempat kesukaan family ros.hehe

Monday, June 03, 2013

2tahun6bulan

Assalamualaikum mummy semua..

Arini dapat juga ros berjuang untk update. Hehe. Entah lah tak tahu apa yg sibuk sangat padahal bukannya bekerja pun :-P kekadang byk pikir masalah pun buat kita malas nk update blog.haishh

Alhamdulillah anak ros, NUR AUNI dh 2tahun6bulan. Asyik humaira je kan, ni citer pasal ini budak plak :-)

1) Start berjalan umo 11bulan, tiada merangkak and terus duduk.

2) Start bercakap 1tahun9bulan, itupun mama,papa ja. Alhamdulillah sekarang dah tak larat mama nk layan. Hahaha

3) Ada perangai ulang balik perkara kita buat. Konon nk berdikari and buat semua.. Contohnya kalau kita bgn pagi bukak tv, dia akan g tutup tv blik and bukak smula. Kalau kita nak amek brg apa2, just suruh dia. Kalau kita g amek jugak, dia akan suruh kita g duduk, dia letak blk brg tu and akan repeat blk untk amek brg tu. Haishh :-)

4) Dah pandai nak gi jalan2 kalau kita ajak. Naik kereta ok, tapi naik motor sory. Takut sungguh dgn motor. :-P

5) Menum susu dumex dugro fruit&vege.. Ros ingt nak tukar sebab manis skit susu tu.

6) Kencing byk sangat, kalau pakai pampes whoopee tu kekadang 3jam dah labuh and berat. Kekadang risau sangat tapi dah tanya doc ckp its normal. Hati mak ni sape xrisau kan :-(

7) Nak g memane, dah pandai minta tudung nak pkai, hmm xtau la tahan brapa lama.hahaha. Harap smpai ke dwasa la.

8) Akhir sekali, ros doakan pinjaman allah ni lama untuk sekeluarga. Moga anak ini, NUR AUNI menjadi anak yang sihat, bijak dan solehah..