Tuesday, April 30, 2013

Ada petua kuatkan gigi goyang?

Fuh hari2 and setiap jam duk belek cermin tengok gigi. Dah nampak goyang gigi. Kalau gigi tepi takpe, ni gigi depan bwah. Masyallah cuak sungguh.

Ahad nanti ada appointment cuci karang gigi. Katanya gigi akan bergoyang sikit, fuh tak cuci pun dah goyang, dah cuci macam mana ea?

KORANG ADA PETUA TAK UNTUK KUATKAN GIGI?

**sekarang ni ros makan ostematrix shaklee tp duk tgk sama ja.. Hehe.. Dugaan ibu menyusu. Ekeke

Thursday, April 25, 2013

Selamat hari lahir ayah...

ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN KAMU...

Alhamdulillah hari ini genap 55tahun ayah Ros. Semoga dimurahkan rezeki, dirahmati Allah dan dipanjangkan umur.

Tahun ni jugak ayah Ros 'beristirehat' dari kerja :)

Ayah Ros ni japanese asalnya.. Sekarang dah tak nampak japan sgt dah sebab bermisai and berjanggut segala.. Hahhaa :) alhamdulillah
Wif my mom... At masjid kristal :) 
P/s: pah, rizal, auni and humaira sayaangggg abah sangat2.. :)

Thursday, April 18, 2013

oh HUMAIRA :P

alhamdulillah syukur Nur Auni little sister ni dah masuk 6bulan 3minggu. Berat takdelah semangat macam baby lain.. Baru 6.5kg masa 6bulan checkup :) Apapun ia dah cukup membanggakan mama dia ni.

Humaira ni susah jugak la nak membuang. Paling lama dia simpan 14hari. Tapi doc ade cakap selagi perut baby lembut, tak meragam insyaallah normal sebab bayi menyusu badan ni tak de kotoran dia nak buang. hati ibu ni sentiasa risau kan. hahahah :) Lagi satu doc ade cakap jugak sebab dia kurang dapat hindmilk(entah betul x ejaannya) :P

Compare dengan baby lain, anak Ros ni lambat sikit perkembangannya. Ye lah kan, lain baby lain caranya. Tapi si ibu ni selalu takut la. :P Alhamdulillah sekarang ni kepala dah boleh tegap and duduk dah boleh sikit2. Mak Ros ade gtau yang Ros dulu lagi lembik dari Humaira, xmerangkak and 1tahun6bulan baru nak bertatih.. adakah ini masalah KETURUNAN?? Hahhah :)

p/s: semoga menjadi anak yang sehat dan sempurna..Syukur dengan pinjaman ini :)

seronok dapat duduk dalam kerusi terbalik..hahahhaa

Chef kecik memasak :P

ni kisah my Auni plak.... Skrang ni dah pandai nak nyibuk2 bila kita masuk dapur :P Memang terganggu la kan, bahaya pun ade.. tapi kekadang Ros biar dia duk kat sinki tu sebab main air je.. Nak marah kecian plak sebab takut dia boring tak tau nak buat apa lg kat umah ni.

lapik krusi sendiri oulls sebab tak sampai :P

Bawah ni plak, kalau dah masak untuk dia memang tak sempat tunggu papa untuk makan. Berdiri pun jadi :p asalkan KENYANG..hahahah :)

gambar senget..kihkih.. abaikan selerak itu yer :P
 Akhirnya mama decide beli benda alah kat bawah ni supaya tak kacau mama masak.Masa mula sampai mama yang over main and pasang segala.. :P

sejak ade ni, xganggu mama dah :)

Wednesday, April 17, 2013

fries ayam keju

Hmm ni resepi budak2 ye..tapi mama dia yang ngap lebih. Hahaha.. Senang je nak buat.. Ada serbuk roti, cheddar, lada hitam, telur and ayam paling penting tau. Resepi ni Ros google jek, ade terjumpa kat blog mummy yang selalu masakkan untuk anak dia :)

Serbuk roti leh wat  sendiri kalau susah nak dapat. Bakar roti dengan sapuan planta/butter 40minit dengan suhu 120celcius.. step ayam fries keju kat bawah yer :)

cheese yang diparut
serbuk roti
campur keduanya and taburkan serbuk lada hitam
ayam dipotong panjang supaya senang baby nak pegang
celup telur untuk bagi senang nak lekat

salutkan ayam dengan campuran serbuk roti+cheese
hasilnya sebelum digoreng
selepas digoreng...nyummy...ayamnya lembut :)

Tenung masa depan..

Tuesday, April 16, 2013

Sakit gigi

Fuh..berpeluh kalau ingat balik. Memang sakit sungguh sakit gigi ni. Ros 1st time kena teruk macam ni. Msa pregnant rasa ngilu je. Ni sampai bdenyut segala. Apa kerja pun tak bleh buat.
Penah jumpa doc check humaira, doc ckp ros kurang kalsium. Sebab tu humaira lambat tegap. Lepas tu memang grab OSTEMATRIX SHAKLEE. Takut sangat kalau muda2 gigi takda. Tapi sakit gigi makin terasa walau duk makan vitamin kalsium.
Ubat tahan sakit pun tak berkesan. Masyallah.. Ros g farmasi, gitau sakit gigi. Dia ada check gigi ros and terus syorkan ubat gigh SENSODYNE GUM CARE. Alhamdulillah 2hari pakai hilang. Dengan izinNya jugak kan. Hehe.. Sekarang ni memang continue guna ubat gigi tu and makan vitamin.
P/s: moga kita diberi ketabahan untuk menghadapi sakit.hehe

Monday, April 15, 2013

Jumpa blogger zana adieyza

Rasanya yang datang blog Ros ni mesti kenal akak blogger ni. Alhamdulillah syukur dapat jugak jumpa si akak kecik comel zana adieyza ni. Kalau tengok gambar and luar memang beza. Sebab kat luar ni lebih terserlah kecomelan dia.

Bila jumpa and borak macam dah lama kenal. Malu pun ada. Tapi bila dah sembang tu melaratla. Asben ros and asben dia pun sembang2 jugak. Mujurla ada idea nk cakap.hahaha..
Ros jumpa kak zana dekat putrajaya. 1st time pusing area putrajaya memang cantik pemandangan. Selalu pergi area masjid putrajaya ja. Hehe

Sorry and thanks sangat pada family in law sebab tunggu dgn lama dan penuh sabar dalam kereta semata2 untuk jumpa kawan ni. Yang paling penting, THANKS untuk asben ros jugak kerana sudi drive untuk jumpa kawan blogger ni.

p/s:Klik SINI untuk blog empunya zana adieyza.. Jom follow.ekeke.moga kita bjumpa lagi 1hari nanti.. Boleh spend lama skit.kehkeh

Friday, April 12, 2013

Order kek area KLANG DAN SEKITARNYA :)

Masa pergi KL Bebaru nih, Ros ada order kek untuk makan2 with family in law kat sana.. Ros amek redvelvet cake, kek coklat moist, cheese tart. Red velvet tu 1st time okeh nak rasa sebab sebelum ni duk tengok orang post dlm fb jer..ekekekek

Ros jumpa kak fiza kat IKEA, so ade la caj delivery sikit.. :) Bagi yang duk area KL, Ros rasa memang sangat murah dengan harga dia ni+sedap sangat.. SP and PENANG barang mahal lagi, tu yang jadi mahal :) Tapi EVEN MAHAL PUN KALAU SEDAP TAK KISAHKAN JANJI PUASHATI.. Ni mahal tapi tak sedap memang serik gak la nak next order :p

TAPI KENA INGAT....LAIN ORANG LAIN CITARASANYA :)

Cheese tart lembut n sedapp sgt..creamcheese byk, kulit tart lembut..

Kek coklat moist pun 

1st time rasa.. Boleh la sedap jugak, mungkin sebab ade cheese tu kot :p

Melty Hersley ..yang ni dapat free tapi kalau tau mesti order..sedap dari cake coklat tau...memang duk teringat je yang ni.. 


P/s: UNTUK TEMPAHAN sms @ whatsapp 012-2025070...
FB page : https://www.facebook.com/pages/Fiza-Damia-YummY/218687258170911

Thursday, April 11, 2013

Meatball IKEA

Memang famous sangat meatball ikea ni.. Sampai Ros yang duk kat Penang tak sabar nak rasa meatball tuh.

Masa sampai tu, punyalah panjang  beratur, dengan tempat duduk 3tak da.. Tapi kitaorg gagah jugak tunggu.. Walaupun panjang beratur tapi sekejap je nak dapatkan makanan tu.
Datang 9org tapi decide beli 3pinggan meatball sebab banyak nampak dalam satu pinggan..

Pabila dah makan, hmm no komen la.hahaha.. Masing2 selera kan.. Meatball tu okeh, tp sos dia mcm xngam pulak.. Kembang tekak jugak makan meatball tu sebab ada isu daging kuda tu. Hahaha..

TAPI jangan lak korang pertikai ni, Ros cuma cerita apa yg Ros rasa.. Kehkeh.. Mungkin hari yg Ros g tu sos dia taksdap atau ada yang tak kena.. Ekeke.. Apa pun, selamat menjamu selera bg yang belum mencubanya.. :p

Untuk 9orang makan... :p 

Wednesday, April 10, 2013

First time datang..IKEA

MAaf lama sangat menyepi.. Hehe. Rindu tak? Kikiki. Ros pergi kenduri minggu lepas di Bangi. Alang2 dah sampai sana, singgah IKEA. Memang shopping sakan la. Heh.maklumla 1st time datang..

Memula pusing dalam tu Ros terus g tempat brg baby, xtau pulak kena pusing dulu nanti tembus kot situ. Sory ayat penang kuar. Ekeke, mujur ada adik ipar yg ckp.. Maklumla tak biasa datang..

Di sana kalau berkenan kabinet ke apa, kena catat di kertas and turun bawah cari barang yang kita nak. Ros cuma Bli barang baby ja.senang.. Barangdapur tunggu nanti datang kemudian.. Ekeke