Friday, August 31, 2012

Selamat hari kebangsaan

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

***Alhamdulillah negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 55tahun. Semoga NEGARA KITA MALAYSIA terus aman, makmur dan diberkati oleh Allah SWT :)



Thursday, August 30, 2012

Persiapan sebelum RAYA

OH LEMANG, KETUPAT DAN RENDANG... Makanan wajib katakan untuk RAYA AIDILFITRI :) Tahun ni alhamdulillah dapat lagi beraya di rumah MY MIL and nikmati ketupat and rendang(mengidam sebenarnya :P) ekkekeke...

Kali ni my biras nak bakar lemang sendiri kat rumah MY MIL :) Sebelum ni diorang sefamily bakar lemang kat rumah sendiri.. Maklumlah first time, ade yang menjadi and ade yang hangus sebab tukang balik tu tertido :P
persiapan bara api

sesi pemotongan buluh :P
si penunggu bara api
penyusunan lemang
haa yang ni lah tukang balik yang tertido tuh.. ekekeeke :P
lemang yang hampir dimasak :)
rendang MY MIL :) teringat sehingga ke hari ni :P
oh ketupat... :)

Wednesday, August 29, 2012

Main air di raya kedua

mana mama nak suruh amek gambar nih?? :P
oh nikmatnya airrrrr :)
dah mula kesejukkan :P
sesudah main air.. (bukak pampes sendiri)
dah tak sabar nak tengok video sendiri :)






Tuesday, August 28, 2012

Cuti Raya dah habis.....

Assalamualaikum kekawan blogger..

Alhamdulillah settle raya kita untuk tahun 2012 ni. Opss maksud Ros cuti raya yang seminggu tu :P Mesti ramai yang pakat duk update blog lepas nih :P Raya kan sebulan, untuk sesiapa yang nak buat open house tuh still bleh lagi :) ekekeke... Kalau dekat, leh ros terjah... Hahhaha.. Keje makan je skrg ni. Checkup pregnant pun dah naik 2kg :p

Tahun ni raya tema BIRU AND KOKO untuk raya pertama. Raya kedua and seterusnya dah start recyle baju tahun lepas. Jimat katakan :p Raya kat umah my MIL lg sebab tak dapat nak balik KELATE :p

Tahub ni biasa2 ja raya untuk family Ros. Entahlah rasa macam sedih je RAMADHAN berlalu. Apa2pun kitaorang tetap enjoy dapat MAKAN :P Opss terlebih sudah...Hahahha... Seronok tengok kekawan duk post gambar raya pertama kat FB :) Ros tak dapat sebab hanya online pakai ipad ja :( Hari ni Ros nak tempek gambar kat sini lah.. Hihihi.. Abaikan kegemukan Ros tu yer..hahahah

family potrait :P
tengok angpau first time :)
mama and auni :P
dah mula protes tudung :P

Monday, August 27, 2012

OH DON DANIYAL!!!!

Sabtu lepas Ros sefamily melepas untuk pergi ke kenduri USTAZ DON DANIYAL :( Ni gara-gara my asben terpaksa start keje hari Khamis hingga Sabtu lepas.. Ustaz Don ni abang ipar kepada member my asben. Apapun semoga perkahwinan diorang berkekalan sehingga akhir hayat...

kad jemputan USTAZ DON DAN HUSNA :)
gambar copy from fb wife member asben :)




Sunday, August 26, 2012

cuti blog hampir tamat... :)

Wah lepas ni mesti ramai yang dah start update blog. Ros pun dah tak sabar nak baca entry korang semua.. Insyaallah kalau tak de halangan Ros akan update esok.. Wah mcm lah blog ni femes sangat kan :P Harap korang sudi lah baca yer..


P/s: mood beraya masih ade...tapi macam dah nak kurang je bila dah masuk minggu ke-2. Rasa cepatnya masa berlalu :(

Thursday, August 16, 2012

Selamat berhari raya

Assalamualaikum :)

Ampun maaf andai ada Ros terkasar bahasa di blog atau facebook. Apa yang Ros publish di blog ni adalah untuk keseronokan semata-mata.

Pada kesempatan ini, Ros sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

P/s: blog nak bercuti jugak la.. Hihihi... :)


Wednesday, August 15, 2012

Tempat mana yang best??

Hai korang semua.. Ros just nak tanya antara kedua tempat ni mana yang best yer especially bila anak si toddler nih.. Minta cadangan korang semua boleh??


Atau 

Tuesday, August 14, 2012

Kesalahan berhari raya

Alamak.... Insyaallah rasanya tak akan begitukan? Ekekek :p moga kita dilindungi perkara yang buruk... Amin

Monday, August 13, 2012

Minggu terakhir ramadhan..

Assalamualaikum..

Rasa sebak pun ada sebab RAMADHAN tahun ni rasa kejap jer. Apapun korang semua mesti dah bersiap sedia untuk raya kan? Alhamdulillah persiapan raya Ros sekeluarga biasa saje. Pakaian NUR AUNI boleh dikatakan 80% mak ros yang belikan. Ros just tambah kasut and baju kurung jer :) Selalunya kalau dah ade anak, mesti lebih kat anak jer la :p kat mak ayah 2-3helai pun dah cukup.. Hihihi

Untuk tahun ni Ros beraya di Umah my MIL di Cherok to'kun Bukit Mertajam lagi. Tak dapat nak balik KELATE tahun ni sebab keadaan ayah Ros yang tak berapa sehat sepenuhnya lagi. So kita orang decide nak beraya di umah my MIL sebab ramai budak2 and dapatla my AUNI main bunga api.. Ekekeke :p


Thursday, August 09, 2012

Susah rasanya...

Hmm susah rasanya.. Tapi insyaallah moga Allah dapat memberi kita peluang itu. Semoga kita boleh menjadi seorang pemaaf walau sakit hati ini :)

Wednesday, August 08, 2012

Kejang kaki semasa mengandung

Hmm boleh dikatakan Ros dah start rasa kejang2 kaki untuk 2nd pregnancy ni.. Masa 1st dulu memang selalu jugak kejang kaki kaki nih so yang mangsanya ialah en.asben la untuk urutkan bagi ilang. Taktau nak citer mcm mana, korang penah rasa taulah betapa sakitnyer :P Orang ckap kalau kejang nih selalunya KURANG KALSIUM :P

Disamping tu, Ros makan supplement calcium iaitu OSTEMATRIX dari shaklee.. Memang ade perubahan. Tapi masalahnya Ros kekadang ade jugak skip tu yang sakit selalu menjengah :P ekekek

JANGAN TAK TAHU, PIL KALSIUM SHAKLEE NI BOLEH HILANGKAN SAKIT GIGI SERTA MERTA KALAU TENGAH PREGNANT. MASA 4BULAN ARITU ADA SAKIT GIGI, TERUS BELI DENGAN KAK NADIAH. ALHAMDULILLAH LEPAS MAKAN TERUS HILANG :)


Ros copypaste kat blog amal jugak yang ni:
http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/merawat-kaki-kejang-sewaktu-hamil/

Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
*Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.

*Minum air secukupnya setiap hari

*Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan -yang ni memang ros buat(memang berkesan)-


*Pakai seluar panjang sewaktu tidur

*Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk

*Lapik bantal di bawah/hujung kaki. Bak kata kakzakie bagi kaki tidur atas bantal macam kepala jugak :)

Bagi cara pencegahan pula :
*Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama

*Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur

*Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.

Tuesday, August 07, 2012

menu berbuka dan sahur minggu ke-2

Hmm sorrry makanan lagi :) hihihi.. Menu berbuka and sahur untuk kami berdua :P Seperti biasa hari MINGGU lebih diluangkan bersama keluarga besar samaada rumah my MIL atau rumah my parent :)
menu bersahur hari ke-10 : burger , ke-11: nasi goreng and ke-12 : koeyteow goreng  :)
menu bersahur hari ke-13 : telur bungkus, sayur and ayam goreng
cucuq keria :P
roti jala
menu berbuka hari ke-10
menu berbuka hari ke-11 : siakap stim
menu berbuka hari ke-12 : soto sup
menu berbuka hari ke-13 : chicken chop (sy punya)
menu berbuka hari ke-13 : maggi (asben punya)
menu berbuka hari ke-14 : nasi tomato and ayam masak merah

Wednesday, August 01, 2012

Suntikan Anti Tetanus(ATT) atau kancing gigi

Ok bebaru ni Ros kena cucuk kancing gigi nih. Selalunya bila kandungan masuk 5bulan mesti kena :) Memang kebas habis sebelah tangan kiri ni. Mujur si kecik Auni ni memahami keadaan mama dia. Sebelum pergi tu, Ros masak siap2 untuk dia. Yelah kang lenguh xleh masak, xmakan la jawabnya.. Hahhaa :p

Oleh sebab 2nd pregnancy, so hanya sekali sahaja. Kalau korang 1st pregnancy mesti kena 2kali :) tapi masa Ros dulu hanya kena sekali jer. Mungkin sebab muda kot, baru habis sekolah.. Hahahha :p

Pentingnya cucuk kancing gigi(ros copy paste jer kt blog amal) :-

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

Allahu a'lam

p/s: Insyaallah lebih baik kita mencegahnya sebelum terjadi apa2.. Moga apa yang kita buat diberkati Allah SWT :)