Tuesday, July 31, 2012

Suasana berbuka puasa di masjid nabawi

Indahnya rasa jika berada di situ ketika saat ini :)

Monday, July 30, 2012

berbuka dan sahur berdua

Assalamualaikum..

Seperti yang kita tahu, hukum mempamer makanan di bulan puasa ni makruh :P Tapi Ros just nak kongsi apa yang Ros masak jer.. sebab sebelum ni pun ade jugak duk tayang gambar makanan.. Kira dah serasi dengan blog. Hahahah :)

Selalunya hari minggu memang akan ke Umah MIL atau my mum untuk bukak puasa bersama. Maklumlah meriah sikit kalau beramai nih. So bila hari biasa Ros akan cuba untuk masak walau tak berapa pandai masak+sibuk dengan my Auni nih.. :) Pening+xlarat tu tak usah kira la sebab Ros pregnant lagi. Harap dapat bertahan hingga akhir Ramadhan.. Amin..

popia sardin yang belum digoreng
buah melaka@onde2
menu bersahur : bihun singapore
menu berbuka hari ke-3 : nasi ayam
menu berbuka hari ke-5 baki buat sahur : nasi kerabu
menu berbuka hari ke-6 : sambal petai+telur masin+sayur campur

menu berbuka hari ke-7 : tomyam+ikan cencaru belah belakang

 p/s: MAAF YER TAYANG MAKANAN.. BOLEH KONGSI IDEA MASAK2 :)

Wednesday, July 25, 2012

Karnival Upin dan Ipin Juru Autocity

Bebaru nih Ros ade ceritakan pasal Karnival ni.. leh tengok entry kat SINI :) Seronok Upin dan Ipin datang Penang, tambah pulak dekat dengan umah Ros. So memang kitaorg decide nak pergi tapi sebab abah Ros masuk wad asyik tertunda.. So last week before Ramadhan tu dapat jugak pergi..(mama yang excited sebenarnya :P)

Jom layan picca aje lah :P
pintu gerbang nak masuk :P
time ni upin ipin tengah ade persembahan chicken dance


p/s: dah jumpa Upin Ipin terus balik.. Tak sampai setengah jam pun kat sana.. Hahahah :P

Chef vs imam

Monday, July 23, 2012

seronok ber'cloth diaper'

Hmm bagi yang taktau apa itu cloth diaper(CD) tu meh sini Ros citerkan..hahhaa.. copypaste jer :P

APA itu cloth diaper?
Cloth Diaper adalah sejenis Lampin Kain Moden yang membolehkan anda gunakan sebagai pengganti Lampin Pakai Buang. Ianya lebih murah dan jimat berbanding Lampin Pakai Buang, ini kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur (bawah 3 tahun).


Pengalaman ROs menggunakan CD ni boleh tahan la. Boleh dikatakan buat masa ni makin makin seronok berCD. Kalau surirumah tu better guna jer lah CD ni sebab duk umah aje pun, kalau yang keje tu Ros tak kisahla kan. :P Sebenarnya kalau pengiraan tu memang jimat tapi yer la sapa sanggup nak beli sekeping rm25 kan. Baik beli pampes jer :P Tapi insyaallah dalam masa yang lama memang leh jimat :)

i)Kalau korang kira sekeping rm25x13(buat takat ni yang ros ada)=Rm439
Memang nampak jimatkan TAPI korang kena kira jugak BIL ELEKTRIK dan BIL AIR korang untuk basuhkan and bilas CD nih.. Ni pendapat Ros la, jangan lak ada yang membantah lepas nih.. Kalau dikira tenaga and bil tu semua rasanya sama jer.. CUMA CD nih boleh digunakan untuk anak seterusnya. Still leh kira jimat la jugak kan..hahahhaa.. Tapi kena ingat jangan addicted dengan corak sudah, nanti dah kira MEMBAZIR namanya.. :) Paling banyak pun mungkin 20-25keping sebab nak basuh 2hari sekali :P

ii)Memula guna CD nih memang ada kebocoran la walau dah prewash 3x (basuh,jemur,kering sebanyak 3x) tapi sekarang berkat kesabaran duk basuh barulah serapan dia makin baik :) LAGI BASUH, LAGI BAGUS SERAPAN :)

iii)seronok tengok kat bontot anak colourful tapi Ros still pakaikan underware kat AUNI walau pakai CD sebab takut bocor :) Buat masa ni, kalau pakai bamboo charcoal insert memang leh tahan 5-6jam.

iv)Cara basuh style Ros pulak ialah memula bilas CD yang terkena pee atau poo tu and letak tepi. Dah ckup pakai dalam 5-6keping sehari baru Ros bilas semuanya and rendam dalam baldi with sabun kiddiewash cosway(hanya sikit ja sebab nanti buih banyak boleh kurangkan serapan).. (AWAS!!! JANGAN RENDAM TERLALU LAMA, memadailah dalam 2-3minit sebab dah bagi ilang bau aje), LASTLY, baru Ros spin dalam machine jer untuk kering sebelum jemur..


v) Kalau ade kesan kuning tu, korang just jemur di bawah sinaran matahari jer sebab cahaya matahari adalah penghlang kotoran yang terbaik.. Tapi macam umah Ros susah nak kena matahari jadi Ros gosok sampai ilang kotoran tu :P(buat masa ni belum ade kesan kotoran lagi walaupun terkena poo).

vi) Bagi yang ingin mencuba leh try beli PAKEJ NI sebab ia untuk mom-to-be :)
Untuk keterangan lanjut atau detail tentang CD ni korang leh try gi kat :-
 a)http://www.littlepreciousgarden.com
 b)http://www.mumsluvbaby.com/
 c) https://www.facebook.com/groups/msiancdp/ (FOR MUMMIES YANG BARU NAK BERCD)
 d) and banyak lagi, tak larat la Ros nak tulis satu2 :P

LASTLY inilah model CD bagi Ros :)


***Buat masa ni, paling suka CD bamboo charcoal and INSERT bamboo charcoal :)

P/s: Yang belum BerCD tu, Ada baiknya BerCD bagi yang surirumah.. Tapi Ros tak paksa, lain orang lain pendapatnya.. :)

Friday, July 20, 2012

Usahlah riak

AYAT ni Ros copypaste dari mak Maryam. Budak kecik yang sungguh berselera makannya.. Suka tengok :)

RIAK ialah PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.


Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.


Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.


Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.


Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.


Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.


Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)

UJUB ZAMAN MODEN
Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.


Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.


Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".


Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.


 

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?


2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!
Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

P/s: moga kita dilindungi perasaan riak suma tu. takut sangat :( blog ros ni bukan untuk menunjuk yer, sekadar berkongsi and bercerita tentang keseronokan hidup :)

Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN datang lagi :)

Pejam celik PEjam celik dah nak tiba RAmadhan sabtu nih.. Alhamdulillah dapat lagi kita berpuasa di tahun ini. Moga kali ini membawa lebih keberkatan untuk kita semua.. Ros doakan kekawan kita murah rezeki di bulan ramadhan ini. :)

1)Dua tahun lepas, Ros berpuasa masa pregnant memang agak letih jugak tapi alhamdulillah full jugak :) 

2)Tahun lepas berpuasa dengan menyusu si NUR AUNI, memang lagi mencabar sebab bagi Ros kalau pregnant baby hanya dalam perut, tapi bila menyusu baby hisap segala kita makan. Memang dahaga+letih sungguh time berpuasa sambil menyusu. Apapun syukur dapat berpuasa penuh :)

3)Tahun ni insyallah with bakal baby and nak kena handle toddler jugak.. Harap Nur Auni makan apa yang mama masak je yer :) Harap bolehlah berterawikh tahun ini with my AUNI :P

MOga puasa tahun ini lebih bermakna dari tahun sebeleumnya. Banyakkan berdoa di bulan Mulia ini. Ros ucapkan SELAMAT MENYAMBUT PUASA.


P/s: Semangat berupdate blog agak2 macam mana yer nanti?? hahhaa...

Wednesday, July 18, 2012

KREATIF SANGAT...!!!

Boleh dijadikan sebagai hantaran :) bestnyer kalau dapat buat sendiri..

Tuesday, July 17, 2012

Jangan sayang seseorang 100%

P/s: SAYANGILAH ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA PENGASIH :)

Monday, July 16, 2012

Alkisah tak update blog :(

Assalamualaikum semua.

Moga korang dalam keadaan sehat sepenuhnya :) Ros alhamdulillah sehat aje kat sini cuma ayah Ros yang tak berapa sehat..

Rabu lepas ayah Ros on the way nak gi KL untuk meeting, sampai di Taiping dia cirit-birit. Mujur ade kawan yang boleh drive and hantar balik rumah. Selama 3hari ayah Ros demam.

Lepas 3hari muka and badan dah berubah jadi KUNING so terus pergi hospital untuk rawatan. Jumaat Ayah Ros terpaksa ditahan wad and sabtu terpaksa buang batu karang dalam hempedu. Hari ahad pula doktor suruh buang hempedu pulak. Memang sedih tengok keadaan orang disayangi tetiba muram and sakit tambah pulak ayah Ros ni susah nak nampak ada masalah. Always senyum :)


Asben hantar Ros and myvi untuk ulang alik pergi hospital. Memula memang takut jugak sebab Ros tengah pregnant, tapi gagahkan diri sebab demi orang tersayang. Selama seminggu Ros duk ulang alik ambil and hantar mak :) kekadang hingga ke malam duk drive lagi, tu pun nasib ada kakak ipar yang teman. Kalau bukan kita siapa lagi..???

Jumaat lepas alhamdulillah ayah Ros dah boleh discaj and nampak lebih sehat dari sebelumnya. Semoga ujian ini membawa seribu keberkatan dalam keluarga Ros :)

P/s: Orang lain tak perlu lah bersusah payah nak berkorban demi keluarga Ros selagi kami anak2 masih ada disisi.. :)

Mood: Tak suka ade orang yang tetiba nak buat baik and seronok melihat kesakitan keluarga orang lain.. Haishhh :p

Thursday, July 12, 2012

Always kiss :)

Berdoalah dan maaf...

P/s: Alhamdulillah semuanya selamat. Nanti Ros ceritakan sebab blog tak berupdate. Doakan semua selamat yer.. Amin...
*****maaf tak dapat nak blogwalking and drop komen kat blog korang :(

Thursday, July 05, 2012

Menu tengahari anak&mama

Maaf yer bagi yang berpuasa :) Entry sonok2 nak tayang :P Its makan time..Seperti biasa, ros ni tak la kreatif sangat nak deko makanan anak, asalkan makan sudah.. Hahhaah.. Kalau anak yang jenis memilih, HARUSLAH mama deko makanan tu jadi menarik yer :)

menu mama.. of kos ade tambahan lauk..hahaha
menu si kecik :P
ready to NGAP!!!

Si anak ambil alih :P

Seperti yang kita tahu, Seorang isteri dapat pahala kalau temankan suami di meja makan. Tapi sekarang tak dapat lagi Ros temankan. Si anak telah ambil alih. Bila dah besar nih dah taknak duk atas kerusi makan dia.. Hmmm :( Apapun si ibu makan je lah kat bawah sementara nak beli kerusi baru..kihkih

abaikan dapur yang berselerak tuh yer :P

Wednesday, July 04, 2012

PENANG BIRD PARK

Sebenarnya ni entry tertunggak. Maklumlah ade anak kecik nih tak boleh nak ngadap komputer sangat, blogwalking suma Ros guna ipad. :) 

Ros nak citerkan pasal Penang Bird Park nih. Actually dah lama plan nak gi, tapi asyik suka duk di rumah sendiri maka setelah 4tahun menginap di Penang, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke PENANG BIRD PARK. Kalau ade child, memang diorang enjoy habis la kot. Tapi as sweet couple atau suami isteri nak pergi mesti bored skit :P hihihi


Harga tiket pun boleh tahan lah.. Tapi tak silap dapat keychain free dengan tiket ni tapi BERSYARAT mesti beli soft drink yang dijual baru leh dapatkan keychain tuh.. :)

  *** DEWASA : RM15
  *** KANAK-KANAK : RM10
  ***KAMERA : RM1

Antara haiwan yang terdapat kat sini.. Ros buh yang comel2 yer, ada banyak tapi nanti korang jemu lak.. Hahahah...
burung yang paling BESAR kat sini.. :P


Ni pulak gambar kanak-kanak riang yang 1st time datang tempat macam ni :P

i'm in love.. hug me plzzzz... :P
terlalu suka tgk burung ni.. kat sini paling lama spend time untuk Auni :)
senang jer jadi budak nih.. Asal ngantuk terus tido :P
Sesi bergambar wif burung :) Tapi kena lepas time show kot baru happening macam ni :)
  ***BIRD SHOW : 11.30PG dan 3.30PTG


Kat bawah ni pulak family potrait yang telah diambil oleh photographer kat sana :)
Rm25 sekeping gambar :p (Nak pesan, kalau nak soft copy kena bawa pendrive yer, sebab nak harapkan dia email memang lambat.. :P)





 Ni detail about PENANG BIRD BARK :)

Bird Park (Penang) Sdn. Bhd.
Jalan Todak, Seberang Jaya,
13700 Perai, Penang,
Malaysia.
Klik sini untuk peta yer :)

Tel : 604-399 1899
Fax : 604-399 1899

Email :
pengbird@tm.net.my

Tuesday, July 03, 2012

Cuaca tenang

Alhamdulillah ari ni cuaca tenang.. kalau semalam memang takut sungguh dengan angin kuat lagi. Rupanya semalam ade bahagian di georgetown yang banjir :)

***Berkenaan soalan entry cuak+takut semalam, ramai pulak yang tanya Ros kat mana tinggal and duk tingkat berapa :p

------>> Ros tinggal di park view tower, bagan dalam(bukan sebelah pulau tau), tingkat 24 :) Memang gayat habis, kalau ade apa2 memang tau nak turun and balik umah mak je. Tapi apakan daya inilah rumah yg paling selesa bg Ros sekeluarga :p chewaahhh... Hahaha

Sori gambar tak berapa cantik sebab guna ipad je :(

Main hujan buatan

Opsss Jangan fikir bukan2 yer.. Sesungguhnya Allah Maha Penciptanya :) Kat bawah ni gambar my Auni and cousin dia main air hujan yang my mum buat.. Jelas keseronokan terpancar di wajah memasing.. Kalau lah maknyer dapat join.. fuhhh :P budak-budak sekarang dah tak takut air.. huhuhu