Tuesday, January 31, 2012

kebaikan susu ibu

Assalamualaikum kekawan. 
Banyak kebaikan susu ibu nih kalau korang nak tahu. Ros share kan di bawah :) Apapun kepada mummy yang dah start bagi FM jangan terasa yer. Tak perlu lah rasa nak kutuk orang yang tak bagi susu ibu. Ros memahami keadaan korang yang tak dapat nak beri susu ibu nih :) Tak pernah ada istilah 'SUSU TIADA'
sebenarnya.. Si ibu kena banyak minum air untuk menghasilkan susu yang banyak. Usaha tangga
kejayaan :) Insyaallah semoga anak kita menjadi anak yang baik..

klik untuk zoom yer :)

Monday, January 30, 2012

posisi anak tidur :)

Pernah tak terjadi pada korang semua?? Kalau boleh nak je asingkan anak tido katil lain.. :P tapi apa kan daya.. hahahha :) Semua posisi nih my little auni dah buat :P

klik untuk zoom image :)

Friday, January 27, 2012

Suami yang baik :)

10 sifat suami baik :)

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Third iPad

Wah Tajuk gempak nih.. Hahahah.. Bukan nak berlagak yer.. TIDAAAAKKK SAMA SEKALI.. Meh baca citer dulu :p Actually ni dah masuk Kali ke-3 hubby ros beli iPad :) 1st time beli 64gb wifi only. Bila lelama guna rasa tak best pulak bila nak online jer kena Ada wireless and lastly decided untuk jual and beli iPad baru 16gb with wifi and 3G. So blehlah ros online bebila masa je guna CELCOM BROADBAND.

Dah seronok guna iPad dalam 2bulan macam tu, my mom pulak dah janji nak kasi iPad dekat cucu dia. So my mom cakap bagi yang ros gunakan tu and dia Akan bagi cash untuk beli yang baru. Memula ros macam tak nak bagi sebab ros dah addicted dengan games BAKERY STORY(games buang masa) sebenarnya.. Tapi bila fikir balik, dapat yang baru pun ok jgak kan..hahahah.. But still miss my old iPad yang kini sedang berada di tgn kakak iparku.

Satu kepayahan bila new iPad nih ialah nak kena setup, install macam-macam lah.. Compare yang my iPad dulu tu dah banyak games dan functions yang dah bermacam ros buat :)



P/s: walaupun third iPad tapi ros tetap Ada satu je sebab beli jual beli... :p

Thursday, January 26, 2012

22th birthday

 Alhamdulillah ari ni genap my age is 22tahun :) Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Semoga diri ini sentiasa dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki untuk keluarga ini.. Amin ❤

Friday, January 20, 2012

Tak perlu stroller atau carrier

Gambar ni my hubby snap at negara CHINA. Kehidupan diorang cukup senang tanpa benda-benda canggih mcm kita sekarang ni.. :)

Kekadang nampak macam kecian pulak kat budak tuh :P

Tuesday, January 17, 2012

Makanan kegemaran RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum kekawan..

Lama Ros tak update blog. Sejak kebelakangan ni memang takde idea lor :( Pening, tak larat semua ada tapi alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik.. Entry kali nih tentang makanan kegemaran RASULULLAH S.A.W. Jom pakaT kita amalkan demi kesihatan diri. Insyaallah :)

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
♥ ^___________^

Friday, January 06, 2012

Trip Ke Hunan, China and SINGAPORE

Assalamualaikum...

Esok my hubby pergi ofis trip Ke Hunan, China and Universal Studio Singapore selama seminggu. Maka tinggallah kami berdua saja. Kali ni katanya musim sejuk sikit so kena lah prepare baju tebal2. Ros suka sangat travel-travel nih tapi maklum lah banyak lagi benda nak buat dengan duit nih :P

Kat hunan ni orang ckap macam forest jer banyak, tapi macam tempat menarik jugak kalau serch kat google :) Pasal singapore tu memang famous lah Universal studio tuh. Ros masih berkesempatan nak jejak kaki di sana, maklum lah ada si tecik Auni :P Tunggu besar sikit, insyallah sampai..hahaah

Peta hunan :)
SIngapore :)
Bab makanan yang paling ros risau kalau berada di negara orang nih, tambah2 pulak ramai pekerja cina yang pergi.. So hubby ros dah siap sedia dengan bekalan makanan dari MALAYSIA.. Memang ada kedai muslim di sana, bak kata pepatah 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'.. Acecehhh.. Hahahah..

tadaaaaaaaa.............stok makanan :P

Thursday, January 05, 2012

PENTING!!! Tanda-tanda kanser..

‎~ meh kita sama2 share info kesihatan nie ! ~ HAPPY NEW YEAR ♥



TANDA-TANDA AWAL KANSER

 (1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan… ♥ Semua ini adalah ketentuanNya.. Semoga kita semua sihat sentiasa.. Amin..

Wednesday, January 04, 2012

Nasi kerabu original :)

 Assalamualaikum kekawan..

Kalau minggu lepas Ros asyik ceritakan tentang pelaburan jer. Al-maklumlah benda yang menguntungkan kita pada masa akan datang mestilah kena share dengan kekawan semua:) Insyaallah.. Nasi kerabu original?? wah perasan gitu. Takpelah sekali skala. kihkih... Actually Ros nak kongsi nasi kerabu yang semestinya puas hati kalau makan. Maca-macam cara nak buat nasi kerabu nih, tapi ni style my mum and dia izinkan untuk share resepi :) Kalau beli di Kelantan and Terengganu pun jarang nak jumpa yang sesedap kita buat sendiri.. Kan2?? Jom cuba ◕‿◕

Bahan-bahan:
Nasi 3cawan
Air 3 1/2cawan
  Serai 2batang
Daun limau purut 2helai
Daun pandan 2helai
Garam secubit

Bahan-bahan:
 Kubis
Timun
Bunga kantan(mesti ada)
Daun kesum(mesti ada)
 Kacang panjangkacang botol
*boleh gunakan pelbagai jenis ulam :)
☀cincang hingga halus semua ulam tadi
Bahan-bahan:
Ikan
 Asam keping
Cuka sedikit(dalam 5-6 titik)
Garam secukup rasa
☀Rebus ikan bersama bahan diatas
☀Lastly setelah masak goreng tepung yer
 ∴cara celup tepung, memula celup telur dan masukkan ke
   dalam tepung gandum dan terus goreng :)
Bahan-bahan:
1) Sediakan kelapa parut di dalam kuali
2) Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan
3) Sediakan Bawang besar, serai dan halia(blend)
4)hasil blend
5)masukkan hasil blend serta sedikit isi ikan yang direbus tadi tu
   diatas kelapa parut yang telah digoreng tadi
6) Gaul bahan tadi kemudian taburkan lada merah
7) Sedia disimpan dalam peti ais
Bahan-bahan:bawang putihcili merahcuka
☀blend semua bahan tadi
☀masak diatas daour sekejap
☀siap dihidang
Bahan-bahan:
budu
1 tangkai cabai kering
limau nipis ( kalau ore kelate guna asam limau kerat lete lagi power :p)
☀Masak sedikit budu bersama cabai kering
☀Perah air asam limau sedikit dan siap dihidang :)



Lastly... inilah hasilnya :)  

Boleh tanya Ros yer apa yang tak faham 。^◕‿◕^。

Tuesday, January 03, 2012

Dah berubah :)

Hai kekawan.. sempena tahun baru ni kalau boleh nakkkkk semuaaa baru.. Kan2?? Jadi Ros pun nak buat header and background baru. Hihihi :) Dan yang sekarang ni lah blog baru Ros.

Monday, January 02, 2012

elak wang KWSP habis...

klik image untuk lebih detail :)

Sunday, January 01, 2012

Alhamdulillah 2.0.1.1. dah berlalu..

Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi dapat melihat dunia ini  {。^◕‿◕^。}

Apapun banyak kenangan 2011 Especially wif my NUR AUNI. Wif papa dia pun byk kenangan yang tak dapat dilupakan. Thanks untuk semua..

Semoga tahun 2012 ni lebih bermakna dan semua hajat tercapai..wallahualam :)