Thursday, December 29, 2011

INFO EMAS

sumber google :p
INFO EMAS
Merupakan wang tanpa sempadan
Tidak boleh dicipta

Kadar harga yang tinggi
Aset yang mudah cair

Emas tidak boleh dimanipulasikan

Mudah dibahagi tanpa jejaskan nilainya

Nilai wang kertas jatuh dalam jangka masa panjang tetapi emas mengekalkan kuasa beli di dalam jangkamasa panjang.

Penyimpanan yang baik kerana harga emas sentiasa meningkat

Boleh digunakan dimana-mana negara tidak seperti wang kertas

Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda yang cantik dan berharga

Wednesday, December 28, 2011

Nak kasi clear tentang pelaburan emas dan silver :)

Semalam ros ada post tentang pelaburan emas dan silver. Itu adalah permulaan baru bagi ros dan family tapi bagi kekawan yang masih belum clear tentang pelaburan emas atau silver ini boleh la lihat carta KENAIKAN DIVIDEN 2010 :)





Tuesday, December 27, 2011

PERMULAAN BARU MENYIMPAN EMAS DAN SILVER

Assalamualaikum..

Wah sonok yer en.hubby cuti 3hari, tapi selalunya kalau ada cuti am ni mesti kena ganti sabtu :( sob3.. Apapun itu bukanlah sempena topik di atas tu. Ros nak cerita kan permulaan baru untuk diri kami :) Sebenarnya dah lama hubby buat benda ni, tapi bila duk tengok2 Ros pun jadi berminat lak.. Hihi.. Menyimpan emas atau silver adalah suatu yang berharga.. Fuhh!! Baru Ros perasan ni, selama ni hanya sambil lewa jer tapi setelah compare dengan 10tahun yang lalu.. MasyaAllah :)

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal 

Kekawan leh rujuk graf di bawah untuk lagi detail kenaikan harga emas dan silver :) Harga ini akan menunjukkan peningkatan yang lebih positif kerana permintaan orang ramai untuk melabur benda ini. Harga emas dan silver ini akan terus meningkat dari masa ke semasa :) 

Graf kenaikan harga emas sejak

Graf kenaikan harga perak

Friday, December 23, 2011

ROTAVIRUS

Assalamualaikum..

Ros nak share dengan korang semua tentang virus ROTAVIRUS ni sebab my NUR AUNI biasa terkena virus ni dan sangat berbahaya untuk bayi yang berumur 24bulan ke bawah :)

APAKAH ROTAVIRUS??
✤Cirit-birit luar biasa yang berlanjutan 20kali sehari
✤Adalah virus yang lumrah dan boleh akibatkan demam panas dan muntah-muntah di kalangan kanak-kanak.
✤3-24bulan berisiko tinggi dijangkiti virus ini
✤Hampir semua kanak-kanak mungkin pernah mengalami jangkitan ini.

SIMPTOM ROTAVIRUS
✤cirit birit yang berlanjutan sbanyak 20kali sehari selama seminggu.
✤Demam panas
✤Muntah berlarutan

Jangkitan ROTAVIRUS ni boleh akibatkan dehidrasi(kehilangan air dari tubuh yang teruk). Kejadian ini boleh menyebabkan kejutan, kegagalan buah pinggan dan kerosakkan otak atau mungkin boleh kehilangan nyawa. Adalah penting untuk ketahui simptom dehidrasi seperti :-
✤Kelesuan
✤Kering, sejuk badan
✤Sedikit atau tiada air mata bila menangis
✤Mulut kering
✤Mata cengkung
 ✤Kehausan keterlaluan

boleh lihat muka my AUNI ketika ini sangat kelesuan+demam panas

BAGAIMANA ROTAVIRUS MEREBAK??
✤Melalui faecal-pral(virus merebak melalui najis ke mulut kanak-kanak lain)
✤Tangan,barangan mainan dan objek di sekitar yang tercemar
✤Pengambilan makanan minuman yang tercemar
✤Sentuhan pada permukaan tercemar

RAWATAN ROTAVIRUS
✤Tidak ada rawatan yang khusus untuk virus ini. Sering kali rawatan dibuat untuk mengelak kehilangan air dari tubuh dengan menambah pengambilan cecair. Untuk kes-kes serius, rawatan hospital diperlukan untuk transfusi air melalui urat(IV) macam gambar kat bawah.


kena cucuk untuk transfusi air melalui urat

CARA CEPATKAN PENYEMBUHAN DARI ROTAVIRUS
✤Elak kehilangan air dari tubuh adalah penting.
✤Perlukan sesapan air yang kerap walapun selepas muntah-muntah.
✤Jangan beri anak makanan selepas muntah. Mulakan dengan makanan yang lembut serta hambar.
✤Jika anak enggan makan, beri sedikit demi sedikit dengan kerap.
✤Rehat secukupnya

CARA ELAK JANGKITAN ROTAVIRUS
✤Jangkitan ROTAVIRUS tidak boleh dibasmikan sepenuhnya kerana virus ini mudah merebak. Walaupun langkah-langkah desinfeksi diambil untuk halaman bermain, barangan mainan serta pencucian tangan biasa dilakukan, ia bukanlah penyelesaian MUKTAMAD.


✤Kanak-kanak boleh dilindungi secara berkesan dengan pemberian vaksinasi untuk jangkitan ROTAVIRUS.


✤Anda boleh melindungi anak anda daripada virus ini seawal umur bayi 6minggu. Jumpa doktor andq untuk maklumat mengenai vaksin ROTAVIRUS.(macam ros dulu, dapat vaksin ROTARIX, AWAS!!! Vaksin ini tak perlu dicucuk tapi perlu minum sahaja) Totally dekat rm170 jugak harga dia. Mungkin lain tempat lain harga :) 

DO NOT INJECT yer.. bagi kot mulut macam minum air :)
P/s: cegah sebelum terlambat. Macam my AUNI dulu dah kena baru mama dia gelabah, dan alhamdulillah sempat lagi untuk mencegahnya :)

Monday, December 19, 2011

Amalan ketika menyusu

Assalamualaikum kekawan :)

Hari ni Ros nak share amalan ketika menyusukan anak. Yang ni pun Ros copy paste jer.. Alhamdulillah dah dekat setahun lebih menyusukan my NUR AUNI nih. Lepas ni boleh la kita pakat amalkan yang ni pula. Insyaallah..

Amalan ibu Imam Shafie ketika menyusukan beliau:

1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'
2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa

Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.

P/s: SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK TAPI JANGANLAH MEMAKSA UNTUK MENYUSU JIKA TAK DAPAT LAKUKAN. MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA :)

Kucing tak NAJIS kepada kita

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.


Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.


Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Friday, December 16, 2011

Nasi beriani KAPITAN

Nasi beriani mamak KAPITAN ni memang buat Ros ketagih sangat  ^◕‿◕^。. Tak tau lah kenapa. First time makan beriani nih rasa macam tiada dah yang dapat ditandingi.. Chewaaah.. Tekak orang lain-lain2 kan, tak taulah korang rasa macam mana. Restoran dia pun tak banyak dalam MALAYSIA nih. Gambar yang kat bawah Ros tapau wat balik umah jer. Kalau makan kat sana, nasi beriani dia dalam claypot. Teringin lak nak gi makan yang dalam claypot. hihihi :P



Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

KEK COKLAT KUKUS SIMPLE :P

Alhamdulillah dapat jugak Ros buat kek coklat kukus bebaru nih. Walaupun busy dengan NUR AUNI tapi nasib sumanya menjadi. Pasal resepi pulak, Ros amek dengan my mum. My mum penah belajar buat kek coklat kukus pada zaman dulu. :)


Resepi kek coklat kukus...

Bahan-bahan kek coklat:- 
1)3biji telur
2)2cawan gula castor
3)1penutup esen vanilla
4)2cawan tepung gandum✿
5)1/4 cawan serbuk koko✿
6)1/2 cawan milo✿
7)2sudu kecil soda bikarbonat✿
8)1sudu kecil baking powder✿
9)1cawan minyak masak, 
10)1 cawan susu segar, 
11)secebis garam
12)coklat manik

cara-cara:-
1)Didihkan air sebelum mulakan buat adunan kek, sebab sementara buat bahan sempatlah air tu mendidih :)
2)ayak bahan bertanda ✿ dan ketepikan :)
3)pukul telur bersama gula hingga kembang
4)masukkan esen vanilla, minyak masak dan susu segar.
5)masukkan tepung sedikit demi sedikit sebab kalau masa mixer tengah berpusing ia akan kuar habuk yang banyak kalau buh semua terus :P
6)kemudian biar ia berpusing selama beberapa saat untuk sebatikan.
7)sediakan loyang yang telah disapu butter(untuk tak nak bagi melekat).
8)tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45minit-1jam. Sentiasa check setiap 30minit.
9)Cucuk dengan garpu yer untuk pastikan dah masak ke belum. kalau tak melekat tu maksudnya dah masak.
10)sejukkan kek sebelum dipotong dan dicuahkan toppingnya..

Bahan-bahan topping:-
1)100g coklat cooking. kalau beli yang 200g ambik separuh dari coklat tu jer.
2)4sudu besar marjerin( Ros guna jenama planta)
3)1cawan susu pekat
4)1penutup esen vanilla
5)1sudu besar serbuk milo
6)secebis garam

cara-cara:-
1) didihkan air dalam periuk.
2)sediakan periuk berasingan, masak coklat cooking tu dalam periuk yang diletakkan atas air didihan tu.(Ni yang Ros buat sebab tak berapa pro lagi.. hihihi)
3)masukkan susu pekat,esen vanilla,serbuk milo dan secebis garam.
4)kacau hingga sebati
5)biarkan sejuk dan siap dituang.

p/s: kalau korang tak faham leh la tanya Ros yer. SHARING IS CARING

Monday, December 12, 2011

Nasi Padang Minang, Penang

Sabtu lepas, Ros and family pergi makan kat NASI PADANG MINANG kat Jalan Transfer, Penang. Kat sana tersedia lebih kurang 40jenis lauk. Lauk memang sedap dan sentiasa fresh dan panas2. Memang tak termakan lah suma lauk tu. Kalau pergi sana Ros amek ikan bakar, sambal belacan, ulam-ulaman dan gulai pun memang sedap sangat.

Boleh dikatakan semua jenis lauk-pauk ada kat sana. :) Satu lagi pasal air minuman, Ros selalu order air kotak je sebab kat dalam tu Chinese yang bancuhkan. Kalau korang tak kisah leh aje nak order :P harga makanan kedai berpatutan la, tak murah sangat and tak mahal sangat.. Memang berbaloi la sebab nyummy rasanya :)

Diorang ni family-run business, Restoran Nasi Padang Minang telah diajukan oleh Alias Rahman dan isterinya. Nasi padang ni sebenarnya berdasarkan style masakan yang datang Sumatera Barat, Indonesia.

memang nampak macam kedai cina tapi bkn sebab di Penang ni banyak sewa dengan kedai cina :)
sebahagian dari lauknya...
ada yang xsiap lagi nih :P
yummyyy....

Kat bawah ni detail kedai nih kalau korang berminat nak rasa :)

Nasi Padang Minang
International Hotel
92 Transfer Road
10050 Penang

(11am-8pm tapi selalunya kalau dah petang lauk dah tak berapa fresh atau habis :P)
 GPS Coordinates : 5.421384  100.330698

 Sumber: ada gak copy sikit-sikit dari blog lain :)

Wednesday, December 07, 2011

HELAH UNTUK KURUS

Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan?

1.Menghidu makanan

-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.

2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda

-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.

3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru

-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.

4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil

-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.

5.Ikat seutas benang pada bahagian perut

-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.

Sumber: iluvislam

P/S : agak-agak berkesan tak ea? Hahaaha...

Monday, December 05, 2011

B'day Party Papa & Nur Auni

Assalamualaikum kekawan...

Alhamdulillah settle jugak birthday party my hubby and gegurl NUR AUNI. Birthday diorg ni selang sehari jerk tapi Ros celebrate sekali bcuz jimat sikit :p birthday party ni sambut ala versi sendiri untuk family jer. Insyaallah bila AUNI dah pandai makan kek, kita buat besar sikit.. hehehe.. Pada hari tu Ros sempat masak nasi minyak and spagetti. Yang lain semua berserah pada yang lebih LAYAK untuk membuatnya. Kihkih.. Mcm kek, Ros order online dengan KAK ANNE dan lasagna tu Ros order dengan member hubby, KAK LIZA. Semuanya puas hati and sedap sangat. Pasal decoration lak, Ros cuba buat sendiri, tu yang ada comot and tak kemas sangat.

birthday girl :)
Happy sangat sebab family my hubby datang untuk celebrate sekali. :) diorang memang sporting habis. Auni pulak bila orang datang umah dia, dengan semua orang dia nak pergi, so sempat lah mama dia buat keje sikit-sikit.


Sunday, December 04, 2011

TITANIC 3D

Yeayy ternyata filem TITANIC bakal 'dihidupkan' versi 3D dan IMAX3D oleh pengarah terhebat, James Cameron.. Filem paling berjaya dalam sejarah perfileman dunia, Titanic bakal ditayangkan semula di pawagam seluruh dunia sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi karamnya kapal yang meragut ribuan nyawa itu.  Filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet ini dijangka akan menemui penonton dengan lebih romantis lagi pada 6 April 2012 .Nanti pakat serbu pawagam reramai tahun depan :P Harap my gegurl AUNI dapat bekerjasama ") hahahaa

Thursday, December 01, 2011

Happy BIRTHDAY my LOVE

Ari ni adalah ulangtahun my hubby yang ke-31 :) Beza sehari je dengan my gegurl :P Inilah semangatku dan penemanku seumur hidup. Semoga menjadi suami yang baik dan taat perintah ALLAH.. Amin... NO hadiah tahun ni tapiiiii...........tunggu :)