Monday, September 26, 2011

Dah jatuh!!! jom pakat beli..

Mesti korang tertanya2 apa yang dah jatuh ni. Ros nak share dengan kekawan about gold nih. Sekarang harga jatuh sesangat jom pakat2 melabur/membeli. Tak rugi kalau ada di rumah. kihkih!!

klik sini untuk harga semasa :)

Saturday, September 24, 2011

PENGARUH KL GANGSTER

Apabila kanak2 terpengaruh cerita KL Gangster

Mak : aiman ! Diam la . Adek tengah tido nie !
Aiman : lu kasi gua mati dulu lah bru gua diam !
Ayah : aiman ! Nie mak kamu tau tak !
Aiman : sekarang gua x kira lu ayah long ka , lu ayahda ka , ni tempat gua pegang!
Mak : aiman!!npa kuang haja sgt neh??mak pukul kau nnti..
Aiman : lu siapa gua mau goyang??
lu belum pakai itu tatoo gua suda pegi perang la..
Aiman : mainan ni abang punya lah , bak sini mainan abang !
adik : abang x abang ! sape kacau aku pecah !
Mak : sudah korang xpayah nk mrepek,siap kejap lagi nk balik kmpong..
Aiman :cuti sudah abis bro.. (^^)

Thursday, September 22, 2011

LUANGKAN MASA UNTUK BACA NIE..

Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Bila aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......??

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......??

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....??

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......??

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....??

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....??

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......??

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

p/s: sayangi dan hargailah ibu kita... :-)

Patut ke rasa ganjil??

Gadis Melayu Ganjil?




















Gadis melayu berniqab, ganjil?
Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil?
Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)

KALAULA BINATANG PUN ADA FB??

Sekadar lawak-lawak... Jgn buat spekulasi lak... Ni pun copy paste je.. Hihi...

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka? Huhu..

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension..!!

Wednesday, September 21, 2011

Business Paling Cute

Banyak banyak business yang ros jumpa, business ni la yang paling cute and masih belum ada saingan.Petai dia ni memang fresh sebab tu dia buat penghantaran hanya 2kali dalam seminggu. Selalunya sperti baju baby, shawl, tdung express dah banyak orang buat kan?? Apapun ros doakan semoga business ULAM PETAI DARI SELAMA ni terus maju. Insyaallah.. Amin...


@ Gaya Si Comel Berhari Raya 2011

 klik banner untuk join..

Kategori B (Girls)

Nama: NUR AUNI BINTI AHMAD RIZAL
Umur : 9BULAN 3MINGGU

Contest ini dianjurkan oleh BabyIbu dan Azzamoro
Hadiah 

Bagi Kategori A (Boy) dan B (Girl):
  • Hadiah Utama - Gin and Jacqie Babybag


  • 10 Hadiah Saguhati - Environsax Bag bernilai RM30.




Penaja


Tarikh Tutup:
31 Oktober 2011

Monday, September 19, 2011

DIA DATANG LAGI..AKU JELESSSS

Wah entry gempak nih..kihkih.. Sebenarnya bukan jeles pada orang yer.. Berbalik pada topik tu, yang Ros jeles sangat ialah pasal rancangan ASTANA. Mewah betul rumah diorang. Kalaulah itu rumah ku.. Wah mesti dah banyak berbakti pada masyarakat..gurau jer..kahkahkah!! Yang musim pertama memang ngancam abis rumah diorang. Sekarang dah musim kedua, semalam pun sonok tengok rumah sazzy falak..Di sini kita akan dapat lihat bagaimana citarasa tinggi seperti mempunyai kuda sendiri, kapal layar, bot laju, kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini serta citarasa mengenai hiasan dalaman di dalam rumah seperti ruang tamu, bilik mandi sehinggalah ke kamar tidur. Fuh jelessnnyer... Jangan lupa kita saksikan ASTANA di ASTRO RIA pada waktu 7.30MALAM setiap AHAD..(waktu yang tak best sebab duk sibuk2 dengan maghrib).. huhuhu


Mode: Hmm bila la aku nak merasa umah mewah sebegini.. opsss telebih sudah... bersyukur apa yang ada!! hihihi

cuaca manja semalam

berkisar tentang cuaca semalam memang best sangat. Taklah panas sangat, mendung and hujan renyai jer. Hihi. And minggu ni dapat la kami sekeluarga rest kat cuithome. Sebelum ni asyik berulang alik umah my mom n my mil jer pada hujung minggu. Al maklumlah rumah kedua2nya tak jauh dari rumah kami. :P kat bawah ni pulak gambar yang di snap semalam...

Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA

SElamat hari MALAYSIA. YEayy my hubby cuti arini. Jarang nak leh dapat cuti nih, asyik SIBUK KEJE je..hihi.. Apapun jom shoooppiinngg barang NUR AUNI yer cyg :p

Thursday, September 15, 2011

Tolong senyum!!

Inilah muka anakku time serius. Tkut bebenor tengok muka dia.. Masham sungguh..
Ni pulak, bila terlebih senyum..hahaha


















Tuesday, September 13, 2011

DOAKAN BABY AIDA&SAIFUL

COPY DR BLOG MOON

Thanks Aida n Saiful sebab mms kan gamba Eirdeena ...nanti Auntie n Uncle sampai ke IJN. Eirdeena akan di bedah dalam kol 7 am besok ...sama sama kiter doakan agar pembedahan itu berjalan lancar dan Eirdeena sentiasa di lindungi Allah

Ive spoken to Saiful just now and dia sangat calm and menerima semua ini dan menganggap ini adalah ujian buat dia dan Aida . Saiful n Aida ...kowang kena kuat semangat tau ...kami semua doakan kesejahteraan keluarga kowang .

Saiful kata nih adalah pembedahan pertama n Eirdeena mungkin akan di bedah lagi in few years time .

For those yg tak tahu ...nih adalah petikan dr HARIAN METRO :-

BERTAMBAH kebahagiaan dalam rumah tangga Saiful Nizam yang juga pembaca berita TV3 dan Aida (juara Gadis Melayu musim pertama) dengan kelahiran anak sulung mereka yang dinamakan Aida Eirdeena, kini berusia dua bulan.
Namun baru-baru ini rakan CAK yang juga baru melahirkan anak keenamnya terserempak pasangan suami isteri itu bersama si kecil di Institut Jantung Negara (IJN) ketika menemani suaminya membuat pemeriksaan kesihatan di sana.

Ceritanya pada CAK, menerusi pemerhatiannya, nak kata Saiful atau Aida yang sakit, tak mungkin kerana kedua-duanya nampak cergas.
Hendak dijadikan cerita, dua tiga hari selepas itu CAK terserempak dengan Saiful di TV3 dan terus bertanya perkara berkenaan kepadanya.

Dia mengesahkan Eirdeena ada masalah jantung dinamakan Truncuss Arterious Type 1, di mana ada lubang pada saraf jantungnya.

Menurut Saiful, doktor dapat tahu mengenainya sebaik lahir dan untuk mengelak penyakit itu merebak pada paru-paru, Eirdeena perlu dibedah segera iaitu sebelum umurnya tiga bulan.
Katanya, Eirdeena baru keluar wad IJN kerana demam. Walaupun demamnya tidak teruk sangat, doktor memantau kesihatannya sebelum dia menjalani pembedahan pada 12 September ini.

Saiful dan Aida menerima berita mengenai penyakit anak mereka dengan tenang dan berharap Eirdeena dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, kata Saiful, Eirdeena cergas dan tak nampak macam sakit. Sekurang-kurangnya mendengar tawanya dapat meredakan keresahan suami isteri itu.

Awal Syawal lalu, Saiful dan Aida hanya beraya di Kuala Lumpur dan menghabiskan masa mereka di rumah kerana bimbang kalau dibawa ke tempat ramai orang, kesihatan Eirdeena terganggu dan akibatnya pembedahan itu terpaksa ditangguh.

Kos pembedahannya tinggi namun kata Saiful, yang penting kesihatan anaknya. Insya-Allah, duit boleh dicari.

Patutlah selepas kelahiran Eirdeena, apabila media mahu mengabadikan wajah comel anak itu di lensa kamera mereka, Saiful terpaksa menolaknya kerana kesihatannya tidak mengizinkan. CAK doakan Eirdeena segera sembuh.

Aida n Saiful ...kami semua berdoa utk Eirdeena ... sesungguhnya ujian ini amat hebat ..Insyaallah moga kiter semua kuat utk melaluinya dengan tenang..amin!!

Makan keychain

Benda apa yang dijumpai mesti nak mashuk dlm mulut :P

Monday, September 12, 2011

'GIANT' pun bagusss

Hehehe.. Nak berceritakan tentang jenama giant. Dah bermacam-macam ros gunakan cuci toilet nih, tapi akhirnya jenama giant yang bagusss sgt, boleh jadi berkilat.. :P


Friday, September 09, 2011

Kisah Raya kami

Assalamualaikum kekawan..

Arini baru ada semangat sikit nak bercerita panjang nih. kihkih! Mengenai raya tahun ni, Ros beraya di umah mertua di Cherok To'kun Bukit Mertajam, Penang :) Rumah kami taklah jauh sangat tapi dikira balik kampung la yer. My mum tahun ni raya di KELANTAN. Meriah sangat bila dengar suara diorang dalam tepon. Jelessssss.... Tapi Ros pun enjoy sangat di rumah My MIL ni.


Rumah wajib kami pergi. Rumah TOKNEK auni. Alhamdulillah TOKNEK auni yang kat sebelah saya tu masih sihat walaupun dah berumur 84tahun :)

Setelah penat beraya......

hehehe.....
 Bercerita tentang raya kedua, my little NUR AUNI ni kena jangkitan kuman pulak kat mata. Mungkin sebab pulang dari berjalan/beraya, tak mandikan dia and terus kasi tido. Ye lah, Ros ingat takpelah tak salinkan baju dia sebab dah lewat malam tapi  lain pulak jadinya.

budakk moolat sakit mata.. Baru bangun tito... :P

Wednesday, September 07, 2011

Anak papa ker???

 Both of us sayang sangat dengan little cute angel ni. Gambar ni kisah budakk moolat ni yang asyik nak 'MERAP' jer... Orang lain yang dukung pasti dia nangis sekuat hati..kihkih!! (penangan susu ibu puncanya kot..hehehe)

Anak papa :P
Aik?? Anak mama pulak :P

Mood: masih nak beraya tapi raya dah lepas.. hahahaha...

Tuesday, September 06, 2011

kena paksa pakai tudung

My littlle NUR AUNI yang kena paksa pakai tudung tu.. hehehe.. Nampak seronok lak bila dia pakai tudung, siap senyumm lagi :P