Wednesday, December 29, 2010

25 thing about me!!

Salam...

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose seberapa banyak people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you."

Pasal benda ni dah lama kena tag dengan kak nieyza, kak nad and mrs.nageb. Saya tak sempat nak buat lagi aritu sebab sibuk dengan my baby hingga terlupa kena tag. Huhuhu. Maaf yer kerana terlewat untuk senaraikan about me..

25 FACTS ABOUT ME

1) Diberi nama SHARIFAH ROSMAWANI tetapi sesape mesti ingat ROSMAWATI :(

2) Lahir pada Januari 1990

3) Next year dah 21tahun.. uwaa tapi my hubby dah 31tahun... :)

4) Tempat lahir di Hospital Besar Kota Bharu, Kelate

5) Tak pernah tinggal dengan my real mum sebab diambil oleh mak sedara ketika my real mum menghidap kencing manis. (tak dipulangkan balik selepass my real mum pulih :P)

6) Mempunyai 6 orang adik beradik dan saya yang ke-3, my hubby pun anak yang ke-3 :)

7) Suka warna putih dan biru turqoise....

8) Kurang pandai bergaya(malu sebab badan besar, hehehhe)

9) Suka makan dan suka masak untuk my hubby(tak sedap pun kena makan paksa tau :P)

10) Start jumpa my hubby kat tempat ngaji Komplek An-nandhoh, Bukit Mertajam in April 2006

11) Bertunang lepas SPM in december 2007

12) Pergi Khidmat Negara(PLKN) in March 2008(mulanya nangis, tapi lama-lama jadi seronok hingga takmau balik :P)

13) Married in March 2009 pada umur 19years old :)

14) Love my hubby AHMAD RIZAL(thanks abg pilih cyg jd ur wife)

15) Be 'house-wife' selama setahun untuk my hubby

16)Sambung blaja in December 2009 at UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan

17) Berhenti blaja in March 2010 sebab masalah kesihatan :( (mungkin ada hikmahnya)

18) Dapat tahu rupanya pregnant selepas berhenti blaja

19) Kena darah tinggi and kencing manis semasa pregnant :( (dugaan sgguh)

20) Be a mama in 30 November 2010 (birthday my hubby 1 December, selang sehari yer dengan our baby)

21) NUR AUNI adalah first baby me and my hubby (alhamdulillah, sejuk mata memandang our baby :p )

22)Still lagi berpantang semasa buat entry ni(20days to go :p)

23)Start berblogging pada September 2009 (masih tak tahu berblog masa tu tapi akhirnya dengan bantuan kawan2 dapat jadi aktif blogger :))

24) Kenal all mommies from blog Kak Nad(maceh yer ummi of lil zahin)

25) Seperti kata Mrs.Nageb, suka sangat dapat berkawan dengan mommy n kekawan dalam blogger nie. Dapat kongsi semua pengalaman masing-masing.. :)

Thanks to Kak Nieyza kerana 'tag' saya untuk ceritakan entry about me ni.. Nanti tag lagi tau.. :) Ni pulak saya nak tag diorang untuk ceritakan tentang mereka ...

Kak Ainul(mama Arreessa Zulaika)
Kak Nor Azira( mommy-to-be)
Abg Ben Ashaari(super blogger)
Safiyyah(the bride and mommy-to-be)
Kak Fazila Nor(mama Adam Amsyar)

p/s: LOVE U ALL MY BLOGGER FRIEND :)

Monday, December 20, 2010

Jaundice atau Demam Kuning

Salam kawan-kawan :)

Esok Auni dah 3weeks years old. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang indah ini. Makin hari makin seronok melihat wajah anak kesayangan ku ini. Sejuk hati memandang..

Entry kali nie nak ceritakan tentang auni kena jaundice. Masa lahir Auni kena dah tapi taklah tinggi sangat. Tapi semakin hari semakin tinggi :( Hari ke-4 terpaksa warded kembali kerana kuning my baby dah mencapai bacaan 305. Hari pertama warded memang lah sedih sangat. Alhamdulillah dengan sokongan my hubby dapat jugak stay dua hari di sana. Sambil saya temankan auni berjemur di bawah lampu biru. Memang mencabar jugak sebab masa tu susu masih lagi tiada jadi saya terpaksa pam untuk dapatkan susu. Selepas dijemur dua lampu, kuning Auni semakin menurun dengan bacaan 247 dan keesokkannya 218. Kuning lambat turun sebab saya suspek kencing manis semasa pregnant. Alhamdulillah semasa dijemur, Auni tak banyak karenah kerana mungkin seronok berjemur sampai susu pun tak mau. Mungkin juga dia memahami saya masih tiada susu. :)


Tongkat dagu menanti kuning menurun :)


Siap silang kaki :)


Dijemur dibawah sinaran lampu minyak tanah :P opps.. sinaran UV LED :)

Saturday, December 11, 2010

Saat melahirkan NUR AUNI..

AsSalam kawan-kawan...

Alhamdulillah dapat melahirkan puteri sulung ni dengan mudah walaupun diinduce. Waktu yang dinyatakan bukan lah tepat sangat tapi lebih kurang ja kerana tak sempat nak catat waktu sebenarnya.

29 November 2010
2130 - Serah diri untuk masuk wad. Al-maklumlah akan dipaksa bersalin kerana tak boleh lebih due date. Masa ni smua kesihatan saya diperiksa termasuk tekanan darah, ujian air kencing. CTG jantung baby pun kena jugak check untuk pastikan denyutan jantung baby stabil. Alhamdulillah semuanya ok cuma tak tahan kena seluk ja dengan doktor.. Fuh!!!
**Actually kena serah diri awal pagi, tapi ros dapat nak lakukan sebab hubby keje.. So mlm baru dapat pergi hospital. Memang kena bebel habis dengan nurse :P

30 November 2010
0330 - Nurse check tekanan darah dan CTG jantung baby lagi. Dalam masa tu, saya diberi ubat membuang najis kerana tak nak najis keluar bersama baby ketika melahirkan. Beberapa minit kemudian, berjaya saya membuang kesemuanya. hehehe.... Sory..bab sensiviti :P

0730 - Doktor memasukkan ubat dalam tuttt... Masa ni memang takut sebab risau jalan tak akan bukak atau berlaku masalah. Semuanya saya serah kepada Allah kerana Dia yang menentukan segalanya.

0830 - Doktor pesan setelah sejam baru saya boleh bangun. Lepastu, saya bangun untuk mandi dan makan. Oleh sebab banyak masa lapang, saya ambil peluang untuk baca yasin bagi menenangkan diri dari perasaan takut. Selepas itu, saya banyakkan berjalan untuk cepatkan kontraksi. Nasib saya kerana diberi bilik dan katil berasingan kerana tiada kekosongan katil di wad. Masa ni memang nak cepat ja suruh sakit nak bersalin kerana masih tak tahu rasa sakit yang macam mana. Hihik :p

1115 - Sakit mula terasa di bahagian tutt.. tapi tak konsisten. Kejap ada, kejap hilang. Saya masih terus berjalan dan bila letih saya tidur untuk rehatkan diri. Akhirnya doktor syorkan saya rehat terus kerana tekanan darah saya dah start naik jadi 140/80. Sebelum ni memang tahap tu jugak, almaklumlah bila preggie ni macam-macam penyakit kena. Huhu..

1300 - Waktu melawat. My hubby datang bawa bekalan makanan yang my mum masak. Masih lapar walaupun dah makan makanan hospital sebelum tu. My mum cakap kalau dah dekat bersalin memang kerap lapar. So dengan banyak sungguh saya makan. Ibarat kata untuk tenaga push baby nanti sebab di dalam labour room langsung tak boleh makan dan minum. Sedih2.. Selepas makan, nurse suruh saya ke bilik rawatan untuk check jalan. Pengalaman kena seluk ni memang tak dibayangkan rasanya. Menitis airmata saya dibuatnya. Disaat ini saya menangis kat suami kerana terlalu sakit tapi alhamdulillah dah terbuka 4cm. Seronok pun ada...

1425 - Terus saya ditolak ke labour room. Memang gabra jugak sebab tetiba je rasa dah nak bersalin. Cuak tu tak usah kata. Actually tak nak naik wheelchair tapi nurse paksa.. Hehehe.. Nurse suruh saya tukar baju dan buang air kecil sebelum diorg pecahkan air ketuban.

1505 - Dipecahkan air ketuban, maklumlah saya dipaksa bersalin. Habis badan saya dibasahi air ketuban so terpaksalah tukar baju again.. :) Pada mulanya doktor perempuan yang nak pecahkan tapi tak dapat cari punca jalan di dalam tutt saya kerana terlalu tinggi, jadi terpaksalah doktor lelaki yang masukkan jari untuk cari semua tu. Memang malu sangat tapi terpaksa ajelah.. huhu. Air ketuban terlalu banyak jadi terpaksa doktor cucuk terlalu dalam untuk kuarkan kesemuanya.

1600 - Sakit mula rasa. Saya masih tertanya-tanya adakah ini kontraksi?? Jadi sempat saya doktor tentang sakit tu, doktor cakap itu adalah kontraksi yang pertama dan tak perlu risau kerana ia tak konsisten waktunya. Masa ni memang nak baby kuar cepat-cepat kerana terlalu sakit. Setiap kali sakit datang saya bertemankan zikir selusuh kak nad dan selawat banyak2. :)

1745 - Mula rasa nak membuang air kecil dan air besar tapi doktor tak benarkan saya bangun dari katil. Katanya buang aje atas katil tu, nanti ada nurse salin cadar. Buang air kecil terpaksa menggunakan tiub untuk mempercepatkan jalan terbuka. Tunggu punya tunggu sakit makin kerap dan saya rasa ini konsisten dan sakit yang sama datang. Doktor check CTG jantung baby lagi dan dapati tekanan jantung baby jap berhenti, jap laju dan perlahan. Doktor suruh saya pusing ke kiri kanan untuk dapat result yang baik tapi masa ni memang tak dapat nak buat semua tu kerana sakit teramat sangat. Jadi terpaksa guna gas oksigen kerana baby dalam kandungan kekurangan oksigen.

1815 - Masa untuk menyeluk. Ya Allah tuhanku saja yang tahu betapa sakitnya. Jalan baru terbuka 4cm, tangan doktor masih di dalam dan tetiba dia cakap dah terbuka 10cm. Doktor menjerit ''full labour...full labour...husband...husband...''. Masa ni meneran pertama kalinya tapi tak lepas, try kali kedua selepas tengok muka suami yang sudah berada disamping.

1845- Alhamdulillah lahirlah puteri sulung kami yang seberat 3.23kg. Lega hati, doktor tunjukkan jantina pada saya dan terus saya katakan LELAKI kerana bengkak pada kemaluannya. Akhirnya suami saya yang beritahu anak kita PEREMPUAN. Hehehe.. Doktor letakkan baby diatas dada saya, walaupun saya lemah tapi gembira dengan kehadiran puteri tercinta ni. :) Syukur kerana DR.Hasmah yang sambut bayi saya. Di hospital Sultan Abdul Halim, Sg.petani ni selalunya lelaki yang sambut..

1900 - Masa untuk menjahit. DR.Komadhi yang jahitkan. Banyak yang dia cakapkan tentang luka saya, alhamdulillah tiada yang terkoyak kerana saya tidak angkat punggung semasa teran. Doktor cuma jahitkan bahagian yang dia gunting ja.

2115 - Keluar dari labour room, ramai family yang datang. Terima kasih banyak2. Muka anakku yang bengkak, biru akibat lemas dan rambut lebat menjadi bualan sanak-saudaraku. hehhee.. :P
My hubby azankan my baby dan terus tinggalkan kami semalaman di hospital..

MasyaAllah indahnya kejadian manusia yang Allah buat. Tak terkata bila menatap wajah anak yang mulus dan bernafas di samping diri saya. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh kepada kedua IBUBAPAnya.. Amin..

Thursday, December 09, 2010

Pengorbanan seorang SUAMI

Assalamualaikum..

Di sini saya nak ceritakan pengorbanan my hubby sebelum, semasa dan selepas saya bersalin. Sebelum bersalin, my hubby selalu datang wad untuk tengok keadaan saya walaupun saya tahu dia letih sebenarnya. Sanggup amek cuti 30hb untuk bersama saya disaat saya sakit. My hubby juga sanggup dipotong gaji kerana ingin bersama saya dan baby. Alhamdulillah dia menjaga saya dengan baik walaupun mak saya membantu serba sedikit.

Semasa saya dalam labour room, my mum gtau my hubby tak berganjak dari tengahari hingga ke petang dari suatu tempat kerana risaukan keadaan saya. Di hospital, suami hnya dibenarkan masuk ketika jalan terbuka 10cm dah. Selagi tak buka, selagi tu tak dapat masuk. Huhuhu.. :( Alangkah terkejutnya bila dapat tahu suami saya begitu risaukan keadaan saya kerana saya seorang yang sensitif dan kuat nangis ketika mengandung. Patutlah NUR AUNI mewarisi perangai saya sekarangni, nangis sikit sure kuar airmata yang banyak.. :)

Selepas selamat melahirkan puteri sulung kami, my hubby xjemu2 mencium saya kerana selamat melahirkan. Di sini saya dapat lihat muka dia dalam keadaan happy.. :) Saya berasa lega kerana dapat memberi zuriat kepada suami. Semoga NUR AUNI menjadi penyambung kebahagiaan antara my hubby dan saya. Syukur Ya ALLAh kerana memberi suami yang penyayang dan bertanggungjawab sepenuhnya.. Amin..

Inilah papa NUR AUNI yang banyak membantu mama ketika ini. Terima kasih :)


p/s : INsyaallah kalau ada kesempatan, saya update pasal my delivery pulak.. :)

Tuesday, December 07, 2010

Salam MaaL HijRah :)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU(AWAL MUHARRAM) UNTUK SEMUA UMAT ISLAM. SEMOGA TAHUN NI MEMBAWA BERKAT UNTUK ANDA SEMUA DAN SAYA SEKELUARGA :) Alhamdulillah puteri sulung kami diberi nama NUR AUNI yg bermaksud cahaya ketenanganku..


Lagu kat bawah ni memang dari kecik duk dengar sampailah sekarang :) best jer dengar.. Bersemangat sungguh.. Mari kita hayatinya..



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Friday, December 03, 2010

Little JUNIOR :)



                                          DATE : 30 NOVEMBER 2010
                                                  (23 DZULHIJJAH 1431H)
                                          TIME : 6.45 PM
                                          WEIGHT : 3.23 KG
                                          NORMAL DELIVERY