Thursday, May 24, 2012

it's be mine.. syukurrr


1)Mengenai 2nd pregnancy ni, banyak perbezaan yang ros lalui :) boleh katakan no rice, no chicken masa permulaan pregnant. Alahan boleh tahan la, Memang agak mencabar sebab nak handle one toddler yang baru berumur setahun 5bulan :) tapi lama-kelamaan alhamdulillah diberi kekuatan untuk menghadapinya.

2)1st pregnancy Ros ada GDM(kencing manis semasa hamil) dan PIH(darah tinggi semasa hamil). Memang kena ulang klinik dan hospital masa tu manakala 2nd pregnancy ni Ros bebas keduanya walaupun kekadang tekanan darah ada macam nak tinggi sikit. Harap semuanya selamat hingga saat bersalin. Mungkin Allah memahami situasi Ros nak handle Nur Auni and drive ke sana sini.

3)Masalah berat masa 1st pregnancy memang berat naik membuak2 bagai dipam sampai hujung kehamilan berat ros mencecah 105kg. Fuhhh berpeluh nak kuruskan balik..hahhaha.. Tapi berlainan pula dengan 2nd ni masalah berat tak naik2 lagi. Masa awal2 Ros turun 5kg sebulan hingga sekarang tak naik2 malah makin turun pulak. Harap after masuk 3rd trimester(7bulan keatas) dapatlah Ros naikkan berat badan walaupun dalam kategori berlebihan berat ni.. :)

4)Tak boleh nak makan apa yang dimasak sendiri :( Kalau orang lain masak, berselera sungguh rasa.

5)Akhir sekali moga kandungan Ros dan korang semuanya sehat sempurna dan diberkati oleh Allah s.w.t :) Yang belum tu, jangan berputus asa yer... Rezeki korang akan tiba suatu hari nanti.. Amin...

Wednesday, May 23, 2012

First time jumpa rumput

Bestnyer kalau duk umah landed ni. Rumput menghijau jer. Insyaallah harap suatu hari Ros berkesempatan memilikinya. Ni pula kisah my toddler first time jumpa(dapat bermain) dengan rumput :p jangan ketawakan yer.. Hihihi...

cakkk!!! :)
try nak cabut ramput sebab maybe rasa geli kat kaki kot :P

Monday, May 14, 2012

breastfeeding bukan perancang :P

Assalamualaikum kekawan..

Ros nak bagitahu sesape yang nak jarakkan baby tuh baik makan ubat atau control naturally :) Full Breastfeeding ni bukan perancang. Kalau sebelum anak 6bulan memang boleh jadi perancang sebab baby xbergantung pada makanan lagi :P

Doktor ada bagitau dekat ros yang BREASTFEEDING ni boleh jadi perancang jika:-

a) Tidak menggunakan pump atau buat stok EBM
b) Full breastfed baby direct 
c) menyusu ketika baring(full time)

Semua tu Ros buat, tapi siapa sangka kuasa ALLAH :) Mungkin rezeki my Auni dapat kawan awal.. Sebab kat rumah ni hanya Ros and dia jer. Mungkin Allah memahami keadaan anak kita.. hihihi :P

p/s: Rezeki jangan di tolak :)

Thursday, May 10, 2012

alhamdulillah.. KAKAK-TO-BE :)

Syukur kerana diberi peluang sekali lagi.. Geng TTC jangan risau yer, even korang lambat lekat nanti ada hikmahnya. Ros lambat nak dapatkan auni, last2 jarak tak jauh sangat untuk yang second. Betul kata orang, bila dah lekat berderet nanti :) DOAKAN ROS SEMUA SELAMAT YER.. Ros juga doakan korang jugak untuk dapatkan baby...