Wednesday, February 06, 2013

Cloth diaper untuk dijual

Hanya 3bulan sempat pakai...
Sebab tak pakai, my auni taknak buang air besar dalam tu..
Semua harga rm80 termasuk postage..
Sabah sarawak add rm5...
Berminat??? Leh email ros rizaros90@yahoo.com.my
:) terima kasih semua.....

update: all sold out :)

Tuesday, February 05, 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :


1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?


Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.


p/s: Moga hidup kita sentiasa dirahmati allah.. Aminn.....

Monday, February 04, 2013

Tolonggggg!!!!!

Ade sesape tahu tak ubat atau cara nak elak jari dipotong akibat patukan ular??
Share plzzz :)



Demam cara ISLAM

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?

1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yg demam itu dgn air,atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur-

3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

4- Daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan drpd Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

P/s: Sape tak risau kan kalau anak demam ni.. Ros pun kekadang risau sgt bila anak demam :( apapun Ros sentiasa beringat 'APA DUGAAN YANG KITA ALAMI, INSYAALLAH KITA MAMPU LALUINYA. ALLAH TAK AKAN UJI APA YANG KORANG TAK MAMPU LALUI' :) Jangan cepat mengeluh yer, mungkin ada hikmah di sebalik tu. Biar orang membenci kita, jangan biar ALLAH benci kita...

***Sayangg korang semua.. Ros hampir rebah di saat lepas melahirkan Humaira, tapi alhamdulillah bangkit dengan dorongan asben, mak abah and YANG PALING PENTING KEKAWAN SEMUA...terima kasihh!!!