Monday, April 30, 2012

Rahsia rukun solat :)

Assalamu'alaikum

♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

Rahsia solat dengan 13 rukun ...

1 - Niat Sembahyang:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul:
Fadilatnya,ketika mati dapat meluaskantempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram:
Fadilatnya,sebagai pelita yang menerangikita di dalam kubur.

4 - Fatihah:
Sebagai pakaian yangindah-indah di dalam kubur.

5 - Rukuk:
Sebagai tikar kita didalam kubur.

6 - Ik'tidal:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud:
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud:
Akan menaung panji-panji nabi kitadidalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir):
Menjadi kenderaan ketika kitadipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir:
Sebaga ipenjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam:
Memelihara kita didalam kubur.

13 - Tertib:
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa
orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

"Sampaikanlah pesanku biar pun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yg memberi manafa'at kpd manusia lain...

Friday, April 27, 2012

Demam dan selsema

Assalamaualaikum kekawan...

Sekali lagi ros baru kesempatan nak update blog panjang2... Bukan apa, asyik sibuk ja tambah pulak tak boleh nak masuk bilik komputer lama2, ada ja yang nak ikut sekaki.. Hihihi.
Minggu lepas, en.asben start selsema and batuk2.. So yang paling Ros risau apabila bab berjangkit nih.. Of course la kalau kena kat anak kan. Tapi apa pun Ros terpaksa terima andai itu ujian Allah :)

4hari hari lepas tuh, my Auni tetiba demam waktu malam. Suhu lak hampir mencecah 40celcius. Siapa sangka dia akan demam malam tu sebab petang tu memang aktif sangat and sebelum tido sempat lagi melompat2 atas katil. Ros memang tak tenang tido dah time tu, asyik monitor suhu dia jer. 3 hari jugak demam. Dalam time demam tu, dia asyik batuk disertai muntah yang tak berhenti. Nak nangis bila tengok dia macam tu. biar terjadi pada diri kita dari terjadi kat anak kan.. :)

budak yang sedia di bawa ke klinik... :(

Thursday, April 26, 2012

Selamat hari lahir abah...

Semalam birthday abah Ros. Tak sempat nak publish semalam sebab ada masalah tertentu. Nanti ros ceritakan :) apapun semoga kami semua dilindungi allah dan tabah menghadapi dugaanNYA.. Hihihi...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu abahku....
Allah selamatkan kamu..

Semoga ABAH tersayang diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki... Amin..
Kami sekeluarga amat menyayangimu hingga dunia akhirat :)

****Saje nak buh gambar kat bawah nie.. sebab sweet sangat tengok pak arab tu yang solat sempat lagi tengok kamera... hahhaha

my lovely abah and lovely en.asben

Surah menghalang ujian besar ALLAH

Insyaallah moga 10 Surah ini dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


P/s: Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

Tuesday, April 17, 2012

sleepy time

My Auni nih kalau masuk je dalam kereta memang mudah untuk tido. Masa Ros sefamily balik kelantan ari tu, dia tido sampai 5jam dalam kereta. Dekat2 nak sampai baru die bangun. Lega mama dia enjoy dalam perjalanan :) hihihi

Monday, April 16, 2012

SUSAH NAK UPDATE BLOG :(

BUat masa sekarang ni memang susah nak update blog+malas+mood down.. huhuhu.. Entri ros buat ari Isnin malam, siap publish post hingga Jumaat. Bagi yang bekerja senanglah nak update kat opis tanpa gangguan. Bagi Ros ni, sibuk dengan AUni lagi.. Kalau masuk bilik komputer, mesti die nak rengek2 nak duk depan meja.. :) Nak update guna IPAD memanglah susah sebab tak leh nak buh gambar :) Tapi BLOGWALKING memang Ros tak penah miss.. Kekadang internet IPAD slow sangat tak sempat la nak tinggal komen.. Sorry yer kekawan. Thanks sangat kalau ada yang sudi baca blog Ros and tinggalkan komen.. Moga persahabatan internet kita lebih akrab..

Friday, April 13, 2012

Ramai yang pregnant :)

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Illahi, ramai yang pregnant tahun ni.. Tahun yang membawa tuah :) Amin.. Ramai juga GENG TTC yang telah mengandung, seronok Ros baca blog korang.. Ahad lepas, Ros pergi JUSCO with my asben tengok ramai jugak yang membawa perut. Betul cakap ustaz, tahun ni tahun mengawan.. hahahah :) Geng TTC yang belum lagi tu, jangan sedih2 and putus asa.. Insyaallah akan ada rezeki nanti.. Kepada yang baru pregnant, Ros kongsikan tip untuk jaga kandungan tu bebaik yer :)

1. Banyak makan nasi( sumber kalori terdapat di dalam nasi atau susu). Bagi yang tak boleh makan tu, banyakkan makan buah yer.

2. Elakkan makan asam jeruk. Gantikan dengan mempelam, epal hijau atau limau yang masam. Sebab buah yang dijeruk mengandungi cuka and asid yang tinggi :)

3. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, telor, tauhu dan tempe

4. Jangan lupa vitamin ASID FOLIK( bagus untuk pembentukan bayi di awal pregnant). Nak lagi bagus bolehlah makan IBERET FOLIC(harga mahal sikit)

5.amalkan mandi air panas di petang hari. Kalau boleh jangan mandi lewat malam yer untuk awal pregnant ni :)

6. Banyak minum air masak, setengah orang loya nak minum air masak ni.. Boleh gantikan dengan air sejuk tapi bukan berais yer :)

7.Jangan lupa memperingati ALLAH SWT dengan memohon ampun, banyak melakukan ibadat dan memperbanyakkan membaca al-quran :)

P/s: semoga membawa kebaikan kepada korang. Apapun, kita cuma berusaha n tawakal.. Yang menentukan segalanya ialah ALLAH SWT :)

Thursday, April 12, 2012

Pengalaman kecut perut

Seperti yang korang tahu, Ros tinggal di kondominium tingkat 24. Peristiwa gegaran semalam memang kecut perut sungguh dibuatnya. Tambah pulak dengan en.asben keje semalam. Ros hanya berdua dengan auni.. Msa 1st gegaran, memang xperasan sangat. Tetiba Ros tengok lampu umah bergoyang, kipas dan penyidai jatuh. Pastu ditambah bunyi bising kat luar, lagi la cuak..cepat2 capai tudung and auni. Dengan rasminya Ros trun tangga dari tingkat 24. Hanya Allah yang tahu perasaan tu.

Lepas semua reda, penduduk dibenarkan naik.. Dalam pukul 6lebih berlaku lagi gegaran 2nd, time ni dapat la rilek skit sbb dah biasa alami. Ros tetap turun tapi melalui lif. Memang tak sanggup nak turun melalui tangga lagi. Alhamdulillah jumpa en.asben kat bawah. :) Sebelum merasa gegaran 3rd, kami sekeluarga kemas beg, amek apa yang penting cabut lari pergi umah my MIL.

Pagi ni memang terasa krem abis betis. Nak jalan pun dah macam orang sarat mengandung. Huhuhu.. Rasa macam fobia sangat nak balik umah. Harap semua dipermudahkan.. Amin...

P/s: Sedialah satu beg ketika emergency macam ni. Ros first time kena memang tak prepare ape, lepas ni insyaallah akan prepare :)

Wednesday, April 11, 2012

kegembiraan

Kegembiraan yang dirasai oleh Ros ialah apabila melihat anak hepi :) Weekend lepas Ros balik umah my mum seminggu. My abg pun balik jugak, so dapatlah berkumpul reramai.. Petang tu kitaorg hepikan anak2 masing dengan aktiviti BERMAIN AIR..

AWAS YER... JANGAN PENUHKAN KOLAM MACAM DALAM GAMBAR KALAU TIADA PENGAWASAN YANG KETAT(angkara my abg) :P

Tuesday, April 10, 2012

Jom Join 1st GA Mymommashop

Jom Join 1st GA Mymommashop by mama MAREESSA




Firstly, Ros nak ceritakan tentang Blog mymommashop ni. Kak khaleelah baru jer bukak biz online nih, jadi untuk mempromosikan barangan die, dia buat giveaway ni. Jangan segan silu yer untuk join. :) Sesuai sangat untuk ibu yang BREASTFEEDING. Jangan lengah-lengah yer tarikh dah nak tamat.. Bermula 20th March 2012 hingga 19th April 2012.

Syarat-Syaratnya :
1.Buat 1 entry bertajuk "Jom Join 1st GA MyMommashop" -DONE-

2.Copy banner di atas dan letakkan di sidebar dan link ke entry ini -DONE-
 
3.Jadi Follower http://mymommashop.blogspot.com   -DONE-
 
4."Like" page fb mymommashop at http://www.facebook.com/pages/Mymommashop/337329782971628 -DONE-
 
5.Tag 3 org blogger dan pastikan mereka tahu mereka telah di Tag -DONE-
 a)http://nieyxzhazlan.blogspot.com
 b) http://ekyanie.blogspot.com/
 c)http://arvanees.blogspot.com/

6.Last sekali jgn lupe tinggalkan komen berserta link entry dan id follower korang hanya di entry ini -DONE-

Hadiah : 
1 X Pemenang Utama
2 X Pemenang Saguhati
Hadiah? Semestinya yang menarik dan berbaloi untuk dimenangi. Hadiah akan diumumkan sedikit masa lagi! -tak sabar menanti apakah hadiahnye, itupun kalau ada rezeki Ros, maklumlah tak pernah menang :(

Untuk isteri tersayang :)

Q
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

P/s: Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...