Monday, August 29, 2011

Auni's Family ucapkan SELAMAT HARI RAYA..

camat ary yayer :p
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZaHIR BATIN!!... Kekawan, saya mungkin ada mengata secara sengaja/tak sengaja pada kamu semua.. Oleh itu, maafkan saya... Andai ada yang terasa hati, saya juga mohon maaf.. Insyaallah benda itu takkan diulangi lagi... Amin!!!!

Saturday, August 27, 2011

Tiada gigi sebab ais???

Takut jugak dengar statement tu. Hahaha.. Apapun doktor kata lambat tumbuh gigi lambat buruk.. Yeayyyy!!! Saya start ajar my baby rasa makanan start umur 3bulan. Tak kira apa yang kita mkn saya bagi rasa. Ais takpayah kira la, masuk je 6bulan aiskrim pun dah makan. Doktor kata takpe sebab bagi perut anak lasak and tak mudah kembong. Alhamdulillah my little NUR AUNI masih sihat dan membesar dengan sempurna tapi gigi masih tiada.. Hahaha... Tanda-tanda nak tumbuh gigi masih belum nampak :p


 P/s: CEpat tumbuh gigi yer cayang NUR AUNI.. Mama dah tak sabar nak gosok gigi kamu.. Kihkih!

Buah menakjubkan!!!!

Alhamdulillah nikmat ALLAH bg untuk hambanya..
TEMBIKAI..NYUMMY :P
Ibnu Abbas berkata:"Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit. TAPI.....

 Rizaros paling suka tembikai shushu :P

p/s: Semua buah mengandungi kelebihan masing-masing. Jangan lupa makan buah yer :)

Friday, August 26, 2011

Jumaat terakhir :)

Assalamualaikum kawan2...

Alhamdulillah dah jumaat ari ni dan ini adalah jumaat terakhir untuk ramadhan tahun ni. Macam-macam dah rizaros lalui sepanjang ramadhan ni. Penah sekali tak bersahur, memang mencabar sangat sebagai ibu menyusu. Masing-masing mesti ada peristiwa tersendiri di bulan yang mulia ni. Rasa sedih pun ada bila RAMADHAN dah nak pergi. Moga tahun depan lebih indah dan sempat untuk merasainya lagi.
Amiiinnnn....

Tuesday, August 23, 2011

Dah SOLD OUT...

Akhirnya terjual jugak mesin jahit kerawang ni. :P Lama sungguh simpan. Baru guna 3kali, my mom beli untuk saya lepas SPM tapi disimpan and tak pandai manfaatkannya. Hahaha....

Mesin EpaL janome :)

Plant vs Zombie... Geraaaammm :p

Ni nak bercerita tentang games pulak. hehehe.. Games paling rizaros suka mestilah mencabar sikit tapi taklah smpai berperang2 punya style. :P Game PLANT VS. ZOMBIE ni memang geram+suka sangat bila main. Memula tak minat sangat tapi bila lama-lama jadi best pulak :P


  

   
 Bila tak dapat kalahkan zombie tu maka yang ni lah yang terjadi :P
                                                  
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
                                    
kah!kah! #@8&)%$#






Monday, August 22, 2011

Rindu blog...

Assalamualaikum..

Dah 22hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Bulan yang indah ini akan meninggalkan kita hanya 8hari lagi. Huhuhuhu. Apapun maaf lar sebab tak berupdate blog selama seminggu sebab busy sangat duk ulang alik balik kampung. Hehehhe.. Boring jugak tak dapat baca entry kekawan yang best2, maklumlah 'no' internet bila berjalan atau kuar dari my house :p

P/s: Tak dapat nak buh gambar sebab update melalui benda alah tu. Wayar tenet kat rumah rosak..uwaa

Thursday, August 11, 2011

CUithOmes >> Tempat kami berteduh..

Alhamdulillah dah dekat 2tahun kami berteduh di sini. My hubby beli rumah ni masa kami baru bertunang :) Apapun, rumah ni lah menjadi penghibur duka lara kami bersama. Ekekek. Pada mulanya memang gayat duk tinggi nih tapi lama-lama hilanglah semua tu :P

yang bulat tu lah area rumah kami. 24th floor from 28th floor :P hehehe...

Wednesday, August 10, 2011

Benda Alah dah ada kat rumah :P

 Alhamdulillah yeayy dapat juga benda alah ni berada di rumahku. Ngeh3.. :P

Tuesday, August 09, 2011

Polis tunjuk skill bawa motor..Perghhh!!

Wah mesti bangga polis yang bawak motor tu.. Haahaaha.. This best bro... Polis Malaysia kena buat nih, baru mat rempit gerun.. Huhu

Tuesday, August 02, 2011

Mummy BF jangan risau...!!

KELONGGARAN MENINGGALKAN PUASA BAGI YANG MENYUSUKAN ANAK
  • Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
  • Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  [Al-Baqarah : 184]



P/s: Hendak seribu daya, taknak seribu dalih :) Bergantung pada mummy semua. Insyaallah moga kita semua dipermudahkan... 

Menyusu dan ramadhan... Sehari dah berlalu...

Alhamdulillah hari ni dapat juga berpuasa sebagai ibu menyusu.. Tapi kena juga standby tip yang kat bawah ni..

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
info dari http://duniasusuibu.com

Monday, August 01, 2011

Ia datang lagi.. Alhamdulillah :)

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KAWANKU..
SEMOGA PUASA TAHUN INI LEBIH BERMAKNA :) AMIN...
sumber google.....


p/s: Rugilah seseorang itu tidak bersungguh-sungguh di bulan ramadhan ini kerana tak semestinya tahun hadapan kita dapat merasainya :)