Monday, November 29, 2010

Andai ini yang terakhir :)

Assalamualaikum...

Hari ni, lepas isyak saya akan menyerahkan diri kepada pihak hospital untuk di induce .. Insyaallah pagi esok saya akan di induce. Di samping itu, saya mohon maaf andai ada tersalah bahasa kepada all my friends.. Ada yang saya mengumpat atau apa2 je harap dimaafkan yer. Saya insan biasa yang selalu melakukan kesilapan dan selalu memperbaiki kesilapan itu.. Di harap semuanyer selamat dan berjalan lancar. Halalkan semua makan-minum saya yer. Insyaallah kalau tiada aral yang melintang, saya akan memperkenal our junior in this or next week.. TUNNGGGU yer.. :)

Friday, November 26, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA... :)

Assalamualaikum..



Abg ben ashaari ni keje dia update blog and buat macam-macam segmen untuk disertai oleh semua blogger. (jangan marah yer abg ben walaupun keje abg ben bukan buat benda ni). Suka sangat2 nak join... Hehehe.. Di samping dapat mengeratkan persahabatan antara blogger-blogger lain walaupun saling tidak mengenali.

Kat bawah ni blog yang saya suka masuk dan membaca tapi tak bermakna yang lain saya tak suka... Just nak bagi cukup syarat 5 blog ajer.. kalau nak senaraikan memang banyak oo..

1) BEN ASHAARI
Firstly, mesti lah blog Abg Ben ni sebab satu hari boleh jadi 14-15 entry dia update untuk blog dia. Follower dia memang powerful sangat. And entry dia semuanya bermanfaat and seronok bila membacanya sebab ringkas dan padat.. Wah, puji2 banyak nih.. Ikhlas tau.. heheehe... Ibarat kata astro 'MACAM-MACAM ADA'..

2) PUAN NADXOXO
Suka bukak and jenguk blog ni sebab banyak info tentang mommy to be because saya pun akan menjadi mommy tak lama lagi. Alhamdulillah. Blog kak nad ni sekarang about her baby zahin yang comey sangat.

3) KAK IDA YEZID
Kak ida ni actually kawan my hubby.. Dia ni memang cantik and happening orangnyer.. Pandai bergaya.. Hehe.. Suka baca blog dia sebab blog dia ni entry smua in english+sikit2 malay.. Walaupun saya tak lah pandai English tapi hari-hari tunggu apa yang dia update. Hmm gambar yang dia shoot pulak semuanya nampak menarik membuatkan saya selalu nak tengok je pic dia.. Ehem2..

4) KAK AIN(QASEHSYAHNIA)

Blog ni all about her life.. Memang comeyla kak ain ni. Kecik orangnya.. Blog dia ni happy jer bila masuk. Suka baca story2 dia sebab mesti letakkan gambar dia yang cute-miut tu. Story dia pun best2 jugak.

5)JOM MAKAN
Blog ni about resipi, suka sangat terjah sebab suka mencubanye. Saya ni tak lah pandai memasak sangat tapi boleh lah sekadar mengisi perutku and my hubby.. Hehehe.. Resipi kat sini memang seronok tengok. Makanan dia memang menggiurkan. Macam-macam resipi ada kat blog ni.

Lastly saya dapat tau tentang segmen ni mestilah dari tuan rumah sendiri. Pada mulanya tengok jugak kenapa lah ada entry abg ben ni tajuk 'SAYA SUKA BLOG AWAK 2 and SAYA SUKA BLOG AWAK 3 dan seterusnya. Rupanya ni adalah segmen terbaru.. Nasib baik tak terlepas lagi.. hehhee... :)

Bye2 kawan-kawan.. Time to sleep :)

Thank you to fyna :)

Keje saya memfollow blog orang.. Hehehe... Bkn untuk saja2 tapi suka membaca kisah diorang sambil saya dapat mempelajari cara buat blog ni. Kalau tak follow memang tak kuar cerita diorang kat dashboard saya so follow je. Tak kisahlah kawan-kawan nak follow balik atau tak. Kalau berminat leh la follow blog saya yang tak seberapa ni. Maklumlah saya baru nak belajar and cerita pun masih mencari lagi. Insyaallah after jadi mommy ni aktiflah blog about my child. Ngeee...

Apapun, tujuan entry hari ni ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada fyna kerana bagi award kepada saya sbb menjadi follower dia yang ke-300..(bestnyer dah sampai 300 orang follower dia berbanding saya yang baru 71orang je).. hehehe...Ni lah award yang saya dapat dari blog dia :)

Tuesday, November 23, 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Salam sayang buat kawan-kawan sekalian ...



Latar belakang my blog :)
Blog ni saya buatkan untuk ceritakan tentang diri saya yang mommy-to-be ni, my hubby and my future baby(menghitung hari je). Hope kawan-kawan dapat mjadi follower yang setia kat blog saya yang tak seberapa ni. Saya masih berusaha dan ingin buat yang terbaik untuk blog ini. Semoga anda semua terhibur dengan blog saya ni kerana saya budak baru belajar.. Hihihi.. Harap dapat mengeratkan lagi silaturahim antara blogger yang lain.. Amin.. :)

Monday, November 22, 2010

Check-up dan malam minggu :)

Salam kawan-kawan tersayang..

Alhamdulillah esok genaplah kandungan 39minggu. Hmm bila lah nak kuar nih..?? hehehe.. Ya allah izinkan anakku kuar yer :) Semalam pergi check-up, semuanya ok dan menunggu masa jer. Doktor just tell to me that you must admit warded pada 29hb november ni, 30hb akan di induce kalau tak bersalin jugak. But my mum kata tak perlu lah pergi nanti doktor pisahkan. Biar dia kuar sendiri. Maka insyaallah harap2 baby tak da apa dalam perut nih. Buku pink kat bawah ni pun dah makin menebal dengan adanya check-up yang banyak nih..


Pada malam minggu, kami sekeluarga makan cara ala-ala menjaga kesihatan. hehehe.. Resipi ni from my papa because he is a japanese.. Orang jepun suka lah makan makanan yang rebus2 nih. Makanan ni banyak benda boleh digunakan, contoh ayam,udang,ketam,daging,pelbagai sayuran dan sebagainya. Tapi semalam my papa buatkan yang simple2 je untuk kami sekeluarga. Makanan ni boleh di cicahkan bersama sos cili atau sos lada hitam untuk sedap lagi :)

Air rebusan sebelum dimasukkan bahan-bahan mentah tadi.. (my mum masukkan kiub tomyam)


Bila dah mendidih, bolehlah di makan :P nyummy...

Friday, November 19, 2010

Rezeki baby :)

Assalamualaikum semua...

Entry kali ni kisahnya bukannya ada apa pun. Just nak share tentang kelapa muda ni. Last2 pregnancy ni teringin pulak nak makan kelapa muda yang fresh dari pokok. Mulanya berpikir jugak mana lah nak cari kelapa muda ni. But rezeki sentiasa berpihak untuk saya(alhamdulillah) dapat jugak makan isi kelapa yang fresh dari pokok. Kebetulan my mum nak tebangkan pokok kelapa tu, jadi terpaksa lah ambil kesemua buah kelapa tu..(memang makan sungguh pada hari tu) hehehe.. Malam tu pulak, memang tak boleh tidor lah.. Bergelombang perut sebab baby terlalu aktif. :)



Isi kelapa yang tebal... Nyummmy :)


Kelapa muda sebelum dipecahkan ..


Kulit kelapa yang tebal.. Buahnye kecik jer..


Inilah lelaki yang men'gopek' buah kelapa ni.. Thank u 'UNCLE JAI'.. :P

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT BERJAYA adikku tersayang...

Assalamualaikum.

Pada entry kali ini saya nak ucapkan SELAMAT BERJAYA for adikku tersayang(SHARIFAH FATIN AMIRA) yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada 23 NOvember tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan dapat menjawab soalan dengan mudah yer. Mulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم dan sudahi dengan الحمد لله. Amin... :)


Monday, November 15, 2010

Raya Aidiladha and check-up Baby :)

Assalamualaikum kekawan :)

Just nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam.. Alhamdulillah semua jemaah haji Malaysia akan bertolak ke Padang Arafah ari ni untuk wukuf di sana. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Bercerita tentang diriku, alhamdulillah esok genaplah 38minggu. Tapi my baby masih belum mahu keluar untuk sambut hari raya bersama. hehehe.. Semalam check-up baby dah 3429g(alamak besarnyer :p) tapi kenapa doktor tak cakap my baby dah besar ek? Mungkin sebab ada +-539g kot kat monitor tu. Sempat lagi saya lihat kat monitor scan tu. Lepas ni seminggu sekali kena check-up kat hospital. Kalau tak bersalin jugak hujung bulan ni, maka terpaksalah serah diri kepada pihak hospital. Insyaallah semuanya selamat. :)

Thursday, November 11, 2010

Persediaan bersalin ke hospital :)

Alhamdulillah hari ni ros masih sihat. Cuma sakit di bahagian tertentu jer. Biasalah mungkin tanda-tanda awal. Sebelum ni tak pernah membawa beg bersama, tetapi setelah dimarahi oleh banyak pihak terpaksa lah sediakan beg2 ni(ibarat kata sediakan payung sebelum hujan). Kat bawah ni ada lah barang-barang yang perlu disediakan di dalam beg.

For Mama
*Rekod Kesihatan Ibu(buku pink)
*Kad Pengenalan
*Handphone & charger
*Baju t-shirt and kain batik(discharge)
*Stokin
*Tudung
*Kain Telekung( if kena warded sehari sebelum bersalin)
*Towel & toiletries(berus and ubat gigi, shampoo, bodywash, bedak, sikat, getah rambut, deodorant, lotion)
*Maternity pad
*Selipar
*Minyak angin/minyak panas
*Air zam zam and kurma
*Tisu
*Surat khabar(untuk balut disposable pad sebelum dibuang)
*Plastik(isi baju kotor and anything)
*Nursing bra & nursing pad
*Thermos air panas
*Air masak/Biskut/roti/susu/horlick atau milo 3 in 1

For baby

*3-4helai baju baby termasuk mitten and booties
*1helai selimut yang ada hoop sekali *3helai lampin
*1pek tisu basah
*10keping pampes

Ni lah hasilnya setelah barang-barang semua siap dipacking. Semoga semuanya selamat :)

Tuesday, November 09, 2010

Kucing Gumuk :)

Selamat tengahari kawan-kawan..

Alhamdulillah hari ni genap 37weeks my pregnancy. Hari ini bukan cerita about saya tapi about my cat. Entry yang last year saya pernah upload gambar my cat ni.. Nama dia bear. Masa tu gambar bersama adik dia, pet tapi pet tu dah mati. Hidup tak lama. Hehehe.. Akhirnya bear ni lah pengubat jiwa mak saya walaupun dia gumuk. Sebelum pergi UiTM, bear ni saya jaga di rumah sendiri tapi akhirnya sejak pregnant ni terpaksalah dipulangkan. Kat bawah ni gambar TERKINI my cat, bear tu.. LAyaaaannn!!!!




Friday, November 05, 2010

Preparation 4 our JUNIOR..

Opss.. Only 25days to go. Me and my hubby dah tak sabar menanti our little junior. Baby preparation akhirnya dapat disiapkan pada minggu akhir(jgn buat macam ni yer :P). Its dangerous tau kalau bersalin awal nanti tanpa preparation.
Thanks for both of my mum kerana sponsor barang-barang baby. Yang penting sekali for my hubby yang banyak 'melaburkan' wang untuk our baby ni. :)

Wednesday, November 03, 2010

9 month.. Cepatnyer :)

Salam kawan-kawan ....

Alhamdulillah pejam celik pejam celik semalam genaplah my pregnancy 36minggu. 27days to go. Kalau tengok kat ticker tu our baby is 50cm, 3kg and ready for launch(cpat2 kuar yer baby :P). Kalau ikutkan berat my baby belum lagi sampai 3kg, last check-up bru 2.4kg tapi tak tahulah berapa berat sebenar sebab mak and ayah dia ni berbadan besau.. heheheh. Contraction memang dah ada sejak 35week cuma tak kerap sangat. Last check-up hari ahad, insyaallah semuanya akan ok jika diizinkan oleh-Nya.. Doakan saya yer kawan-kawan. Seronok tengok baby Kak Nad, Kak Ainul, Kak Amelia dan yang latest kak ruhasniza yang comel2 kesemuanya. Alhamdulillah semuanya selamat.. Waiting for me pulak yer.. hehehe...

Tuesday, November 02, 2010

Hujan seharian :)

Assalamualaikum...

Hujan seharian kat umah mak ni.. Maklum lah dah masuk musim tengkujuh. Baju yang dijemur pun tak kering2.. So my mum decide to buy dryer untuk keringkan baju(ada duit leh dapatkan segera :P) Tugasku di musim hujan ni tidor je. Sjuuukkk... but tak boleh tidor sangat because kena banyak excercise di hujung2 kehamilan ni. Hehehe..
My mum pulak di hari hujan2 ni sempat lagi buat nasi minyak. Makan panas2 memang berasap abis nih. Aduhai, xdapat lah control makan hari ni(maafkan mama yer baby :P)


Nasi minyak yang enak :) cheh2.. gulppp


Sepanjang hari keadaan macam ni :) nikmattt...


my cat pun tido dalam kesejukan tanpa selimut. Hehehee... :P