Monday, November 15, 2010

Raya Aidiladha and check-up Baby :)

Assalamualaikum kekawan :)

Just nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam.. Alhamdulillah semua jemaah haji Malaysia akan bertolak ke Padang Arafah ari ni untuk wukuf di sana. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Bercerita tentang diriku, alhamdulillah esok genaplah 38minggu. Tapi my baby masih belum mahu keluar untuk sambut hari raya bersama. hehehe.. Semalam check-up baby dah 3429g(alamak besarnyer :p) tapi kenapa doktor tak cakap my baby dah besar ek? Mungkin sebab ada +-539g kot kat monitor tu. Sempat lagi saya lihat kat monitor scan tu. Lepas ni seminggu sekali kena check-up kat hospital. Kalau tak bersalin jugak hujung bulan ni, maka terpaksalah serah diri kepada pihak hospital. Insyaallah semuanya selamat. :)

Thursday, November 11, 2010

Persediaan bersalin ke hospital :)

Alhamdulillah hari ni ros masih sihat. Cuma sakit di bahagian tertentu jer. Biasalah mungkin tanda-tanda awal. Sebelum ni tak pernah membawa beg bersama, tetapi setelah dimarahi oleh banyak pihak terpaksa lah sediakan beg2 ni(ibarat kata sediakan payung sebelum hujan). Kat bawah ni ada lah barang-barang yang perlu disediakan di dalam beg.

For Mama
*Rekod Kesihatan Ibu(buku pink)
*Kad Pengenalan
*Handphone & charger
*Baju t-shirt and kain batik(discharge)
*Stokin
*Tudung
*Kain Telekung( if kena warded sehari sebelum bersalin)
*Towel & toiletries(berus and ubat gigi, shampoo, bodywash, bedak, sikat, getah rambut, deodorant, lotion)
*Maternity pad
*Selipar
*Minyak angin/minyak panas
*Air zam zam and kurma
*Tisu
*Surat khabar(untuk balut disposable pad sebelum dibuang)
*Plastik(isi baju kotor and anything)
*Nursing bra & nursing pad
*Thermos air panas
*Air masak/Biskut/roti/susu/horlick atau milo 3 in 1

For baby

*3-4helai baju baby termasuk mitten and booties
*1helai selimut yang ada hoop sekali *3helai lampin
*1pek tisu basah
*10keping pampes

Ni lah hasilnya setelah barang-barang semua siap dipacking. Semoga semuanya selamat :)

Friday, November 05, 2010

Preparation 4 our JUNIOR..

Opss.. Only 25days to go. Me and my hubby dah tak sabar menanti our little junior. Baby preparation akhirnya dapat disiapkan pada minggu akhir(jgn buat macam ni yer :P). Its dangerous tau kalau bersalin awal nanti tanpa preparation.
Thanks for both of my mum kerana sponsor barang-barang baby. Yang penting sekali for my hubby yang banyak 'melaburkan' wang untuk our baby ni. :)

Wednesday, November 03, 2010

9 month.. Cepatnyer :)

Salam kawan-kawan ....

Alhamdulillah pejam celik pejam celik semalam genaplah my pregnancy 36minggu. 27days to go. Kalau tengok kat ticker tu our baby is 50cm, 3kg and ready for launch(cpat2 kuar yer baby :P). Kalau ikutkan berat my baby belum lagi sampai 3kg, last check-up bru 2.4kg tapi tak tahulah berapa berat sebenar sebab mak and ayah dia ni berbadan besau.. heheheh. Contraction memang dah ada sejak 35week cuma tak kerap sangat. Last check-up hari ahad, insyaallah semuanya akan ok jika diizinkan oleh-Nya.. Doakan saya yer kawan-kawan. Seronok tengok baby Kak Nad, Kak Ainul, Kak Amelia dan yang latest kak ruhasniza yang comel2 kesemuanya. Alhamdulillah semuanya selamat.. Waiting for me pulak yer.. hehehe...