Dah sebulan baru nak update pasal ni. Maklumlah kali ni memang nekad nk pantang bebetul.. chewaahhh :p
Bawah ni plak pengalaman bersalin AYESHA...
Khamis 20/8/2015
1am - Tengah sedap tido , Ros terjaga sebab perut memulas.. so masuk toilet buang segala.. duk dalam 5min rasa plak.. dah xsedap hati, terus ros kemas rumah, mop dan lipat baju. Kemas beg hospital dan baby.. last minit buat.. berdebar rasa..
Time ni asben dah tido dgn Auni humaira kat depan tv.. sejak pregnant memang tak tido dah kat atas, suma tido bawah sbb tak larat la kalau nak turun naik rumah 2tingkat. Tu ros la.. org lain xtau la..hahaha
3am - Ros g sandar belakang asben rasa dah mcm sakit sgt sebab contraction dh 5min sekali.. jenuh nk tahan.. asben bangun terus mandi2 dan nk hantar kat rumah mak. Nak urus2 anak , baru hantar Ros kat hospital
7am - tapi lepas sampai umah mak lepas Subuh, mak Ros pgg perut kata baby belum turun mungkin petang baru bersalin katanya.. Ya Allah rasa nak nangis sebab sakit dah 5min sekali.. tak tahan dah rasa... nak mkn, nak minum semua tak leh.. tapi mak ros paksa dan paksa... muka abes berkerut sebab taktahan..
10am - Time ni mak Ros suh tido jap.. uihh nak tido pun tak bleh dah.. rasa nak bersalin dh rasa.. mak ros ckp lambat lg ni.. ptg bru baby kuar.. duk ulang je dia ckp.. mak kata nk pergi hosp pergi lah, tapi nanti kena tahan wad je la.. dia pgg betis pun xrasa baby nk kuar.. Alahai..
4pm - Time ni memang taktahan dah... bgtahu kat asben nak gi hospital dah sebab sakit sgt2 dh rasa.. jenuh bertahan dr 1pg hingga 4ptg, sakit setiap 5minit tu.. mak Ros pegang perut cakap baby dah mcm kelodak and betis serta kaki dah sejuk baru dia suruh g hospital. Asben plak cuak sebab takut bersalin dalam kereta. Haha.. mak ckp sempat lg.. 2jam pun sempat lg.. aduh... jenuh jgak dengar cakap mak ni.. kahkah..
4.30pm - Sampai hosp, nurse cek tekanan darah and urine.. tapi urine xdpt dah sebab Ros xleh nk buang airkecil dh sebab sakit sgt2 dah.
Doc suruh baring and nak scan serta check bukaan. Katanya bru 6cm.. sakit ros mcm dah bukak byk.. katanya labour room xde kosong sebab ramai datang nk bersalin..haishh..
5.30pm - Baru dapat masuk labour room.. nurse tolak pkai wheelchair.. masa nak naik atas katil tu Ros dah xleh naik sebab sakit sgt. Nurse suruh naik jugak.. dia kata ari ni ramai masuk terus nak beranak. Dia prepare semua brg atas katil and pecahkan ketuban.. lepas tu, terus rasa baby nak kuar.. ade pulak light meconium, nurse tanya doc, doc ckp xpe truskan bersalin normal sebab kepala baby dah nampak.. cuak gak kalau nk kna emergency czer..
6.08pm - Alhamdulillah selamat bersalin anak perempuan sebesar 3.65kg.. tak terkata bila nurse letak atas dada. Sgt sgt lama bonding time.. rasa happy sgt
6 comments:
3 kg lebih... amboi patut mak dia tak larat dah. tp mmg betul tau ros.. lin nak masuk 6 bulan ni pun asyik sakit2 belakang je... uhuhhu
wow comelnya
Mak ai Ros boleh tahan Ayesha ni dah dekat nak 4kg manalah tak tertanggung nak turun naik tangga. Lahir-lahir dah chubby - tahniah dari kakak:)
Alhamdulillah. comelnya. take care ros
Uish mak ros bidan ke?pandai eh dia agak2 tp memang betul petang baru serius nak bersalin...apa2 pun tahniah alhamdulillah... syukur selamat dan mudah semua... boleh plan next...ros muda lg... nanti dah masuk fasa 30an mmg rasa mengah lain macam tak macam 20an yg kuat sikit...ekekeke jadi pulun lekaih2 sementara kuat...haha!
eh tapi betul la bila sejuk betis n kaki tuh memang dah dekat nk beranak... akak masa terasa menggigil kaki n betis (dari pinggang ke bawah rasa sejuk semacam) masa tuh dan 8cm... tak sempat apa dah rasa nak terberak amat...haha!
Post a Comment