Tuesday, November 06, 2012

Bayi demam dan naik ruam dalam pantang


Alhamdulillah Ros dapat lalui semua ini dengan sempurna :) Siapa tak panik kan bila anak kita yang masih dalam pantang DEMAM? Sebenarnya doktor ade cakap yang DEMAM semasa berpantang ni normal tapi dengan syarat sebelum ni dia penah stay seminggu lebih di hospital. Badan bayi baru nak survive suasana luar tu yang boleh menyebabkan dia demam. Sebab DEMAM ni selalunya dia nak panaskan badan untuk matikan kuman dalam badannya. :)

Ros alaminya ketika 2minggu berpantang apabila HUMAIRA tetiba demam. Suhu pulak mencanak naik sehingga 38celcius. Memang cuak habis and cepat refer doktor kat bhgian emergency. Lastly doctor cakap ia normal and suhu badan 39-40celcius baru bahaya serta ade tanda taknak menyusu, naik ruam seluruh badan.

Doctor ada bagi ubat demam untuk HUMAIRA and Ros takbagi langsung ubat tu sebab baby masih kecik nak makan ubat. So balik rumah, Ros jelum kepala baby dengan AIR ASAM JAWA. Alhamdulillah petang esok tu dah turun ke suhu normal. Katakan air asam jawa tu tak berkesan nampaknya terpaksalah Ros bagi ubat tu. Alhamdulillah Allah cepat legakan demam Humaira :) And lastly, jangan pakaikan baby baju yang tebal kalau diorang DEMAM yer..

PENYELESAIAN RUAM BAGI ROS : 
***JANGAN PAKAI BABY BAJU YANG TEBAL, BERPELUH ITU MENYEBABKAN RUAM
***PAKAIKAN TEPUNG UBI PADA BAYI ( nak senang beli je bedak AGNESIA BOTOL MERAH kat farmasi)
***LAST CHOICE, BIARKAN KEADAAN SEKELILING BABY SEJUK ( nak senang pasang econ je, jgn risau sejuk sebab kat hospital pun econ je 24jam.. Bila duk dalam econ, jgn lupa pakaikan baju pada baby yer, kang takpasal demam pulak

Budak ada ruam tido :)


P/s: SEHARUSNYA LEBIH BAIK KORANG REFER DOKTOR UNTUK HAL INI JIKA IA BERLANJUTAN :)