Thursday, June 27, 2013

Muffin nutella vs muffin coklat

Muffin nutella
Resepi muffin nutella (Hanya 3 barang tapi nutella MAHAL) :p

Bahan-bahan
1) 2biji telur
2) 10sudu besar tepung gandum
3) 1cawan nutella

Cara-cara
1) Pukul telur hingga kembang
2) Masukkan 1cawan nutella
3) kemudian masukkan tepung gandum
4) Isi dalam acuan muffin
5) kemudian bakar suhu 160celcius dalam masa 10-15min :) tgk keadaan oven jugak yer..

Muffin coklat


Resepi muffin coklat..

Bahan-bahan:
1) gula halus (3/4 cawan)
2) tepung gandum (1 cawan)
3) tepung campuran muffin (3 sudu besar )
4) telur ayam gred A (1 biji)
5) soda bikabornat (1 sudu teh)
6) baking powder (1 sudu teh)
7) garam halus (1 sudu teh )
8) cip coklat (sedikit)
9) minyak jagung (3/4 cawan )
10) air (3/4 cawan)
11) * sukatan minyak dan air boleh ditambah sekiranya adunan terlalu pekat

Cara Memasak:
1. Campurkan gula, tepung gandum, tepung campuran muffin, soda bikabornat, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung, dan gaul rata lagi.
3. Akhir sekali, Masukkan telur dan air. Gaul sebati.
4. Boleh juga masukkan cip coklat ke dalam adunan jika suka.
5. Seterusnya, Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan tersebut.
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, selama lebih kurang 20 minit.
8. Chocolate chip Muffin siap untuk dihidang.

P/s: Muffin nutella sangat berlemak dan manis lor..hahhaa :) tq @anezamri and @batik_pink untuk resepi... Sayanggg korang :)

20 comments:

Mimy Hamid said...

wah dah buat kelasss rajin la

erin said...

mak oiii menggoda la..

Masni Syafie said...

yum..yumm...cedapnya...hehe

Izwa Kamaruddin said...

alaaaa kenapa sedap sgt niiii...

dear anies said...

tempting!

Unknown said...

teringin jugak....tapi nutella mahal....ngeeee

Unknown said...

ahh laa..nk buat tp nutella tu mahal kenn..

Unknown said...

nyummmm betol tu nutella mahaiiiiiii

puan.mila said...

nutella mahal laa.akak klau g beli brg dpur tu xpndg pun nutella..huuu

Masya said...

muffin nutella tu ada jugak baca .. nak cuba jugaklah bhn macam mudah.. tp nutella tu pulak mahal...

~ NANA ~ said...

Dua2 sedappp..tp kalau i suka buat resepi plg mudah je..haha

::EIDA:: said...

macam senang? tapi akak xde oven dik ross.. hahahahhahaa.. kene membeli dulu ni baru test testt .. heheee

Rosmawani♥ said...

Terpaksa kak., tringin :p

Rosmawani♥ said...

Xpe pelan2.. G umah sanak saudara pun leh buat.. Tp xtahan nutella mahaiiii :p

Rosmawani♥ said...

Paling mudah tp bahan mahai...cetttt :p

Rosmawani♥ said...

Tau xpe.. Yg kecik pun dh rm10..grrrrr :(

Rosmawani♥ said...

Samala dgn ros.. Tp sebab tringin tu yang nak try jugak..tpaksa beli :p

Rosmawani♥ said...

A'ah mahal.. Ros beli botol kecik pun dh dkt rm10 ..hrrrrr :(

Rosmawani♥ said...

Yups mahal..tp ini mungkin kli terakhir.. Hahhaha...

Rosmawani♥ said...

Tergoda sudehhh :p