Wednesday, January 04, 2012

Nasi kerabu original :)

 Assalamualaikum kekawan..

Kalau minggu lepas Ros asyik ceritakan tentang pelaburan jer. Al-maklumlah benda yang menguntungkan kita pada masa akan datang mestilah kena share dengan kekawan semua:) Insyaallah.. Nasi kerabu original?? wah perasan gitu. Takpelah sekali skala. kihkih... Actually Ros nak kongsi nasi kerabu yang semestinya puas hati kalau makan. Maca-macam cara nak buat nasi kerabu nih, tapi ni style my mum and dia izinkan untuk share resepi :) Kalau beli di Kelantan and Terengganu pun jarang nak jumpa yang sesedap kita buat sendiri.. Kan2?? Jom cuba ◕‿◕

Bahan-bahan:
Nasi 3cawan
Air 3 1/2cawan
  Serai 2batang
Daun limau purut 2helai
Daun pandan 2helai
Garam secubit

ULAMAN
Bahan-bahan:
 Kubis
Timun
Bunga kantan(mesti ada)
Daun kesum(mesti ada)
 Kacang panjangkacang botol
*boleh gunakan pelbagai jenis ulam :)
☀cincang hingga halus semua ulam tadi

IKANREBUSGORENG
Bahan-bahan:
Ikan
 Asam keping
Cuka sedikit(dalam 5-6 titik)
Garam secukup rasa
☀Rebus ikan bersama bahan diatas
☀Lastly setelah masak goreng tepung yer
 ∴cara celup tepung, memula celup telur dan masukkan ke
   dalam tepung gandum dan terus goreng :)
SAMBALNYOQ
Bahan-bahan:
1) Sediakan kelapa parut di dalam kuali
2) Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan
3) Sediakan Bawang besar, serai dan halia(blend)
4)hasil blend
5)masukkan hasil blend serta sedikit isi ikan yang direbus tadi tu
   diatas kelapa parut yang telah digoreng tadi
6) Gaul bahan tadi kemudian taburkan lada merah
7) Sedia disimpan dalam peti ais
SAMBALCUKA
Bahan-bahan:bawang putihcili merahcuka
☀blend semua bahan tadi
☀masak diatas daour sekejap
☀siap dihidang
BUDU
Bahan-bahan:
budu
1 tangkai cabai kering
limau nipis ( kalau ore kelate guna asam limau kerat lete lagi power :p)
☀Masak sedikit budu bersama cabai kering
☀Perah air asam limau sedikit dan siap dihidang 


SOLOK LADA
 Tumbuk bahan ni semua sampai hasil mcm kat bawah ni

 Belah cabai mcm tu

 Bentukkan ikut saiz cabai tadi kemudian masukkan ke dalamnya

Dah siap mcm ni, korang masak sekejap dgn santan+garam. Lupa nak amek gambar. 

Masak sampai lada solok berubah warna gelap. Didihkan saje. Kalau mcm Ros tu dlm 6ketoi tu santan dlm 1/2cawan mcm tu ja. Bg kering santan tu kira dh siap🥰

Lastly... inilah hasilnya :)  




Boleh tanya Ros yer apa yang tak faham 。^◕‿◕^。

8 comments:

Saya Nina Syakira said...

thanks for sharing :) nak try buat jugak la :) ouh btw mcm mana nasik tu bole jadi biru ye

Rosmawani♥ said...

Nina: sptutnya kena guna daun untuk wat nasi kerabu tuh.. Tapi ros duk kondo susah nk dpt bnda tu, jadi guna pwarna biru je yg jenama star brand jer.. Hihi

Kak Sam said...

wa bestnya. tak pernah pun buat sendiri. Biasanya beli kat pasar malam je. Saya suka makan dengan daging bakar + solok lada.

Rosmawani♥ said...

Kak sam cubalah buat resepi nih.. Insyaallah puas hati :) hihihi.. Haa bleh jgak tmbh lauk pelbagai.. Ros buat cndawan goreng jer ari tu :)

izla said...

sedap...!
suka gak nasi kerabu, tapi rak reti nak buat lagi

hanidatul shatira said...

wahhhhhhh...macam sedap je nih....even jarang jarang makan nasi kerabu tapi its my fav!!

nak coba la nanti...

farmys said...

bestnya.. tak pernah buat nasi mcm ni.. makan selalu..

rajin sungguh..

Bungadamia said...

wah...peberet ni....ros nak tanya budu tu makan mcm mana.maksudnya nak buat mcm mana.