Sunday, October 20, 2013

Home progress : Lampu dan kipas

Sebenarnya Ros tak tahu sangat bab lampu-lampu yang asben beli. Nak update ni pun duk tanya dia benda ape n harga :)  Cuma dia ajak Ros teman gi beli lampu untuk letak kat ruang makan , porch and ruang tangga.. Bercerita tentang lampu ni, memang semua cantik sangat. Ada yang dah kami berkenan tapi takda stock. Kadang tu ada yang berkenan tapi harga lebih rm1k++ lak.. Asben cakap dia bajet dalam rm3-4ratus untuk lampu ruang makan. See bajet memng tak banyak. So dah kna pesan, jangan nak over2 nk lampu cantik :p



Bila buat plaster ceiling, memang kena pasang lampu downlight. Downlight ni pulak buat Ros pening, ada LED ada ENERGY SAVING. LED ni mahai banyak dari ENERGY SAVING ni :) so, asben decide bahagian bawah semua LED. Harga dalam rm28/perset :) Bahagian atas, semua energy saving je. Harga dalam rm8/perset. Kat bawah tu ada bermacam jenis lampu downlight. Total guna lampu downlight ni kat rumah Ros 40biji.. Giler kentang punya banyak.. Harap cahaya lampu itu turut disertai cahaya nur... Ahhhhh melalut sudah.. Ampunnn yer...


Untuk lampu porch pulak, kitaorang pilih yang simple jer.. Iaitu yang ade cermin kat tengah. Leh tgk gambar kat bawah tu :)
            
Lampu dekat meja makan ni memang teringin candelier, tapi sebab bajet ciput buh la lampu philip ni.. Lampu philip kat bawah tu harga dia dalam rm5++.. Kitaorg mmg xbeli lg, masih lg survey2.. Tetiba ada jumpa lampu yang sama di kedai yg lebih murah iaitu harga rm3++ so terusla rembat.. Tak dapat nak bayangkan bila pasang nnt mcm mana.. Mungkin ade sedikit kelainan..wakakkaka.

Lampu philip ni la yangmenjadi pilihan kami. Nak simple sangat kan?? :p

Ok.. Settle bab lampu, kali ni kisah kipas pulak. Tentang kipas ni, Ros cadangkan brand panasonic or KDK :) Rumah yang sekarang ni Ros duk pakai brand alpha. Memang cantik design dia tapi kualiti dia pun suam2 jer.. Tapi sekarang ni dah maju, if rosak ia dah ada warranty and boleh service. Lain orang lain citarasa yer.. Takmo kutuk Ros plak pasal brand kipas ni. Rumah baru memang asben beli brand panasonic. Kat ruang tamu atas dan bawah amek yang ada remote 5bilah rm270. Bahagian bilik semua buh kipas biasa jer iaitu panasonic 3bilah rm125. 


Kat bawah ni ada contoh kipas, asben pilih warna putih sebab tak nak bagi 'berat' sangat deco nanti.. Sebab langsir, tv mesti dah warna gelap. So belah atas mesti nak nampak 'ringan' kan.. :) lagipun putih itu bersih :) heheheh


Semalam dah pergi tengok rumah, lampu downlight bawah semua dah pasang, cuma tinggal belah atas and lampu yang besar tak pasang lagi :) alhamdulillah.. Semoga semua dipermudahkan :) nampak beza kan atas dengan bawah? Bawah tu effect gambar instagram je... Wakakakka :p



Thursday, October 17, 2013

Home progress : PLASTER CEILING&WIRING ♥

Bercerita tentang rumah ni, memang susah nak buat renovation ni. Ade cakap 'orang kita' tak bagus. Ada cakap bgus . Tapi tak kesemua macam tu. Ros buat plaster ceiling and wiring dengan melayu. Kalau cina mahal sikit..hehhehe. Wiring harga dekat rm3k++, setiap suis tambah orang tu amek rm45. Kalau kat tempat lain tak tau lah :p Kat bawah ni hasil kerja wiring diorang :)


Rumah ros xde renovation mana sangat pun.. Buat yang mampu jer.. Bahagian atas byk biarkan jer.. Insyaallah ade rezeki lebih buat slow2. Buat bahagian bawah dulu.. :) Dalam hati tengok rumah orang semua extend belakang.. Ade yang extend atas bawah.. Asben penah tanya extend atas bawah termasuk wiring suma harga dekat rm20-30k.. Ketat poket nak kuarkan banyak tu. Hahahha.. Tv panel apa semua xde. Just gantung tv kat dinding jer.. Jimat.. Wakakka..  Banyak guna barang yang dari rumah sekarang. Sofa pun balut yang lama... Kiranya recycle. :p

Plaster ceiling ni taknak buat pun takpe, tapi kalau buat lagi nampak kemas, takdelah nampak siling tinggi sangat. Upah orang dia amek rm2k++.. Alhamdulillah kami puas hati dengan kerja mereka ni. Tauke pun buat kerja sekali :)

Sunday, October 13, 2013

Kurma ayam untuk anak

Kalau buat kurma ayam untuk Auni memang makan bersungguh sangat. Lain baby lain citarasa kan.. Nak wat sup je mungkin dah jemu.. Hehehe :) Ari tu try wat tomyam versi baby, dia kurang sikit. Mama yang over duk hirup. Hehhehe.. Tp bila wat kurma ayam memang dia suka. Alhamdulillah takat ni makan memang ok. Cuma kalau sayur ke apa dia suruh suap kat adik. Kalau buat kurma ayam ni, kat Humaira pun Ros suap sekali. Senang sekali masak :)

Bahan-bahannya : bawang putih, halia, bawang besar, 4beradik, daun kari, sayur campor, ubi kentang, tomato dan ayam

Rempah kurma 1sudu

Tumis semua bahan :) abaikan periuk hitam...wakakakak

Masukkan rempah kurma

Masukkan air 2cawan.. Bg serasi dengan rasa rempah yer :)

Masukkan sesudu santan and biarkan didih :)

Siap.. Tanpa garam gula..just titiskan extra virgin olive oil :)

Kalau gambar nasi kat bawah tu memang habis kat auni sorang sekali makan :) adik punya kena tambah lain :p 

Wednesday, October 02, 2013

Jejalan di rumah baru

Weekend lepas kitaorang g jejalan tengok rumah baru. memang kosong lagi.. kikiki.. Sebelum ni asben dah check defect. ALhamdulillah banyak dah diperbaiki. Lepas ni cadang untuk renovation pulak. Memang lambat sikit dah duduk rumah baru ni. HAti dah meronta dah :P Insyaallah tak de apa bulan 11 kami cuba untuk masuk rumah baru and cari penyewa untuk rumah sekarang ni :)

dari pandangan luar rumah :P
area tangga..
bahagian pintu utama & sliding door
sliding door dining area :)

ruang dapur..kecik aje :)
bahagian belakang... ramai yang tambah belakang.... kami tetap begini :P
ruang untuk rumputtttt :P hahahaha

Friday, August 16, 2013

Kisah humaira :-)

Alhamdulillah si dia dah 10bln 28july ari tu :-) pkembgn alhamdulillah ok, dah bleh tegap bdan. Bila bg bdiri, dah nak bdiri. Duduk pun dah boleh, tapi dalam 10-15saat then tumbang. Bila ada barang kat depan, dia cuba angkat dada untuk capai barang.

Bab makan alhamdulillah suka makan. Bab poo2 pun dah ok.. Pandai dah sebut mama bila nangis. Yg clear hmm maaa yang dengar :-)

Dah mula alihkan muka bila orang nak amek dia.. Perkembangan biasa memang dia slow tapi harap 1hari nanti dia biasa bangun berdiri dan berjalan. Alhamdulillah setakat ini banyak perkembangan positif.syukur!

Monday, July 01, 2013

Ayam percik kelate

Ayam percik ni versi mak ros :-) kalau dia buat memang rasa sdap sangat. Yang ros buat ni tak la sesedap mana tp boleh jugak dihabiskan.hahaha.. Ayam dia lembut sangat..

bahan-bahan
1)Ayam seekor wajib tau..hahaha
2)Bawang besar 2biji *
3)Bawang putih 3ulas *
4)Halia sbesar ibu jari *
5)Serai 2batang *
6)Rempah biji 1sudu besar *
7)Lengkuas sikit *
8)5-10tangkai cabai kering * nk pedas sila lebihkan
9)Gula melaka
10)Asam jawa/asam keping #ros guna asam keping ja
11)santan agak2 untuk bagi pekat
12)Garam secukup rasa
Cara-caranya
¤Blend bahan yang bertanda *
¤Perap ayam dengan bahan blend dalam 30min
¤Kemudian panaskan kuali, masukkan ayam dan kuah perapan..
¤kacau dan masukkan dsantan.
¤masak ayam separuh masak dan angkat.
¤biarkan kuah pekat dan rasa biar cukup lemak
¤masukkan garam secukup rasa
¤sediakan pemanggang ajaib, kemudian masukkan ayam bersama kuah perapan selama sejam
¤biar betul-betul masak dan siap dihidang :-)


Thursday, June 27, 2013

Muffin nutella vs muffin coklat

Muffin nutella
Resepi muffin nutella (Hanya 3 barang tapi nutella MAHAL) :p

Bahan-bahan
1) 2biji telur
2) 10sudu besar tepung gandum
3) 1cawan nutella

Cara-cara
1) Pukul telur hingga kembang
2) Masukkan 1cawan nutella
3) kemudian masukkan tepung gandum
4) Isi dalam acuan muffin
5) kemudian bakar suhu 160celcius dalam masa 10-15min :) tgk keadaan oven jugak yer..

Muffin coklat


Resepi muffin coklat..

Bahan-bahan:
1) gula halus (3/4 cawan)
2) tepung gandum (1 cawan)
3) tepung campuran muffin (3 sudu besar )
4) telur ayam gred A (1 biji)
5) soda bikabornat (1 sudu teh)
6) baking powder (1 sudu teh)
7) garam halus (1 sudu teh )
8) cip coklat (sedikit)
9) minyak jagung (3/4 cawan )
10) air (3/4 cawan)
11) * sukatan minyak dan air boleh ditambah sekiranya adunan terlalu pekat

Cara Memasak:
1. Campurkan gula, tepung gandum, tepung campuran muffin, soda bikabornat, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung, dan gaul rata lagi.
3. Akhir sekali, Masukkan telur dan air. Gaul sebati.
4. Boleh juga masukkan cip coklat ke dalam adunan jika suka.
5. Seterusnya, Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan tersebut.
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, selama lebih kurang 20 minit.
8. Chocolate chip Muffin siap untuk dihidang.

P/s: Muffin nutella sangat berlemak dan manis lor..hahhaa :) tq @anezamri and @batik_pink untuk resepi... Sayanggg korang :)

Wednesday, June 19, 2013

Park View Tower : Home kitchen

Dah 4tahun tinggal kat sini, harini bru nak tunjuk gambar dapur.. Apa kes?? Hehehe.. Kitchen kabinet kat rumah ros ni pilihan my asben. Sebab buat sebelum kahwin. So byk ikut citarasa dia. Ros masuk umah ni tgk suma dah siap. Alhamdulillah.. :-)

Berdasarkan pengalaman dapur mcm ni, byk yg harus diperbaiki lg. Kalau2 ada rezeki duk umah bwah plak, memang design mcm ni BUKAN pilihan kami lg.. Hehehe..

Ramai kata dapur mcm ni tuan rajin masak..oh no! Little big NO!! hahaha. Time malas memang beli jgak. And satu lg, hujung minggu tak pernah masak sbb pergi umah mak n mil je. Kehkeh :-)
Bab susunan brg tu slalu kena tegur dgn mak. Sebab ros xda seni nk mengemas. Sory mak, bakat mak tak menurun kat ank dia.haha. Apa pun yg penting kita selesa nk msak kat dapur tu. :-)

Tuesday, June 04, 2013

Mee udang pulau sayak

Ros bukanla peminat tegar mee, tapi kalau dengan mee udang memang alah.. Suka sangat. Banyak tempat rasanya yang sedap. Di sini adalah tempat kesukaan family ros.hehe

Tuesday, April 30, 2013

Ada petua kuatkan gigi goyang?



Fuh hari2 and setiap jam duk belek cermin tengok gigi. Dah nampak goyang gigi. Kalau gigi tepi takpe, ni gigi depan bwah. Masyallah cuak sungguh.

Ahad nanti ada appointment cuci karang gigi. Katanya gigi akan bergoyang sikit, fuh tak cuci pun dah goyang, dah cuci macam mana ea?

KORANG ADA PETUA TAK UNTUK KUATKAN GIGI?
**sekarang ni ros makan ostematrix shaklee tp duk tgk sama ja.. Hehe.. Dugaan ibu menyusu. Ekeke

UPDATE : Senang cerita Ros ke klinik gigi untuk tanya. Doc suggest buat scalling. Alhamdulillah sejak buat scalling, mmg gigi rasa kuat balik. Tambahan lagi, gigi nampak bersih tau. Korang leh la try. InshaaAllah scalling tak sakit pun. Kalau lama tak buat tu je mmg ngilu habis. tapi hasillnyaaa seronok...

Wednesday, April 17, 2013

fries ayam keju

Hmm ni resepi budak2 ye..tapi mama dia yang ngap lebih. Hahaha.. Senang je nak buat.. Ada serbuk roti, cheddar, lada hitam, telur and ayam paling penting tau. Resepi ni Ros google jek, ade terjumpa kat blog mummy yang selalu masakkan untuk anak dia :)

Serbuk roti leh wat  sendiri kalau susah nak dapat. Bakar roti dengan sapuan planta/butter 40minit dengan suhu 120celcius.. step ayam fries keju kat bawah yer :)

cheese yang diparut
serbuk roti
campur keduanya and taburkan serbuk lada hitam
ayam dipotong panjang supaya senang baby nak pegang
celup telur untuk bagi senang nak lekat

salutkan ayam dengan campuran serbuk roti+cheese
hasilnya sebelum digoreng
selepas digoreng...nyummy...ayamnya lembut :)

Thursday, January 31, 2013

Roti canai TRANSFER ROAD, PENANG

Memang famous jugakla tentang ROTI CANAI nih.. BAK kata KALAU MAI PENANG, TAK KENA TAK SAH LA SBB ROTI CANAI KAT TRANSFER ROAD NI ANTARA MAKANAN MENARIK DI PENANG :) hihihi...

Bagi Ros, kalau makan situ memang lagi sedap dari TAPAU wat balik, sebab asben pernah wat balik tapi rasa tak mengancam..kahkah... Makan kat situ memang lagi power, meleleh.. walaupun comot2 kuah dia kat pinggan tu RASA ITU PENTING..

Sesiapa yang suka pedas memang sedap roti nih.. sesape yang alah pedas memang tak leh makan sebab kuah ayam pedas sangat.. and AYAM dia makan sebelah tangan pun bolehh sebab LEMBUTTTT sangat :P

hanya di tepi jalan...berhadapan dengan nasi padang...
mak over lebihhhh... hahahah :P

Tuesday, November 06, 2012

Bayi demam dan naik ruam dalam pantang


Alhamdulillah Ros dapat lalui semua ini dengan sempurna :) Siapa tak panik kan bila anak kita yang masih dalam pantang DEMAM? Sebenarnya doktor ade cakap yang DEMAM semasa berpantang ni normal tapi dengan syarat sebelum ni dia penah stay seminggu lebih di hospital. Badan bayi baru nak survive suasana luar tu yang boleh menyebabkan dia demam. Sebab DEMAM ni selalunya dia nak panaskan badan untuk matikan kuman dalam badannya. :)

Ros alaminya ketika 2minggu berpantang apabila HUMAIRA tetiba demam. Suhu pulak mencanak naik sehingga 38celcius. Memang cuak habis and cepat refer doktor kat bhgian emergency. Lastly doctor cakap ia normal and suhu badan 39-40celcius baru bahaya serta ade tanda taknak menyusu, naik ruam seluruh badan.

Doctor ada bagi ubat demam untuk HUMAIRA and Ros takbagi langsung ubat tu sebab baby masih kecik nak makan ubat. So balik rumah, Ros jelum kepala baby dengan AIR ASAM JAWA. Alhamdulillah petang esok tu dah turun ke suhu normal. Katakan air asam jawa tu tak berkesan nampaknya terpaksalah Ros bagi ubat tu. Alhamdulillah Allah cepat legakan demam Humaira :) And lastly, jangan pakaikan baby baju yang tebal kalau diorang DEMAM yer..

PENYELESAIAN RUAM BAGI ROS : 
***JANGAN PAKAI BABY BAJU YANG TEBAL, BERPELUH ITU MENYEBABKAN RUAM
***PAKAIKAN TEPUNG UBI PADA BAYI ( nak senang beli je bedak AGNESIA BOTOL MERAH kat farmasi)
***LAST CHOICE, BIARKAN KEADAAN SEKELILING BABY SEJUK ( nak senang pasang econ je, jgn risau sejuk sebab kat hospital pun econ je 24jam.. Bila duk dalam econ, jgn lupa pakaikan baju pada baby yer, kang takpasal demam pulak

Budak ada ruam tido :)


P/s: SEHARUSNYA LEBIH BAIK KORANG REFER DOKTOR UNTUK HAL INI JIKA IA BERLANJUTAN :)

Tuesday, October 30, 2012

Kisah berpantang :)

Assalamualaikum... Firstly Ros nak minta maaf sgt2 sebab tak dapat nak blogwalking blog korang.. Sibuk berpantang katakan. Hahahha. Skema la sgt :p Kisah berpantang Ros ni biasa2 jer :) Banyak dugaan pantang kali ni..

MINGGU PERTAMA
Sibuk dengan kuar masuk wad. Terpaksa stay di wad untuk teman Humaira. Masa ni bawah perut memang senak sangat+luka jahit yg belum sembuh. Jalan memang banyak sebab bilik ibu di NICU memang tak sekali dengan baby.

MINGGU KEDUA
Dah boleh discaj wad and balik umah start bertungku, berbengkung and mandi air rebusan... Jamu2 and ubat suma tak makan lagi sebab anak Ros masih kuning :( Mak sedara Ros banyak bertungku and berurut ja masa ni.

Dugaan datang masa ni apabila Humaira demam and naik ruam satu badan. Memang tak senang duduk sebab asyik nangis ja. Ros and asben pergi hospital bhgian emergency sebab baby jarang demam dalam pantang :( alhamdulillah doktor cakap its NORMAL. Nanti Ros story detail apa yang doc gtau supaya bakal ibu tak panik sangat if baby demam.

MINGGU KETIGA
Masih lagi berurut dan bertungku, masa ni ingat dah kembali normal duk dalam pantang. Boleh la rest banyak sebab suma masalah settle sikit2 rupanya masa check up Humaira and doc amek darah untuk check tiroid sebab berat tak naik. Minggu ni jugak asben Ros terpaksa ulang alik PENANG ke SUNGAI PETANI hari-hari sebab stress sangat rasa. Syukurr sebab dapat asben yang kuat semangat and memahami.. :)

Masa ni memang risau la sebab takut baby kecik ni ada tiroid. Result kena tunggu 12.11 ni :( harap si kecik Humaira ni bebas segala penyakit.

MINGGU KEEMPAT
Alhamdulillah cuma tinggal sikit2 ja masalah lagi.Harap Ros dan asben dapat laluinya dengan tabah. Dah start bertungku and berurut dengan lasaknya. Hahahha.. Siap panaskan tungku sendiri lagi.

My NUR AUNI genap setahun bulan depan..syukurr :)
Humaira dah botak and alhamdulillah dah genap sebulan
P/s: lagi 2minggu nak habis pantang. Yeayyy!!!