Tuesday, July 08, 2014

Home progress : landskap luar rumah :)

Landskap la konon.. Kahkah.. Sebenarnya baru 3minggu buh rumput kat luar rumah ni. Sebelum ni selama 6bulan jugak terbiar di luar rumah.. Bajett ketat sgt..... Alhamdulillah bebaru ni kawan asben sponsor rumput... Dapat la makeup cantik2 kat luar rumah tu kan.. Kerap sgt la pergi kedai pokok.. Nak beli pokok tu, nak beli pokok ni.. Kawan asben ni pilih rumput philipine hybrid(entahla ejaan tu).. Rm1/kaki... So beli yang 2kaki rm2. Upah bangla pasang rm150. Rumput ni murah sebab kawan asben amek dengan orang kampung. Alhamdulillah rezeki kami... :)

                Masa baru sampai rumput. Total semua 600keping

Tengah malam diorang duk wat keje lagi.. Dalam kul 10pm siap pasang. Sebenarnya takboleh masuk memalam diorg ni sbb guard tak bg.. Tp sebabkan kawan asben ni mengejut antar rumput petang tu tpaksa segera pasang mlm tu jgak :) 

Keesokkannya baru nampak hasil... Alhamdulillah tenang mata memandang :) tapi bila siap ni korang kena jaga bebetul.. Tak jirus satu hari memang kering.. Sedih tgk masa kering tu.. Sekarang ni memang jirus pagi ptg sampai bertakung rumput tu.. 

Untuk stamping stone kt bawah ni, sebenarnya bukan stamping pun.. Asben Ros guna penutup longkang tu ja.. Harga rm7/sekeping.. Kalau stamping mahal lagi tak silap.. And kemudian susun batu celah2 tu.. Diy je sbb nak upah orang xtau mcm mana style dia nak :p 


Kat bawah ni pulak yang kawasan mini garden Ros.. Pun tak berapa siap lagi.. Konon nak bercucuktanam la kan.. Pepagi toklaki yang kena jirus..kahkah :p

Asingkan dengan pagar putih tu sebab tak nak bagi nampak sepah sangat.. Hahhha.. Maklumlah macam2 pokok ade jd tak teratur sangat.. :) 

    Pokok pun kecik2 lagi.. Harap cepatla membesar pokok2 tu.. Baru nampak sikit kan :) 

Haa gitu lah hasilnya.. Nanti letak pasu sikit kat tengah2 pagar tu.. Kononnya entrance la kan.. Kikiki.. 
Berpeluh korang tgk tanah luas macam ni.. Kalau ade duit memang kitaorang extend rumah lagi.. InshaAllah, ade rezeki nak tambah bilik and dapur basah.. Tak larat oo nak trun naik tangga ni.. :( kahkah...


Wednesday, July 02, 2014

Kedai Landskap Sungai Petani : LOT GREENS ENTERPRISE

Sejak berjinak-jinak dengan dunia pokok ni, boleh dikatakan hari cuti ja nak pergi tengok/beli pokok.. Kekkeke... Kat sini rasanya yang terbaik di Sungai Petani. Dah macam duk kat cameron highland bila datang sini.. :p dah lama teringin nak g cameron highland... (Harap sgt asben memahami.kikikiki)
Korang tengok je lah gambar kat bawah tu yer... Tak tau nak citer macam mana lagi.. Kahkah..
     Nak masuk pun dah bersemangat tengok bentuk macam ni kat ruang masuk :)

Pokok petunia paling banyakkkk, dah macam cameron highland duk kat sini.. Sekarang ni ada promosi sehingga raya.. Beli 3 percuma 1.. Rm15 untuk setiap pasu :)

                   Pasu dan tanah pun ade jual kat sini.. 

Aneka aksesori garden ada kat sini.. Boleh la terjah nanti bila garden dah siap..

Ni peta nak ke Kedai landskap tu.. 

Nak details lagi , korang leh ke website lot green enterprise ni :)
         
 http://www.lotgreensnursery.e2pages.com






Home update : extend belakang rumah

Fuh fuh.....lama tak update pasal home progress.. Alhamdulillah sekarang ni rumah dh siap renovate segalanya.. Cuma tinggal decor2 dan landskape kat luar tu.. Kalau tengok rumah Ros ni xderlah gempak mcm rumah orang lain.. Sangat2 simple... Nak dekat kenduri ni, boleh la tunjuk sikit2 yer.. Nanti lepas kenduri Ros tunjuk lagi.. Pada 'orang tu' , Ros bukan hangat2 tahi ayam yer nak update pasal rumah... Takkan nak tunjuk semua.. Sikit2 dah la.. Hahaha.. Banyak yang tak siap tu yg xtunjuk.. Masih bersepah segalanya, tambah2 bahgian atas, langsung xder perkembangan :p

Dah lari topik yer...? Kikiki.. Ok cerita pasal extend belakang rumah ni, asalnya nak extend buat dapur. Tapi tanya kos harga dekat rm30k termasuk wiyering semua.. Perghhhh rm30k mana nak cekau, lastly kitaorang exteng buat bumbung and buh tiles jer.. Bumbung plak asben memang taknak awning biasa tu , so kos pun jd double jgak la bila extend belakang tu... Kitaorang guna jenis kat bawah tu :) kos bumbung saja dekat 5k :)

Kat bawah tu gambar yang naikkan tembok. Sebelum ni belakang ada pagar kawat hijau tu ja... Disebabkan pemalu nak kluar kat belakang tu, asben tambah tembok dalam 7kaki jgak.. Bukan belakang je, malah sekeliling tau..kahkah :p so totally semua tambah ni dekat 15k jgak... Termasuk pintu sliding door kat dapur tu.. Alhamdulillah Alhamdulillah jugak mak yang sponsor rm10k untuk belakang tu.. Syukur sangat... 
SEBELUM


SELEPAS

Uncle chong minta rm2k++ untuk tambah tembok sekeliling rumah.. Sebenarnya tak da lah sekeliling , just tepi jer.. Sebab depan tu memang kitaorang tak tutup, takut nanti tak mesra jiran pulak.. Kat sini kawasan jiran semuanya bebaik.. Alhamdulillah :) 

SEBELUM 

SELEPAS
          Haa gini ja buat pun.. Yang bahagian depan tu uncle chong bagi free jer. :p 

Ok...untuk yang email bertanya pasal kontraktor Ros tu, Dia very2 high RECOMMENDED.. Untuk area SUNGAI PETANI, ALOR STAR, KEPALA BATAS, PENANG, KULIM boleh hire dia TAPI TAPI dia ade pesan, sikit2 dia takmau..hahahhaha.. Mau projek besar kalau jauh2 dari SUNGAI PETANI. Boleh contact dia CHONG 0104612266. Hutang dia pun xabes bayar lagi..kahkah :p sibbaik uncle ni sangat memahami.. Kekekek

Takda pulak gambar dia.. Gambar macam ni pun jadi lah kan.. Hehehe...