Monday, March 10, 2014

Kedai jual tinted di Penang

Ok kat sini kedai yang asben Ros belikan tinted. Kalau beli sikit2 memang rugi. Tu yang asben Ros beli 1roll terus untuk rumah baru ni :) ada lagi yang belum setel dalam umah ni.. Selain tinted, korang jugak leh dapatkan pelbagai stiker kat kedai ni. Pernah jugak Ros pergi masuk dalam kedai tu tapi takut nak snap gambar..kikiki..


Syarikat Hong Leong
67 Pengkalan Weld, Georgetown, 10300 Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia

Kat bawah ni antara sticker yang asben beli.. Untuk balut tangga sebab banyak terkopek.. Tapi belum berhasil.. 

Bulan lepas ada lah balut cermin yang sebelum ni warna grey aluminium tu then dah jadi warna koko gelap... Nak tempah cermin baru yang jenis kayu memang harga mahal sgt. So kitaorang beli sticker kayu je balut :)








Tuesday, March 04, 2014

Kitchen cabinet Penang :)

Sesape yang stay area Penang boleh la try this contractor... very high recommend sebab kerja kemasan terbaik.. Masalah yang diorang buat kat kabinet Ros tu memang kitaorang pikir sebab kitaorang jugak.. Maklum la design asben terlampau canggih.. Hahaha :p

Lagi satu kitaorang tempah sekali dengan rak tv.. Kat sini xsilap mungkin boleh buat sekali wardrobe :) ari tu pergi kedai dia, tengok macam2 jugak diorang buat.. 

Ni rak tv yang Ros cakap tu... Asben memang request lekat kat dinding and tak tebal. Tak dapat la nak letak munge2 mcm orang lain.. Berybery simpla la umah Ros :p

Boleh panggil dia datang ukur n talk2. Ada sedara pun buat dengan dia, memang nampak professional.. Tapi itu rezeki masing2 kan.. Kalau apa berlaku, anggapla ujian Allah kan.. Takkan semua nak lancar jer... Hehehhe :)


Update: Flaws Kitchen Cabinet

Alhamdulillah 2minggu lepas dah siap kitchen cabinet ni.. Kat sini meh nk citer suka duka kitchen cabinet ni.. Kikiki... Walaupun ade yang tak kena dengan pemandangan mata en.asben tapi semuanya banyak dah bertolak ansur :) Tauke tu sangat sangat baik, sampai kami pun kecian bila tgk :p 

Ok tengok kat atas tu memang tak nampak masalah kan tapi sebenarnya kabinet tu rendah dari tiles hitam tu. Mulanya ingat ok tapi bila buh satu lagi kabinet suma plug kacau. Kitaorang dah bagi pelan kabinet nak tinggi dari asal.. Sebab Ros jenis tinggi, tak suka bila baju kat perut selalu basah. So bila datang pasang, saiz ketinggian yang biasa. Tak sama mcam kitaorg minta.. Jadi kitaorg xkisah sgt and terus setuju je la pasang kabinet tu.. :) Citer pasal base kabinet ni mmg kuat.. Orang yang pasang tu siap berdiri lg atas kabinet tu... Ayoyoyo..takut jugak.. Bila asben check diorg memang guna kayu tebal.. Alhamdulillah kat situ boleh terima lagi tentang kabinet ni :) 

Dah pasang semua base kabinet, tengok macam diorang ni lupa tentang rak pinggan dan lampu. Hmmm, sabar je lah kan.. Lagi satu kat atas tu ade skirting.. Kitaorang mmg mintak yang xde skirting.. 4keping uollllls dah bg gmbr kat dia tp last2 ade jugak skirting kat atas kabinet tu.. Tengok dekat plug, suma rapatkan.. Nasib baik plug yang asben beli muat untuk tukar. Kalau x, grrrrrrrr.... Tapi kami terima jugak punya la kecian kan... :p 

Dah pasang pintu semua, tengok plak ade tanda macam kat atas tu.. Bukan 1pintu tp dalam 7-8pintu.. Jadi la kabinet bogel sementara.. Tu nasib baik dia nak repair.. Kalau diorang taknak repair, memang asben nak minta kurang harga :p

Tentang table top pulak kitaorg pilih quartzstone. Memang pilih light grey sebab tak nak nampak gelap sangat walau kabinet putih. Background pun dah gelap kan... Tu kat atas gambar kabinet tanpa pintu. Ade la problem sikit kat pintu... 

Ok, plug dapat ditukar dengan warna gelap ni.. Boleh tengok kat gambar tu memang agak rapat jugak dengan kabinet kan.. Sebab tukang kitchen ni tak ikut ukuran kitaorang bg.. Lampu bawah kabinet pun xde, tapi nasib baik dia suggest lampu yang macam kat atas tu.. Berkenan jugak la si asben tu :p

Bab pintu pulak.. Kitaorang dah bagi gambar contoh nak pintu macam mana.. Tapi last dia wat yang 4G ni.. Kitaorang suh dia tukar.. Dia cakap tak boleh sebab dia akan rugi.. So sibbaik yang bahagian atas dia nak wat jugak.. Kiranya yang kabinet bawah semuanya 4G.. Yang kat atas ade certain part je yang ade 4G.. Yang lain semua glass kosong jer.. :) bila time nak bayar ada caj untuk tukar design pintu. Tapi asben cakap kat dia bukan salah kitaorang, dia yang wat silap.. So xperlu bayar.. Lega kat situ rasa.. Kalau x, almost 2k jgak harga pintu tu.. Fuh!!!!!


Ok dah siap bebel segala... End of nak gtau sebenarnya NOVEL ID ni memang terbaikkkk tapi sebab design kitaorang ni terlalu susah sikit tu yang problem. Tauke dia pun lembut sangat, very tak sampai hati nak komplen macam2 :) 

 Alhamdulillah syukur dengan kurniaanMu ini.. Orang lain lagi gempak kan :p kabinet atas tu tanpa pemegang, kalau nak bukak just tarik je yang hujung pintu tu :) DAN YANG PALINGBEST ADE FREE STOPPER SETIAP PINTU KABINET AND LACI(maknanya bila tutup pintu or laci xde bunyi bising2...tolak je bg sampai hujung stopper tu nnt automatik pintu tutup sendiri) Punya la asben nak modern sangat kan... Kalau ikut projek ofis dia lagi gempak uolllss tapi kami takut nak tanya harga :p

P/s: lepas ni baru nak deco2 buh bunga segala.. Mula la mencari tempat deco2 :p ikea, romantika, kaison, ssf semua rasa nak terjahhhhhh... Tapi itu semua perlu fuluuuuuussssssss!!!!!! Hehhehehe