Thursday, November 13, 2014

Pasar nelayan Penaga

Haishh kalau cerita pasal benda murah mesti ramai nk serbu... kat pasar nelayan ni ikan, udang dan ketam harga tak la murah sangat tapi terlampau fresh tu gerammmmm...

Asben Ros kekadang sanggup g belah sana semata nak beli ikan kembong fresh.. mak aihh sanggup jugak tunggu boat datang nak beli ikan :p kekawan yang duk area ni leh la pergi tgk ikan.. kadang ikan tenggiri, ikan jenahak n mcam lg ikan ada. Tak selalu, kira mcm nasib la... 

Harga ikan tu tengokla kadang sekilo rm6/rm7/rm8.. bila amek byk kilo terus jatuh harga.  Hihi.. 
udang besar pun kadang sekilo rm40/rm45 gtu ja. Sekarang ni nk mkn ayam rasa semacam kan maklumla ayam cucuk.. apapun kalau nak mkn ayam, mmg prefer ayam organik or ayam kampung... :) masing2 la kan.. kadang bedal jugak ayam cucuk pun.hahahah... sekali skala bolehlah kita berorganik..waakakaa ..

Pasar nelayan ni hari hari ada.. tp kalau ahad ramai sbb hari minggu.. harga pun mahai skit..  :)
Boat baru tiba.. masa ni dalam pukul 10.30pg. Waktu tak tentu, kadang tiba awal kadang tiba lambat...

Suasana dalam pasar nelayan

Ketam baru tiba.. masih merayap ketam2 ni.. hihi.. sekilo dlm rm15-rm20

Udang fresh.. harga ikut size.. 1kg dalam
rm40-rm55

Tu diaaaa ikan baru naik. Berlendir lagi.. bakar ni mmg sedappp sgt... haishhhh... 

Wednesday, November 12, 2014

Mini kebun belakang rumah

Berkurun lamanya baru nak citer pasal rumah kan..hahhha.. slow2 buat baru best kan.. kang siap semua nanti cepat jemu lak tengok rumah tu. Ni ayat kwn asben jgak yang tinggal area banglo tu..
Tips dia kalau nak buat rumah jangan buat semua... sebab nanti mungkin ada kesilapan kita buat.. tapi mmg betul, ada kesilapan bila kita buat semua sekaligus.. mula la ada nak ubah tu nak ubah ni... hihi.. eh dh lari topik lak..
Ok citer pasal mini kebun ni mmg ros ni xreti suma ni.. tp tgk rumah mak suma sayur homemade rasa best plak.. hari demi hari ku gigih tanam n siram pokok.. tgk hasil dia alhamdulillah.. cuma ada la sikit2 pokok yg xbrapa nak jadi.. lagi satu, Ros malu nak kuar rumah.. sibbaik kekadang asben yg siram pokok tu.. memahami sangat ye bang.. tq tq :p
Pasal kebun ni hari2 nak mikir nak susunatur mcm mana... kira mcm tu lah dulu wat sementara.. nanti ade bajet lebih, kita makeover..haahaha...
Daun pudina, rosemary, Pegaga, cili dan bendi
Daunpandan, daunkesum, kangkung, sawi

Ulamraja, limaupurut, daunsupdaunbawang taknampak sbb bru lpas trim..hihihi

Thursday, September 18, 2014

Jamuan raya bertam perdana 2

Perghh dah berbulan abis raya bru nk crita.kekeke. salah satu keistimewaan di tmpat tggal ros ni diorg mcm bersatu la. Chewaah. Kdg ada gotong royong, kdg ada ceramah. Kalau di bln puasa, ada majlis berbuka puasa (>_<)
Alhamdulillah smoga kejiranan di sini kekal selamanya. Dah byk kemudahan di sini. Kedai pun dh byk. Mydin pun ada, tak lama lg tesco plak nk naik. Hehe.
Kat bwah ni ada gmbr skit tentang jamuan raya bln lepas di bertam perdana ni.

Tuesday, August 26, 2014

Raya di rumah sendiri... :)

Dua minggu selepas raya ketiga, tetamu datang tak berenti.. Alhamdulillah syukur.. Semoga datangnya korang semua dimurahkan lagi rezeki keluarga ini.. Rumah ni simple aje sebenarnya.. kalau korang tengok umah jiran2 Ros pergh super dasyat abisss.. mau nangis dalam bilik air.. kikiki.. Ros buat konsep moden je byk.. Semua citarasa asben... ade la skit2 tumpang bagi idea kan :)

Lagipun nak bagi rumah nampak luas kan.. takmo ade divider segala.. anak2 pun nak berlari senang, tambah pulak ade kereta mainan lagi la dasyat duk memusing.. :P NAnti lepas ni Ros update pasal rumah skit2.. lambat skit, banyak yang kosong kosong lagi :P

Ada jugak yang datang Ros xsempat nak amek gambar... tau duk hidang makanan sampai lupa nak snap gmbar.. Tq korang sudi datang...
ini budakk memang suka kaco dekor mama.. boleh la nampak sebahgian ruangtamu skit kan :)
ni area dining... hidang charkoeyteow untuk tetamu datang malam ngejut :P hahaha
ni keesokkannya... semua datang petang serentak
area luar rumah.. rumput tu effect gmbr je wrna gitu..luar wrna pucat je :P
beautiful girl.. dalam kamera asben banyak sangat gmbr dia ni :)
best main rumput ye nakk.. setahun sekali boleh la..hahhaha
anak2 pakat2 enjoy di luar kawasan.. Mak2 ayah semua sembang2 dalam rumah..hahaha
terima kasih semua kerana datang :) tak raya pun leh datang lagi :P


Tuesday, July 08, 2014

Home progress : landskap luar rumah :)

Landskap la konon.. Kahkah.. Sebenarnya baru 3minggu buh rumput kat luar rumah ni. Sebelum ni selama 6bulan jugak terbiar di luar rumah.. Bajett ketat sgt..... Alhamdulillah bebaru ni kawan asben sponsor rumput... Dapat la makeup cantik2 kat luar rumah tu kan.. Kerap sgt la pergi kedai pokok.. Nak beli pokok tu, nak beli pokok ni.. Kawan asben ni pilih rumput philipine hybrid(entahla ejaan tu).. Rm1/kaki... So beli yang 2kaki rm2. Upah bangla pasang rm150. Rumput ni murah sebab kawan asben amek dengan orang kampung. Alhamdulillah rezeki kami... :)

                Masa baru sampai rumput. Total semua 600keping

Tengah malam diorang duk wat keje lagi.. Dalam kul 10pm siap pasang. Sebenarnya takboleh masuk memalam diorg ni sbb guard tak bg.. Tp sebabkan kawan asben ni mengejut antar rumput petang tu tpaksa segera pasang mlm tu jgak :) 

Keesokkannya baru nampak hasil... Alhamdulillah tenang mata memandang :) tapi bila siap ni korang kena jaga bebetul.. Tak jirus satu hari memang kering.. Sedih tgk masa kering tu.. Sekarang ni memang jirus pagi ptg sampai bertakung rumput tu.. 

Untuk stamping stone kt bawah ni, sebenarnya bukan stamping pun.. Asben Ros guna penutup longkang tu ja.. Harga rm7/sekeping.. Kalau stamping mahal lagi tak silap.. And kemudian susun batu celah2 tu.. Diy je sbb nak upah orang xtau mcm mana style dia nak :p 


Kat bawah ni pulak yang kawasan mini garden Ros.. Pun tak berapa siap lagi.. Konon nak bercucuktanam la kan.. Pepagi toklaki yang kena jirus..kahkah :p

Asingkan dengan pagar putih tu sebab tak nak bagi nampak sepah sangat.. Hahhha.. Maklumlah macam2 pokok ade jd tak teratur sangat.. :) 

    Pokok pun kecik2 lagi.. Harap cepatla membesar pokok2 tu.. Baru nampak sikit kan :) 

Haa gitu lah hasilnya.. Nanti letak pasu sikit kat tengah2 pagar tu.. Kononnya entrance la kan.. Kikiki.. 
Berpeluh korang tgk tanah luas macam ni.. Kalau ade duit memang kitaorang extend rumah lagi.. InshaAllah, ade rezeki nak tambah bilik and dapur basah.. Tak larat oo nak trun naik tangga ni.. :( kahkah...


Wednesday, July 02, 2014

Kedai Landskap Sungai Petani : LOT GREENS ENTERPRISE

Sejak berjinak-jinak dengan dunia pokok ni, boleh dikatakan hari cuti ja nak pergi tengok/beli pokok.. Kekkeke... Kat sini rasanya yang terbaik di Sungai Petani. Dah macam duk kat cameron highland bila datang sini.. :p dah lama teringin nak g cameron highland... (Harap sgt asben memahami.kikikiki)
Korang tengok je lah gambar kat bawah tu yer... Tak tau nak citer macam mana lagi.. Kahkah..
     Nak masuk pun dah bersemangat tengok bentuk macam ni kat ruang masuk :)

Pokok petunia paling banyakkkk, dah macam cameron highland duk kat sini.. Sekarang ni ada promosi sehingga raya.. Beli 3 percuma 1.. Rm15 untuk setiap pasu :)

                   Pasu dan tanah pun ade jual kat sini.. 

Aneka aksesori garden ada kat sini.. Boleh la terjah nanti bila garden dah siap..

Ni peta nak ke Kedai landskap tu.. 

Nak details lagi , korang leh ke website lot green enterprise ni :)
         
 http://www.lotgreensnursery.e2pages.com