Monday, July 01, 2013

Ayam percik kelate

Ayam percik ni versi mak ros :-) kalau dia buat memang rasa sdap sangat. Yang ros buat ni tak la sesedap mana tp boleh jugak dihabiskan.hahaha.. Ayam dia lembut sangat..

bahan-bahan
1)Ayam seekor wajib tau..hahaha
2)Bawang besar 2biji *
3)Bawang putih 3ulas *
4)Halia sbesar ibu jari *
5)Serai 2batang *
6)Rempah biji 1sudu besar *
7)Lengkuas sikit *
8)5-10tangkai cabai kering * nk pedas sila lebihkan
9)Gula melaka
10)Asam jawa/asam keping #ros guna asam keping ja
11)santan agak2 untuk bagi pekat
12)Garam secukup rasa
Cara-caranya
¤Blend bahan yang bertanda *
¤Perap ayam dengan bahan blend dalam 30min
¤Kemudian panaskan kuali, masukkan ayam dan kuah perapan..
¤kacau dan masukkan dsantan.
¤masak ayam separuh masak dan angkat.
¤biarkan kuah pekat dan rasa biar cukup lemak
¤masukkan garam secukup rasa
¤sediakan pemanggang ajaib, kemudian masukkan ayam bersama kuah perapan selama sejam
¤biar betul-betul masak dan siap dihidang :-)