Muffin nutella |
Bahan-bahan
1) 2biji telur
2) 10sudu besar tepung gandum
3) 1cawan nutella
Cara-cara
1) Pukul telur hingga kembang
2) Masukkan 1cawan nutella
3) kemudian masukkan tepung gandum
4) Isi dalam acuan muffin
5) kemudian bakar suhu 160celcius dalam masa 10-15min :) tgk keadaan oven jugak yer..
Muffin coklat |
Resepi muffin coklat..
Bahan-bahan:
1) gula halus (3/4 cawan)
2) tepung gandum (1 cawan)
3) tepung campuran muffin (3 sudu besar )
4) telur ayam gred A (1 biji)
5) soda bikabornat (1 sudu teh)
6) baking powder (1 sudu teh)
7) garam halus (1 sudu teh )
8) cip coklat (sedikit)
9) minyak jagung (3/4 cawan )
10) air (3/4 cawan)
11) * sukatan minyak dan air boleh ditambah sekiranya adunan terlalu pekat
Cara Memasak:
1. Campurkan gula, tepung gandum, tepung campuran muffin, soda bikabornat, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung, dan gaul rata lagi.
3. Akhir sekali, Masukkan telur dan air. Gaul sebati.
4. Boleh juga masukkan cip coklat ke dalam adunan jika suka.
5. Seterusnya, Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan tersebut.
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, selama lebih kurang 20 minit.
8. Chocolate chip Muffin siap untuk dihidang.
P/s: Muffin nutella sangat berlemak dan manis lor..hahhaa :) tq @anezamri and @batik_pink untuk resepi... Sayanggg korang :)