Tuesday, October 30, 2012

Kisah berpantang :)

Assalamualaikum... Firstly Ros nak minta maaf sgt2 sebab tak dapat nak blogwalking blog korang.. Sibuk berpantang katakan. Hahahha. Skema la sgt :p Kisah berpantang Ros ni biasa2 jer :) Banyak dugaan pantang kali ni..

MINGGU PERTAMA
Sibuk dengan kuar masuk wad. Terpaksa stay di wad untuk teman Humaira. Masa ni bawah perut memang senak sangat+luka jahit yg belum sembuh. Jalan memang banyak sebab bilik ibu di NICU memang tak sekali dengan baby.

MINGGU KEDUA
Dah boleh discaj wad and balik umah start bertungku, berbengkung and mandi air rebusan... Jamu2 and ubat suma tak makan lagi sebab anak Ros masih kuning :( Mak sedara Ros banyak bertungku and berurut ja masa ni.

Dugaan datang masa ni apabila Humaira demam and naik ruam satu badan. Memang tak senang duduk sebab asyik nangis ja. Ros and asben pergi hospital bhgian emergency sebab baby jarang demam dalam pantang :( alhamdulillah doktor cakap its NORMAL. Nanti Ros story detail apa yang doc gtau supaya bakal ibu tak panik sangat if baby demam.

MINGGU KETIGA
Masih lagi berurut dan bertungku, masa ni ingat dah kembali normal duk dalam pantang. Boleh la rest banyak sebab suma masalah settle sikit2 rupanya masa check up Humaira and doc amek darah untuk check tiroid sebab berat tak naik. Minggu ni jugak asben Ros terpaksa ulang alik PENANG ke SUNGAI PETANI hari-hari sebab stress sangat rasa. Syukurr sebab dapat asben yang kuat semangat and memahami.. :)

Masa ni memang risau la sebab takut baby kecik ni ada tiroid. Result kena tunggu 12.11 ni :( harap si kecik Humaira ni bebas segala penyakit.

MINGGU KEEMPAT
Alhamdulillah cuma tinggal sikit2 ja masalah lagi.Harap Ros dan asben dapat laluinya dengan tabah. Dah start bertungku and berurut dengan lasaknya. Hahahha.. Siap panaskan tungku sendiri lagi.

My NUR AUNI genap setahun bulan depan..syukurr :)
Humaira dah botak and alhamdulillah dah genap sebulan
P/s: lagi 2minggu nak habis pantang. Yeayyy!!!

Tuesday, October 16, 2012

Kurang gula dalam darah (hypoglycemia)


Hmm dah byk Ros cari info tentang hypo ni.. Masa lepas Humaira lahir, terus google punca baby hypo tu.. Kebanyakkan yang Ros jumpa in ENGLISH.. Memang merangkak jugak la baca.. Hahhah.. 

Hypoglycemia ni katanya berpunca dari ibu yang mengidap diabetes yang menggunakan insulin. Tapi yang hairan nya masa pregnant Ros xder kencing manis. Minum air gula pun selalu result rendah. Nak kata Ros terlalu diet pun xjugak.. Tp memang xusik langsung minuman manis.. Hanya air masak jer..fuhhh... Cubaan :p


Hypoglycemia neonatal (gula dalam darah rendah) - Bayi akan terus menghasilkan insulin dalam jumlah yang banyak untuk jangka masa tertentu selepas dilahirkan. Memandangkan tiada lagi sumber gula dari ibu, insulin yang berlebihan akan bertindak ke atas simpanan gula dalam darah bayi tersebut dan mengakibatkan hipoglisemia dalam bayi yang baru lahir. Bayi akan menggigil atau mungkin mengalami masalah pernafasan, namun keadaan ini boleh dipulihkan dengan segera apabila bayi diberi susu ibu atau air gula.


Hypoglycemia bererti kekurangan gula di dalam darah. Ia salah satu komplikasi yang kerap berlaku pada bayi yang mana ibu mereka menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung. Apabila seseorang ibu mengandung mengalami penyakit kencing manis, paras gula di dalam darah tinggi. Secara tidak langsung ini juga akan menyebabkan paras gula di dalam darah bayi yang dikandungkan itu tinggi. Ini akan menyebabkan paras insulin dalam bayi tinggi.


Apabila dilahirkan, paras gula dalam bayi serta merta turun tetapi paras insulin mengambil masa untuk turun. Insulin ini akan merendahkan paras gula ke bawah paras normal.
Keadaan ini selalunya tidak berlarutan dan paras gula dalam bayi selalunya akan kembali normal selepas satu atau dua hari.


Hypoglycemia kadang-kadang tidak ada tanda-tanda tetapi salah satu tanda ialah bayi tidak mahu menyusu dan anggota badan bergetar (jittery)(ni yang terjadi pada anak ros awal hari tu). Namun hypoglycemia yang di luar kawalan selalunya memerlukan pemeriksaan lanjut. 



Kat bawah ni pulak in english :) 


What is hypoglycaemia? 

Hypoglycaemia means low blood sugar. If your baby's blood sugar is low, and it is not treated, it could put his health at serious risk. If it stays low for a long time, it even could cause brain damage. However, if your baby is not premature, and otherwise healthy, he is unlikely to have low blood sugar. 



Don't worry if he is at risk of having low blood sugar. A host of medical professionals will be on hand to make sure that your baby's health is safeguarded. After he's born, your paediatrician and other staff will make sure that he is feeding well. They will check your baby's glucose level with a blood test if they are worried. In some hospitals, these blood tests are routinely offered to babies who are thought to be at high risk.  

What causes hypoglycaemia in newborns? 

Every cell in the body needs a supply of sugar, or glucose, to function well. We get glucose from the foods we eat and newborn babies get it from milk. Keeping the right level of sugar in the blood is a delicate balancing act. 

After we eat a meal, or when babies have just had a feed, sugar levels go up. When it is time for the next feed, levels start to dip. Sugar levels are regulated our hormones, particularly insulin, which helps certain cells take up glucose for storage. When everything is working well, the hormones keep the blood sugar levels within an even range. When the balance is out, hypoglycaemia can happen. 
However, some babies are at risk, including babies born to mothers who have diabetes. They may produce too much insulin when they are born, making them prone to lower blood sugar levels. 
Your baby's blood sugar levels go down in the first few hours after birth and this is normal. Most healthy babies can cope easily with normal dips in blood sugar level. If they're given breastfeeds whenever they want, they will take the milk they need to ensure their sugar levels remain healthy. 

Babies are also susceptible to hypoglycaemia if they:
1)  were born prematurely or very small;
2) had breathing difficulties at birth;
3) have suffered excessive coldness, or hypothermia;
4) have an infection.
5)Hypoglycemia in newborns can usually be reversed quickly. If it persists, your baby will need tests to find out what the underlying problem is. 



How can I tell if my baby has hypoglycaemia? 

Often, you can't tell just by watching your baby. But sometimes, if your baby's blood sugar is too low you may notice some subtle signs. He could be jittery or irritable – or very sleepy and floppy. When you are first getting to know your baby it's hard to know what is normal, so don't hesitate to ask your paediatrician to check him. Even if it is not hypoglycaemia, your baby could be ill for some other reason. 



If your baby's blood sugar is very low, he could start fitting, or going into convulsions. These are signs that something very serious is happening and you'll need to get him to the hospital right away. Call an ambulance if you can't drive or there's no-one to drive you.. A blood test is the only way to find out for sure what your baby's sugar levels are. The usual way of testing is to take a pinprick of blood from the foot, and to test it either on the ward or in the hospital laboratory. 



Each hospital has its own policy on testing. Doctors do not always agree on a safe level of blood glucose in a newborn baby. Too many tests may cause you needless worry. It could also make it harder to get breastfeeding started. Staff have to weigh this knowledge against the risk of missing a problem if they do not test your baby's blood. 



What is the treatment? 
You can encourage your newborn baby to feed frequently, especially if he is sleepy or not keen. This is easier to do if you are breastfeeding. 

Sometimes it's difficult to get your baby to feed. At that point, the staff may say your baby needs expressed milk, which may be from a bottle, a cup or through a tube that goes down your baby's nose into his stomach. Expressed breastmilk is best, but if you can't express milk, don't worry, your baby will be given something else to keep up his sugar levels, probably formula milk. 
Keep your baby near to you, preferably with skin-to-skin contact. This encourages breastfeeding. It also keeps your baby warm, which lowers the risk of hypoglycaemia. If the nursing or medical staff are worried about your baby's blood sugar level, the first thing they will ask you to do is try a feed. Breastmilk is best, if this is possible. 

If your baby is breastfeeding, but his sugar levels are still a bit low, it can be difficult to decide if he should have a top-up of formula. The staff should talk this through with you. Get all the help you can to express your milk and get a supply going in the meantime, and to get your baby back on the breast as soon as possible. You may find some of the advice in our article on breastfeeding premature babies helpful. 

If your baby's blood sugar level is quite low he will be seen by a paediatrician and will be given a sugar solution, or glucose, through a drip. Once your baby has stabilised, he can start taking feeds again and gradually come off the sugar drip. If your baby does not respond well to this treatment or if the hypoglycemia keeps happening, he will need tests to find out if a medical condition is causing it. 

If my baby has hypoglycemia, can I still breastfeed? 
If your baby is not feeding for a while because he is on a drip, it's important to keep your milk flow stimulated. You can do this by expressing milk frequently. Holding your baby close, with skin-to-skin contact, also helps. Most of the time, there is no reason why you can't eventually get your baby back on the breast, with a little help and advice.
Yes. When your baby gets hypoglycemia, it does not mean there is anything wrong with your breastmilk. 

Monday, October 15, 2012

Kisah sedih selepas melahirkan :(

Kisah sedih ni mungkin hanya bagi Ros. Apapun Ros nak share kat sini pengalaman sedih tu... Maafla banyak kisah humaira ja... Geng TTC jgn sedih yer baca kisah baby di blog Ros.. Insyaallah akan ade rezeki kamu semua... Moga dikurniakan baby yang comel dan sehat... Aminn...

Ros just nak share dengan korang semua kisah selepas Ros melahirkan baby Humaira. Dia terpaksa admit NICU kerana kurang gula dalam darah(hypoglycemia). Memang sedih sangat time tu.. Nanti Ros share tentang penyakit tu.. 

Selepas di lahirkan, semua ibu mesti nak bersama anak yang dilahir. Nak bagi susu dan nak pelukcium si dia. Selepas nurse datang bagi baby, Ros bersyukur sangat kerana baby tiada masalah.. Selalunya if baby bersama kita,  insyaallah tiada masalah di hadapi olehnya.. Ros hanya sempat bersama baby 5minit sebab tetiba badan dan mulut baby terketar2.. 


Sedang Ros lali dalam labour room tu, tetiba nurse kat luar jerit kata 'baby hypo, baby hypo'.. Tiada baby di lahirkan waktu tu, hanya baby Ros.. So memang Ros dah jangka anak Ros yang hypo tu tapi sebelum tu memang tak tahu maksud hypo. Nurse and doctor dah takut nak terang kat Ros, tapi diorg macam dah susun ayat untuk bagitahu yang anak Ros terpaksa admit NICU sebab hypo tu.. :(

28hb september (4.30ptg)
Ros ditolak masuk wad tanpa baby.. Bila tiba waktu melawat memang tak sabar nak pergi jumpa baby. Ros pergi bersama asben, doctor cuba bagi glucose untuk naik kan gula, tapi still turun.. Kalau ikutkan normal tahap gula 2.5mmol ke atas.. Tapi Humaira hanya 1.7mmol.. Doctor try bagi glucose pun tak jadi, naik tinggi pastu turun balik... 

29hb september (12.00tghmlm)
Doctor try telefon suami Ros tapi Tak dapat. Diorang just nak inform nak tukar darah atau tambah air dalam darah. Darah humaira terlalu pekat dan doctor just nak kacau and cairkan sedikit. Pukul 7pagi doctor telefon and dah bagitau dah buat semua tu takut lambat nak tunggu jawapan dari en.asben.. 

2.30ptg 
Ros dah boleh discaj wad tapi tanpa humaira. Luluh sangat hati bila balik rumah tanpa baby. Sebelum balik Ros pergi jumpa Humaira, tengok dia tak berbaju and darah disalurkan melalui pusat. Wayar bergelimpangan atas dada. MasyaAllah rasa lemah hati sgt. Tambah pula masa Ros bisik kat telinga dia nak balik umah, dia terus rengek2 nangis.. Selepas Ros pegang dia, dia senyap... Ros and asben balik senyap2 sebab tak nak dia nangis :(

Ros takut nak pegang dia. Takut andai Allah menyayangi dia lebih. Andai Ros dah menyusu dia and dah peluk dia, lagi bertambah sedih kalau Allah ambil dia.. Tak sanggup duk kat situ lama2, terus ajak asben kluar dari NICU.

30hb september (2.30ptg) 
Ros datang lagi untuk jenguk Humaira tapi syukur alhamdulillah dia dah stabil and dah duk dalam inkubator.. Wayar kat dada dah tiada cuma air still dimasukkan melalui tangan and pusat. Doctor dah benarkan menyusu dan suruh still sana. Ros dah packing barang so terus stay sana. Bilik ibu disediakan.. 

9.30mlm
Malam tu Ros suruh asben datang ambil balik sebab tak sanggup duk situ, sedih tengok Humaira, tak kuat hati Ros nak duk situ. Nurse nampak Ros nangis dekat inkubator Humaira. Diorg ramai2 datang bgtau andai Ros balik nnt tetiba Allah sayangkan Humaira mcm mana? Mungkin saat tu Ros yang paling menyesal sebab tinggalkan Humaira.. PERNAH ADE KES SEORANG IBU PULANG AND ANAKNYA MENINGGAL AND TERPAKSA DATANG BALIK, TERUS NANGIS NYESAL.. Masa tu memang tetiba Ros rasa sayang nak tinggalkan Humaira terus stay situ sehingga hari ke-5 :) Asben Ros dah nak sampai masa tu, Ros telefon gtau xjadi balik.. Terus die berpatah balik. Dia pun kalau boleh taknak bagi Ros tinggalkan Humaira... Suruh tabah katanya... Meleleh airmata masa tu... :(

Susu Ros belum ada, so gigih duk pam sebab nak bagi susu ada. Alhamdulillah dapat juga Ros menyusu walaupun susu baru ada sikit.. Bila lepas menyusu, nurse suruh kita pergi berehat.. Masa tu rasa macam taknak je tinggal Humaira selepas menyusu.. Nak je duk sebelah teman dia tapi apakan daya mak juga perlu berehat..

31hb september
Dah nampak pergerakan positif dari Humaira, dia pun dah start menangis and nak susu setiap 2jam. Sebelum ni, doctor hanya bagi glucose ja and menangis pun dia kurang. Lesu semacam jer.. :(

1hb oktober 
Doctor still nak pantau Humaira, so mama still berada wad.. Hanya berdoa dan iringan air mata yang duk teman Ros.. Setiap kali pergi nak menyusu mesti nak nangis... Tapi semangat dorongan asben Ros, kembali kuat demi Humaira... Kekadang terpikir macam mana ibu2 lain tabah menghadapi keadaan anak sakit?? Huhuhu

2hb oktober
Gula dalam darah dah normal, Kuning pula dah start naik jadi doctor tak bagi keluar wad. Diorang letakkan baby bawah lampu biru and sambil pantau gula. Alhamdulillah selepas tambah air dalam darah, gula Humaira maintain (3.4mmol-4.5mmol)..

3hb oktober
Dah kluar wad NICU tapi dimasukkan pula ke wad kuning. Kali nih Humaira berada di sebelah Ros. Seronok sangat, rasa lega sebab dapat tengok anak sendiri bernafas, bergerak dan sebagainya depan mata.. Bila berada di NICU, setiap kali langkah masuk bilik tu untuk menyusu, Ros mesti berdebar2.. Takut sangat andai ade perkara yang tak dapat di lalui..

4hb oktober
2hari berada di wad kuning, alhamdulillah kuning Humaira dari 329 turun ke 247.. So hari tu Ros dah boleh discharge with baby. Memang seronok sangat sebab dah boleh kluar. Asben Ros sendiri datang nak ambil sebab dia langsung tak pegang Humaira sejak lahir. Tengok pun takpuas... :p alhamdulillah ari tu dapatla Ros berkumpul 4beranak..


Ada lagi dugaan yang berat mummy semua lalui... Semoga diorg tabah dan kuat untuk menghadapi dugaanNya..Tapi ini dah cukup besar bagi Ros dan asben.. Moga ini yang terakhir kalinya dugaan sakit untuk HUMAIRA.. Amin... 

P/s: selalu Ros berdoa... Moga Allah pinjamkan SUAMI, NUR AUNI DAN HUMAIRA lama untuk Ros. Tak sanggup nak hadapi dugaanNya yang terlalu berat.. Syukur alhamdulillah HUMAIRA masih bersama ROS sehingga hari ni.. 

Wednesday, October 10, 2012

Demam kuning HUMAIRA

Aduhh kalau bab kuning ni la buat semua mak lemah semacam je.. Humaira dah start kena kuning pada hari ke-5. Sampai sekarang masih ade kuning. Tambah pulak baby Ros ni xberak lagi, semalam ade tapi sikit sangat. Makin susah la nak turun kuning tu.

Ros nak pesan pada korang, if anak ade kuning janganlah bagi macam2 kat anak sebab masa anak Ros masuk NICU ari tu, ada kes budak sesak nafas selepas bagi air sengkuang cina, anggur hitam and sebagainya.. Dari bagi benda2 mcm tu, better bagi AIR ZAMZAM untuk bagi dia kencing banyak..

Hari ni check-up still ade and doctor amek darah untuk check takut ade effect buah pinggang. Makin lemah rasa.. Harap Ros tabah untuk menghadapi dugaanNya :)

Day-5 : 247mmol
Day 6 : 329mmol(start admit ward n duk bwah lampu biru)
Day 7 : 246mmol(dah boleh discaj wad)
Day 8 : 211mmol
Day 9 : 212mmol
Day 10 : 201mmol
Day 11 : 188mmol
Day 12 : 187mmol (doctor dah amek darah untuk check takut ada effect buah pinggang)

Berdasarkan result tu doctor dah describe sebagai prolonged jaundice.. Moga humaira cepat turun kuning yer, tak sanggup mama tengok humaira kena cucuk tu :(

Add caption

Monday, October 08, 2012

Pengalaman bersalin HUMAIRA :)

KHAMIS 27 SEPTEMBER 
6.00AM : start rasa contraction 10minit sekali.. Memang konsisten, masih banyak duk wat keje umah mcm vacuum, basuh toilet(cangkung okeh). Tanya my mum, my mum cakap tunggu turun tanda baru g hospital. 24jam contraction selama 10minit ni. Sakit memang sakit gak tapi boleh tahan lagi..

2.30PM : turun tanda brownish+lendir, sakit masih lagi 10minit konsisten dan masih duk pulun buat keje and exercise.. Konon nak bagi jalan cepat buka.

JUMAAT 28 SEPTEMBER
4.30AM : bangun mandi sebab orang cakap mandi leh kembangkan urat and cepatkan laluan. Banyakkan baca zikir nabi yunus masa contraction datang.

6.30AM : dah start contraction 5minit.. Mandi sekali lagi.. Solat subuh, and beritahu asben Ros mungkin dah boleh pergi hospital. Tanda lendir+brownish ade turun sekali lagi :)

8.00AM : mak ayah Ros boleh pulak ajak makan roti canai. Masa ni memang tak berselera sangat tapi pulun jugak sebab nak bagi ada tenaga untuk push nanti.. :p memang kejap2 kena berenti jalan sebab sakit datang.. Sakit dah start 5minit ni memang susah nak jalan kalau contraction sekali datang..fuhhh!! Nak naik tangga pun leh sangkut sebab sakit.

9.00AM : Sampai kat hospital, nurse suruh duduk and tanya macam2 termasuk check urin, tekanan darah. Masa ni memang tekanan darah dah naik dah tp nurse cakap tak pelah... Mungkin duk sakit kot tu yang naik..

9.30AM : doctor nak scan and nampak baby duk menolak ke pintu rahim masa duk tengah sakit tu.. Ros try minta kat doctor nak tengok ape baby buat masa contraction datang.. Rahim macam mengembang and kepala baby duk tekan tolak... Nice sangat.. :) Lepas tu doctor nak check jalan, bab menyeluk ni memang takut sangat, tp doctor cakap jangan keraskan badan and buat biasa jer.. Alhamdulillah masa tu dah 4cm and terus kena masuk labor room :)

10.30AM : doctor pelatih pecahkan ketuban. Ros rasa air ketuban kali ni tak banyak macam Auni, mungkin sebab tu perut kecik jer. Contraction tetap 5minit sekali... Masa ni duk pikir mungkin petang baru Ros bersalin :) nurse nak cucuk ubat tahan sakit tapi Ros reject sebab nak rasa sakit semulajadi. Maklumlah masa NUR AUNI di induce serta dicucuk ubat tahan sakit...

11.30AM : Bukaan dah 7cm, contraction dah start 2-3minit.. Masa sakit tuh Ros amalkan teknik breathing... Tarik nafas baca( لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ) and lepas nafas( سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ ) . Nurse suruh sedut gas tapi Ros reject jugak.. Memang berpeluh habis, nurse pelatih datang nak belajar contraction pun ros tak bagi pegang perut dah sebab tengah sakit... Nak marah pun ade...haishh kecian bila teringat balik :p

12.15PM : bukaan baru 9cm, nurse tak bagi teran sebab belum full dilate.. Masa ni memang mengiring ke kiri je sebab tak tahan sakit dah... Tak tahu nak cerita macam mana.. Nak nangis pun ade sebab baru 9cm, rasa macam dah boleh teran. Tapi nurse ade beritahu anak 2nd ni dah boleh teran kalau 9cm sebab laluan dah ade.. :)

12.30PM : dah 10cm and try untuk push. And masa tu juga kaki Ros cramp.. Nurse paksa angkat kaki sebab dah nampak kepala.. Teran memang sekuat hati masa ni, syukur kaki dapat angkat and keluar la my baby seberat 3.6kg.. Kena jahit sikit sbb baby besar sangat nurse kata. Alhamdulillah suma nurse perempuan yang sambut my baby.. Fuhh!!! PALING BAHAYA OKEH KAKI CRAMP TUH... :p

Asben Ros masuk tengok baby dah nak keluar.. So nurse suruh dia azan terus baby.. Sementara nurse keluarkan uri.. Alhamdulillah Ros dapat merasa sakit bersalin semulajadi. Fuhh macam perit jer tapi tak tahulah..hahahha...

Masa jahit memang sedut gas habis.. Macam lalok pun ade.. Cakap pun dah lali... Bayangkan kalau sakit nak bersalin duk sedut gas tu, macam mana nak teran kalau duk macam mabuk ja... Hhahha... :p

Peristiwa sedih bila tak dapat bersama baby selepas dilahirkan.. BABY ROS ADMIT NICU... nanti sambung story mory yer.... :)