Tuesday, April 29, 2014

13makanan untuk HB rendah ketika hamil

Pernahkah anda dengar tentang anemia semasa hamil? Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya.
Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Kepada ibu hamil, sila ambil perhatian kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya. Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.
Mari kita lihat senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia.
Makan daging merah yang segar
Makan daging merah yang segar
1. Daging Merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.
Kalau rasa brokoli tak sedap, tutup mata dan telan sahaja
Kalau rasa brokoli tak sedap, tutup mata dan telan sahaja
2. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan.
Pisang amat baik untuk kesihatan
Pisang amat baik untuk kesihatan
3. Pisang
Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.
Sedapnya rempeyek!
Sedapnya rempeyek!
4. Kekacang
Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.
Terliur tengok hati ayam masak rendang!
Terliur tengok hati ayam masak rendang!
5. Hati
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.


Pilih bayam yang segar
6. Bayam
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
Boleh buat kerang bakar atau kerang rebus
Boleh buat kerang bakar atau kerang rebus
7. Kerang
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.
Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa
Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa
8. Telur
Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.
Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?
Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?
9. Oat
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

Buah delima, pati delima untuk ibu mengandung/hamil tambah darah. Elakkan anemia.
Susah nak cari buah delima?. Minta tolong suami carikan.
10. Buah delima
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
Pastikan madu yang asli
Pastikan madu yang asli
11. Madu
Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja
12. Kurma
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
Kismis sesuai makan semasa buat kerja di pejabat
Kismis sesuai dimakan semasa buat kerja di pejabat
13. Kismis
Buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.
Kesimpulan
Menjaga jumlah haemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur.
Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
Semoga ibu hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari gejala anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Rujuklah kepada pakar sekiranya berasa letih dan tidak bermaya. Dengarlah nasihat doktor dan misi di klinik kesihatan dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan. Fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga berjaya!
Sumber:siraplimau

Monday, April 21, 2014

Teaser : playroom AuniHumaira


Lambat sikit nak update tentang rumah ni.. Bajet takcukup..kahkah.. So pelan2 buat . Tambah pulak asben dah tukar ofis lagi lah mood xmjadi nak ngemas.. Pulus pun berkurangan. Alhamdulillah di beri rezeki kesihatan yang baik. Tentang bilik playroom AuniHumaira ni , Ros memang lambat sikit nak ngecat. Cat tu dah awal2 beli dulu tp catnyer belum. Respek sangat orang yang rajin2 ni.. :)

Kitaorang pilih teknik Ombre untuk cat bilik AuniHumaira ni. Maklumla gegirl xdpt dipsahkan dengan pink :p 

Ros ni xderla kreatif sangat , idea pun amek google je :) cat dah bancuh, kena tunggu hasilnya.. :) lepas tu baru nak ngemas..lap peluhhh :p






Friday, April 18, 2014

10 makanan menggemukkan :(


Copy dari blog kak eida cyg... Mak aihhh suma suka makan.. Tapi nasib baik laksa takmasuk..kahkah....

~10 makanan Malaysia yang MENGGEMUKKAN~

1. Nasi Lemak
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau korang makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak? kuikuikuiii.. jadiknya? makan la sebulan sekali jeww  ;p


2. Roti Canai
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau korang makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya korang nak makan apa pulak? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:) kehkehkehkehh. so kurangkan makan roti canai berkeping kepingg  ;p

3. Nasi goreng
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang khasiatnya. Ada kurang situ! ai selalu masak nasi goreng. hmmm kene kurangkan dah ni. sorry hubby! mihmihmih

4. Ais krim
Sedapnya dapat ais krim, lagi lagi dengan cuaca panas di Malaysia ni kan? Tetapi ingat! Ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori - dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu? HAHA jangan TAK tahu stok aiskrim berbakul bakul dalam peti ais ai. waduhhhh kene tukar habits ni! sorry lagi sekali hubby! kehkehkehe
 
5. Burger
Kaya dengan karbohidrat, protein (patty), lemak. Satu hidangan burger 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori? sila jawap korang.... ai makan burger seminggu sekali, pastu paksa diri lari atas treadmill selama 20minit pun TAK mencukupii hukhukhuk sadis!

6. Mee kari
Hidangan mee dengan sup kari, santan. Menyelerakan! Kaloril lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori. 

7. Makanan bergoreng
Rata rata kebanyakan makanan bergoreng.Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) kadang kadang pakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh elakkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Whole milk
Susu penuh krim ini sememangnya tak elok utk kita weiii! Kandungan lemak sangat tinggi dan walaupun ada memberikan kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. .

9. Roti
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tak makan nasi tapi makan roti berkeping keping, alahaii same je laa..  Somehow, roti pun high in fat dan karbohidrat. Sekeping pun dah 80 kalori. Kalau nak makan roti boleh cuba roti wholemeal. Satu keping baru 50 kalori.

10. Mayonis
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori dan 40 gram lemak. Ai dah kurang dah dengan si mayonis, cheese semua ni. sebab tu lah penternak tegar lemak! ntahhh kawwww

Jika korang kan, makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang korang ambil itu menggemukkan diri sendiri. Jadi kita harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Atas alasan? bukan sebab nak kurus, tapi dalam masa yang sama untuk khasiat diri sendiri untuk jangka masa yang panjang.............  Semoga berjaya!





JUMLAH KALORI DALAM MAKANAN HARIAN:
-bubur kacang hijau 80g = 76 kalori
-bubur nasi 546g=203 kalori
-capati 100g= 300 kalori
-coleslaw 92g= 136 kalori
-kuah dhal 80g=58 kalori
-hamburger 113g= 262 kalori
-kuey tiau bandung 450g= 540 kalori
-lasagna 230g= 347 kalori
-makroni + cheese 240g= 478 kalori
-mee bandung 450g= 340 kalori
-mee kari 410g= 319 kalori
-mee sup 563g= 478 kalori
-mee hoon bandung 450g= 351 kalori
papadom 6g=27 kalori
-pulut 85g=185 kalori
-pasta sos tomato dan bebola daging 425g=437 kalori
-nasi putih satu setengah cawan=260 kalori
-nasi lemak bersambal sepinggan= 400 kalori
-nasi goreng bertelur sepinggan= 635 kalori
-nasi briyani berayam sepinggan= 880 kalori
-nasi ayam kosong sepinggan= 300 kalori
-paha ayam goreng= 130 kalori
- kentang lecek 1 bekas kecil= 90 kalori
-sayur kubis hancur 1 bekas kecil= 75 kalori
-burger keju 1 biji= 425 kalori
-kentang goreng satu bekas kecil= 405 kalori
-satay ayam 1 cucuk=35 kalori
-pizza berkeju sepotong = 240 kalori
-murtabak 1= 722 kalori
-cheese cake 1 potong= 400 kalori
-roti telur sebiji dan 1/2 mangkuk kuah dhal= 414 kalori
-laksa kari 1 mangkuk= 589 kalori
-nasi lemak lengkap dengan lauk= 644 kalori
-mee rebus= 556 kalori
-mee/bihun goreng sepinggan =510 kalori
-kuey tiau goreng kerang 1 pinggan = 743 kalori
-mee wantan 1 pinggan= 409 kalori
-laksa peneng 1 mangkuk= 436 kalori
-lor mai fun 1 pinggan= 422 kaloi
-nasi briyani kambing 1 pinggan= 587 kalori
-nasi minyak dan rendang kambing 1 pinggan= 664 kalori
-nasi campur dan 3 jenis lauk 1 pinggan= 620 kalori
-century egg poridge 1 mangkuk= 423 kalori
-nasi ayam 1 pinggan= 600 kalori
-nasi goreng biasa 1 pinggan = 637 kalori
-nasi claypot 1 mangkuk= 898 kalori
-sotong goreng tepung 1 pinggan kecil=630 kalori
-sup krim 1 mangkuk kecil= 375 kalori
-sundae chocolate 1 cup= 380 kalori
-pie epal sepotong= 260 kalori
-sandwich chicken salad(1 whole)= 481 kalori
-pasembor 1 pinggan= 752 kalori
-rojak buah 1 pinggan=443 kalori
-teh tarik 1 gelas= 83 kalori
-karipap 2 biji= 256 kalori
-butter/margerin/mayonis 1 sudu kecil= 45 kalori
-cendol 1 mangkuk=199 kalori
-air kelapa 1 biji= 110 kalori
-sirap bandung= 150 kalori
-milo= 133 kalori
-ikan kembong kari 1 potong 80g=67 kalori
-ikan kembong gereng 1 ekor 50g=111 kalori
-ikan kembong masak kicap 1 ekor 80g=161 kalori
-ikan kembong goreng berlada 1 ekor 80g=215 kalori
-ikan merah masak asam 1 potong 55g=113 kalori
-ikan merah goreng berlada 1 potong 50 g=114 kalori
-ikan merah masak lemak 1 potong 50g=109 kalori
-ikan haruan kering goreng 1 ekor 40 g=163 kalori
-ikan kerisi goreng berlada 1 ekor 75g=247 kalori
-ikan kerisi masak kicap 1 ketul 75g=149 kalori
-ikan tongkol masak lemak 1 ketul 50g=62 kalori
-ikan selae kunung masak asam pedas 1 potong 40g=90 kalori
-tomyam campur 1 mangkuk 355g=215 kalori
-telur setengah masak 1 biji 50g=75 kalori
-siput masak lemak 1 senduk 55g=60 kalori
-rebung masak lemak 1 senduk 60g=50 kalori
-batang keladi masak asam rebus 1 mangkuk kecil 100g=60 kalori
-labu masak lemak 1 senduk 60g=50 kalori
-terung goreng berlada 1 senduk 70g=70 kalori
-sambal ayam 1 ketul 100g=206 kalori
-kurma daging 1 senduk 100g=220 kalori
-ayam masak lemak cili api 1 ketul 120g=200 kalori
-burung puyuh goreng 1 ekor 106g=164 kalori
-kerabu perut 1 senduk 70g=80 kalori
-kerabu mangga 1 senduk 70g=105 kalori
-sup tauhu jepun 1 senduk 90g=60 kalori
-sambal burung puyuh 1 ekor 120g=172 kalori
-sambal paru 1 senduk 70g=79 kalori
-sambal kerang 1 senduk 55g=60 kalori
-kerabu taugeh 1 senduk 70g=71 kalori
-peria goreng telut 1 senduk 40g=70 kalori
-sambal bebola ikan ikan 1 senduk 106g=164 kalori
-bebola ikan goreng 1 senduk 40g=106 kalori
-acar timun 1 senduk 40g=50 kalori
-sup cendawan 1 senduk 100g=50 kalori
-nangka masak lemak tanpa kuah 1 senduk 60g=50 kalori
-lala masak masam manis 1 hidangan 55g=50 kalori
-sup sayur 1 mangkuk kecil 100g=30 kalori
-bubur kacang merah 1 mangkuk 230g= 101 kalori
-pengat keledek gula merah 1 mangkuk 150g=483 kalori
-pengat keledek gula putih 1 mangkuk 150g=503 kalori
-pengat pisang nangka 1 mangkuk 150g=246 kalori
-pengat pisang nipah 1 mangkuk 150 g=279 kalori
-pengat pisang tanduk 1 mangkuk 150g=210 kalori
-bubur pulut hitam 1 mangkuk 150g=116 kalori
-bubur jagung 1 mangkuk 150g=315 kalori
-telur rebus 1 biji =78 kalori
-tembikai 1 cawan dipotong dadu=46 kalori
-mangga 1 cawan=107 kalori
-1 sudu makan minyak=120 kalori
-1 sudu makan mentega=100 kalori
-1 sudu makan santan rendah lemak=15 kalori
-1 sudu makan santan biasa =50 kalori
-100g seafood=100 kalori
-100g ikan =150 kalori
-100g ayam=150 kalori
-100g daging merah=150 kalori
- 1 sudu makan sos=20-40 kalori



p/s : makanan2 lain boleh rujuk pada label makanan yang ditulis di bungkusan makanan. Pftttt... Bila la nak kurus ni.,, kikiki :p






 Source: kevin zahri

Saturday, April 12, 2014

Kelebihan memiliki anak PEREMPUAN


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?

menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Friday, April 11, 2014

Kisah Grill kena tipu...

Bercerita tentang grill ni kan.. umah Ros memang belum ade grill lagi. Dan yang unik kat tingkap je ade grill.. Kat sliding door memang belum ade grill. Takut memang takut tapi tawakal pada Allah... Kisahnya kami ditipu tauke grill :( Mulanya dah pasang suma grill , tapi diorang silap ukur and senget macam mana tah diorang terus xdatang2 sampai sekarang. Yang tauke plak dah lari...

Area rumah Ros ni ada 2-3buah yang kena tipu almost 20k++ dengan tauke yang sama.. Ya Allah semoga kita2 ni kuat dengan dugaan ini.. Kitaorang xkisah sgt sebab bayar separuh..tp separuh tu buat rumput pun lepas..sobsob.... Buat masa ni memang tangguh sikit grill.. InshaAllah ade duit lebih memang nak buat grill tu.. Walaupun kawasan ada guard tapi hati masih berdebar :) 

So, pesanan buat korang.. Carilah contractor yang bleh dipercayai... Kalau suma area nama dia je xke tamaknya..last2 lari gitu jer.. Ros buat tembok belakang suma dengan contractor yang boleh dipercayai... Sonok bekerjasama dengan uncle tu. Next entry Ros bagi contact.. Yang mana belah KULIM, SUNGAI PETANI, KEPALA BATAS dn area sekitarnya boleh hubungi uncle ni. Tapi jangan sikit2 yer... Mesti mau renovate banyak2 kalau jauh dari Sungai Petani :) tu pesanan uncle tu yer.kahkah :) 






Thursday, April 10, 2014

Romantika Sungai Petani

Semangat lama dah nak datang sini.. Memang best sangat bila asben bawak pi.. Tapi bila si asben masuk dalam tu dia dah senyum2.. Dah tau maksud dia macam tak berapa minat..Hahahah.. Maklumlah jiwa moden.. Kikiki.. Segala canvas ape pun dia xminat.. Sobsob.... Tapi xpelah dapat jugak ku beli bunga murah... :)

Sebenarnya dalam kedai tu no camera.. Tapi Ros amek jugak sebab nak share dengan korang betapa cantiknya hiasan dalam tu.. Sambil promote la kan... :) 


Kedai punya la besar gabak.. Tapi apa yang ros beli?? Sikit je ...xsampai rm15 pun... Banyak rejected by asben... Kikiki... Kena g beli senyap2 and terus beli and hias baru dia xleh ckp ape kan :p kahkahkah.... Kat bawah tu la hasil yang boleh dirembat :p 










Tuesday, April 08, 2014

10 minuman terbaik untuk mengandung

Water

During pregnancy, your body needs more water to cope with the demands of your changing body. Water is essential for healthy blood cells and to keep your body hydrated. Water is also a key component of breastmilk, and essential for good lactation

Coconut water 

 
A natural isotonic beverage, coconut water helps prevent dehydration. It also relieves exhaustion by replenishing the natural salts lost by the body when you sweat. It is an extremely healthy option for quenching your thirst when pregnant.

 

Lime juice or lemonade

The eternal favourite! Lime juice or lemonade keeps you hydrated and provides vitamin C that helps your body to absorb iron more effectively. You can sip the drink during the day or with your meal. And, if you're struggling with morning sickness, lime juice or lemonade with some mint and crushed ginger can be a welcome alternative.

Fresh fruit juice 

 

 

 

 

 

 

 

Fresh juices from sweet lime, oranges, pineapple, musk melon and watermelons are great for hot weather. If you have them fresh, these juices are packed with all the nutrients that fruits bring. If you buy juices from a store, make sure they have the label ‘100% juice’ on them. Otherwise the drink might contain more sugar and artificial flavours than real fruit!

Milk based drinks

 
Milk products are high in calcium, protein and Vitamin B-12. In hot weather, chilled skimmed milk, lassi and buttermilk are a great way to keep cool and stay hydrated. Milkshakes or fruit smoothies made with some milk, curd, ice and fruit are packed with minerals and nutrients. All these are great for hydrating your body and also for providing a healthy snack between meals. However, speak to your doctor if you are lactose intolerant.

Fruit sherbets

Apart from providing various nutrients, fruit sherbets are believed to cool, hydrate as well as help pregnant mums cope with morning sickness.

Home-made vegetable juice


If you're having trouble getting enough veggies in your diet, try drinking your vegetables instead. In the heat of the day, a cold vegetable juice can be delicious. These will be refreshing and provide you with nutrients.

Fruit mocktails 

Fruit mocktails are a great alternative when you're at a party, holiday, pub or social gathering and looking for a non-alcoholic drink. Fruits mocktails help you get some of the nutrients you and your baby need. Plus, you save money, because non-alcoholic drinks cost less and there are no arguments about who's driving back home.

Water with frozen fruits

Make a plain glass of water more refreshing by adding frozen fruit such as orange, lemon, kiwi, peach, apricot and plum instead of ice cubes. The frozen fruit looks colourful floating about in the clear water and it chills your drink, giving it a hint of fruity flavour.

Ice tea

In the heat, iced tea might be more welcome than a cup of hot chai. Slices of lemon added to iced tea can also provide some relief from morning sickness. But iced tea does contain caffeine so you will need to count it in your daily allowance.

P/s : fuhhh yang tak pregnant pun rasa nak minum..kikiki :) 

Sebulan sudah kehilangan MH370

Dengarlah bintang hatiku

Dengarlah bintang hatiku 

Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 

Suatu hari pasti akan tepati 
Reff: 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Dengarlah bintang hatiku 

Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 

Suatu hari pasti akan tepat 


Reff: 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 

Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 

Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Karena bagiku…. 

Engkaulah nyawaku…

Sedih dan terus bersedih :( semoga keluarga diorang terus tabah menghadapinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita masih mengharap kepulangan diorang :( sebak sangat... Dengar lagu kat atas tu lagi sedih... Ari tu tengok kat tv3 dengan background keluarga penumpang ... Sedihhh :( 





Friday, April 04, 2014

Delay Development Humaira

Fuh fuh berhabuk.... Ade sesape x yang rindu?? Kikikiki...
Bercerita tentang tajuk tu, citer pasal Humaira. Dia tergolong dalam Delay Development sebab masih belum berjalan di umur 1tahun8bulan ni. Sekarang ni duk baru merangkak. Kitaorang memang nak dia merngkak dulu sebelum berjalan sebab nak kasi lutut kuat. Hehehhe.. Sebab tu bagi dia naik tangga and merangkak bersama2..hahahha... :) 

Fisioterapi and terapi cara kerja tetap pergi.. Dalam sebulan 2kali kena pergi.. Apa yang diorg buat tu xdalah spesifik sangat.. Just bagi Humaira bertatih and pantau apa Humaira buat. And balik umah tetap kena ulang apa diorang buat. Kalau pergi sana memang sedih tgk baby2 lain.. Ada yang cakap dekat Ros, kalau ANAK DIORANG MCM HUMAIRA memang tak datang fisio dah.. Sedihhh sgt.. Rasa macam Humaira ni dh problem, tapi ade lagi yang pblem dari kita. Kita berusaha kan untuk anak2 kita :)

Tengok diorang buat Ros rindu nak jumpa kawan Humaira iaitu Ammar.. Bila nak dapat jumpa lagi... Susah tau nak jumpa.. Nanti aunty kasi hadiah lagi tau... :) 

Update : Ros menjalani fisioterapi di HOSPITAL BESAR SULTAN ABDUL HALIM,SUNGAI PETANI,KEDAH :)