Monday, January 27, 2014

Alhamdulillah 24tahun sudah!!!

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas. :) birthday mama ni selalunya biasa2 je la. Bday anak selalunya meriah2.. Kikiki.. Tapi ade jugak yang terlupa nak wish bday kita semalam. Ternanti-nanti jugak tp xpelah kita memahami keadaannya yang sibuk dan tak sehat... Guess who??? Simpan dlm hati jer la kan :p hahhaaha...

Semoga genap 24tahun ni, akan jadi ibu yang baik untuk anak2.. Isteri yang baik untuk suami dan anak2 yang baik untuk ibubapa dan mentua. Dapat jugak merasa kek aiskrim semalam. Tq asben beli kek ni and belanja pizza semalam... Nak tuntut double hadiah boleh x?? Kikiki :p 
(Bestnyer klu asben bca nih)..hahhaha :)


Friday, January 24, 2014

Update tentang KAMI!!!!!

Tajuk bajet hott.... Macam la orang nak tau tentang kita kan :p Ramai yang bertanya tentang rumah, humaira :) tq sgt sebab amek tahu.. Alhamdulillah semoga jumaat kita lebih indah hari ni. Tak sabar nak tunggu semua renovate rumah siap. Dah tak sanggup rasa nak ngadap makan luar hari2... Sebu perut...hahhha... Masing2 dah merindui masakan isteri & mama. (Mcm lah masak sedap kan :p) Tinggal grill, pintu kabinet and bumbung belakang je lgi. 

Lepas ni untuk deco2 lak.. Huhuhu.. Bab deco ni yang paling lemah.. Tangan tak berseni... Tunggu je lah... Wakakaka.. Eh mcm dah lari topik je :p Nanti Ros update pasal Humaira and rumah yer.. Sekarang mood malas jer nak update... :)

Kat bawah nak share untuk para suami/bakal suami :) jangan sakiti hati isteri yer... Semoga ini semua membawa 1 manfaat kpd kita..


Jap2 korang, ada lagi ni.. Di hari jumaat mulia ni, jom kita ambil tahu RAHSIA REZEKI MELIMPAH,HALAL & BERKAT :) 



Thursday, January 23, 2014

Jom like Facebook iHaram Salaah archives .....!

Kekadang takut nak scroll ke bawah kat facebook. Takut dengan perkembangan terkini, takut nak tengok kesan makan tu kesan makan ni. Tapi kalau tau kesan boleh cepat ubahkan cara pemakanan kan.. Eh dah lari topik ni.

Kisah fb iHaram Salaah Archives, Ros suka sangat sebab seronok tengok gambar2 live update kat Makkah/Madinah. Rasa dekat sangat. InshaAllah jika ada rezeki lagi, teringin nak pergi bawak anak2 yang 2orang ni :) Jom la kekawan kita pakat like. Dapat pahala tengok benda2 baik kan. 

Ni ada beberapa gambar yang diorang update :)








Monday, January 20, 2014

Doa untuk elak anak kecil diganggu

Bacakan doa ini dan ajarkan anak-anak. Baca juga ketika bagi mengelakkan anak kecil diganggu waktu pagi dan petang. Juga untuk diri sendiri. Nabi Muhammad salla Allahu 'alaihi wasallam melindungi cucu baginda Hasan dan Hussain dengan bacaan ini dan baginda nabi turut menyebut ia juga amalan nabi Ibrahim a.s yang dibacakan kepada Nabi Ismail a.s & Nabi Ishak a.s. Apa bacaannya? ini dia

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ
Ertinya : Aku berlindung dengan (berkat) kalimah Allah yang sempurna (dan melindungi serta menyembuh) dari segala Syaitan dan yang beracun (memudaratkan) dan dari segala jenis 'Ayn (penyakit & kecacatan fizikal & aqal disebabkan dari manusia & jin) dan Lammah (sejenis gangguan pada aqal). (Riwayat Al-Bukhari, terjemahan berdasarkan penjelasan Ibn Hajar dan al-Khattabi)

Thursday, January 16, 2014

Home progress : kitchen cabinet

Bercerita tentang kabinet dapur ni, memang banyak karenah. Ade banyak yang tak kena dengan citarasa Asben. Tapi disebabkan teliti kerja and cara pemasangan kemas memang banyak bertolak ansur :) mujur tukang tu baik and memahami. Dia sebenarnya yang buat silap. Kitaorang mmg xpush. 2bulan dia ckap untuk siap. Kitaorg tunggu. Tapi bila datang tak sama macam kami nak, memang nak panas jugak la :p dah pesan pintu tak nak handle, dia buat jugak ada handle kt bawah tu. Maka terpaksa lah dia wat balik :) 

                                      

 Kitaorng kena tunggu seminggu lagi untuk siap semua. Semalam orang dah datang amek ukuran top. Harap dapat siap sebelum raya cina... Sebab semua kontraktor cina mau bercuti :) 

Banyak pengalaman yang kami pelajari duk di rumah lama. Jadi bila rumah kedua ni nak yang betul2 selesa and sesuai. Untuk tiles tengah tu, memang amek 2x1 sebab senang cuci. Sebelum ni kat rumah sana, kitaorang pakai yang kotak kecik. Memang mencabar jugak untuk mencuci celah2 tu kan.    

Ros buat kitchen kabinet L-shape.. Maklumlah dapur tak luas. Banyak rumah lain renovate ke belakang. Tapi kitaorang wat tempat santai kat belakang. Tambah jugak tapi tak penuh. Cuma tambah bumbung dan tiles. Hasilnyer nanti la ea.. Tggu lepas housewarming bru tunjuk semua.. Aci tak?? :p

Umie sue 2nd giveaway :)

ASSALAMUALAIKUM

UMIE SUE GIVEAWAY
giveaway yang kedua menyusul semula
bersempena 20 JANUARI 2014 ulangtahun keahiran sue yang ke 28 tahun
memandangkan ada yang sudi memberi tajaan hadiah
syukur Alhamdulillah

TEMA

ANAK SOLEH SOLEHAH
(BERTUDUNG & BERKOPIAH/BERSONGKOK SAHAJA DITERIMA)


Ya Allah Yang Maha Mendengar, Lagi Maha Penyayang. Berilah anakku ini kesihatan yang baik. Jadilah dia anak yang solehah, bijak dan dirahmati olehMu. Berikanlah dia berpeluang untuk berjalan seperti kanak2 lain dan juga jadikan dia seorang yang kuat serta tabah menghadapi dugaan bersama keluargnya :)


Wednesday, January 08, 2014

Dah rupa milo tabur :p

Memula kitaorang dah tempah 5lori tanah, sekali tengok tak cukup tambah lagi 3lori. Tu pun nampak tak cukup bila peratakan.. Kawasan luas sgt, pening bila tengok. TAPI BUKAN BERMAKNA Ros tak bersyukur ada kawasan luas macam ni tepi rumah.. Just nak mention wahai tanah kenapa perlu banyak sgt jer... Peace yo!!!!

Semalam lepas peratakan, ku tengok dah rupa milo tabur je kat kawasan rumah.. Haishh kalau la milo betul..slurppppp.. :p



Tuesday, January 07, 2014

Dah mula merindu :(

Alhamdulillah dah dekat 3bulan pindah rumah baru :) bila dah tinggal di sini, mula lah rindu rumah lama kan. Masih tidak berpenghuni lagi rumah kat sana. Asben tak war2kan untuk disewakan sebab sibuk masih ade kat rumah baru ni. Progress rumah Ros ni memang slow2 ikut bajet.. Masuk dulu, bru pikir nak wat grill, dapor suma. Tq ma abah datang tolong kemas sikit2..

Jiran-jiran semua baik belaka... Alhamdulillah.. Rumah Ros menghadap surau, tenang bila pagi dah dengar azan. Maghrib plak dah tak rasa takut sgt. Syukurr.. 14hb ni ada masak2 kat surau, boleh katakan penduduk semua aktif dengan aktiviti :) Dah biasa duk rumah sendiri, jadi bila rumah kedua ni dah tau apa yang boleh buat apa yang tak boleh buat.. Tu bg Ros dan asben la untuk bagi mudahkan keje kan :) 

P/s : masih belum sempat terjah blog korang semua.. Tenet streamyx, unifi, maxis suma xde sini.. Celcom ade tp slow.. Ros guna data jer... Tunggu yer kekawan :) 






Rezeki masing-masing

Thursday, January 02, 2014

Home progress : Pasang Tinted rumah sendiri

Bercerita tentang tinted ni, ade yang bagi setengah orang penting ada yang tak. Bagi Ros memang penting jugak sebab tak mau bagi nampak dalaman. Even tak pakai tudung pun orang tak nampak. :) walau ada langsir pun tapi bila siang hari mesti nak selak dan ikatkan langsir tu kan. Hehhehe...

Kitaorang tanya cina yang pasang tinted ni, dia mintak rm2.5k untuk rumah corner macam Ros ni.. Itu harga anggaran ok, kalau btul2 memang mahal lagi.. Asben Ros nekad nak pasang sendiri je tinted tu, katanya guna air sabun jer.. Apa yang asben guna ialah sabun lifebouy tu jer..wakakka... Jgn sabun debu yer, kang berbiji lak tingkap tu..  Total lost beli tinted rm850 only.. :) nak jimat katakan.. 

        Potong tinted ikut saiz tingkap yang untuk dipasang :) bab ni memnag cerewet skit ...

           Kemudian spray air sabun di tingkap

   Spray jugak di tinted selepas bukak sticker....untuk tak nak bagi melekat/rosak

    Dah lekat kat tingkap, nampak kedut2 nanti kita setelkan..

   Spray air sabun lagi untuk bagi licin sikit bila nak tarik air turun :)

Part yang paling best nak buat :) kasi sekata tinted tu.. 

                 Kitaorang guna alat ni untuk tarik air... Mudah jer.. Beli kat ikea :p 

Dan hasilnya mcm kat bawah ni.. Oklah kan dari takde.. Brapa lama nak tahan tu taktau lah.. Harap kekal selamanya..hahhahaha :p

        Leh tgk beza ada tinted dengan tak de :)


UPDATE: Klik SINI kedai jual tinted di Penang :) kat situ lah asben beli tinted untuk rumah kami... 

Wednesday, January 01, 2014

Entri pertama 2014

Mulakan dengan ....

Semoga hidup kita lebih dirahmati dan menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat. Setiap orang mempunyai azam memasing tapi biarlah ia istiqamah dan teruskan berdoa. :) 

Sepanjang 2013 banyak pengalaman dan pengajaran yang Ros lalui. Ujian itu membuatkan kita lebih dekat padaNya. InshaaAllah tahun ni membawa lebih keberkatan pada kita semua...