Thursday, June 26, 2014

Semangat kejiranan di kawasan BP2

Alhamdulillah mempunyai kejiranan yang sangat baik.. Bebaru ni kawasan rumah Ros BERTAM PERDANA 2 adakan aktiviti gotongroyong.. Masuk kali ni dah 4kali diadakan sepanjang Ros duk dari November lepas. Ada masa ppuan yang kena masak.. Kalau ppuan masak fahamla kan, mulut pun bising..hahahah :p tapi memang best.. Yang umor senior pun kita bleh lg nak melawak.. Gelak je diorg tu.. Tu yang awet muda kan.. :)


Tengah seronok jemah, tetiba kaknani datang bawak pelam pokok dia.. Pelam sebiji pun dh berat sekilo.. Hahhaha... Apa lg lagi sonok la duk mencicah asam..

Lepas makan pelam, pakat duk gi check kesihatan. Bab BMI ni banyak yang fail.. Maklum la suma overweight tmasuk Ros..hahhaha.. Yang tekanan darah ok sebelum ni suma jadi naik abis.. Hahhaha.. Tapi xpe, happy always.. InshaAllah xde apa tu.. Mungkin byk jalan... Positif2 .kikikiki

Kaum lelaki pulak diorang sibuk dengan bersihkan kawasan.. Kali ni diorang tanam pokok buah sekeliling padang katanya.. InshaAllah lepas ni boleh dapat hasil kan.. :) 


Lepas ni, mungkin semua sibuk dengan Puasa kan... :) Kat surau Ar-Rayyan BP2 ada jugak time2 diorang buat makan berbuka. Tilawah ada dari lepas subuh sehingga pukul 9pg.. Nak join tapi fahamla Humaira ni.. Mengaji kat rumah pun sibuk nak koyakkan Alquran apatah lagi dia tengok banyak alquran sekeliling.. Hahaha.. Bukan alasan ok.. :p 

Lastly terimalah santapan buat semua semasa hari gotongroyong tu.. Selamat tengokk semua.. Slurppppp :)



4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya

Ann said...

bestnye...bermuafakat, aktif semuanye..

Maria Hasun said...

wah syiok duk tmpt mcm nie kan :)

Masya said...

bgsnya muafakat