Tuesday, April 29, 2014

13makanan untuk HB rendah ketika hamil

Pernahkah anda dengar tentang anemia semasa hamil? Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya.
Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Kepada ibu hamil, sila ambil perhatian kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya. Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.
Mari kita lihat senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia.
Makan daging merah yang segar
Makan daging merah yang segar
1. Daging Merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.
Kalau rasa brokoli tak sedap, tutup mata dan telan sahaja
Kalau rasa brokoli tak sedap, tutup mata dan telan sahaja
2. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan.
Pisang amat baik untuk kesihatan
Pisang amat baik untuk kesihatan
3. Pisang
Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.
Sedapnya rempeyek!
Sedapnya rempeyek!
4. Kekacang
Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.
Terliur tengok hati ayam masak rendang!
Terliur tengok hati ayam masak rendang!
5. Hati
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.


Pilih bayam yang segar
6. Bayam
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
Boleh buat kerang bakar atau kerang rebus
Boleh buat kerang bakar atau kerang rebus
7. Kerang
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.
Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa
Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa
8. Telur
Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.
Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?
Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?
9. Oat
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

Buah delima, pati delima untuk ibu mengandung/hamil tambah darah. Elakkan anemia.
Susah nak cari buah delima?. Minta tolong suami carikan.
10. Buah delima
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
Pastikan madu yang asli
Pastikan madu yang asli
11. Madu
Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja
12. Kurma
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
Kismis sesuai makan semasa buat kerja di pejabat
Kismis sesuai dimakan semasa buat kerja di pejabat
13. Kismis
Buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.
Kesimpulan
Menjaga jumlah haemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur.
Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
Semoga ibu hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari gejala anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Rujuklah kepada pakar sekiranya berasa letih dan tidak bermaya. Dengarlah nasihat doktor dan misi di klinik kesihatan dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan. Fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga berjaya!
Sumber:siraplimau

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

semua best2

Kakzakie said...

Ini bukan aje yg pregnant Ros. Kakak pun suka ambil semua ni. Cuma yg kandungan tinggi kolesterol macam kacang tanah kat rempeyek tu kakak kena kurangkan dah tua takut juga kolestrol. Daging merah juga kena kurangkan.

ps: Cuba ros tengok gambar yg Ros kata bayam tu. Betul ke itu bayam hihi... tersilaplah adik kakak ni..

umi's cup cake said...

Salam ros..saya ambil semua ini yang jelas ada dalam kandungan susu kambing nutri goat miracle 8..alhamdulillah..kandungan ok..
nak tau lebih lanjut? meh la tengok blog saya : http://umiscupcake.blogspot.com/2014/04/nutri-goat-miracle-8-or-ngm8.html