Tuesday, February 18, 2014

Masjid Ubudiah dan Laksa Kuala Kangsar

Ni adalah entry peram... Kikiki.. Masa ni Ros pergi jalan2 follow mak ayah gi KL untuk birthday party Rainbow . Kisah jalan2 ni, jarang nak dpt bercuti dengan asben.. Sepanjang perkahwinan kami, and anak pun dah dua tak pernah nak merasa duk hotel bagai dengan anak2.. Apatah lagi nak ke zoo ke mana bawak bebudak ni. Mungkin sebab tu jugak kot kitorang kumpul2 duit beli umah segala.. Alhamdulillah tak pernah merungut.. Tp one day InshaaAllah ....

Rezeki masing2 kan.. Mcm Ros ckp, di sebalik kebahagian ade kesedihan.. Jgn hepi jer, mesti ingt orang yang masih perlukan mkn, duit and segalanya. Eh tetiba jadi ustajah plak.. Ampunnnnn :p Apa yang kita buat semoga menggembirakan hati orang. Yang tak boleh lihat kesenangan orang, sila cuci hati and taubat byk2.. Eh, dh lari topik lak..

Masjid Ubudiah ni terletak di bandar Kuala Kangsar :) leh la singgah untuk solat sunat/jamak kat sana if travel jauh kan.. Masuk bandar Kuala Kangsar ni banyak tempat2 antik gitu.. Ehehe...


Kat bawah ni pulak gambar ni dalam masjid.. Memang cantikkkkkkkk sgt :) subhanallah ....

Lepas solat and mandikan anak2.. Ayah Ros ajak mkn laksa Kuala Kangsar.. Punya confident dia cakap sedap..tapi sekali makan..hmmmm hampeh la jugak.. Rupanya kitaorang salah tempat mkn.. Yang tempat ayah mkn kat belah belakang kedai tu.. Takpelah xde rezeki kami.. Nanti datang, leh try lagi :) 


Dah la laksa ciput, tetiba ade telur mata lak.. Wakakka.. Memang lain dari lain..laksa pun xrasa laksa...kekkekeke :p 

P/s: nanti mak ayah nak gi Johor plak. Kalau tak kerana renovate tembok umah, memang ku dh ikut..kikikiki :p tapi kekadang jalan tanpa asben ni takbesttttttt :(