Tuesday, December 31, 2013

Rainbow Birthday Party Geng Blogger :)

Alhamdulillah selamat pergi selamat pulang. Memula plan memang tak pergi birthday ni. Tp tetiba mak ayah ajak jalan time cuti krismas ke KL. Apa lagi terus la nak ikut. Sbb pertama nak bday tu lah. sbb kdua adalah IKEA. Mcm mcm nak beli, tapi sampai sana sayang duit. Cucimata je la. Hahaha. Ada la grab frame untuk rumah skit :-)

Kisah bday party memang best sgt. Dapat jugak Ros join gathering korang. Dapat mengeratkan lagi kenalan. Wah gittewww :-) suma geng blogger. Super cantik la semua2. Daku tak terhandle dgn dua orang anak ni. Ramai yang tak sempat nak bergambar... Dengan mak2 bday girl&boy pun tak sempat nak bergambar. Thanks jugak pada yang tegur Ros masa tu.. Ada yang kenal Ros laksa, ada yang cam Humaira :-) 
Tggu bday lain, memang nak angkut suami. Hahaha. Apa pun tak puas jmpa korang. Hrap 1 hari nanti dpt kita borak2 n jumpa lagi. Tq korang sudi jemput. Sanggup ku redah dari Penang Demi mu anak2 comel Ammar, Syasya, Sofiyya, Zain, Rayyan dan Iman :-) :-) Goodies korang memang terbaik.. Tak sempat nak snap, sampai umah mak sedara anak Ros dah sepahkan :p
                              
                              
                              
    
        
      

Monday, December 30, 2013

UMIE SUE 1st Giveaway

Teringin nak join giveaway ni sebab ade gambar.. Sejak pindah rumah baru ni, memang tak sempat nak join mana2 giveaway..sedihh :(

InshaaAllah ade rezeki mana tau leh menang.. Tak menang pun xpe, suka dpt tambah2 kenalan n merapatkan lagi hubungan kan..wah gittewww.. Eh dh melalut.. :p

Bercerita tentang anak mengemas rumah ni memang selalu baya baya ni memang akan sibuk kan nak menolong. Dulu memang Auni takut dengan vacuum tapi setelah dipujuk adik tak takut, mama tak takut. Akhirnya dah berani pegang  :) bila dah pegang harusla posing dulu kan mama nak amek gambar. Hahhaha.. Sekarang ni kalau ade sampah ke plastik, memang dia akan pergi buang dalam tong sampah. Pantang nampak kotor amek kain lap tempat tu :) Alhamdulillah semoga menjadi anak yang pembersih.. Rumah bersih kita pun sehattt :)

                       Aci tak kita vacuum sambil posing dulu??? Hehehe..

Monday, December 23, 2013

Resepi cupcake vanilla oreo birthday Auni :)

Memula Ros memang nak order je cupcake. Sebab masak kat rumah baru ni suma duk kat bawah. Nampak sedikit leceh di situ kan. Tp disebabkan kecian kat kakak yang buat tu, Ros gigih la buat sendiri.. Hehhehe.. Duk harap sgt jadi sebab selama ni duk wat kek tak penah sempurna. Resepi amek kat blog mat saleh.. Xingat dah la.. Cari2 tak jumpa. Tp Ros ada copy kat notes dalam ipad :)

Ni resepi dia untuk cupcake vanilla saja. Tapi Ros tmbah oreo. Sebab sebelum ni order memang sedap  cupcake oreo tu.. Hehehhe... Nanti housewarming nak try buat lagi. Berlagak kata ko :p

Bahan-bahan:- (dapat 40biji cupcake)

1)170g butter.. (Kt kertas buttercup ada ukuran siap2 dlm grm, so potong jerla agak2) 
2) 3 biji telur 
3) 2 1/2 cawan tepung gandum
4) 1/2 sudu kecil garam
5) 1 cawan gula kaster (resepi asal 1 1/2 cawan)
6) 3tudung esen vanilla 
7) 1 cawan susu pekat (ros guna susu pekat, sebab susu fresh xde :p)
8) 2 1/2 sudu kecil baking powder
9) 1 1/2paket oreo ( satu buh dalam acuan cupcake, satu lg untuk tabur) (krim tengah dibuang yer)

Cara-cara:-

1)Mula dengan panaskan oven suhu 170c.
2)Ayak tepung, garam dan baking powder.
3)Putar butter, msukkan gula and telor satu persatu dan esen vanilla
4)Masukkan tepung dan susu selang seli.
5)Dah nampak sebati, masukkan dlm cup (buh half je tau sebab nanti dia naik penuh)
6)Bakar dalam 20minit.. Ni oven ros yer.. :)

Untuk buttercream plak Ros derhaka sikit. Hehhehe.. Saje tambah creamcheese untuk bg lemak :)

1) 80g butter
2) 250g krimwell
3) 250g creamcheese
4)1/4cawan gula icing ( ros kurangkan lagi)
5) 1tudung esen vanilla

Cara-cara :-
1) potong butter kecik2
2) ayak gula icing
3) putarkan semua bahan diatas sehingga kembang
4) kemudian masukkan dalam piping bag and designkan atas cupcake.

Lastly korang tabur la oreo yang dihancurkan atas cupcake tu :)


Sunday, December 22, 2013

Kisah MRI SCAN Humaira

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sekali scan je doc cakap sebab Humaira xde pergerakan langsung. Sebelum buat scan ni, Humaira kena start puasa pukul 5pg. So mlm tu Ros gigih masak moi untuk dia untuk sekali makan. Lebih kurang dalam pukul 4pg mcm tu, Humaira jaga and Ros paksa dia makan.. Dekat semangkuk jgak dia makan and lpas tu bg susu.

Sampai kat hospital memang dia tak tak tido lagi. Dalam pukul 9pg mcm tu dia dah start nak tido. Dalam tido tu doc suh bg makan ubat tido. Lagi lama la dia tido. Time nak scan tu tetiba ada problem, elektrik takde kat hospital tu. So kitaorang dah gelabah takut kena bagi 2nd dose kat dia. Asben dah mula nak marah, tadi paksa2 budak tu makan ubat tido, sekarang ade problem lak.. Memangs ebelum tu dah nampak kelam kabut.. Tapi diorang paksa jugk suh bg ubat tido.. Alhamdulillah sekali je bagi tido sampai 3jam :) 

Untuk keputusannya, semuanya NORMAL. Sampai doc ckap taktahu punca dia lambat. Oleh sebab Humaira dah pandai duduk sendiri and bangun berdiri, doc cakap mungkin tulang dia jer yang lambat nak keras. Pergi homopati pun doc cakap mcm tu.. Kalsium dia lambat serap. InshaAllah harap sangat Humaira dapat berjalan satu hari nanti. Kita hanya berdoa, yang merancang semuanya Allah :) mungkin ada hikmah di sebaliknya..


P/s : lama tak update blog, lama jugak tak terjah blog kawan.. Busy apa pun tak tau. Minggu ni semuanya tak sehat. Bergilir-gilir sebelum ni, semalam semua skali tak sehat. :(


Friday, December 06, 2013

Apa ada di Malaysia?? Lawak petang :) :)

Untuk hilangkan sedih2 ros jom layan gambar ni.. Hehhehe... :) 
Tq korang bagi semangat kat Ros.. In shaa Allah akan cuba tabah dan kuat...
Ros tetp akan datang blog korang if Ros memang free n tenet ok.. 
Kalau taknampak Ros tu, tenet memang slow sgt... :) 

MRI SCAN HUMAIRA

Rasa luluh sangat hati bila tau Humaira nak kena wat scan MRI ni. Rasa mcm tak nak pergi , sebab tak nak tau result. Ahad ni 8/12 jam 8pg, Humaira kena wat ujian tu. Jam 5.30pg dah tak blh mkn apa2, bmkna Humaira kena puasa dan akan dberi ubat tdo :-( Seberat2 dugaan Ros, ada lg yg berat. Ros terima dugaan Allah jika ia dah beri. :-) Korang doakan jugak smua dipermudahkan dan result brain Humaira normal.
Alhamdulillah result darah Humaira Ahad lepas smuanya normal. Doc ckp kalau keputusan MRI normal, diorang nk test kromosom and genetic. Selagi xjumpa knapa, akan terus diuji :-(
Semoga kita semua kuat mghadapi segala ujian. Dalam kesedihan, Allah takkan lupa untuk selitkan secebis KEGEMBIRAAN untuk kita. Mungkin nak hapuskan dosa2 lampau. Mana tahu kan RAHSIA ALLAH :-)

Thursday, December 05, 2013

Pray 4 KUANTAN!

Ya Allah sdih bila pikir nasib kekawan yang di Kuantan. M0ga diorang tabah menghadapi dugaan yang sebesar ini. Ada yang byk brang tak diselamatkan :-( Mudahan diganti dgn rezeki yang lebih baik. Mungkin ada hkmah di sebalik semua ini.

Teringn nk bersama korang semua untuk k0ngsi ksedihan. Harap korang semua selamat dan dilindungi. ITU YANG PENTING :'(

Monday, December 02, 2013

Selamat hari Lahir Nur Auni & asben :)

Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur diberi pinjaman Allah ini sudah berumur 3tahun :) Semoga Nur Auni menjadi anak yang baik, bijak dan solehah yer.. :)

Selamat hari lahir jugak untuk asben :) Semoga dimurahkan reZeki, dirahmati Allah.. Jadi suami yang baik dan bapa yang cemerlang untuk anak2 yer... Hehhehe...


Birthday Nur Auni ni selang sehari dengan papanya. So mama sambut sekali la :p Memula ingat nak buat NASI AYAM jer. Buat untuk makan 2beranak. Tetiba MIL cakap nak datang, so memula memang panik jugak.. Lastly Ros goreng bihun singapore takut tak cukup lak Nasi ayam tu. Bila mil datang, bawak ayam mcd lg untuk tambahan.. Tq sgt untuk kakak ipar, adik ipar n anak sedara yang datang meriahkan lagi. :)


Untuk birthday kek plak, Ros cadang nak order jer. Tapi sebab kesian kan kak anne tu yg terpaksa buat sendiri.. Memang takut tak jadi ja sebab xpernah jadi tau wat kek sebelum ni. alhamdulillah kali ni cupcake jadi. Boleh la nak buat lagi :) untuk resepi Ros amek kat google jer. Nanti Ros paste kan resepi untuk entry seterusnya.. Memang superb and gebu la cupcake ni :)