Thursday, October 31, 2013

Game addicted : Hay Day

Benda gini pun nak citer kan..kikiki...suka hati lah, blog sendiri, apa nak citer pun boleh okeh... :p takmo baca, jangan baca!!! Hmm bercerita tentang game ni, kalau duk umah boleh la nak main game kan. Hilangkan boring katakan. Lepas masak kat anak-anak, time rilex layan game kejap.. Kain pun sanggup tak lipat oi main games ni... Hahahaha

Ros sekarang addicted dengan game HAY DAY ni plak.. :) dulu duk bising pasal candy crush lastly sangkut terus tak main.. Merajuk katakan..kikiki.. Game ni susah jugak la sebab nak main bagi capai goal untuk dpat level seterusnya. Nak capai goal kena la buat ternak lembu untuk dapat susu, bel ayam untuk telur dan sebagainya :)
Jom layan gambar saje :)



Resepi laksa Versi Ros :)

Ampunn ea kalau tetiba blog ni bertukar blog resepi jap..wakkaka... Ros ni kalau buat laksa, memang ade time sedap, ade time tak sedap.. Asben yang cakap. Lagi satu xpenah ada rasa tetap. Kalau masuk pertandingan, tak boleh nak cam laksa Ros.. Haiii la en.asben pandai sungguh komen yer.. Acu try masak tengok, meh nak rasa :p

Bercerita tentang laksa ni, boleh kata dalam sebuln mesti nak buat laksa.. Hantu sgguh tau.. Tak tau nak buat macam mana untuk hapussssskan... Doa2 jangan sakit urat la... :p ari ni pulak nak share resepi laksa Ros buat ala ala sedap and kena tekak asben :)

Bahan-bahan :

*1kg ikan kembong ( direbus dan diblend )
*2biji bawang besar holland.. ( suka guna bawang ni sebab manisss )
*2genggam cabai kering ( nak kurang pedas kurangkan )
*segenggam daun kesum
*2batang bunga kantan
*5-6tangkai daun pudina
*sebiji nenas
*2sudu besar otak udang
*belacan ( sebesar ibu jari )
*kiub ikan bilis ( untuk nak bg rasa ikan lemak )
*8-9keping asam keping

Ulam-ulam :

Salad
Bawang besar
Cabai melaka
Timun
Limau nipis
Bunga kantan
Nenas


Hasil selepas di blend :)
Ros kalau wat laksa, jarang amek kepala ikan.. Sbb bg auni mkn jugak.. Jadi amek isi n tulang jer :)
Ni antara bahan yang telah dikumpul.. Campak je semua dalam kuah nanti.. 
Nanas ni kalau ade sedap...kuah manis xperlu buh gula dah :)
Otak udang guna brand ni.,yakin sikit :)

Ni semua sekali bila dicampor...bila dah kacau hasil kat bawah :)

Hasil selepas dikacau :)
Ok... Kuah akan jadi buih gini, masak sehingga hilang buih baru sedap.. Lagi lama masak, lagi tahan kuah tu.. Esok pun boleh mkn lagi :)

laksa ros suka brand ni.. sebab brand lain mcm liat2 sikit..ikut citaarasa tekak yer :P

cepat masak.. tak sampai 10min dah kembang elok :)


dan hasilnya selepas siap...tadaaaaaaa :)

Wednesday, October 30, 2013

Bukan untuk riak....usahlah cemburu!!!!

Ok, Ros mengaku sejak akhir ni asyik update pasal RUMAH. Bukan untuk riak atau menunjuk, tapi just nak share tentang kegembiraan kami sekeluarga. Ramai komen cakap rumah cantik, hebat segala.. Tapi kalau di luaran hanya lah biasa saje.

Di sebalik kebahagiaan Ros tentang rumah ni, ade jugak Allah uji dengan Humaira yang slow movement sikit. Jadi Ros harap sangat, usahlah cemburu dengan ape yang Ros ada sebab di sebalik kegembiraan ini ada jugak kesedihan untuk kami. Sama-sama kita tabah menghadapiNya. Ros yakin ADA REZEKI KORANG SATU HARI NANTI CUMA LAMBAT ATAU CEPAT JE :) 

Ros yakin, yang datang BLOG ni hanya lah baik-baik aja.. Kita sentiasa mendoakan kebahagian orang kan :) semoga ALLAH merahmati dan melindungi kita. Amin :) Bila kita ditimpa kesusahan, kita kena pikir ada lagi orang yang lebih teruk ujian dari kita. Dari situ kita boleh insaf.. Di samping itu, ujian Allah tanda Dia sayang pada kita, mungkin dengan ujian itu kita bertmbah dekat denganNya, murah rezeki atau berkasihsayang sesama keluarga.

UPDATE: Btul kata kakmi, rezeki bukan satu ja. Rezeki ada pelbagai bentuk iaitu dalam kesihatan, kebahagiaan dan segalanya... Syukur jugakk kalau kita diberi keluarga yang sihat... :)

P/s : semalam rumah kawan geng gojes, ETTY telah dirompak.. Barang baby pun perompak nk curi. Haishh,, semoga etty tabah menghadapinya... Jangan pikir bkn2, fikirlah Allah sayangkan kita dan nak gantikan dengan yang lebih baik lagi.. :) sayang kamu ketat2222....




Nak teaser jugak!!

Tuesday, October 29, 2013

PENANG Expo baby Nov 2013 !!

Jeles weh tgk korang belah KL always ada fair dan sales. Ros teringn nak pergi expo ni tapi mcm takdapat je sbb minggu ni sibuk dgn ukur grill&langsir kat umah bru. Nasib lah. Dah la susah nak ada :-( Dalam hati nak sangat asben ckp boleh.wakakaka B-)
Q

Repair/balut sofa lama :)

Kali nih nak ceritakan tentang sofa kat rumah Ros sekarang ni.. Memang tak sanggup nak tengok sofa tu lg.. Dengan terkopek kulit. Bila letak kat mana2 habuk dia mesti ade. Tak larat nak vacuum/sapu. Jadi nak jimat Asben suh hantar balut and letak kat rumah baru. Tapi masalahnya sofa L-shaped ni belah kanan. Kalau nak nampak kemas kena L-shaped belah kiri. Hmmm tunggu jer lah hasil nanti bila dah siap.. :) mana tau kot2 asben nak beli sofa baru...kikiki... Tambah pulak end of the year ni mesti SALE BANYAKKKKK kan... :p kat bawah ni ialah tempat balut/repair sofa area Taman Ria Sungai Petani, Kedah


Kat bawah ni pulak rupa sofa yang dimaksudkan.. Tengokkkkk....betapa terukkkkkkkk :(

Selamat diangkut untuk dibalut baru :) 

Monday, October 28, 2013

Anak happy, mak lg happy :-)

Alhamdulillah diberi pinjaman ini :-) semoga menjadi anak solehah dan bijak serta dirahmati olehNya.

Friday, October 25, 2013

Inilah KEAMANAN yang sebenar!!!

Alhamduilillah bangga rasa BRUNEI DAH LAKSANA HUKUM ALLAH IAITU HUDUD. Itulah keamanan sebenar yang dpat Ros rasa. Semoga terbuka pintu hati semua untuk melaksanakan hukum ini di Malaysia. Kita mendoakan yang terbaik yer :) 


Thursday, October 24, 2013

Sape fail buat gulai, meh tgk sini :)

Sorry ea entri gedix bajet bagus di pagi hari. Ros ni xder lah terer masak pun tapi cuba untuk masak2 :P Selalu fail tau nak buat gulai ni, bila dah kawen dengan orang PENANG kena lah belajar buat gulai ni. Kalau korang nak tahu, masakan Ros ni selalu berubah rasa walau dah buat banyak kali. wakakaka... Sedih dalam kegembiraan :(

Di sini Ros nak share resepi gulai ikan cara Ros. Taktau lah bagi korang sedap ke x, Alhamdulillah kita cuba yang terbaiikkkkkkk :P

halba campur 1sudu besar, daun kari 2tangkai, bawang besar, bawang putih, halia(tgk sukatan kat atas) dan 2biji tomato :)
ni pulak paste kari..ikut suka korang lah brand ape pun.. bg Ros , paling suka cap o :)
asam jawa.. xsampai setengah sudu pun.. yang pandai guna ketui, guna lah yang tu :P

garam.. ros guna halagel, ia tak masin sangat.. nnt korang agak2 lah yer :P
panaskan minyak. ok, bab minyak ni ros guna sebanyak 150ml.. (abaikan kuali berkarat tuh) :P
tumis halba campur :)


masuk daun kari ( jaga-jaga sikit tau sebab bila buh daun kari, mcm meletup2 manja gitu :p)
masukkan bawang besar, halia dan bawang putih


masukkan tomato :)

Masukkan paste kari. kena pastikan betul2 pecah minyak.. Jangan memandai tambah air lg..lepuk tangan tu kang!!!


Dah nampak pecah minyak baru masukkan air, santan 150ml, ikan.. Ros buh dalam 150ml air ja :)

kemudian masukkan bendi dan asam jawa extra.. dan biarkan didih :)










dan hasilnya............................... tadaaaaa :)

lastly, JANGAN LUPA TITIS EXTRA VIRGIN OLIVE OIL untuk GULAI IKAN YANG SEHAT...wakakaka... :P













 P/S : Ampun ea kalau korang buat tak jadi jugak.. sila cuba berkali-kali....hahahhaha :P







Wednesday, October 23, 2013

Nak mudah orang komen , buat popup :)

Hmm sebenarnya Ros tak penah nak pikir banyak komen ke apa.. Seronok buat blog, ade komen singgah lagi seronok.. Dengan komen tu, bukan nak riak ke apa. Tp rasa jugak ada orang sudi membaca :) tq semua yang sudi tinggalkan komen pada blog ciput ni.. Hehhee

Pasal popup ni, kakmi ade tegur susah nak komen.. Sebab sebelum ni Ros buat yang reply terus one by one tu.., Rupanya yang tu susahkan orang tinggal komen.. So Ros dah bertukar... Tq jugak pada anezzamri dan nana farhana yang ajar cara nak buat popup ni :) Hehhhe.. Korang jgn lupa tinggal komen ye lepas ni ( hmm nampak sgt gila tggu komen org..wakakakka...) macam popup tu ade contoh gambar kat bawah ni :) kat COMMENT LOCATION klik POPUP WINDOW :)




Lagi satu, yang ade notification box tu tolongla remove.. Ros kekadang guna hp.. Cepat nak hang, baru nak taip code dah hang, terus tak tinggal komen..hehhehe.. Eh maaf ea kalau ade yang terasa pasal komen2 ni.. Masing2 nak yang terbaik kan.. Contoh ade kat bawah ni :) gambar sumber google :p

 Untuk hilangkan word notification macam kat atas tu, klik NO kat SHOW WORD VERIFICATION :)

                     

Occupational therapy HUMAIRA

Ahad lepas, si budak Humaira ni kena gi terapi iaitu terapi carakerja. Pakar tu tanya macam2.. Alhamdulillah byk Humaira dapat buat. Cuma bab nak support badan sendri dia tak blh lg. Duduk boleh bila didudukkan. Nak duduk sendri tak dapat lg :-P

Bercerita tentang terapi ni, dulu ros takut jgak. Tp dengan semangat suami dan kawan2 blogger group watsapp byak membantu untuk Ros pergi sana. Best jugak bila g sana. Nampak anak2 hepi je. Auni pun boleh join main :-)

Kat sana, dia ajar urut kuatkan tangan. Dan letak kiub atas kiub. 15minit dia suruh main dengan Humaira setiap hari. Hehe.. Kat sana, dah rasa anak Ros yang lambat tapi ada lagi yang lambat. Semoga anak2 terapi ni berdikari dan berjalan dengan mudah. Ros buat terapi ni dekat Hospital Sultan Abd Halim, Sungai Petani. Senang buat kat sana sebab leh request hari Ahad. :)

Kecian tengok kena wat macam tu..hihihi
Kakak Auni pun nak sebuk2 :p

Sunday, October 20, 2013

Home progress : Lampu dan kipas

Sebenarnya Ros tak tahu sangat bab lampu-lampu yang asben beli. Nak update ni pun duk tanya dia benda ape n harga :)  Cuma dia ajak Ros teman gi beli lampu untuk letak kat ruang makan , porch and ruang tangga.. Bercerita tentang lampu ni, memang semua cantik sangat. Ada yang dah kami berkenan tapi takda stock. Kadang tu ada yang berkenan tapi harga lebih rm1k++ lak.. Asben cakap dia bajet dalam rm3-4ratus untuk lampu ruang makan. See bajet memng tak banyak. So dah kna pesan, jangan nak over2 nk lampu cantik :p



Bila buat plaster ceiling, memang kena pasang lampu downlight. Downlight ni pulak buat Ros pening, ada LED ada ENERGY SAVING. LED ni mahai banyak dari ENERGY SAVING ni :) so, asben decide bahagian bawah semua LED. Harga dalam rm28/perset :) Bahagian atas, semua energy saving je. Harga dalam rm8/perset. Kat bawah tu ada bermacam jenis lampu downlight. Total guna lampu downlight ni kat rumah Ros 40biji.. Giler kentang punya banyak.. Harap cahaya lampu itu turut disertai cahaya nur... Ahhhhh melalut sudah.. Ampunnn yer...


Untuk lampu porch pulak, kitaorang pilih yang simple jer.. Iaitu yang ade cermin kat tengah. Leh tgk gambar kat bawah tu :)
            
Lampu dekat meja makan ni memang teringin candelier, tapi sebab bajet ciput buh la lampu philip ni.. Lampu philip kat bawah tu harga dia dalam rm5++.. Kitaorg mmg xbeli lg, masih lg survey2.. Tetiba ada jumpa lampu yang sama di kedai yg lebih murah iaitu harga rm3++ so terusla rembat.. Tak dapat nak bayangkan bila pasang nnt mcm mana.. Mungkin ade sedikit kelainan..wakakkaka.

Lampu philip ni la yangmenjadi pilihan kami. Nak simple sangat kan?? :p

Ok.. Settle bab lampu, kali ni kisah kipas pulak. Tentang kipas ni, Ros cadangkan brand panasonic or KDK :) Rumah yang sekarang ni Ros duk pakai brand alpha. Memang cantik design dia tapi kualiti dia pun suam2 jer.. Tapi sekarang ni dah maju, if rosak ia dah ada warranty and boleh service. Lain orang lain citarasa yer.. Takmo kutuk Ros plak pasal brand kipas ni. Rumah baru memang asben beli brand panasonic. Kat ruang tamu atas dan bawah amek yang ada remote 5bilah rm270. Bahagian bilik semua buh kipas biasa jer iaitu panasonic 3bilah rm125. 


Kat bawah ni ada contoh kipas, asben pilih warna putih sebab tak nak bagi 'berat' sangat deco nanti.. Sebab langsir, tv mesti dah warna gelap. So belah atas mesti nak nampak 'ringan' kan.. :) lagipun putih itu bersih :) heheheh


Semalam dah pergi tengok rumah, lampu downlight bawah semua dah pasang, cuma tinggal belah atas and lampu yang besar tak pasang lagi :) alhamdulillah.. Semoga semua dipermudahkan :) nampak beza kan atas dengan bawah? Bawah tu effect gambar instagram je... Wakakakka :p