Thursday, January 31, 2013

Roti canai TRANSFER ROAD, PENANG

Memang famous jugakla tentang ROTI CANAI nih.. BAK kata KALAU MAI PENANG, TAK KENA TAK SAH LA SBB ROTI CANAI KAT TRANSFER ROAD NI ANTARA MAKANAN MENARIK DI PENANG :) hihihi...

Bagi Ros, kalau makan situ memang lagi sedap dari TAPAU wat balik, sebab asben pernah wat balik tapi rasa tak mengancam..kahkah... Makan kat situ memang lagi power, meleleh.. walaupun comot2 kuah dia kat pinggan tu RASA ITU PENTING..

Sesiapa yang suka pedas memang sedap roti nih.. sesape yang alah pedas memang tak leh makan sebab kuah ayam pedas sangat.. and AYAM dia makan sebelah tangan pun bolehh sebab LEMBUTTTT sangat :P

hanya di tepi jalan...berhadapan dengan nasi padang...
mak over lebihhhh... hahahah :P

Wednesday, January 30, 2013

4bulan sudahhh..SYUKURR...

Alhamdulillah sudah 4bulan pinjaman ini. Syukuurrr YA ALLAH :)
Semoga diberi kesihatan yang baik.. Humaira baru meniarap masa MAULiDUR RASUL bebaru nih..
Sekarang kalau letak je, mesti nak bergolek.. :P Susah nak tido siang, kalau tidur elok pun malam jer.. Siang banyak nak main and bertegur sapa..hahhaaha...

humaira with auni :)

Tuesday, January 29, 2013

its my birthday :) alhamdulillah

SYUKURRRR kerana masih lagi diberi peluang untuk bersama anak-anak dan suami :) serta dapatla berubah sedikit demi sedikit untuk kebaikan di dunia dan akhirat..

ALHAMDULILLAH Sabtu lepas 26JANUARI 2013 genap umur Ros 23TAHUN :) Pada sesiapa yang panggil 'kakak' tu TAKE NOTE yer..Hahahha... ala Ros gurau jer, xkisah pun :P Semoga dapat menjadi isteri, ibu dan anak yang baik. Dapat jugak birthday suprise dari my husband.. Hmm, memula ingt asben lupa dah..kihkih..rupanya suprise pepagi lepas Ros bangun.. Tak nampak pulak masa dia balik bawa bunga bagai... haishh pandai yer..
suprise bunga and duit..tq lalink :)
DOMINO PIZZA..order banyak sebab kawan asben ade dtang :P

Yang kedua ialah asben belanja PIZZA DOMINO.. Penghantaran lewat akan dapat voucher untuk beli pizza seterusnya, so guna voucher lepas untuk order.. Hari sabtu lepas memang makan pizza sampai mlm :P Pizza 7 wonder meat tu memang terbaik lah,, Yang bbq chicken masin sedikit and sos dia tengit sikit..hmm kira tak best la bagi Ros..tapi tekak lain2 yer :)

pinjaman yang amat bermakna bg Ros..syukurr :)

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur rasul dan kelebihan selawat

Assalamualaikum...
Salam maulidur rasul kepada semua...
Insyallah xde halangan minggu depan Ros start blogwalking..see you :)

KELEBIHAN BERSELAWAT :)

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

sumber:http://paramedik.bbfr.net/t3591-keajaiban-selawat-nabi

Wednesday, January 16, 2013

Tahniah blogger @siti nursyuhada

Alhamdulillah tahniah kepada blogger sue kerana selamat melahirkan baby boy.. Tetapi baby masih berada NICU :) apapun sue ucapkan terima kasih sgt pada korang kerana mendoakan yang terbaik untuknya..

Doakan baby sue sehat semuanya :) apa2 nanti ros gtau..insyaallah tak lama lg sue mungkin update blog dia. :)

Friday, January 11, 2013

Nur Auni vs Humaira

Assalamualaikum semua...

Salam jumaat.. Hepi sangat bila tiba jumaat, sebab masa untuk keluarga..haahh.. Walaupun Ros ni surirumah jer tapi rasa lagi lengkap bila en.asben pun ade kat rumah.. Ekekke :p

Hmm banyak perbezaan kakak n adik ni.. Apapun semoga mereka lebih sehat...Insyaallah :) doakan ye kekawan..



Thursday, January 10, 2013

TOP 25 NAMA BAYI 2012

Top 25 nama bayi lelaki.              
1. Mohamed                             
2. Ahmad                                 
3. Adam                         
4. Rayyan                          
5. Daniel                         
6. Danish.                          
7. Haziq                              
8. Iman                        
9. Zikri                           
10. Irfan                            
11. Ashraff                    
12. Ariff                           
13. Amsyar                 
14. Zarif                        
15. Aqil                             
16. Mikhail                 
17. Umar                            
18. Aaron                             
19. Jayden                    
20. Aish                          
21. Haikal                    
22. Harris                            
23. Naufal                      
24. Aiman               
25. Aryan.

Top 25 nama bayi perempuan
1. Nor
2. Zara 
3. Sophia
4. Aishah
5. Alicia
6. Alya
7. Hannah
8. Iman
9. Damia
10. Arissa
11. Safiya
12. Humaira
13. Keisha
14. Irdina
15. Iris
16. Amani
17. Dhia
18. Marissa
19. Adelia
20. Husna           
21. Nurul
22. Sara
23. Qaisara
24. Qalisha
25. Aqeelah



Sumber : http://www.babycenter.com.my/a25004585/malaysian-baby-names-2012?scid=my_en_bulletin_all_baby#ixzz2HHCtHsPn

Monday, January 07, 2013

birthday party ASBEN&AUNI

Sorry yer entri tertangguh..bak kata dah basi.. tapi nak cerita jugak sebab last year memang tak sempat nak story mory sebab sibuk sangat..hehhehe..

Kali ni, Ros sambut simple jer..Hanya sambut berempat. Nak wat besar-besaran kena tunggu Ros bergaji besar,..ekekeke... :P Maklumla suri rumah ni tak bergaji sgt, hanya cukup makan :) Tahun ni memang order jer ke sebab baru je lepas abis pantang :)..Tahun depan inshaallah nak cuba buat sendiri.. kikiki :P

oreo vanilla cupcake :)




ipad jatuh atas kaki..fuh!!!

Haa ni lah bahaya IPAD bagi kanak-kanak yang sebaya Auni. Kalau diorang duk main sambil duduk memang tak kisah sangat. Macam anak Ros ni suka usung2 ipad. Pegang pulak sebelah tangan :(

Malam yang kena tu, memang menggeletar kaki dia. Memang cuak sungguh tengok keadaan dia masa tu :( alhamdulillah dia tak de demam balik sebab sakit tu. Esoknya memang tak berjalan sampai ke petang, mengesot je banyak. Kesiian  sangat tengok..

Sekarang ni, Ros and asben je yang duk risau tengok dia lari2 macam orang tak sakit kaki..huhuhu..
Kekadang memang balut jari dia tu sebab darah duk asyik kuar jer.. bayangkan jari budak umor 2tahun terkena macam ni..haishhh :(


masa memula kena, sekarang dah makin biru and tunggu kuku cabut :P
budak dah boleh berdiri dengan kaki sendiri :) alhamdulillah

Thursday, January 03, 2013

space sheriff gavan VERSI Auni

Hmm xtaulah ape tu space sheriff gavan sebab asben Ros yang reka tulisan kat gambar auni tuh. Try google baru tau kartoon versi dulukala...hahhah :) Apapun jom enjoy dengan pic.. Bagi ros, nak gelak pun ada sebab gambar tu Ros ambil masa birthday dia. Suruh posing macam2 pulak aksi dia..hhahaha

 

Wednesday, January 02, 2013

3bulan sudahhh...syukur :)


Alhamdulillah SYUkur atas kurniaan mu ini :)Humaira 3bulan sudah 28.12 ari tu.. Semalam Ros ade checkup Humaira di hospital untuk scan brain dan hati dia. Semoga ini ujian yang terakhir bagi Ros dan sekeluarga :) Keputusannya alhamdulillah semua NORMAL. Syukurrr....!!!! Punca doc nak scan tu sebab Humaira ada tanda merah kat hidung(dikenali sebagai capillary hemangioma). Tapi selepas scan doc cakap just tanda biasa(dikenali salmon patch) :)

KUNING
Bercerita pasal kuning dia ari tu, Ros kerap jugak kena ulang alik hospital.. Firstly doc amek darah untuk check tiroid, memang luluh hati je rasa. Nak update blog masa ni memang sedih+down sangat.. Rasa macam nak kena pulih semangat balik. Huhuhu...

Second pergi, doc ckp tiroid tak de and nak amek darah lagi untuk check kuning kat hati sebab masih tinggi..Aduhai...

third pergi, doc cakap kuning kat hati dah semakin berkurang.. And bagi appointment untuk scan brain and hati dia plak untuk tanda lahir di hidung dia..Rasa macam tak nak pergi jer..Nak suh asben jer pergi..takut nak dengar result doc :P
insyaallah demi mu anak, mama sanggup hadapi segalanya...

BERAT
Pasal berat pulak, HUMAIRA dilahirkan berat 3.6kg.. Lepas bersalin terus dimasukkan NICU akibat gula rendah. So terpaksa berpuasa untuk check kadar gula. Tak silap ros hari ketiga baru dapat BF :( Masa nak keluar wad tu, berat HUMAIRA hanya 3.2kg jer..huhuhu..

Bila checkup sebulan, berat humaira hanya 3.6kg jgak, sama berat masa lahir. Doc dah suh campur susu sebab dia kata berat tak naik. tapi diorg tak tahu yang berat anak Ros dah turun banyak masa puasa dalam NICU ari tu.. Bila bgtau dia ckp kena naik sekilo sebulan.. Fuhh jenuhla mcm tu.. TEtap jugak Ros bagi susu badan. Alhamdulillah kini 3bulan dah 5.5kg :)




















P/s untuk diri bangkit lebih tabah: KEKADANG ALLAH MENGUJI KERANA AMAT SAYANG PADA HAMBANYA. ALLAH MENGUJI APA YANG HANYA KITA MAMPU LALUI. Semoga ujian membawa kebahagian untuk diri Ros sekeluarga :) amin.....