Sunday, December 22, 2013

Kisah MRI SCAN Humaira

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sekali scan je doc cakap sebab Humaira xde pergerakan langsung. Sebelum buat scan ni, Humaira kena start puasa pukul 5pg. So mlm tu Ros gigih masak moi untuk dia untuk sekali makan. Lebih kurang dalam pukul 4pg mcm tu, Humaira jaga and Ros paksa dia makan.. Dekat semangkuk jgak dia makan and lpas tu bg susu. 

Sampai kat hospital memang dia tak tak tido lagi. Dalam pukul 9pg mcm tu dia dah start nak tido. Dalam tido tu doc suh bg makan ubat tido. Lagi lama la dia tido. Time nak scan tu tetiba ada problem, elektrik takde kat hospital tu. So kitaorang dah gelabah takut kena bagi 2nd dose kat dia. Asben dah mula nak marah, tadi paksa2 budak tu makan ubat tido, sekarang ade problem lak.. Memangs ebelum tu dah nampak kelam kabut.. Tapi diorang paksa jugk suh bg ubat tido.. Alhamdulillah sekali je bagi tido sampai 3jam :) 

Untuk keputusannya, semuanya NORMAL. Sampai doc ckap taktahu punca dia lambat. Oleh sebab Humaira dah pandai duduk sendiri and bangun berdiri, doc cakap mungkin tulang dia jer yang lambat nak keras. Pergi homopati pun doc cakap mcm tu.. Kalsium dia lambat serap. InshaAllah harap sangat Humaira dapat berjalan satu hari nanti. Kita hanya berdoa, yang merancang semuanya Allah :) mungkin ada hikmah di sebaliknya..


P/s : lama tak update blog, lama jugak tak terjah blog kawan.. Busy apa pun tak tau. Minggu ni semuanya tak sehat. Bergilir-gilir sebelum ni, semalam semua skali tak sehat. :(


8 comments:

msredcheesecake said...

Sy baru kat blog ni... Kenapa dgn Humaira?

Bismillahi syafi... Semuga humaira sihat selalu....

safiyyah osman said...

alhamdulillah.. :) ..

MamaAliya said...

Hi ros. salam kenal.Alhamdulillah result MRI normal. semoga bb Humaira dapat cepat berjalan. Ros boleh cuba masakkan sup kaki ayam utk humaira. sgt tinggi kalsium untuk kuatkan tulang anak dan juga org tua yg sakit lutut.ini petua org cina la.boleh juga makan dgn moi.

Asz Miza said...

Alhamdulillah Ros. Lega dengar. Insyaallah tak lama lagi Humaira akan jalan. :)

Ayang Noorainie said...

sabarlah ros..
Allah menguji umatnya dengan ujian yang mampu dihadapi oleh umatnya..
walau hanya kenal di alam maya, tp saya dpt rs kesedihan ros melalui blog ros..

semoga bby humaira tabah..

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Alhamdulillah... teman doakan segala yang terbaik untuk Humaira

~Lieza~ said...

Alhamdulillah...Humaira mmg normal Ros.. Ros kena yakin dgn Humaira... Chaiyok2 Humaira..

Chekgu Azrine said...

InshaAllah..semoga dipermudahkan ye urusan humaira