Tuesday, July 30, 2013

Jangan sakiti perasaan suami..

Isteri marah suami tak pergi solat terawih dengan ayat2 sinis dan membuatkan suami terasa hati.

Isteri itu lupa bahawa menjaga perasaan suami itu wajib sedangkan mengerjakan solat terawih itu sunat.

Inginkan yang sunat, yang wajib tergadai.

Sempena Ramadhan ramai orang komen orang lain tidak menunaikan solat terawih dan tingkatkan ibadah sunat kerana sibuk mencari harta.

Mencari rezeki, memberi nafkah kepada keluarga itu wajib sedangkan solat terawih itu sunat. Dengan niat yang betul, kerja mereka juga boleh menjadi ibadah kepada Allah.

Lagipun siapa tahu mereka itu mungkin ada berjaga malam untuk tunaikan solat2 sunat dan seumpamanya.

Rezeki manusia tidak sama, ada orang perlu bekerja lebih hanya untuk mendapat secebis rezeki berbanding orang yang hanya bekerja beberapa jam.

Pokoknya, usaha tingkatkan ibadah sendiri. Kurangkan melihat keburukan orang.

Orang beriman itu, pandangan mereka suci bukan bersifat benci.

Sumber: ~ Dipetik dari Wan Muhd Ali

~ Suami Isteri Bahagia

13 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

Betul..

Nurzakiah Hanum said...

setuju

e k i n ♥ y u s r i said...

setuju

ZazaMyMoon said...

Agreed!!

Irfa said...

sy terkena juga dgn post tu ;)
tp part ayat ni,sy gelak

Lagipun siapa tahu mereka itu mungkin ada berjaga malam untuk tunaikan solat2 sunat dan seumpamanya.

si isteri tahu siapa suaminya
jd dia tahu suaminya solat malam ke tak?
hihi

Kakzakie said...

Mencari yg terbaik tidak salah tapi jgn menyakiti
Jgn sesekali juga meninggalkan yg wajib
Semua Allah kurniakan fikiran utk mencari kebahagiaan dunia dan akhirat.

ctmah said...

sangat setuju =)

Khai♥Rin : anies said...

Kalu nk tegur, biar la berhemah kn...

Ayang Noorainie said...

indeed..thats y kite x pnh tnye hubby klo die x gi terawih..mybe agak kepenatan siang hari kot..

beranak kecik ni lom kesempatan nak gi terawih..huhuhu...rinduu..

♥ ROS ♥ said...

Memang kita kenal suami kita.. Tp suami ade melakukan solat mlm tnpa kita sedari :) hehhehe

♥ ROS ♥ said...

Samalah dgn ros.. Xdpt merasa terawih sejak ade anak.. Nak buat kat umah xtau la bila.. Jika umor pnjang, tahun depan insyallah :)

♥ ROS ♥ said...

Klu berhemah sgt susah nak faham kan..larikkkkk :p

♥ ROS ♥ said...

Amin... Nasihat yg terbaik... Tq kak selalu dtg blog ros..tharu. Sgt.. :)