Friday, November 30, 2012

Selamat hari lahir anakku...

Alhamdulillah syukur Nur Auni genap 2tahun hari ni. Semoga menjadi anak yang solehah, sihat dan bijak :)

P/s: sorry kekawan semua, Ros masih belum sempat nak melawat blog korang... Tq sgt sebab sudi dtg sini tau :)

Thursday, November 29, 2012

Tidur yang berkualiti

INFO TIDUR
Bismillah..
Tahukah anda kita semua sebenarnya tidak mendapat tidur yang berkualiti?
Semuanya habis terbalik, siang hari nak tidur tetapi malam menjadi "keluangman" yakni melawan fitrah alam dan keseimbangan tubuh badan.

Berapa jam kena tidur?
Jawapan nya mudah kembali pada sunnah. Apabila kita kuat berkerja di siang hari maka tidurlah awal bermula 10 mlm-3pagi zon ultraviolet iaitu zon recharge tenaga, baik pulih sel dan sistem hormon.

Ini bermakna dalam tempoh 5 jam sahaja anda sudah mendapat kualiti tidur yang sangat berkualiti. Di siang hari pula, jam 12 tgh-1 ptg pula pada puncak panas terik dan emosi tegang masa ini sesuai untuk berehat utk tidur sekejap utk reset hal ketegangan minda dan hati. Ianya berfungsi sebagai reset alarm memory utk sedar secara automatik pada puncak 3.00 pg (zon tahajud) utk beribadah di kala manusia diuji dengan kain selimut dan dengkuran hebat.

Maka ikut cara tidur sunnah kerana disebalik tidur tadi ianya menyusun kualiti hidup manusia sebaiknya. In shaa Allah.

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Doakan sahabat TTC

TTC ialah trying to conceive baby... Sebenarnya Ros pernah merasa perasaan itu. Sebab tu Ros terasa sangat kalau ade mulut2 yang masih tidak memahami..

Sahabat TTC yang Ros maksudkan ialah SITI NURSYUHADA :) Dia terpaksa tinggal di wad hospital sehingga bersalin. Apa masalahnya biarlah tuan empunya blog yang gtau sendiri.

Walaupun kenal hanya di alam maya, rasa macam dah lama kenal bila berjumpa :) Apapun sama-sama kita doakan sue and baby semuanya sehat belaka..

Ni blog siti nursyuhada :-

Monday, November 19, 2012

Thursday, November 15, 2012

Salam maal hijrah

Salam maal hijrah Untuk kekawan semua :)
1 MUHARRAM 1434H... Syukur alhamdulillah....

***ari ni Ros nak melawat seorang geng TTC yang berjaya pregnant tapi ade masalah kesihatan sikit. Harap korang doakan untuk dia yer... Nnt Ros gtau siapa yerk :)

Wednesday, November 14, 2012

Selesai berpantang..syukurr....

Alhamdulillah kelmarin genap 45hari Ros berpantang. Hmm ros tak pantang makan sebab my mom tak bagi ikut tradisonal sangat. Semua dia suruh try asalkan jaga barut dan bertungku. Ubat jangan lupa makan juga.

Sebenarnya dalam my mom suruh makan semua pun, ada jugak yang my mom tak bagi makan seperti laksa, mee, cendawan and macam-macam lagi. Kalau boleh benda-benda ni kena cukup 100hari atau umur anak 6bulan baru boleh menikmati semua makanan ni. Tapi masa Auni, lepas je 60hari ros dah makan suma.. Hahhaha.. Alhamdulillah tak sakit urat, nnt tua xtau lah..harap diberi kesihatan yang baik...

Di samping tu, mandi bunga adalah pelengkap untuk yang habis berpantang nih. Sekadar untuk buatkan diri kita fresh dan ceria selepas pantang :) Jangan terlalu taksub dengan mandi bunga ni dah lah sebab ada sesetengah mempercayai yang benda ni dapat cari jodoh, seri muka and macam-macamlah..
7jenis bunga+beluru(belah utara panggil sintok)+limau purut
Bunga yang dicampur dalam air.. Dimandi oleh mak sedara :)

Petua hati tenang :)

Thursday, November 08, 2012

Perkara Penting ketika berpantang

Alhamdulillah hari ni genap 40hari Ros berpantang. Next week leh la enjoy.. Tapi masih ade yang belum diselesaikan lagi. Insyaallah pelan2 merangkak :)

Kalau ikutkan pantang style Ros, memang semua makan.. Mak ros cakap jangan pantang makan, yang penting jaga ubat and bertungku banyak. Hmm air sejuk pun Ros kebas.. Air sejuk tau bukan air berais :p Tak tahan panas, rasa pening sgt bila panas dalam..Ekekek :p tengok mak Ros xde sakit2 urat pun... Alhamdulillah :)
Perkara penting ketika berpantang
Stokin : Memang patut kena pakai sebab takut angin sejuk masuk dalam badan. Orang dalam pantang takleh sejuk katanya... Huhuhu...

Bengkung : Kena pakai sebelum makan. Boleh kecutkan rahim dan kempiskan perut...hmmm :p bahan yang diperlukan untuk sapu diperut ade gambar dibawah untuk detail :)
**Minggu ke-1: limau nipis+kapur..(guna yang ni mmg gatai sikit)
 **Minggu ke-2: daun kapal terbang+kapur..(korang sapu sikit kapur di daun tu dan gosok hingga berbuih dan kuarkan air hijau daun kemudian sapu di perut buih tu)
**Minggu seterusnya : cuka nipah+kapur (ambil bekas yang xdiguna, buh sedikit ragi and cuka nipah kemudian gaul sekata..ubat paling mujarab, boleh ilangkan stretchmark and ilangkan lemak di perut.. Bau dia memang fuhhh busuk sungguh)
Bahan untuk dipakai bersama bengkung(sapu diperut)
Air rebusan mandian : Kalau boleh biarlah yang daun2 original sebab fresh jer. Ros mandi air ni selama 45hari. Boleh gunakan dengan gel mandian serai set bersalin afiat.
Daun yang digunakan untuk direbus ialah : 
1)daun serai wangi
2)daun pandan
3)daun kunyit
4)daun limau purut
5)daun inai
6)daun lengkuas

Tungku: gunakan batu yg leper sebab senang nak cungkil bawah perut... :) jangan letak tungku ata perut masa memula sebab takut peranakan mendap ke tulang punggung.. 

Pilis : sapu di dahi untuk hilangkan pening kepala

Minyak urut: untuk sesi berurut wif bidan :)

Bab makan ni, my mum cakap makan je semua sebab nanti senang masa depan kita. Sebab tak semestinya kita akan berpantang dengan bantuan orang jer.. :) so, yang preggy tu sila amalkan pemakanan yang sehat semasa anak sulung yer.. Macam AIS, LAKSA, MEE, CENDAWAN, CENDOL kalau boleh elakkan dulu.. :p SAYUR DAN BUAH JANGAN LAK KORANG PANTANG, KANG TAK PASAL SUSU BADAN BOLEH DOWN... :) AIR JANGAN LUPA MINUM BANYAK UNTUK HASILKAN SUSU :p 
Pelbagai jenis lauk pauk dalam pantang..yummy.. Makan je semua... :) 
Kat bawah ni pulak gambar si 'JUNIOR' diurut oleh mak sedara(tukang ngurut).. Macam mana mama diurut, mcm tu lah dia nak.. Yang hairannya, nak guna minyak panas tuh.. Fuhhh!!!
Aksi my 'auni' ketika diurut... Heheheh

Wednesday, November 07, 2012

Demi CUCU :)

Alahai tokwan... Sanggup la di'buli' oleh cucu.. Rasanya suma tok macam ni kan bila bermain wif cucu.. :)

Tuesday, November 06, 2012

Bayi demam dan naik ruam dalam pantang


Alhamdulillah Ros dapat lalui semua ini dengan sempurna :) Siapa tak panik kan bila anak kita yang masih dalam pantang DEMAM? Sebenarnya doktor ade cakap yang DEMAM semasa berpantang ni normal tapi dengan syarat sebelum ni dia penah stay seminggu lebih di hospital. Badan bayi baru nak survive suasana luar tu yang boleh menyebabkan dia demam. Sebab DEMAM ni selalunya dia nak panaskan badan untuk matikan kuman dalam badannya. :)

Ros alaminya ketika 2minggu berpantang apabila HUMAIRA tetiba demam. Suhu pulak mencanak naik sehingga 38celcius. Memang cuak habis and cepat refer doktor kat bhgian emergency. Lastly doctor cakap ia normal and suhu badan 39-40celcius baru bahaya serta ade tanda taknak menyusu, naik ruam seluruh badan.

Doctor ada bagi ubat demam untuk HUMAIRA and Ros takbagi langsung ubat tu sebab baby masih kecik nak makan ubat. So balik rumah, Ros jelum kepala baby dengan AIR ASAM JAWA. Alhamdulillah petang esok tu dah turun ke suhu normal. Katakan air asam jawa tu tak berkesan nampaknya terpaksalah Ros bagi ubat tu. Alhamdulillah Allah cepat legakan demam Humaira :) And lastly, jangan pakaikan baby baju yang tebal kalau diorang DEMAM yer..

PENYELESAIAN RUAM BAGI ROS : 
***JANGAN PAKAI BABY BAJU YANG TEBAL, BERPELUH ITU MENYEBABKAN RUAM
***PAKAIKAN TEPUNG UBI PADA BAYI ( nak senang beli je bedak AGNESIA BOTOL MERAH kat farmasi)
***LAST CHOICE, BIARKAN KEADAAN SEKELILING BABY SEJUK ( nak senang pasang econ je, jgn risau sejuk sebab kat hospital pun econ je 24jam.. Bila duk dalam econ, jgn lupa pakaikan baju pada baby yer, kang takpasal demam pulak

Budak ada ruam tido :)


P/s: SEHARUSNYA LEBIH BAIK KORANG REFER DOKTOR UNTUK HAL INI JIKA IA BERLANJUTAN :)

Monday, November 05, 2012

good luck adikku for SPM :)

Semoga berjaya adikku untuk SPM tahun ni :) Walaupun kita tak pernah bersama, kakakmu sentiasa mendoakan kejayaanmu di sini.. Banyakkan berdoa and berselawat yer sebelum menjawab soalan.. :) 

And Hari ni juga la BIRTHDAY adikku.. SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI AND DIRAHMATI ALLAH :)

my adik yang bongsu :P